Saturday, 28 February 2009

Takdirnya begitu..



Apa yang kita lakukan tak smestinya semua yang kita suka..Malah ada kerana yang kita lakukan itu sebab orang lain..Ingin menjaga hati atau apa sahaja..

Tetapi perlukah kita menyanyangi atau mencintai seseorang oleh kerana ingin menjaga hati dia?..Akibat terlalu sayang dalam jalinan persahabatan pada mulanya..Tetapi lama-kelamaan timbul rasa sayang dan cinta di hati dia..Sudah pasti kita akan berasa serba salah dalam menafsirkan hubungan itu menjadi lebih dalam..Yang mungkin kita tidak jangka kerana apa yang kita lakukan dan persembahkan hanyalah atas dasar seorang sahabat atau kawan..

Tidak pernah terlintas dihati kita yang perhubungan itu menjadi suatu tafsiran yang jauh bagi seseorang..Akibat layanan dan kemesraan kita yang tulen itu membuatkan hatinya terpikat dan mengubah lagu rasa itu kepada suatu hubungan yang lebih dalam coraknya..

Tetapi dihati kita tidak pernah wujud rasa itu kita hanya lakukan sesuatu yang "biasa-biasa" seperti orang lain persembahkan..Tetapi kenapa rasa itu yang datang bertandang dihatinya?..Dan bagimanakah kita akan cuba untuk tidak mengecewakan hatinya jika kita berkata yang benar dari hati kita?..Adakah itu akan mengecewakan si dia yang amat?..Mungkin...tetapi keakraban sahabat itu yang kita impikan bukannya cinta dan sayang seorang kekasih...

Begitulah rasa bila suatu hubungan berbeza jantina menerobos suatu keintiman yang amat..Rasa akan berubah lagu..Akan memecahkan rasa yang dulunya dipelihara...Bak kata orang bila berlaku seperti ini kita haruslah bertindak dengan bijak seolah-olah bagai menarik benang didalam tepung..benang tidak putus dan tepung tidak terabur..

Amat payah bila membicarakan rasa yang kita sendiri tidak jangka..Yang tiba-tiba ianya wujud dalam suatu hubungan yang kita rasa mungkin tidak sepatutnya wujud rasa seperti itu..tetapi mungkin juga ada kealpaan diri bila perhubungan yang seharusnya ada batas antara lelaki dan perempuan itu diolah seolah-olah terlalu rapat hingga membina bibit-bibit mesra yang tidak terjangka...

So bagi yang memahami cubalah fahami diri sahabat anda dan jangan mudah mencetuskan rasa dalam diri yang mungkin akan menjarakkan diri dengan sahabat kita..Cara dan gaya kita seharusnya ada batas yang harus kita ikuti agar keintiman dan kemesraan itu tidak melarat sampai ke rasa yang berbeza dari sebelum rasa itu datang..Kita mestilah kenali dan fahami gerak bahasa dan gerak laku sahabat kita supaya kita tidak tersilap dalam penafsiran yang sepatutnya kita tidak lakukan...Tiada salahnya jika itu adalah kehendak kedua belah pihak tetapi jika bertepuk sebelah tangan akan menimbulkan malu pada pihak kita dan bosan di pihak yang satu lagi..

P/S: Hanya pernyataan rasa melankolik tiada maksud kepada sesiapa....:-)

Wednesday, 25 February 2009

Kerisauan itu terjawab...

Hmmm mesti ada nak taukan apa jawapan kepada kerisauan Ad sebelum ini sebab setiap entry Ad ..Ad tidak menjelaskan perkara sebenarnya..Hanya mainan kata-kata yang menjelaskan maksud tersirat..So sekarang Ad jelaskan lah...

Hari ini dapatlah Ad keputusan dari pihak pengurusan kementerian tentang status kontrak kerja Ad...So by the end of this February 2009 maka tamatlah riwayat kerja kontrak Ad untuk sesi kontrak ini..Kami pekerja-pekerja kontrak lantikan contract for service ni ataupun dalam Bahasa Melayu nya kontrak untuk perkhidmatan akan tamat kontrak dan dengan kata lain tiada kerja lagi..huhu..Bagi kontrak akan datang kami akan di temuduga sekali lagi pertengahan Mac ini untuk lantikan April nanti selama setahun ..So proses pemilihan adalah seperti biasa dengan persaingan yang sama dari graduan2 lain yang memohon..Rasional untuk ditemuduga semula masih tidak dapat difikirkan..Mungkin nak buang yang bermasalah atau....Pihak pengurusan sahaja yang tahu...

