Thursday, 18 December 2008

HARUSKAH, ADAKAH, BILAKAH ?

Haruskah kita lari dari apa yang kita rasa ini..Haruskah kita mengelak dari membicarakan tentang hati dan perasaan?.Haruskah kita meninggalkan apa sahaja kekecewaan yang kita lalui?..Haruskah kita mencuci setiap luka hati yang kita ada?..Haruskah kita menanam semua bangkai kepedihan yang ada?...Haruskah?..

Tetapi kita mungkin lupa adakah kita mampu berlari sederas mungkin meninggalkan apa yang kita rasa?..Adakah kita mampu membuat elakan dari membicarakan tentang hati dan perasaan?..Adakah kita mampu menjirus pergi luka pedih hati yang kita ada?..Adakah kita mampu dan ada kederat untuk menyangkul tanam bangkai kepedihan itu?...Adakah kita mampu?


Hanya kita yang tahu dimana kita berada..apa yang kita rasa..apa yang terlintas di fikiran kita..Hanya kita yang berhak untuk bertindak bagi diri..Orang lain hanya mungkin boleh bersimpati dan boleh memberikan panduan tetapi tidak boleh memaksa diri kita ..Hanya kita sahaja yang mampu ..Andai yang jalan yang kita pilih adalah melawan arus atau mengikut arus..Itu adalah yang mungkin kita fikir terbaik untuk kita setelah semua pertimbangan yang kita ambil..Mungkin perit keputusan itu peritlah ia..Mungkin pedih keputusan itu pedihlah ia..Mungkin sakit keputusan itu sakitlah ia..Mungkin tangisan mengiringi keputusan itu tangis lah ia..

Manusia sering berkata mendung akan berarak pergi..Sinar mentari akan menggantikannya..tetapi adakah harapan itu masih ada..Mungkin ada tetapi kita tidak tahu bila sinar itu akan muncul kembali kerana mendungnya seperti tidak mahu pergi.. Kegelapan itu masih  terasa.. Riak sinarpun masih tidak kelihatan.. Yang ada kekelaman dan kekaburan pandangan..Masih teraba-raba mencari sinar itu dimana..Bilakah mentari itu akan menyinar terang kegelapan yang ada?..Kita tidak tahu bila waktu itu akan tiba..

BILA RASAKU INI RASAMU

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi


Aku memang terlanjur mencintaimu


Wednesday, 17 December 2008

HATI , RASA , NAFSU >>>> AQAL

Resah dan risau difikirkan..tetapi tidak tahu apa yang difikirkan ..Adakah masih berbicara tentang hati yang masih tidak berkesudahan akhirnya?..Atau berbicara tentang rasa yang tidak dapat dikecap rasanya?..Atau berbicara tentang manusia yang sering lupa tentang dirinya?..Atau juga bicara tentang pekerjaan yang tidak habis kerjanya?..Atau juga bicara tentang cinta yang mungkin indah dan sepi .. Atau bicara tentang kawan-kawan yang sering berubah lakunya..Atau bicara tentang keluarga yang ada sahaja peristiwanya ..

Dalam kesinambungan hidup semuanya harus dihadapi dengan sabar dan tabah..Tetapi kadang-kadang hati terusik dengan rasa yang cukup mengguris tetapi ada juga hati terusik dengan gelak tawa yang berpanjangan...Suatu lumrah hidup yang semua orang lalui dengan penuh rela tetapi ada juga yang tanpa rela...

Ada antara kita yang amat suka dengan apa yang mereka alami dan hadapi..tetapi ada juga yang sudah lemas dan lemah dalam mengharungi suatu kehidupan yang amat perit rasanya...Mereka mahu kekal dalam kegembiraan itu selama-lamanya tetapi suatu keadaan lain ada yang mahu akhiri segala kekecewaan dan kesedihan yang berlaku..Adakah itu semua takdir yang ditentukan untuk kita?..Adakah usaha dari kita sebagai manusia untuk mengakhiri kekecewaan dan kesedihan itu?..Mungkin ada yang berusaha untuk lari meninggalkan kesedihan itu tetapi ada juga yang tidak mampu untuk lari dengan gelodak perasaan yang pahit untuk ditelan tetapi perlu ditelan..Nasib manusia beza corak dan aturnya...

Takdir itu hanya Allah yang tahu..Tetapi kita sebagai manusia diberikan aqal fikiran ..Anugerah aqal yang Allah berikan kepada manusia untuk membezakan manusia dari makhluk2 lain...Kita punyai aqal untuk memilih dan memikirkan apa yang harus kita lakukan...Anugerah Allah ini wajib kita gunakan untuk mendapat kebaikan untuk diri..Kita diberikan pelbagai pilihan dalam hidup..Mana satu pilihan kita haruslah dipilih dengan menggunakan aqal yang waras...Pilihan ditangan kita..Kita diuji dengan pelbagai pilihan dalam hidup..Kadang-kadang pilihan itu melibatkan nafsu,hati dan rasa..

Kita pernah dengar peribahasa berbunyi....

