Sunday, 25 January 2009

TAKDIR KITA TIDAK SAMA...

Sudah terlalu lama kita mencari dan terus mencari tetapi kita tidak menjumpainya...Semakin kita cari semakin kita keliru kerana disepanjang pencarian itu kita diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kadang tidak terlintas pun oleh fikiran kita kita akan melalui dugaan seperti itu.Hebat sungguh dugaan dan cabaran hidup yang harus kita tempuh unutuk mencapai suatu tahap yang kita inginkan.

Malah kadang-kadang kita tidak pernah mencapai apa yang kita mahukan tetapi kita sudah cukup lemas dan lemah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan..Sampaikan kita rasa sudah tidak mampu lagi untuk menghadapi pelabagai dugaan lagi..Orang kata jangan berputus asa setiap jalan hidup itu akan ada dugaan dan rintangan..Tetapi adakah kita tahu dan yakin setiap orang boleh menghadapinya?..Kita tidak pasti..Ada antara kita yang gagal ditengah jalan dan mengambil jalan melupakan segala impian dan cita-cita dalam hidup kerana sudah tidak mampu lagi menghadapi segala rintangan dan dugaan yang amat berat pada tafsiran diri mereka..

Pernahkah kita fikirkan apa yang mereka rasa ?Pernahkan kita fikir akan kepayahan mereka sedangkan kita tidak pernah merasai apa yang mereka rasa..Kita sering dengan mudah menuding jari mempersalahkan orang lain ..Kita dengan mudah membuat justifikasi sendiri tanpa merasai apa yang mereka rasa dan mereka lalui..Segala keperitan dan kepayahan itu kita tidak pernah hendak selaminya...Malah kita tidak pernah dengar tangisan dan rintihan hati mereka dalam mengejar apa yang mereka inginkan..Yang kita nampak pada zahirnya sahaja apa yang jelas pada pandangan kita tetapi kita tidak pernah nampak apa yang mereka usahakan dalam diam yang sering menemui kegagalan...

Dalam hidup ini takdir kita tidak sama..Ada orang yang dengan mudah mencapai apa yang mereka inginkan tetapi dalam satu ruang hidup yang lain ada yang berusaha dengan gigih dan sepenuh jiwa tetapi tidak mencapai lagi apa yang mereka inginkan dalam hidup..Jadi sebagai seorang yang mempunyai jiwa dan rasa seharusnyalah kita membantu dan sekurang-kurangnya cuba menyelami dan merasai apa yang mereka rasa bukannya dengan senang menuduh atau membuat kesimpulan yang mudah tetang mereka..Sama-samalah kita cuba menyelami dan merasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang dekat dengan kita tidak kiralah sahabat atau saudara mara kita sendiri..Bantulah mereka jika kita mampu kerana takdir kita dalam hidup ini tidak sama...

LELAKI
Siso Kopratasa/Habsah Hassan
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

17 comments:

  1. Salam Ad, Morning... dis :-)special for u k.... eheheh.... setuju dgn Ad, Takdir kita tidak sama... apa yang terjadi Allah aturkan dengan sebaiknya...DIA yang berhak mengatur dan kita hanya berwatak mengikut caturan dan peraturan yang kita tidak punya hak untuk merubahnya tanpa izin DIA... Ad, kata seorang teman pada saya....jgn berhenti berdoa dan menadah harap pada DIA, kerana tanpa DIA kita akan terus kosong dan kelam dalam cerahnya mentari siang dan kilau bulan kala malam menjengah....

    smile k....

    ReplyDelete
  2. SUFI IDANY-Morning gak...Awaiinyee dia komen..ahaks...entry masih fresh2 lagi..tq..
    Yup setuju sangat dengan Sufi DIA yang aturkan kita berwatak dengan aturanNYA..Hanya yang kita mampu berdoa dan memohon agar aturan itu membuatkan hati kita gembira..:-)

    ReplyDelete
  3. salam..