So by Mac ni kembalilah tiada kerja..huhu..Sedihkan?..but Ad dah prepared untuk merasai rasa ini 10 bulan yang lalu..So Ad ada gak termenung memikirkan masa depan tetapi itulah hakikat hidup yang harus ditelan oleh setiap orang yang merasainya..Kami seramai 105 orang di seluruh negeri ini merasainya hari ini selepas diumumkan oleh Tuan Pengarah pagi tadi..Kalo single macam Ad ni maybe fikir untuk diri sahaja dan ansuran jer..Tapi ada yang telah married so akan merasai lebih keperitannya...Ada yang akan berkahwin 2 minggu dari sekarang laagi perit...Tapi itulah hakikatnya yang harus ditempuh bagi pekerja contract for service..Jawatan tidak tetap dan bila-bila boleh tamat..

Hakikat ini akan Ad terima dengan hati yang terbuka dan sabar....Insyallah...Terima kasih kawan terdekat yang memberikan sokongan..Harapan Ad agar perjalanan hidup ini akan berjalan dengan lancar walaupun ada halangannya yang hanya dirasai oleh empunya diri..Orang lain pasti tidak dapat merasainya kecuali yang mempunyai pengalaman yang sama..Kalau anda semua baca entry Ad sebelum ini Ad ada bercerita tentang masalah tentang pekerjaan di sykt. swasta Ad yang mendapat notis 3 bulan berhenti..Lebih kurang sama jer lah kali ini cuma masa jer yang berbeza..Dulu syarikat yang bermasalah sekarang ini prosedur yang wajib diikuti oleh kementerian..Tapi asasnya adalah pemberhentian pekerja..

Kita dijadikan dengan mendapat rezeki yang berbeza-beza..Ada yang senang dan bahagia..Ada yang susah dan sedih..Tapi disisi Allah kita adalah sama..rite?..So langkah seterusnya adalah meneroka kembali peluang2 yang ada untuk mendapat pekerjaan..Insyallah..Moga Allah membantu Ad..Pray for me k...

Sunday, 22 February 2009

AKU MENCARI...


Aku mencari..
Dimana yang kucari
Apa yang aku cari

Aku mencari disegenap ceruk..
Aku mencari disegenap celah
Aku mencari disegenap pelusuk
Aku mencari disegenap sudut

Pencarianku dalam
Pencarianku panjang
Pencarianku jauh
Pencarianku tinggi

Tetapi
Aku masih kelam
Aku masih keliru
Aku masih bimbang
Aku masih lemah
Aku masih risau
Aku masih kabur

Apa yang aku cari?..
Aku tidak tahu
Aku tidak mampu
Aku tidak bekudrat
Aku tidak bertenaga

Adakah aku bejaya mencari?
Aku tidak tahu kapan akan ku temui…



Saturday, 21 February 2009

UPAYA DIRI..siapa yang tahu..


Setiap orang boleh melihat kedalam diri sendiri keupayaan diri mereka dalam melakukan sesuatu..Keupayaan dirilah yang membuatkan diri kita berani untuk melakukan sesuatu..Jika kita tidak berupaya kita tidak berani untuk melakukan..Orang lain boleh berkata apa sahaja..


Ada yang berkata:" Alah senang jer..."

Ada yang berkata: "Mudah jer.. "

Ada yang berkata:"Ko ni itu pun nak takut..."

Ada yang berkata:"Ko ni berani laa sikit..."

Ada yang berkata:"Orang lain boleh buat apa.."

Ada yang berkata:"Ko ni nak takut apa?.."

Pokoknya tuan punya diri itu sendiri yang tahu keupayaan diri dan kehendak diri mereka buat masa sekarang..Apa yang mereka fikirkan sudah pasti orang lain tidak tahu..Apa yang mereka rancangkan juga orang lain tidak tahu..Manusia lain hanya boleh melihat dan membuat tuduhan atau tafsiran sahaja..

Keupayaan diri itu boleh di tafsirkan dengan pelbagai cabang dalam kita mengingini atau berhasrat atas sesuatu..Kita tahu diri kita dimana...Keupayaan kita dimana...Orang lain hanyalah perlu melihat sahaja...Tidak perlu mengganggu dalam percaturan diri orang tersebut dalam membuat atau merancang sesuatu..Bak kata yang mudah jangan menyebok..haha..