"IKUT HATI MATI , IKUT RASA BINASA DAN IKUT NAFSU LESU"

So pilihan ditangan kita ,kita wajib memilih suatu yang baik untuk diri..Kesinambungan hidup kita adalah dengan apa yang kita pilih...Pilihlah berdasarkan aqal fikiran suatu anugerah Allah yang tidak ternilai untuk setiap seorang dari kita..Setiap orang dianugerahkan dengan aqal fikiran yang seharusnya digunakan dengan sebaiknya..Jangan kerana nafsu atau hati atau rasa kita memilih sesuatu..Pilihan itu hendaklah berdasarkan aqal fikiran yang waras ...Insyallah dengan aqal yang waras pilihan kita akan diberkati dan diredhai...

Tuesday, 16 December 2008

Not feeling well..

Hmmm ..Baru jer makan ubat..Ad tak sihat laa...Selsema..Dah lama gak tak kena selsema ni..Kena sekali berat jer rasa..Mungkin cuaca kot kejap ujan kejap panas...So terkena gaklaa flu ni...Arini tak larat sangat rasa...But Ad keje lagi sebab this week keje banyak sangat..Have to...Kena gak settle this weeknye keje...Report kena antar daily dan weekly ke Putrajaya...Arghhh tensen jer rasa but tanggungjawab harus diteruskan even tak sihat...

Selsema ni semakin menjadi-jadi lak lepas makan ubat tadi..Beli ubat selsema kat farmasi nearby office...Makan after lunch tadi ..Farmasist kata tak ngantuk ubat selsema ni..But on the way back from work tadi hanyuttt jer rasa kepala...Ngantukss gilee...So have to berentilah tepi jalan..Ad tido around 10 minutes kot..After that drive balik almost 7 pm sampai umah..Mandi then solat maghrib...

Ni sempat lak buat entry walaupun hidung sok sek sok sek..huhu...Sampingan jer ni coz Ad perlu siapkan sedikit report untuk esok so taklah rush sangat esokkan...Buatlah mana yang mampu..Selagi mampu tanggungjawab harus diteruskan even apa sahaja yang berlaku keatas kita ...Haruskah?hehe....So oklah yea..Nak solat isyak then sambung buat keje opis sikit..So happy selalu untuk semua bloggers yang setia membaca blog Ad yang tidak seberapa ini..Thanks a lot..Kali ni takleh bermelankolik idea tarak mari coz selsema..ahaks..

Friday, 12 December 2008

Terjahan Kesuraman Itu Kembali...



Perjalanan hidup ini memberikan suatu landasan untuk kita menelusuri suatu hubungan ..Setiap orang ada jalinan hubungan mereka ,tidak kiralah sebagai kekasih, sebagai anak, sebagai kawan, sebagai abang, sebagai adik, sebagai suami, sebagai isteri dan pelbagai lagi hubungan yang ada...Dalam jalinan itu kita kadang kala diuji dan dicuba dengan pelbagai rentak peristiwa yang sering menguji suatu hubungan..

Rentak hidup manusia yang pelbagai corak sering mengusik hubungan yang ada..Malah kadangkala kacaunya memecahkan struktur yang telah kukuh dibina..Yang mungkin tidak terlintas boleh pecah atau roboh..Peristiwa itu sering mengganggu hubungan yang dulunya setia..Yang dulunya tidak pernah kusut..Yang dulunya tidak bergoncang walau sedikit,Yang dulunya tenang kini bergelora, Yang dulunya gembira kini sepi, Yang dulunya hilai tawa kini masam muka, Yang dulunya percaya kini prasangka..

Terjahan dan rembatan peristiwa itu cukup kuat hingga merosakkan sesuatu yang indah menjadi suram dan kabur pemandangannya...Indahnya tiada lagi..Yang tinggal mungkin hanya prasangka dan benci yang membuak-buak..Yang mungkin tiada ubatnya lagi..Penerangan dan penjelasan sudah tidak diterima..Mungkin noktahnya sudah disitu...Berakhirnya hubungan itu mungkin pasti..Tiada lagi dongakan peluang itu...Yang ada mungkin maaf yang tidak lagi berpaling...

Kesan terjahan itu cukup kuat bila melibatkan hati dan perasaan ..Tiada maaf mungkin lagi wujud..Tiada kata lagi mungkin akan didengar..Yang ada mungkin bisikan hati yang menyumpah...Mungkin juga kutukan yang tersembur kata...Tatangan itu sudah tidak mampu ditanggung lagi...Akhirnya berderai melapisi bumi yang dulunya bersih dan suci...Tiadakah maaf lagi yang sering dipohon itu disambut?..Mungkin tidak lagi..Mungkin juga hanya dalam hati bagi yang kudus jiwanya...Bagi yang panas jiwanya maaf itu tidak mungkin akan ada..Yang ada hanyalah gelegak panas yang membuak-buak..Tiada yang pasti apa akan terjadi hari esok..Pasrah itu sahaja yang tetap ada...Mungkin pengharapan itu ada tetapi adakah pengharapan itu diambil kira dan diteliti lagi...Apa yang pasti doa masih boleh dipanjat supaya takdir itu berubah kepada yang lebih sempurna sifatnya dan menjadi seperti yang dulu sering didakapi...Pasrah..

Wednesday, 10 December 2008

Pengertian Korban..