    Takdir kita tidak sama. Rentak kehidupan kita juga tidak sama. Perjalanan kita juga tidak sama.

    Yang sama hanyalah satu. Destinasi terakhir.

    *nice entry*

    ReplyDelete
  4. salam hujung minggu abg ad...
    memang kita tak di takdir kan bersama...
    he he he...opsss...salah ayat lak...

    *marah awek abg ad nanti...ggegee

    Allah SWT dah merancangkan sesuatu yg baik untuk semua umat nyer...dah yg pasti nya TAKDIR KITA TAK SAMA....

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  5. ZARA-Yup destinasi kita sebagai makhluk tuhan diatas mukabumi ini adalah sama..pengadilan akan datang membuatkan kita dipisahkan mungkin tetapi kita semua berharap destinasi kita semua adalah yang semuanya terbaik ..Insyallah..Moga Allah memberkati hidup kita nanti..

    ReplyDelete
  6. YANIE-Amboii dieee salah salah lak..sengaja ke taks engaja tuss..ahaks...sabo je laa...
    Yup takdir kita tidak sama..tapi sifat manusia mungkin ada yang sama kan..hehe..Slmt berhujung minggu bersama org tersyang lah...ahaks..

    ReplyDelete
  7. apa pun yg kita hajatkan ada sesetengah perkara memang Allah dah tentukan utk tak akan jadi milik kita sampai bila2 pun.. selagi boleh usaha, usahalah... selagi blh ikhtiar, ikhtiarlah... kalau satu masa kita dah terasa penat, dan rasa bagai mahu berputus asa... berhentilah, dah berikhtiarlah utk mencapai perkara lain pula.... tiap-tiap seorang dari kita memang dah ditentukan rezeki masing-masing...

    kalau kita tak dpt apa yg kita suka... ada baiknya kalau kita sukakan apa yg kita dpat... lebai berbaloikan...

    ReplyDelete
  8. CHIME-Begitulah Ad rasa dalam hidup ini tidak semua yang kita hajti akan tercapai walau telah penat dan lelah kita mencuba dan berusaha..Kadang-kadang kita perlu let it go or let it be like that..dan hidup perlu diteruskan dengan usaha yang baru dan mungkin sinar itu ada..Insyallah..rite?..hmmm

    ReplyDelete
  9. hurm...takdir tak sama eik...but life must go on rite....

    ReplyDelete
  10. WAHIDAH-Yup takdir tidak sama bagi setiap individu ..ada takdir yang disukai dan juga sebaliknya..tetapi we have to accept semuanya sebagai qada dan qadar Allah and life must go onnnn....

    ReplyDelete
  11. Takdir tak sama. Semua tak sama. Tapi kita semua masih manusia. Jadi manusia. Mana tahu satu hari nanti, sama! :)

    ReplyDelete
  12. CAHAYA-Sama?Dari segi mana tu akan sama?..hmm..

    ReplyDelete
  13. Takdir la. Mana tahu sama. DIA yang tulis kan?

    ReplyDelete
  14. iyolah Ad..takdir sudah tersurat sjk azali..sbg hamba-Nya ..usah riak bile dipuncak & usah gelisah bila dhimpit kesusahan..

    ujian Allah dtg pelbagai..yg penting trus b'usaha mengubah kpd yg lebey baik ..okies..

    **err Ad...sy nk ubah landskap kolam ikan..bley tlg dok? ngeh2..errr larikkk lg...kuar topik forum maaa hohohoho ;))

    ReplyDelete
  15. GREEN JADE-Iyalaa Tinie usah kita riak bila dipuncak dan usah gelisah dihimpit kesusahan..Yang penting kita masih dalam had kesabaran ..Insyallah..

    Kolam ikan?..Bleh jer tolong...Tolong makan ikan bleh arrr..hehe..
    Bela ikan apa?Paus ke jaws?..ahaks..

    ReplyDelete
  16. yeah 'lelaki' is a great creature...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)