Kita tahu diri kita dan kita yakin yang suatu hari orang juga akan faham diri kita(Bagi yang tidak faham atau sukar untuk memahami org lain laaa..) Bagi orang lain cubalah fahami apa yang orang lain rasa apabila kita cuba untuk bercakap sesuatu sebab kadang-kadang sesuatu itu cukup sensitif bagi seseorang...Even kita close sekalipun kata-kata kita harus dijaga..Kita mempunyai privacy dalam hidup selagi apa yang kita buat itu masih dalam landasan yang tidak salah disisi agama..Bila yang kita buat itu salah orang lain mempunyai hak untuk menegur ..

Kita tidak pernah menolak bulat-bulat apa yang orang lebih tua dan berpengalaman perkatakan tetapi dalam suatu corak dan keadaan hidup yang berbeza orang lain tidak boleh samakan dengan apa yang mereka alami dulu..Setiap orang dikurniakan dengan rezeki dan hasrat yang tidak sama..So seharusnya orang lain menghormati hasrat dan niat orang lain dalam perjalanan hidupnya...Jangan mudah menafsirkan dan membuat andaian sendiri bila kita tidak mengetahui diri orang tersebut...Cubalah untuk memahami keadaan orang lain..Bila anda cuba memahami anda akan dapat jawapannya..Insyallah..

Wednesday, 18 February 2009

RISAU..

Risau... sering bermain difikiran apabila ada benda yang menggangu fikiran kita.... Gelisah akan membuatkan kita risau.. Keliru akan membuatkan kita risau.... Curiga akan membuatkan kita risau.. Takut akan membuatkan kita risau... Macam2 rasa yang kita rasa akan membuatkan kita risau..
Tapi kadang-kadang kita risau atas benda yang kecil sahaja... Tapi kadang-kadang kita risaukan benda yang besar... Ada-ada sahaja yang membuatkan kita risau.. Malah dalam kegembiraan tiba-tiba kita menjadi risau bila fikirkan suatu masalah.. Sukahati menjadi dukahati.... resah gelisah.. makan tak lalu..tidur tak lena... mandi jer yang basah...
Risau akan mengganggu hidup kita...Apa sahaja kerja yang kita buat membuatkan kita tidak lagi boleh berikan tumpuan kerana risau..Kerja menjadi tidak sempurna...Malah kadang-kadang ada sahaja kesalahan yang kita buat akibat dari kerisauan yang mengganggu..
Risau membuatkan kita dingin..Dingin dengan orang sekeliling...Bercakap pun nak tak nak jer..Jawab acuh tak acuh jer..Malah orang tanya lain kita jawab lain..Jadi khayal kerana asyik kerana risau...Masa memandupun kadang-kadang di hon di belakang kerana lamunan kerisauan..Kenapa kita berasa risau?..Apa yang perlu kita buat jika risau?..Sedangkan benda yang kita risau itu adakah sepatutnya kita risau?..Adakah kita risaukan sesuatu yang tidak wujud?..Adakah risau kita akibat mainan hati yang cemburu?..Mungkin juga akibat kita pernah mengalami sesuatu yang sama membuatkan kita risau?..Dan kita juga mungkin tertanya-tanya apakah punca kerisauan itu wujud..Dan mungkin juga kita fikirkan perlukah aku risau?..Risau..risauu..risauuu...