Hari Raya dalam bulan Zulhijah bukan hanya pada 10 Zulhijjah, bahkan ia berlanjutan dari hari ke-11, 12 dan ke-13 yang juga lebih dikenali sebagai Hari Tasyrik. Umat Islam juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik itu. 

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud;

" Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah)."
 (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Aidiladha dan juga Hari Tasyrik mempunyai keistimewaan yang sama ialah dari segi ibadat korban yang dilakukan. Ini kerana ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Ibadat korban adalah satu cara untuk kita mendekatkan dan mengabdikan diri kita kepada Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud:

" Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan kepada takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. 
(Surah al-Hajj, ayat 37) 

Ibadat korban juga adalah satu peluang kepada setiap umat islam untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin ada di jiwa.Rasulullah pernah bersabda maksudnya: 

 "Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. 
(Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

Ibadat korban juga adalah satu medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat.Bagi mereka yang berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya. 

Ini adalah satu manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tiada terhitung kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: 

 "Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
 (Surah al-Hajj, ayat 36). 


Selanjutnya, sesiapa yang menjalankan ibadat korban ini disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri dan jika tidak mampu, dia hendaklah menyaksikan upacara korban itu terutama apabila darah pertama mula mengalir ke bumi kerana pada waktu itulah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban itu. 

Dalam hal ini, Rasulullah menyuruh puterinya Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri upacara ibadat korban yang dijalankan atas namanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: 

"Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. Fatimah bertanya kembali: Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam? Jawab Baginda: Bahkan kepada seluruh umat Islam. 
(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)

Itulah antara hikmah ibadat korban yang seharusnya kita tahu dan ambil tahu sebagai satu kesedaran atau keinsafan diri bagi kita sebgai umat islam untuk mengekalkan kesepakatan dan kesejahteraan umat islam.Janganlah pula hari raya aidul adha ini menjadi satu hari raya yang tidak memberikan apa-apa kesan atau kita buat "dekk" jer kerana dari segi agama kita ianya cukup-cukup bererti bagi diri kita sebagai umat Islam..Jangan kita pandang remeh pada hari raya aidiladha ini ..Sama-samalah nanti kita timbulkan kesedaran pada diri bahawa hari raya aidil adhalah hari raya yang paling mulia untuk umat islam.Bimbang nanti anak cucu kita nanti akan anggap hari raya ini macam hari cuti umum yang biasa saja.Kerana kesedaran itu sudah hilanggg ditelan masa dan keadaan...Nauzubillah...

Mudah-mudahan ibadat korban yang kita lakukan sepanjang Hari Aidiladha dan Hari2 Tasyrik akan diterima Allah. Aminn...

Sunday, 7 December 2008

SALAM AIDUL ADHA



Akhirnya sampailah Ad ke entry yang ke 100..Tak sangka lak selama ni dah sampai seratus entry..Yg dulu main-main jer berblog jadi serius lak...Tq lah kepada one of my fren yang suggest untuk buat blog..Ad dapat sesuatu dari penulisan blog ni..Alhamdulillah..Suatu tempat yang boleh beri Ad kepuasan dalam menyatakan sesuatu..Rasa legaa sangat-sangat bila menulis dan  bloggers bagi respon yang amat baik..Syukurr..Ad hargai sangat2 segala komen-komen yang diberikan..Appreciate it very very much..Terima kasih ..

So sempena umat islam menyambut hari raya aidil adha ni Ad nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga kita semua menghayati sepenuhnya semangat pengorbanan yang sebenarnya menurut agama islam..Pengorbanan seluruh jiwa dan raga kita dengan mengabdikan diri kepada yang Maha Esa...Moga pengorbanan yang kita lakukan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah..

ERTI PENGORBANAN

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa


Hikmah Pengorbanan..


Menghayati hikmah berkorban

Oleh: AHMAD TARMIZI ZAKARIA

AIDILADHA yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban mempunyai siratan makna dan falsafah yang begitu mendalam dan menuntut setiap umat Islam untuk melakukan pengorbanan.

Sesungguhnya, Hari Raya Aidiladha yang disambut pada setiap 10 Zulhijjah adalah bersempena dengan ibadat haji yang merupakan rukun Islam kelima. Ia juga suatu usaha ke arah mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Pada hari yang mulia ini seperti kebiasaannya kita sebagai umat Islam akan memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya dengan menyempurnakan acara penyembelihan korban oleh mereka yang mempunyai kemampuan seperti mana yang disunatkan oleh agama kita.

Walau bagaimanapun, acara penyembelihan ini sebenarnya merupakan satu simbol sempena peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Ismail sebagai menguji ketaatan Nabi Ibrahim a.s. terhadap perintah Allah. Kita semua mengetahui bahawa dalam peristiwa itu Allah s.w.t telah menggantikannya dengan seekor kibas untuk dijadikan korban.

Pada hari ini, kita juga melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing dan yang seumpama dengannya yang kemudiannya diagih-agihkan kepada fakir miskin dan orang Islam lain sebagai tanda kesyukuran kita terhadap nikmat yang diberikan kepada kita oleh Allah s.w.t.

Begitu banyak pengajaran yang boleh kita hayati daripada kisah Nabi Ibrahim a.s. tersebut. Pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas.

