Sunday, 19 July 2009

Aku jaga tapi aku tiada daya


Aku jaga rasa itu

Aku peka gerak laku

Aku perhati tutur bahasa

Aku prihatin madah seloka



Tidak pernah aku mungkiri

Tidak pernah aku mengabai

Tidak pernah aku curigai

Tidak pernah aku mendustai



Tapi aku yang dipandang sepi

Tapi aku yang dibuang jauh

Tapi aku yang dihina keji

Tapi aku yang disimbah marah



Aku tiada daya untuk menyekat hajatmu

Aku tiada upaya untuk menghalang niatmu

Aku tiada tenaga membatas inginmu

Aku tiada kekuatan untuk membentengi curigamu



Aku masih seperti dulu

Aku masih yang ada kini



Aku tidak akan memusnah

Aku tidak akan membuang

Aku tidak akan menghancur

Aku tidak akan melebur



Kasih yang ada

Sayang yang ada

Ikhlas yang ada

Jujur yang ada



Jika kau rasa diri kau betul

Jika kau rasa hajat kau benar

Teruskanlah niat dan hajatmu itu

Moga kau tidak menyesal

Moga Allah memberkatimu





p/s: Tengah layan lagu TanpaMU-Inteam..

11 comments:

  1. HONEYDY LOVE-Kan kan?..hmmmm...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. usaha mencari daya tuh kembali.. chaiyok2...

    ReplyDelete
  3. SIREBEN MERAH-Moga dijumpai..:-)

    ReplyDelete
  4. aku tersenyum bila mendapat SMS dari mu di pagi hari...upppss.....hehehheh

    ReplyDelete
  5. nape tak de daya..cakit ker...huhuhu..:p

    ReplyDelete
  6. YANIE-Sms ?..sape sms?..hehe

    ReplyDelete
  7. WAHIDAH-Tiada daya kerana tidak berdaya untuk ada daya itu..Daya apakah?..hehe..

    ReplyDelete
  8. Takkan nak biar je? Takkan nak tadah je? Kadang2 kena jugak bangkit. Kadang2 kena juga fikir diri sendiri.

    Tapi tak salah mengalah. Kalau kamu di pihak yang benar. Kebenaran itu akan keluar sendiri. Takperlu kata2.

    ReplyDelete
  9. CAHAYA-Hmm kdg2 kita fikir tapi kdg2 kita tidak mampu...
    Yup jika benar itu akan tetap benar...lambat laun akan nampak juga dimana kebenaran itu..

    ReplyDelete
  10. mengalah tk smestinya kalah. maybe da relationship with him/her will be better or we'll get a better one than him/her.. who knows.. right..?
    and i'm happy now... Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
    make myself bz with work loads.. :)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)