Tuesday, 17 February 2009

KATA-KATA KITA

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan bloggers semua yang wish my besday..Moga kalian juga dirahmati dan diberkati semuanya..Insyallah..Rasa sangat dihargai dalam tempoh kehidupan kita yang tidak selama-lamanya ini..Sebaris ucapan ayat apa-apa sahaja akan membuatkan seseorang itu senang dan sukahati..Ayat kadang-kadang boleh melegakan segala sakit yang ada dan kerisauan seseorang...So berilah ucapan apa sahaja untuk kekasih,teman dan kawan-kawan kerana ianya cukup menyenangkan hati mereka..Lebih-lebih lagi bila hari besar mereka..Bila anda ikhlas sayang dan suka kepada seseorang ucapan itu akan wujud dengan sendiri tidak perlu dipaksa-paksa dan diingat-ingatkan...kerana ucapan itu datangnya dari hati yang tulus ikhlas..Orang yang mendapat ucapan itu akan merasa senang hati dengan ayat yang kita ucapkan walaupun sebaris ayat sahaja..Dalam perhubungan apa sahaja ucapan atau ayat yang baik adalah digalakkan dalam menyemarakkan sesuatu hubungan..
Bila orang yang kita cinta atau sayang berkata I love you..I sayang awak..I miss you..kita berasa suka dan senang hati..rite?So berilah ucapan dan kata-kata yang dapat menyenangkan hati semua orang..Tapi kadang-kadang kita tidak sedar dari kata-kata juga akan membuatkan orang menjauhh dan pergi dari kita...Jagalah kata-kata agar semua orang senang dan selesa dengan kita..Jika kita tersilap kata kita mohonlah maaf kepada orang tersebut...Harapan agar dia menerima maaf kita sekurang-kurangnya..Manusia tidak pernah lari dari khilaf dan dosa..rite?..Kita hanya menjalani hidup ini hanya untuk sementara sahaja..Pulihkanlah balik yang keruh dan kembalikan ketenangan hati kita..Kerana bila kita masih di dalam ego yang tidak bertempat kita tidak mendapat apa-apa malah hanya merugikan diri sendiri..So lihatlah dalam diri dan tidak susah untuk membetulkan semua silap ..Pendita ZAABA pernah berkata dalam bukunya.." Perangai bergantung kepada diri sendiri..."..hanya diri kita sahaja boleh merubahnya menjadi yang lebih baik....Insyallah..

Saturday, 14 February 2009

SELAMAT HARI LAHIR AD....


Hari ini 14hb Februari 2009 masuklah umur Ad yang ke 30+++++...hehe..Kira sendiri k..ahaks..Usia semakin menginjak naik..rasa semakin tua jer...Tua ke?.. hehe...Alhamdulillah Allah masih beri nyawa untuk bernafas menikmati alam ciptaanNYA ini...orang kata umur itu hanya nombor..hehe..orang kata..tapi umur juga akan memandu kita setakat mana kita sekarang..Dimana kita...Apa yang kita ada..Adakah sesweii dengan umur dgn apa yang kita ada skrg?..Ntahlah....Rezeki, Ajal dan Maut adalah ketentuanNYA yang kita tidak boleh takwil..

Bila usia dah semakin melebihi pertengahan 30an nie rasa makin hampir jer...Hampir ke mana ek?..hehe..kemana2 yang hampir lah...

Moga Allah masih beri kekuatan dan kesabaran untuk Ad hadapi semuanya dalam hidup ini dengan penuh kesabaran dan keimanan ..Doakan AD yea...

Terima Kasih kepada yang wish besday thru SMS, CALL,YM,FSTER dan MYSPACE..Semoga kalian juga diberkati dan dirahmati..Insyallah...


Friday, 13 February 2009

ADA MASA...


Ada masa kita terpaksa meninggalkan yang dulu..

Ada masa kita terpaksa lupakan segalanya..

Ada masa kita terpaksa tidak berpaling lagi..

Ada masa kita terpaksa pejamkan mata supaya tidak melihat lagi yang dulu..

Ada masa kita terpaksa menghapuskan kenangan dulu..

Ada masa kita terpaksa tidak bercakap perkara yang dulu..

Ada masa kita terpaksa tidak merindu lagi..

Ada masa kita terpaksa membasuh luka lama..

Ada masa kita terpaksa terus melangkah pergi..........



ADA MASA - INFINATEZ


Ada masa yang akan ku fikirkan

Kiranya kau pergi dariku

Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu

Tak sanggup untuk ku bayangkan

Andainya takdir jauhkan kau dariku

Satu yang ku mahu hanyalah kamu


Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Betapa sungguh ku inginkan

Belaian senantiasa kau berikanku

Merasa kehangatannya cintamu

Sakitnya tiap kali kau titiskan

Air jernih dari matamu

Bebanannya ku tak mampu

Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Andainya

Kau tahu perasaanku padamu

Takkan kau siakan air matamu

Walaupun diriku jauh

Takkan pernah kau tiada Di hatiku

Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Wednesday, 11 February 2009

MENYESAL...

Ressa Herlambang - Menyesal

Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu



powered by lirik lagu indonesia

Monday, 9 February 2009

Bak Kata DR ..


