Tuesday, 27 January 2009

WHAT IS PAST IS PAST (Learn from mistake)

Dalam hidup ini telah banyak yang kita lepaskan pergi dan tinggalkan..dan bila sampai suatu masa kita lihat balik dan renung balik kenapa kita lepaskan dan tinggalkan yang dulu...Fikir kita saat ini membuatkan kita keliru dan buntu kenapa yang ada dan hadir itu kita lepaskan pergi..Untuk mendapatkan kembali yang kita lepaskan dan tinggalkan itu mungkin sukar untuk kita dapatkan kembali..Dalam saat kita membuat keputusan itu atau mungkin tiada pertimbangan langsung dalam hal itu, senang-senang saja kita menolak dan mengabaikannya.. Bila suatu masa yang berlalu mungkin memakan masa bertahun barulah kita sedar yang kita lepaskan dulu dan tinggalkan dulu adalah yang terbaik untuk kita tetapi dalam jangkamasa ini ianya sudah menjadi sukar untuk mendapatkannya kembali...

Begitulah kehidupan kita sering salah dalam perhitungan untuk memilih yang mana madu dan yang mana racun..Kita sukar kadang-kadang untuk memilih dan keputusannya membuatkan kita berfikir kembali kalaulah aku dulu..kalaulah aku pilih yang dulu...Tetapi mungkinkah takdir itu akan berubah?..Mungkin...tetapi pengharapan itu mungkin tinggal hanya harapan..Kita tidak bisa untuk memusingkan putaran jam kembali kepada yang asal saat itu..

Apa yang kita mampu hanyalah menjaga apa yang ada sekarang dan akan datang kita membuat pertimbangan yang lebih jelas dan matang untuk kehidupan...Kadang-kadang usia dan pengalaman yang kita dapat dalam hidup ini mengajar kita untuk membuat pilihan yang tepat pada masa akan datang tetapi mungkin juga pilihan itu salah juga..Sebab itu tiada kesempurnaan pada manusia ini ..dalam bab membuat apa keputusanpun kita sering juga silap..

Orang selalu berkata "what is past is past" ..Masa yang berlalu pergi biarkan ia pergi..Kita harus menoleh ke depan dan menghadapi hidup ini dengan waspada dan tabah..Kita tidak tahu yang didepan itu adakah kita matang dalam membuat keputusan tetapi harapan kita ada, jika kita mengambil panduan atas semua yang terjadi sebelum ini..Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa..Lebih matang dalam tindak tanduk..Tapi jangan lupa kita juga mungkin akan silap lagi..Yang penting kita berusaha dan mengambil panduan apa yang berlaku sebelum ini dalam membuat keputusan..Kita mampu jika kita rasa kita yakin tentang liku-liku yang telah kita lalui sebelum ini ..Moga kita mendapat jalan yang tiada likunya lagi..

Apa yang berlaku dahulu kita jadikan panduan dalam hidup ini..Setiap orang ada salah langkahnya..Ada gelincir hatinya..Ada terbabas rasanya..Ada tercuit pedihnya..Ada terguris lukanya.Harapan kita masa akan datang ,kita lebih kuat dan cekal dalam membuat keputusan yang mencorakkan hidup kita yang bagaimana...Andai kita salah lagi kita ambillah ia sebagai panduan untuk masa akan datang.."What is past is past" ....Kita masih ada peluang untuk perbaiki diri menjadi yang lebih baik dan mungkin terbaik...dan doa kita agar kita diberikan petunjuk dan gerak hati yang jelas dalam kita membuat keputusan..Insyallah..


18 comments:

  1. salam singgah, very nice blog!
    nak link ok!

    ReplyDelete
  2. Betul la tu. Yang dah lepas, biarlah berlalu. Apa yang perlu, kutip balik apa yang kita lepaskan, apa yang kita lupa. Bila kita lupa pada Dia.

    ReplyDelete
  3. MASTURA-Thank You..Ad linkkan jugak blog Mas..

    ReplyDelete
  4. aku sokong...yg dah lepas tuh biarkan lepas...tapi jgn melepas....

    ReplyDelete
  5. CAHAYA-Yup biarkanlah berlalu..Moga masa hadapan lebih mematangkan diri..Insyallah..

    ReplyDelete
  6. BOZZO-Melepas?..hehe...Biarkan lepas semuanya yang dah lepas kan..Yang akan datang kita lebih waspada..hmmm

    ReplyDelete
  7. kalau dah melepas tu maknenye takde jodoh. kalau kita fikirkan balik, mesti kita rungsing dan sedih. life is too short untuk fikir semula benda yang dah berlaku. apa yang perlu kita fikirkan ialah apa yang akan berlaku.

    good luck ad :)

    ReplyDelete
  8. FAISAL-Hmmm begitulah hidup...pi mai pi mai still cant forget apa yang berlaku..Yalah hidup singkat utk fikir semua itu tapi kdg2 tidak dpt elak ianya dtg juga utk difikir...Sentiasa menerjah fikiran..

    ReplyDelete
  9. tutup buku lama...
    bukak buku baru...
    bukan bukak buku 555 ok

    hhehehehhe

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  10. oho bygone let be bygone hoh

    yer lah..may be yg t'lepas & dilepas tuh were not 4 us kans..coz Allah has a better plans 4 us rite?

    **Ad..kalu 'melepas' lak cane eh? kdg2 sakit peyot sgt..saye pi "melepas" jerk..errggg larikkkk mau kna bunus ngn Ad nih :))

    ReplyDelete
  11. YANIE-Jangan bukak buku hutang dah laa tahun nie..ahaks..Yanie ada utang ngan abg ad..nak tuntut bila gi KL..ahaks..

    ReplyDelete
  12. GREEN JADE-Bygone let bygone ..jangan sembur bygone dah lah yea..haha..
    Insyallah kita mampu merancang Allah jua yang tentukan..hehe

    Melepass??..eeeee Tinie ni..ada bau lah.. haha...Bau mangga masam jer...haaaa makan mangga ek?..kih3x..

    ReplyDelete
  13. mmg kdgkala kiter mmg tersalah dlm membuat percaturan tp kiter balaj dr kesilapan yg lalu...

    ReplyDelete
  14. WAHIDAH-Kita amat berharap kita ambik panduan dan blajar dari masa lalu..Insyallah

    ReplyDelete
  15. just letgone by letgone..
    ambil yg jernih buang yg keruh..
    moga sentiasa senyum Ad..;DD

    ReplyDelete
  16. SUNSHINE-Begitulah yang mampu kita lakukan..walaupun kdg2 senyum kita tawar dan hambar..Tetapi kehidupan perlu diteruskan..hmm

    ReplyDelete
  17. Yes.Shit happen. What past is past. But sentiasa rasa nak kembalikan semula saat itu. Nak betulkan keadaan dan kesilapan. Tapi memang tak dpt pun. End up...move on. For a better life. Sekarang ni..apa yg ada buat masa ni, just appreciate and do something about it..walaupun tak pasti adakah apa yg kita buat itu adalah yang terbaik..dan adakah apa yg kita bakal lakukan itu berpihak pada kita. Pengalaman dan kesilapan lalu membuatkan kita lebih berhati-hati. Terlalu berhati2.

    ReplyDelete
  18. ZARA-Ya betul tu zara..Pengalaman lalu membuatkan kita berhati2..malah lebih lagi berhati2 dan kadang2 terlalu berhati2..Tetapi tidak salah dalam kita mencari sesuatu dalam hidup untuk kebaikan diri..Peduli apa orang kata kerana hidup kita adalah apa yang kita rasa..Orang lain hanya mampu melihat ...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)