Berkorban memberi interpretasi tentang kesanggupan kita untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi dan dihargai kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan atau untuk tujuan kebaikan. Begitu juga dengan nyawa sendiri kadangkala terkorban demi mempertahankan agama dan umat Islam.

Di samping itu, ibadat korban yang dituntut oleh Islam bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala titah perintahnya. Islam juga menuntut umatnya berkorban demi menegakkan kalimah Allah, mengabdikan diri seutuhnya kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai peraturan hidup (nizamul hayah) iaitu suatu sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Kesanggupan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk menyembelih dan disembelih itu bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat setia yang membuta tuli, tetapi sebaliknya meyakini bahawa perintah Allah itu mengandungi falsafah yang begitu tersirat.

Allah s.w.t memberi perintah sedemikian sebagai peringatan kepada umat yang akan datang bahawa adakah mereka sanggup mengorbankan diri, keluarga dan harta benda yang disayangi demi menegakkan perintah Allah dan adakah mereka juga sanggup memikul amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Hidup ini juga adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan tidak ada pengorbanan tanpa kesusahan.

Sesungguhnya, kesediaan berkorban dapat membentuk peribadi yang mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan bertimbang rasa kepada golongan yang kurang bernasib baik. Masyarakat yang di kelilingi dengan orang yang sedia berkorban pasti akan menjadi masyarakat yang kukuh, aman dan bahagia.

Seluruh umat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur kerana bebas melakukan ibadah tanpa berasa takut ditimpa musibah. Allah s.w.t senantiasa menyeru hambanya agar selalu bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya. Ini kerana, orang yang sentiasa bersyukur akan menerima lebih banyak nikmat daripada Allah s.w.t. Sebaliknya, orang yang kufur atau tidak bersyukur akan menerima balasan yang pedih daripada Allah s.w.t. Justeru, ibadah korban yang kita lakukan bukan merupakan sesuatu yang rugi bahkan akan mengundang lebih banyak nikmat sebagai ganjaran daripada Allah s.w.t.

Maju mundurnya sesuatu agama, bangsa dan negara itu bergantung kepada tahap pengorbanan umatnya. Islam sentiasa menuntut pengorbanan daripada semua golongan dan dari segala sektor dan bidang sama ada rakyat atau pemerintah, birokrat atau teknokrat, cendekiawan mahupun ahli agama.

Sesungguhnya semangat pengorbanan dan semangat jihad (roh al-jihad) tidak dapat dipisahkan. Hanya pengorbanan yang dikaitkan dengan semangat jihad untuk mendapat keredaan Allah akan menatijahkan kesan yang mendalam.

Secara umumnya, ibadat haji yang dilaksanakan oleh umat Islam mempunyai peranan dalam mengasah dan mendidik jiwa manusia supaya cintakan kepada keamanan dan bencikan persengketaan atau peperangan yang sering melibatkan pertumpahan darah, harta dan nyawa. Malah ibadah tersebut juga turut menggalakkan seluruh umat Islam untuk bersatu, berbaik-baik dan membina kemesraan yang berkekalan antara sesama Islam sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

Tidak beriman salah seorang di antaramu sehingga ia mencintai saudaranya (sesama mukmin) seperti mana ia mencintai dirinya sendiri.

Begitu juga kepada seseorang yang melakukan ibadat korban pastinya mendapat ganjaran pahala yang banyak seperti sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Orang yang berkorban itu akan diberi pahala, tiap satu helai bulu binatang ternakan dengan satu kebaikan.

Tentunya kesemua jemaah haji dari seluruh dunia yang kini telah berada di Tanah Suci, Mekah mengharapkan mereka diterima sebagai tetamu Allah. Seperti tahun-tahun lalu, kini lebih daripada dua juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun seolah-olah menghadiri satu perjumpaan antarabangsa di kota suci sebelum ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Jelas, perhimpunan sejak 1429 tahun yang silam itu membuktikan bahawa seluruh umat Islam tanpa mengira keturunan, warna kulit mahupun darjat bersatu teguh dalam usaha mengeratkan lagi silaturahim dengan rasa kesamarataan, persaudaraan dan perpaduan. Hati mereka tertumpu sepenuhnya kepada Allah s.w.t seraya mengingati kekuasaan-Nya, mengangkat suara bersama rakan-rakan saudara Muslim yang lain menyahut seruan Allah menerima jemputan-Nya yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Begitulah, kita di Malaysia akan sama-sama turut menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang jatuhnya pada tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun. Pada hari itu juga di Tanah Suci Mekah berkemuncaknya perhimpunan raksasa umat Muslimin yang datang dari seluruh dunia kerana menyahut seruan Allah.

Dari sini menunjukkan bahawa ibadat haji dan amalan korban mempunyai kaitan yang rapat, malah para ulama berpendapat amalan korban mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini kerana, selain ganjaran pahala yang dijanjikan, amalan ini juga akan dijadikan sebagai kenderaan ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim di akhirat nanti.

Para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah di tanah suci, akan bertawaf mengelilingi Baitullah dengan penuh perasaan ingin mendekatkan diri kepada Tuhan Pencipta Alam serta mencari perlindungan di bawah naungan rumah suci-Nya.