Hmmm lama tak buat entry....Batuk Ad masih tak ilang ilang..Bila siang tak laa batuk sangat...Tapi bila time Ad letakkan kepala nak tido...Tido kejap mulalah datang kegatalan tekak...Mulalah batuk-batuk yang tak henti2...Sampai penat sgala..Setiap malam tidur Ad terganggu...Ni pun baru lepas batuk ..Gatal yang amat kat tekak ni..Kalau boleh garu nak jer garu2 dalam tekak ni...

Batuk ini dah sebulan lebih merajai tekak Ad..Segala macam ubat ubatan sudah dimakan...Sebut jer ubat batuk...madu lebah..ubat batuk herba cina...ubat batuk biji pelbagai jenis..Ubat batuk air pun byk jenis..kalau sesiapa ada suggestion pun Ad rasa dah makan ubat itu..


Last nite Ad jumpa Dr lagi..Kali ni bukan DR LIM tapi DR Hayati..Dia kata awak alah kat habuk ek?..Ad cakap yup..Memang kadang-kadang bersin sebab habuk..Dia cakap awak ada resdung kan?..Ad cakap ya...Awak gatal dan geli kat tekak tu sebab resdung lee tu katanya..Ad sedikit lega sebab risau gakkan kalo batuk libatkan jangkitan kuman kat paru2..Dari gaya kekonfidenan Dr tu ,Ad percaya cakap dia..Dia Dr kan mestilah kena percaya..hehe...Tapi justifikasi yang dia buat tu pun atas apa yang kita cakap jer...Dr ni akan tanya pesakit sakit apa..Maknanya dia bertindak atas apa yang kita cakapkan..Kita cakap sakit situ sini..Yang tu jer laa dia akan periksa dan buat justifikasi ikut ilmu dia...Dia akan bertindak mengikut apa yang kita cakap..Kalau kita cakap sakit perut dia akan periksa perut..Bila cakap sakit kaki dia akan check kaki..Tak pernah lagi bila masuk dia terus check tempat kita sakit..Ilmu dia akan bergantung dengan apa yang kita cakap..Thats why bila kita sakit kita kena cakap dengan lengkap bahawa sakit dimana dan rasa camana biar lengkap barulah dia boleh buat perkiraan tentang ilmu yang dia ada..

Sesiapa yang ada petua untuk hilangkan gatal2 di tekak do tell me k..Sebab Ad dah memang tak tahan kalau batuk ni menyerang tidur Ad...Tidur dah lama tak lena..Asyik terganggu...


Saturday, 31 January 2009

Not feeling well...

Ad not feeling well...Batuk dah sebulan tak reda...Lama betul batuk ni..Rasa geli dan gatal kat tekak ni..Dah macam2 ubat di makan dan minum tapi still tak baik-baik jugak..Madu pun dah makan...Tatau dah nak makan apa lagi...Hari ni second time jumpa DR LIM ..Dia kata normal jer cuma jangan makan makanan berminyak dan sejuk..Dia kata takde kesan apa-apa kalau camni kat paru-paru or what eva...Tapi kenapa tak hilang-hilang batuk ni...Kadang-kadang tidur tak lena dikejutkan oleh batuk..Malam tadi kuat sangat batuk sampai dada ni rasa tak selesa jer..Ad tatau apa yang nak dibuat lagi..Makan jer lah ubat yang diberikan DR LIM tadi..Ubat kumur ,ubat air dan antibiotik...Harap-harap batuk ini akan hilang...

Thursday, 29 January 2009

PERNAHKAH KITA FIKIR...

Pernahkah kita fikir apa yang kita ada dan miliki bukannya kekal akan menjadi milik kita selama-lamanya?..

Pernahkah kita terfikir akan apa yang kita ada tiba-tiba hilang ?..

Pernahkah terfikir yang selalu kita peluk erat itu tiba-tiba terlepas pelukannya?..

Pernahkah kita fikir yang selama ini jelas dimata tiba-tiba kabur pandangannya?...

Pernahkah kita fikir yang kita sering usapkan itu hanya terasa anginnya sahaja?..

Pernahkah kita fikir yang kita gembira adanya tiba-tiba sedih hilangnya?..

Pernahkah kita fikir yang panas hembusan nafasnya kita rasa tiba-tiba sejuk saja rasa ?..

Pernahkah kita fikir yang jasad wujud depan mata hanya tinggal bayangan sahaja?

