Wednesday, 9 September 2009

SAKIT INI


SAKIT INI MENGUJI

SAKIT INI PENGHAPUS DOSA

SAKIT INI MENYUBURKAN INSAF

SAKIT INI MEWUJUDKAN SEDAR


AKU SEDAR INI TAKDIR

AKU SEDAR INI KETENTUAN

AKU SEDAR INI UJIAN

AKU SEDAR INI DUGAAN


AKU REDHA WALAU TIADA UPAYA

AKU TERIMA WALAU TIADA DAYA

AKU RELA WALAU TIADA KEINGINAN

AKU PASRAH WALAU TIADA KEDERAT


YA ALLAH

YA RAHMAN YA RAHIM


AKU MOHON SEMBUHKAN SAKIT INI

AKU MOHON PULIHKAN SAKIT INI

AKU MOHON KURANGKAN SAKIT INI

AKU MOHON REDAKAN SAKIT INI


HANYA KAU MAHA PENYAYANG

HANYA KAU MAHA MENGASIHANI

HANYA KAU MAHA BERKUASA

HANYA KAU MAHA PENYEMBUH


SEMBUHKANLAH SAKITKU INI

REDAKANLAH SAKITKU INI


AMINN

11 comments:

  1. salam ad,

    sakit ini ..
    walau tanpa parut
    hati masih terluka
    terpaksa kubiar berlalu
    bagai angin bayu...

    salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  2. Seorang kawan pernah berkata kpd saya - "Orang yang bersabar adalah orang yang selalu menang"

    Semoga kesabaran sentiasa menemani Ad di saat ini..

    ReplyDelete
  3. sakit itu menyucikan dosa-dosa kecil. abang ad diantara yang bertuah tau tak =)

    lekas sembuh!

    ReplyDelete
  4. sakit penebus dosa. insyaALLAH. get well soon Ad.

    ReplyDelete
  5. kesakitan terkadang tidak dpt dilihat..
    Hanya sekeping hati y bisa merasa..
    Kesakitan terlalu memeritkan..
    Sehinggakan terasa tidak mahu lagi bernafas..
    Kerana kesakitan y tidak dpt di hadapi lagi

    ReplyDelete
  6. BLUE CITY-Kadang2 kita terpaksa biarkan sakit ini pergi dengan sendiri..kerana kita tidak mampu mengubatnya...Kita hanya mampu berserah pada yang maha berkuasa untuk menyembuhkan..
    Salam aidil fitri juga..Maaf Zahir dan Batin..

    ReplyDelete
  7. NITE GARDEN-Terima Kasih..Moga anda juga diberikan kesabaran dalam apa jua yang dihadapi..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  8. ADDY- Terima Kasih Addy atas sokongan.. INSYALLAH..Moga sakit ini pulih sepenuhnya sebelum aidilfitri ini..

    ReplyDelete
  9. CAHAYA-Terima Kasih Cahaya..Moga ALLAH bagi kekuatan..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  10. CHEKGU SEKOLAH-Yup sakit..Sakit yang kali ke3 menyerang dengan teruk di urat pinggang ini..Tapi Alhamdulillah moga ianya pulih sepenuhnya..INSYALLAH..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)