Hati mereka semuanya khusyuk sambil tangan mereka menadah ke langit dan berdoa kepada Allah S.W.T. memohon keampunan dengan harapan yang ikhlas, suci dan murni supaya dicurahkan rahmat-Nya dan diampunkan segala dosa yang terdahulu. Di samping itu, pakaian, gerak-geri, perbuatan dan perkataan mereka menampakkan perpaduan yang akan menghilangkan perasaan perkauman, perbezaan warna kulit, bangsa, bahasa dan pangkat.

Selaras dengan semangat pengorbanan yang dianjurkan oleh Aidiladha ini, kita harus menjauhi sikap mementingkan diri sendiri atau puak yang boleh menjurus kepada perpecahan dan perbalahan sesama kita.

Pada hari yang mulia ini, kita sebagai umat Islam adalah diseru dan diingatkan supaya selalu insaf dan bersyukur di atas segala nikmat dan membuktikan keinsafan dan kesyukuran ini dengan mengorbankan kepentingan diri dan merapatkan hubungan silaturahim sesama orang Islam di negara ini. Pada masa yang sama juga perlu kita elakkan daripada bersengketa dengan kaum-kaum lain.

* AHMAD TARMIZI ZAKARIA ialah Koordinator dan Pensyarah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Kolej INPENS, Yayasan Selangor, Shah Alam.

Thursday, 4 December 2008

Kerana Sayang..

Pernahkah sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas diri anda?..Akibat kebaikan anda atau anda terlalu menyayanginya anda sanggup lakukan segala-galanya untuknya..

Anda sanggup berhabis duit untuknya..Anda sanggup melakukan apa sahaja untuknya..Apabila bergaduh anda selalu mengalah kerana tidak mahu kehilangannya..Boleh kata semuanya yang anda lakukan adalah untuknya dan dia seolah-olah raja bagi diri anda...Anda kadang-kadang menangis kerananya...Sanggup makan hati kerananya..

Tindakan anda cukup-cukup menyayanginya..Tetapi anda tidak nampak keikhlasan itu dalam dirinya..Dia seolah-olah mempergunakan anda tetapi anda tidak sanggup melepaskannya kerana anda cukup-cukup menyayanginya...Anda seolah-olah sepasang kekasih tetapi hakikatnya tidak begitu..Seorang sahaja yang menunjukkan kasih dan sayang tetapi seorang lagi seolah-olah hanya mengambil kesempatan kerana sayang anda...

Sifat manusia kadang-kadang sukar untuk ditafsirkan kerana ada yang terlalu sayang sampaikan tidak dapat hidup kerana seseorang...Orang itulah segala-galanya bagi dirinya...Hidup mati dia adalah kerana seseorang..Sampai begitu sekali penangan kasih sayang yang wujud pada sesetengah orang..Jika kasih sayang itu ada "feedback yang baik" tidak mengapa..tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana hanya seorang sahaja yang terlalu menyayangi dan mengasihi..

Segala-galanya kerana sayang..Masa terus berjalan dan tidak pernah menunggu kita..So buatlah keputusan yang terbaik bagi diri..Lepaskanlah diri dari ikatan kerana sayang yang tidak membawa kebaikan apa-apa itu...Berpijaklah dibumi yang nyata...Jika tiada balasan kasih dan sayang itu lagi tidak perlulah kita menunggu lagi..Carilah orang yang mengasihi dan menyayangi kita secara ikhlas ..Kerana sayang tindakan dan perlakuan kita hanya sia-sia..Kita tidak perlu lagi menunggu bulan jatuh ke riba..FIKIRLAH...


FIKIRLAH ...

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....

Saturday, 29 November 2008

MUHASABAH DIRI...


Kesalahan diri sering diungkapkan bila kita menyesal atas sesuatu perbuatan...Kita rasa diri bersalah dan bodoh diatas kesalahan yang kita lakukan...Manusia sering lalai dalam perjalanan hidupnya..Sering juga kesalahan yang sama dilakukan oleh kita sedangkan kesalahan itu telah acapkali kita lakukan...Kita masih dalam lingkungan kesalahan itu...

Manusia sering bertaubat dan mengaku atas kesilapan diri mereka...Tetapi mengapakah kesalahan yang sama mereka lakukan..Manusia sememangnya makhluk yang diciptakan dengan ada kekurangannya supaya mereka tidak takbur dan akan rasa rendah diri...

Kesalahan diri cukup payah untuk diakui oleh sesetengah orang kerana mereka ego pada diri sendiri yang mana mereka fikir mereka selalunya betul dan orang lain aja yang salah..Manusia cukup angkuh dan mendabik dada bahawa mereka adalah betul..Sedangkan kejadian manusia itu sendiri ada sifat kekurangan itu..Manusia ego tidak mahu mengaku kesilapan diri ..Mereka menyatakan bahawa mereka adalah yang sempurna dan terbaik..Angkuh sungguh manusia ...