Pernahkah kita fikir yang hangat kita rasa tiba-tiba sejuk menggigil jadinya?

Pernahkah kita fikir yang dulu kita segala-galanya tetapi tidak lagi sekarang?

Pernahkah kita fikir yang janji dulu tinggal hanya janji?

Pernahkah kita fikir yang indahnya kita rasa menjadi suram dan sepi kembali?

Pernahkah kita fikir yang setia diucapkan itu terbuktikah akhirnya?

Pernahkah kita fikir yang kasih kita rasa itu tidak akan kekal erat memeluk hati?

Pernahkah kita fikir yang rindu yang sering kita damba itu bukan lagi untuk kita?



Aliff Oiam -

Kau Pergi Kerana Suka
Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hatimu
Kau berjanji akulah satu-satunya

Yang abadi hingga ke akhirnya
Kau genggam erat tanganku
Kau sambut cinta suciku
Kau hias indah hidupku

Kau beriku bahagia
Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk setia denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Maafkanku.. jika salahku..

Hulur tanganmu
Sambut cintaku
Aku tak sanggup bersendiri
Kembali kasih dalam hidupku
Cintaku tulus sejati..

Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk berdua denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Cintamu.. bukan untukku......



Tuesday, 27 January 2009

WHAT IS PAST IS PAST (Learn from mistake)

Dalam hidup ini telah banyak yang kita lepaskan pergi dan tinggalkan..dan bila sampai suatu masa kita lihat balik dan renung balik kenapa kita lepaskan dan tinggalkan yang dulu...Fikir kita saat ini membuatkan kita keliru dan buntu kenapa yang ada dan hadir itu kita lepaskan pergi..Untuk mendapatkan kembali yang kita lepaskan dan tinggalkan itu mungkin sukar untuk kita dapatkan kembali..Dalam saat kita membuat keputusan itu atau mungkin tiada pertimbangan langsung dalam hal itu, senang-senang saja kita menolak dan mengabaikannya.. Bila suatu masa yang berlalu mungkin memakan masa bertahun barulah kita sedar yang kita lepaskan dulu dan tinggalkan dulu adalah yang terbaik untuk kita tetapi dalam jangkamasa ini ianya sudah menjadi sukar untuk mendapatkannya kembali...

Begitulah kehidupan kita sering salah dalam perhitungan untuk memilih yang mana madu dan yang mana racun..Kita sukar kadang-kadang untuk memilih dan keputusannya membuatkan kita berfikir kembali kalaulah aku dulu..kalaulah aku pilih yang dulu...Tetapi mungkinkah takdir itu akan berubah?..Mungkin...tetapi pengharapan itu mungkin tinggal hanya harapan..Kita tidak bisa untuk memusingkan putaran jam kembali kepada yang asal saat itu..

Apa yang kita mampu hanyalah menjaga apa yang ada sekarang dan akan datang kita membuat pertimbangan yang lebih jelas dan matang untuk kehidupan...Kadang-kadang usia dan pengalaman yang kita dapat dalam hidup ini mengajar kita untuk membuat pilihan yang tepat pada masa akan datang tetapi mungkin juga pilihan itu salah juga..Sebab itu tiada kesempurnaan pada manusia ini ..dalam bab membuat apa keputusanpun kita sering juga silap..

Orang selalu berkata "what is past is past" ..Masa yang berlalu pergi biarkan ia pergi..Kita harus menoleh ke depan dan menghadapi hidup ini dengan waspada dan tabah..Kita tidak tahu yang didepan itu adakah kita matang dalam membuat keputusan tetapi harapan kita ada, jika kita mengambil panduan atas semua yang terjadi sebelum ini..Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa..Lebih matang dalam tindak tanduk..Tapi jangan lupa kita juga mungkin akan silap lagi..Yang penting kita berusaha dan mengambil panduan apa yang berlaku sebelum ini dalam membuat keputusan..Kita mampu jika kita rasa kita yakin tentang liku-liku yang telah kita lalui sebelum ini ..Moga kita mendapat jalan yang tiada likunya lagi..

Apa yang berlaku dahulu kita jadikan panduan dalam hidup ini..Setiap orang ada salah langkahnya..Ada gelincir hatinya..Ada terbabas rasanya..Ada tercuit pedihnya..Ada terguris lukanya.Harapan kita masa akan datang ,kita lebih kuat dan cekal dalam membuat keputusan yang mencorakkan hidup kita yang bagaimana...Andai kita salah lagi kita ambillah ia sebagai panduan untuk masa akan datang.."What is past is past" ....Kita masih ada peluang untuk perbaiki diri menjadi yang lebih baik dan mungkin terbaik...dan doa kita agar kita diberikan petunjuk dan gerak hati yang jelas dalam kita membuat keputusan..Insyallah..


