Dalam gembira ada sedih
Dalam ketawa ada tangis
Dalam bahak ada sedu
Dalam hilai ada esakan
Aku tidak mampu memilih
Aku tidak tega menahan
Aku tidak daya mengatur
Aku tidak upaya mencorak
Penentunya bukan aku
Penetapnya bukan aku
Pengaturnya bukan aku
Pencaturnya bukan aku
Aku harus terima tanpa pilihan
Aku harus redha tanpa aturan
Aku harus ambil tanpa tahanan
Aku harus telan tanpa sekatan
Jika takdir ini mencengkam
Jika takdir ini mencalar
Jika takdir ini merobek
Jika takdir ini menyiat
Aku hanya mampu berserah
Aku hanya mampu menerima
Aku hanya mampu memohon
Aku hanya mampu berdoa
Pasrah dan redha akan takdir ini..
ad, memang blog ni akan melancholic sepanjang masa ke? :D bila nak ceria ni?
ReplyDeletead memang tengah sedih betul² ke?
FAISAL-Buat masa ini dan ketika ini melancholic ini sentiasa ada disini..Akhir waktunya bukan dalam kuasa AD..
ReplyDeleteDan ceria juga bukan dalam kuasa AD..hehe..
Sedih betul2 atau gembira betul2 juga bukan dalam kuasa AD...hehe
Anda alami dan rasai blog ini dan bagaimanakah anda rasainya?..Adakah sedih sepanjang masa?..hehe
sudah suratan takdir, cuma kita yang menentukan cabaran utk meneruskannya. fikir yang positif ya...
ReplyDeleteKCYNODIA-Yup sudah suratan takdirnya begitu..Apa lagi yang mampu kita lakukan kan?..Hmm..Thats why kita berserah sahajalah..Dan masa akan datang kita harapkan takdir yang baik..INSYALLAH..
ReplyDeleteapsal sedey2 je bulan2 ramadhan ni..cuba ceria cam dalia...kan bagus....
ReplyDeletepasni hepi2 k??
Biar lah msa mengubat segalanya
ReplyDeletebiarlah cinta jauh dari ku
biar ku tak rasa akan kesakitan itu.
DALIALIYANA-Hmmm tak sedih Dalia..cuma bermelankolik..sesweii dengan tajuk blog..hehe..Happy..InsyALLAH..
ReplyDeleteSHIDAH MELATI-Hmmm kita sering berkata begitu tapi adakah kita mampu menyahkan rasa yang ada..Mungkin ya mungkin tidak..Kita sering berdoa agar semua yang berlalu diluputkan dari ingatan..
ReplyDeletesalam.....singgah..,
ReplyDeleteterima kasih saudara sudi singgah di blog saya.
saudara,
"Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka."
(QS: Shaad 38:82-83)
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.
Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.
Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.
wasalam..
-anaklaut-
hehe ad, sila tukar tajuk blog pls... nak tgk ad ceria :D
ReplyDeleteAwat macam pasrah semacam jer ni...dah nak raya ni....hepi2 skit...x pun wat2 hepi jer.. =P
ReplyDeletewah.. abd ad.. ramai y coment suruh menceriakan blog ni.. hehe.. ape lagi.. buat ar.. puisi ttg kegembiraan.. keceriaan..hehehhee.. tp suke dgn tajuk MELANKOLIK tu.. huhu.. menarik
ReplyDeletejangan sedih2, dah nak raya ni...
ReplyDeleteselamat hari raya, ucap dulu, takut tak sempat...
maklum la bz sesangat..
ANAK LAUT- Terima kasih atas ulasan Aku berserah..Got something..Kdg2 kita cuba meluahkan..cuba mengutarakan apa sahaja yang ada dalam kotak fikir..Ukuran berserah itu hanya ALLAH yang tahukan..Setakat mana penyerahan diri kita itu..Mungkin juga kata2 tidak cukup untuk menggambarkan sejauh mana kita berserah..Hanya ALLAH yang tahu...
ReplyDeleteFAISAL-Biarlah Blog ini sering bermelankolik.. Itu tidak bermakna Ad tidak ceria..Mungkin ada bahagian diri yang akan bermelankolik selamanya..Mungkin..Tapi mungkin juga tiada melankolik lagi..Mungkin..hehe..Faisal boleh menilai Ad melalui pernyataan rasa Ad di blog ini..Tidak semestinya diluar pun begitu..hehe
ReplyDeleteMr.Homosapiensz-Luahan rasa dan titipan blog tidak semestinya menggambarkan keadaan pemilik blog..Mungkin ada dan mungkin tiada..Sukar untuk orang yang membaca memahami apa yang pemilik blog rasa..
ReplyDeleteKadang-kadang ada entri yang mengisahkan orang lain tapi cuba di selami dan dihayati oleh pemilik blog..dan dilahirkan dalam bentuk penyataan rasa...Mungkin orang ada yang memahami dan mungkin juga ada yang tidak..:-)
SEKEPING HATI- Nak puisi gelak2 ke gembira2 ek?..hmmm...Nanti lari tema blog plak..haha..
ReplyDeletePERIDOT SEPI-INSYALLAH tyak sedih..Cuma satu tafsiran rasa dalam suatu bentuk rasa..Yang dapat dirasai oleh orang lain..hehe..Slmt Hari Raya jugak..Maaf Zahir dan Batin..
ReplyDeleteRedha dengan ketentuanNya....
ReplyDeleteterima seadanya.....
hadapi dengan senyuman.....
YANIE-Begitulah yang kita cuba..yang kita terima walaupun kdg2 ianya amat perit untuk ditelan...Kita hadapi ianya dengan senyuman walaupun senyum itu kelihatan hambar..hmmm
ReplyDeletedan dalam hidup pasti ada mati.
ReplyDelete. . . . . . .
mungkin itu yang ditentukan buat kita. yang ditakdirkan buat kita. yang dah lama tertulis untuk kita. kalaupun bukan pilihan yang kita mahu, tapi yakinlah itu pilihan Dia buat kita. supaya kita belajar tentang hidup. dan berusaha menjadi yang lebih baik.