Dalam alir waktu kita sampai hari ini alhamdulillah kita masih diberikan peluang olehnya untuk menghisab  dan muhasabah diri dimanakah kita sekarang...Apakah yang telah kita lakukan untuk diri, masyarakat dan yang paling penting agama kita..Apakah sudah nampak kita melakukan sesuatu yang berguna?..Atau kehidupan kita sekadar untuk diri sendiri?..Kita sering lupa bahawa selain kita masih ada lagi manusia lain disekeliling yang menjadi tanggungjawab kita...Kita tidak seharusnya pentingkan diri dan menyombong diri dengan orang lain kerana manusia ini sering berhubungan antara satu dengan yang lain..


Wednesday, 26 November 2008

KASIH TERHENTI..

Kita akan berasa sedih, pilu, tension, menangis dan macam-macam lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku jika terhentinya kasih dari seseorang yang amat kita sayangi dan kasihi..rite?..Lebih-lebih lagi jika kasih itulah yang kita sering harapkan dan sering jaga supaya ianya berkekalan namun kita tidak dapat melawan takdir jika ianya berlaku juga...Tiap orang tidak mahu ianya berlaku tetapi apa daya kita untuk menghalangnya dari berlaku setelah usaha yang kita lakukan tidak juga membuahkan hasil...so apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa semoga kasih itu tidak terhenti...

Ujian untuk diri kita tidak pernah terhenti selagi hayat dikandung badan..Kita akan sentiasa diuji olehNYA...Dimana sabar kita...dimana tabahnya kita dalam menghadapi situasi kasih terhenti ini..Pasrah dan redha dengan apa yang berlaku adalah suatu yang sukar untuk kita lakukan tetapi kita perlu lakukan untuk kebaikan diri sendiri...Jika kita tidak redha dan masih lagi menangisi kasih terhenti itu sampai bilakah ianya akan berakhir...Kita juga perlu berikan peluang untuk diri agar diri tidak terseksa lagi menangisi kasih terhenti...

Dalam hidup ini kita tidak sunyi dari diuji dan diduga dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu lagi untuk menghadapinya..Tetapi perjalanan kita masih panjang..Kita harus berfikir secara matang dan yakinlah bahawa kedukaan dan kepiluan itu akan berakhir juga suatu masa nanti..Yalah mungkin perlukan masa bagi sesetengah orang dan mungkin juga dalam masa yang singkat bagi sesetengah yang lain..

Tetapi jangan pula akibat kesunyian dan kesedihan itu kita melakukan sesuatu keburukan yang akhirnya membawa kepada kejahatan..Kita harus fikir dan sedar bahawa tiap yang berlaku itu datang dengan hikmahnya yang tersendiri..Yang mungkin kita nampak dan mungkin juga tidak..Berdoalah semoga apa yang kita lakukan dan akan lakukan dipermudahkan olehNYA dan mendapat keberkatan dariNYA..Jalan hidup kita masih panjang yang selok beloknya akan banyak lagi kita hadapi..Kuatkan diri dengan akidah iman yang jitu supaya apa sahaja yang berlaku membuatkan diri kita tenang dan redha..Insyallah...

Sunday, 23 November 2008

TANGISAN HATI..

Hati kembali sepi.. kembali sunyi... kembali meronta...  kembali menangis...sedu sedan dapat dirasakan terlalu dekat.. curahan tangis nampak jelas mengalir..Ianya tidak dapat dibendung lagi...Kesabarannya cukup teruji...

Akrab dan mesra membuatkan diri rasa terpinggir..rasa dipinggirkan..Dirasakan apa yang dilakukan selama ini berkecai bagai dihempas ke batu...mengalir jauh disungai yg deras...hangus dibakar panas api..

Rasa ini cukup membuatkan hati kembali menangis...kembali merasakan apa yang dirasakan dahulu..Rasa yang cuba dielakkan dan dijangkakan tidak akan berlaku lagi...tetapi ianya tetap berlaku..Hati cuba untuk menahan gelegak rasa tetapi rasa itu tetap membuak-buak tidak dapat ditahan lagi..Hati kembali menangis..

Tiada siapa yang tahu hati menangis...Tiada siapa yang peduli..Kerana bayangan pada wajah ceria..wajah gembira..wajah bahagia...wajah hilai tawa..tetapi apa yang hati rasa cukup pedih,sedih dan mengguris..

Perlukah lagi hati berharap?..Perlukah lagi hati menagih kasih?..Perlukah lagi hati setia?..Perlukah lagi hati taat?..Perlukah..?Mungkin hati tidak lagi perlukan kasih..tidak lagi perlukan harapan..tidak lagi perlukan kesetiaan dan tidak lagi perlukan ketaatan kerana dirasakan semuanya hanya sia-sia...hanya mainan hidup..hanya boneka jalanan...


Thursday, 20 November 2008

Menagih Kasih


Menagih kasih suatu tafsiran yang jelas tentang pengharapan yang ketidak sampaian...Kita mengharap sesuatu yang tidak pasti.. Kita seolah-olah bermimpi yang orang sukakan kita padahal nyatanya tidak begitu..

Manusia sering lalai dalam penafsiran perasaan yang kadang-kadang membuatkan mereka kecewa padahal mereka menagih kepada suatu perasaan yang tidak mungkin akan ada..Mereka sering lupa bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi tetapi mereka cuba juga untuk menepuk dan kadang2 tergelincir sebab tiada tepukan yang berbunyi..Tepuk hanya pada angin yang lalu...Sia-sia sahaja tindakan mereka..