Sunday, 25 January 2009

TAKDIR KITA TIDAK SAMA...

Sudah terlalu lama kita mencari dan terus mencari tetapi kita tidak menjumpainya...Semakin kita cari semakin kita keliru kerana disepanjang pencarian itu kita diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kadang tidak terlintas pun oleh fikiran kita kita akan melalui dugaan seperti itu.Hebat sungguh dugaan dan cabaran hidup yang harus kita tempuh unutuk mencapai suatu tahap yang kita inginkan.

Malah kadang-kadang kita tidak pernah mencapai apa yang kita mahukan tetapi kita sudah cukup lemas dan lemah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan..Sampaikan kita rasa sudah tidak mampu lagi untuk menghadapi pelabagai dugaan lagi..Orang kata jangan berputus asa setiap jalan hidup itu akan ada dugaan dan rintangan..Tetapi adakah kita tahu dan yakin setiap orang boleh menghadapinya?..Kita tidak pasti..Ada antara kita yang gagal ditengah jalan dan mengambil jalan melupakan segala impian dan cita-cita dalam hidup kerana sudah tidak mampu lagi menghadapi segala rintangan dan dugaan yang amat berat pada tafsiran diri mereka..

Pernahkah kita fikirkan apa yang mereka rasa ?Pernahkan kita fikir akan kepayahan mereka sedangkan kita tidak pernah merasai apa yang mereka rasa..Kita sering dengan mudah menuding jari mempersalahkan orang lain ..Kita dengan mudah membuat justifikasi sendiri tanpa merasai apa yang mereka rasa dan mereka lalui..Segala keperitan dan kepayahan itu kita tidak pernah hendak selaminya...Malah kita tidak pernah dengar tangisan dan rintihan hati mereka dalam mengejar apa yang mereka inginkan..Yang kita nampak pada zahirnya sahaja apa yang jelas pada pandangan kita tetapi kita tidak pernah nampak apa yang mereka usahakan dalam diam yang sering menemui kegagalan...

Dalam hidup ini takdir kita tidak sama..Ada orang yang dengan mudah mencapai apa yang mereka inginkan tetapi dalam satu ruang hidup yang lain ada yang berusaha dengan gigih dan sepenuh jiwa tetapi tidak mencapai lagi apa yang mereka inginkan dalam hidup..Jadi sebagai seorang yang mempunyai jiwa dan rasa seharusnyalah kita membantu dan sekurang-kurangnya cuba menyelami dan merasai apa yang mereka rasa bukannya dengan senang menuduh atau membuat kesimpulan yang mudah tetang mereka..Sama-samalah kita cuba menyelami dan merasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang dekat dengan kita tidak kiralah sahabat atau saudara mara kita sendiri..Bantulah mereka jika kita mampu kerana takdir kita dalam hidup ini tidak sama...

LELAKI
Siso Kopratasa/Habsah Hassan
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

Friday, 23 January 2009

JIWA KACAU...

Kadang-kadang kita tarak tau apa kita pikir...Mende kita pikir pun kita tatau..Kadang-kadang kepala otak serabut..Jiwa jadi kacau...Jiwa meronta-ronta kekacauan yang amat..kacauu..kacauu..kacauu..

Kadang-kadang buat kita cakap pun tarak selupa bikin..Itu macam cakap..Cakap tatau apa yang dicakapkan...Orang pun jadi talak faham oooo...Kacauu..kacauu..kacau..


Kadang-kadang buat kita drive pun jadi laju bila jiwa kacau...Drive yang dulu slowww gileee jadi laju yg amat gileee...Kacauuu..kacauuu..kacauuu...


Dengar lagu pun dulu slowww jer lentok baekkk punyeeee..Jadi ganazzz..Lagu2 rancakkk plak..Apa kene bebbb...Kacauuu..kacauuu kacauu...?????..Jiwa kacau...????...hahh?..Kacauu..apa yang kacau...?...Ntah ..tatau...kacauuu ...Jiwa kacau...


p/s: Sapa yang baca jangan kacau okeyyy...