SALAM BLOGGERS..LAMA JUGA BERHENTI MENITIPKAN SESUATU DISINI.. HARI NI BARULAH ADA KESEMPATAN. SEKARANG MUNGKIN RAMAI DALAM MOOD PUASA 6 SYAWAL KAN?.. MOGA TERUS DIBERIKAN KEKUATAN.. INSYALLAH... RAMAI YANG DUK TANYA BILA NAK BERMELANKOLIK LAGI?.. HUHU... DAH BLOG MELANKOLIK JADI MELANKOLIKLAH ENTRINYA. SEBENARNYA ENTRI NI AD DAH LAMA TITIP DALAM HANDPHONE AD.. DALAM PUASA HARI TU LAGI TAPI SEBAB DALAM BULAN PUASA TEMA MELANKOLIKNYA LAIN SO ENTRI DITANGGUHKAN.. HEHE.. HARI NI BARU BOLEH DIPOSTKAN.. OK LAYANNN.. :-)
TAKDIR DAN USAHAKU
AKU REDHA TENTANG DIRIKU
AKU PASRAH NASIB DIRIKU
SAAT INI AKU MASIH BEGINI
SAAT INI AKU MASIH SENDIRI
YANG DICARI TIDAK KUTEMUI
YANG DICARI TINGGALKU SEPI
AKU TIDAK PERNAH MENYESAL APA TERJADI
AKU TIDAK PERNAH KHUATIR TAKDIR DIRI
SEMUA TERJADI MENGUJI DIRI
SEMUA TERJADI MENDIDIK DIRI
AKU LEBIH TABAH
AKU LEBIH SABAR
AKU LEBIH GAGAH
AKU LEBIH TEGAR
APAPUN YANG DATANG LAGI
APAPUN YANG MENERJAH DIRI
AKAN AKU HADAPI PENUH SABAR
AKAN AKU TEMPUHI PENUH SEDAR
WALAU LIKUNYA SONGSANG
WALAU JALURNYA BERBELANG
JALAN ITU HARUS JUA AKU HADAPI
ARAH ITU HARUS JUA AKU TEMPUHI
WALAU AKU REBAH
WALAU AKU KALAH
AKU TIDAK PUTUS HARAP
AKU TIDAK AKAN UNDUR
AKAN AKU REDAHI JUA
AKAN AKU HARUNGI JUA
AKAN AKU TEROKAI JUA
AKAN AKU TEMBUSI JUA
AKU CUMA BERHARAP
AGAR AKU DIBERIKAN KEKUATAN
AKU CUMA MEMOHON
AGAR AKU DIBERIKAN PETUNJUK
MOGA ARAH DAN PANDUAKU JELAS
MOGA USAHA DAN TEKADKU BERBALAS
HARAPAN MASIH JELAS..
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN DEMI DIA...
salam ad,
ReplyDeleteteruskan melankolikmu asal kau bahagia
teruskan usahamu
terima apa takdirmu
meminta padanya...
aku juga akan terus
mencari bahagiaku
didunia baru ku...
SYAZWAN-Fuuyoooo..mana fuuyooo skrg?..sudah ilang kah?..hehe..Teruskan mana yang perlu diteruskan..hehe
ReplyDeleteBIRU-Salam Biru..Selagi ada daya ini melankolik akan tetap disini mencari pembaca yang sudi..Moga kita sama2 bahagia dalam takdir yang mungkin tidak sama tapi atas jalan yang satu menuju arah yang satu..Moga kita semua berjaya..INSYALLAH..
ReplyDeletead buat2 busy je... sebenarnya sibuk fb :P
ReplyDeleteFAISAL - Faisalllll..hehe...
ReplyDeletehehe. ad, dengar kata nak tukar suasana blog? betul ke? :P
ReplyDeleteSalam Ad.Rifza.
ReplyDeleteBahasa puisi bahasa kaya dan indah,
Perkataan dalam puisi perkataan yang juga kaya raya.
Umpama sedekah di hari raya,
sedekah satu pahalanya sepuluh.
Begitulah puisi indahnya tidak rapuh,
kayanya memang sungguh.
Tapi aku tidak pandai berpuisi,
kalau berpuisipun bahasanya rapuh.
Perkataannya huduh,
Aku hanya merangkak dan tatih.
salam....saudara,
ReplyDeletesemoga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuh di setiap perjalanan kehidupan..:)
tq singgah anaklaut..:)
FAISAL-Eh eh Faisal ni mana dapat cerita lee ni...pandai buat gosip gosipan yea...huhu
ReplyDeleteLEENOH-Bagi AD puisi hanya satu tempat yang mana bahasa diaturkan untuk menjadi suatu kesinambungan rasa yang ada dalam diri..Satu medium penyampaian untuk menjadikan penyampaian itu lebih rasa dekat dihati..Manusia kadang2 sukar untuk membaca suatu entri yang panjang..Melalui aturan bahasa dalam puisi ia menjadikan rasa itu mudah difahami..
ReplyDeleteKita hanya manusia yang ada dengan bakat kurnia Allah..setiap orang mampu berbahasa..cuma dalam lenggok rasa yang pelbagai..cubalah rasa dan berpuisi..saya pasti anda juga boleh..semua orang mampu..
ANAK LAUT-Terima kasih kerana ucapan semangat itu..AD juga berdoa agar saudara anak laut juga diberikan ketabahan dan kekauatan dalam pencarian hidup yang panjang ini...INSYALLAH..
ReplyDeletesaya cuma selalu berdoa moga bang ad ketemu apa yang abang cari. amin!
ReplyDeleteADDY-INSYALLAH...Doa-doa selalu k..hehe
ReplyDeletewah dh ade idea yea..bgslaaa...keep it up
ReplyDeleteInsyaAllah..jika kite berusaha....disertakan dgn doa dan tawakal...InsyaAllah kejayaan milik kite..
ReplyDelete