Manusia tidak pernah ingin mengambil pengajaran yang lalu tentang tagihan kasih...Mereka masih juga cuba untuk menagih kasih sedangkan ketagihan itu hanya menyeksa diri..Menyeksa perasaan..Menyeksa emosi..Menyeksa akal yang waras.. Penyeksaan yang amat kejam ke atas diri yang hanya membawa perasaan itu...
 
Perasaan itu harus dibuang jauh jika kita sedar bahawa ianya sia-sia..Kenapa harus ditagih kasih itu?..Sedangkan ketagihan itu tidak membawa apa-apa makna dalam hidup kerana ketidaksampaian itu..Perasaan sering menganggu sering menerjah kuat supaya menagih kasih malah meronta-ronta supaya kasih itu dapat ditagih...

Kurus dan kering perasaan akibat ketagihan itu..Terseksanya perasaan hanya empunya diri yang tahu tetapi ketagihan itu juga yang mereka lakukan..Kembalilah kepada kenyataan bahawa tidak semua yang ditagih itu akan tercapai..Usahlah lagi menagih kasih pada yang tidak sudi..Sedarlah diri dan kembalilah ke aturan jalan yang nyata...Tagihlah kasih kepada yang sudi dan suntiklah kasih kepada yang menagih kasih kita kerana itu mungkin lebih bermakna dan bahagia...

p/s: Jangan Menagih Dadah okey..

Monday, 17 November 2008

LELAH HATI INI

Lelah ku rasakan saat ini ketika ini dengan sikapmu yg membisu seribu bahasa...Adakah aku yg bersalah memulakannya dulu padahal engkau yang menimbulkan sengketa...

Lelah hati ini fikirkan kata-katamu yang mengguris perasaan ku...lukanya amat mendalam menusuk tajam pedih hati ini...

Lelah hati ini aku fikirkan tindakan mu yang keanak-anakan yang menangisi tiap bodoh tindakan mu itu...

Lelah hati ini menafsirkan janjimu dulu yang sering engkau mungkiri dengan sewenang-wenangnya....

Lelah hati ini menuruti arahanmu yang akhirnya membuatkan ku luka kecewa..

Lelah hati ini menunggu bicara darimu yang masih tidak kedengaran nadanya sehingga kini...

Lelah Lelah Lelah hati ini...

Friday, 14 November 2008

KENAPA DENGKI SIFATNYA?

Kenapa manusia ada dengkinya?..Tiap dari kita pasti akan berjumpa orang yang mendengki..Disekeliling kita ,kita akan jumpa orang macam nie esp bila kita didalam kelompok yang ramai...such as kat tempat kerja dan juga kawan2 sekeliling...

Apa yang kita buat serba tak kena pada pandangannya..Lets say sebagai contoh kat tempat kerja..Bila kita didalam proses untuk peningkatan kerja akan ada yang mendengki dengan kita..Kita telah melakukan amanah dengan baik dalam tugas yang diberikan oleh majikan tetapi ada lah yang suka mengampu dan mencucuk boss dengan kata itu dan ini tentang kita..Padahal kita telah melakukan yang terbaik dengan tugas dan kuasa yang kita ada...Akibat dari ampuan dan dengkian teman sepejabat kita tidak dapat kenaikan..Atau kenaikan kita ditangguhkan..Atau kita diturunkan pangkat..dan orang lain yang naik pangkat...Tapi bila kita fikir dimana kebijaksanaan majikan dalam hal ini?..Tidakkah majikan menilai seseorang staff mereka dengan penilaian yang adil dan saksama..Adakah dek kerana ampuan dan dengkian staff lain boss boleh termakan ampuan dan dengkian itu?..Pelik tapi benar..AD pasti ada yang face  this realiti dalam kehidupan mereka...

Kenapakah manusia  sanggup dengki kepada manusia lain?..Sedangkan si manusia yang didengki itu tidak pernah mengusik atau membicarakan hal staff lain..Dia dengan secara jujur dan ikhlas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja..Tetapi mungkin dia tidak pandai mengampu dan mendengki...Inilah realiti dunia pejabat yang kita hadapi dan mungkin akan hadapi..Dengan kita tidak menyentuh hal orang lain pun orang lain boleh mendengki dengan kita...Kenapa harus ada sifat itu dalam diri manusia?..Meh kita hayati sikit hadith nabi dan ayat al quran untuk panduan :

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah  yang bersaudara.
 (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah  kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah  akan sebahagian kurnia-Nya.
 (An-Nisa:32)


Setiap dari kita telah ditetapkan rezekinya...dan kita hendaklah berpegang teguh dengan keyakinan akidah bahawa rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah..Prinsip inilah harus dipegang oleh setiap dari kita supaya dikalangan kita tiada lagi sifat dengki mendengki..dan kita seharusnya rasa qanaah atau rasa puashati dengan setiap rezeki yang telah Allah berikan kepada kita..Jadi sama-samalah kita menjauhi sifat yang secara jelas lagi nyata Allah akan murka..Kembalilah kita kepada sifat-sifat yang Allah suka..Insyallah...

Sunday, 9 November 2008

HIKMAH SUATU PERJALANAN..


Langkah perjalanan kita semakin keliru..semakin tidak pasti mana arahnya...Walaupun cantik aturnya cantik pemandangannya tapi kadang2 langkah kita terhenti ditengah jalan..Kita tidak berasa yakin lagi dengan apa yang kita lakukan...Pengorbanan kita selama ini dirasakan cuma sia-sia..

Kita sudah cuba yang terbaik sudah mempersembahkan suatu yang mulia tapi kita rasakan perjalanan kita itu cukup singkat dan pilu rasanya...Komitmen yang padu dengan ketepatan yang jitu kita lakukan tetapi perjalanan itu harus ditamatkan jua..Perjalanan yang kita rasakan dulu cukup manis yang cukup cantik tetapi kenapa ianya harus terhenti begitu?

Perjalanan kini yang telah banyak onak dan duri yang kita lalui..Perjalanan yang cukup bererti bagi diri yang terpaksa kita tamatkan bagi meneruskan perjalanan yang baru...Suatu perjalanan yang mungkin akan lebih memberikan manfaat pada diri..Tapi sanggupkah kita untuk menempuh suatu perjalanan yang baru?..Sanggupkah?.Mungkin oleh keterpaksaan kita harus juga melangkah ke suatu perjalanan yang baru...Mungkin juga perjalanan yang kita cuba elakkan sebelum ini tetapi akibat keterpaksaan kita harus juga melangkah...Mungkin longlai dan lemah langkah kita..Mungkin juga cukup perlahan langkah itu tetapi diharapkan ianya menjadi laju...

Pelbagai jalan yang kita lalui dalam hidup..Ada jalan yang tiada rintangan..Cukup senang kita melaluinya...tetapi ada juga jalan yang banyak lopaknya..banyak curamnya yang banyak mengajar kita tentang erti hidup sebenarnya..Yang banyak mematangkan diri menjadi yang lebih baik..Mungkin mengajar kita menjadi sabar, tabah, yakin dan mungkin juga mengajar kita untuk menginsafi diri..Untuk kita melihat kedalam diri apakah usaha kita selama ini berbaloi dan membantu diri..

Di dalam tiap langkah yang kita aturkan kita mempelajari sesuatu..Sesuatu yang amat bermakna yang akan memandu hidup kita ke suatu arah atau destinasi yang sama..Manfaatnya mungkin kita tidak nampak sekarang tetapi mungkin suatu hari manfaatnya akan muncul ..

Kita rasakan mungkin ini takdirnya yang membuatkan perjalanan itu terhenti tetapi ada yang menyalahkan takdir terus kerana menghentikan perjalanan...Tetapi tidakkah kita sedar tentang hikmah sesuatu kejadian?..Hikmah untuk kita menjadi lebih baik ..Bila tercapai hikmah itu barulah kita tahu dan sedar apa yang berlaku sebenarnya dalam perjalanan hidup ini..

Friday, 7 November 2008

TERUS DAN TERANG...


Terus terang Ad cakap..Ad cakap berterus terang. Perlu ke berterus terang?.. Tidakkah dengan berterus terang akan melukakan hati seseorang?..Mungkin juga sangat mengguris perasaan nanti?..Tetapi berterus terang adalah lebih baik dari menyembunyikan sesuatu yang menyesakkan dada kita..Lebih baik berterus terang daripada murung tak tentu pasal...Lebih baik menjelaskan sesuatu kemushkilan...Sesuatu kekeliruan perlu dinyatakan dengan terus terang...
Setiap perkara akan lebih jelas nyatanya dengan berterus terang...Tetapi adakah semua orang dapat menerima terus terang cerita atau penjelasan orang lain..Mungkin ada yang dapat menerima dan mungkin juga tidak...
Perlukah kita berterus terang sebenarnya?..Menyatakan sesuatu kebenaran memang amat pahit bagi sesetengah orang..Takut ada hati yang terluka..Takut ada yang tersentap....Tetapi sampai bila akan jelasnya sesuatu kekeliruan jika semuanya disembunyikan?Suatu persoalan tak pernah akan terjawab jika kita berdiam diri...rite?..Jadi perlukah kita berterus terang jika mempunyai sesuatu kemushkilan dan persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita?..Atau kita biarkan sahaja benak membengkak tanpa jawapan yang kita fikirkan kerana ingin menjaga hati seseorang?...
Keliru dan buntu bila fikirkan perasaan orang tetapi dalam masa yang sama persoalan dan kemuskilan sering mengasak hebat..Bolehkah kita lakukan seperti menarik rambut didalam tepung..Atau perlukah kita buang semuanya supaya benak lega tapi ada tinggal kesan yang tidak habis?..
Terus terang kadang-kadang menyakitkan orang lain...tetapi jika tiada pilihan apakah tindakan yang perlu kita lakukan?..Mungkin tiada langsung pilihan lain dengan cara berterus terang sahaja..Jadi berterus terang adalah perlu..Tetapi caranya biarlah betul dan waspada agar cara dan tindakan kita itu tidak menyakitkan hati seseorang..tetapi jika perasaan seseorang itu terguris akibat terus terang bagaimanakah pula tindakan kita?..Ntah...buntu dan keliru..Tiada jawapan..Berserahh...