Friday, 3 July 2009

Yang Dua


Dulu kau sering alpa diri

Dulu kau sering hilang arah

Dulu kau sering terpesong hati

Dulu kau sering terlajak jalan


Jalan-jalan suram yang kau lalui

Jalan-jalan duri yang kau redah

Jalan-jalan krikil tajam yang kau pijak

Jalan-jalan lopak yang kau jatuh


Tapi kini,

Sejak kau kenal DIA

Kau sudah berubah

Kau sudah pasrah

Kau sudah redha

Kau sudah insaf


Jalan kini kau sudah nampak

Jalan kini kau sudah terang

Jalan kini kau sudah lancar

Jalan kini kau sudah rata


Kau jelas kini,

Kemana arahnya hidupmu selepas ini

Kemana panduan hidupmu selepas ini

Kemana hentinya hidupmu selepas ini

Kemana noktahnya jasadmu selepas ini


Kau jagalah jalan hidupmu itu

Kau belailah jalan hidupmu itu

Kau tatanglah jalan hidupmu itu

Kau dakaplah jalan hidupmu itu


Agar kau nanti ,

Tidak alpa lagi

Tidak hilang arah lagi

Tidak terhenti lagi

Tidak terpesong lagi


Kau jalanilah jalan hidupmu

Berbekalkan panduan hidup yang dua

Tanpa ditinggalkan arahan yang dua

Iaitu Al Quran dan As Sunnah..


Moga jalan hidupmu

Mendapat berkat dan rahmat dariNYA..


16 comments:

  1. alhamdulillah,

    biru pun ingin jadi mcm ni..

    perlukah mengharap sesorg yg lain utk mengajak kejalan ini....
    perlukah teman utk sama2 kejalan NYa....

    mati pun sorang jer kan....=)

    ReplyDelete
  2. BIRU-Mati mmg sorg pun...disoal dan diadili esok2 pun sorg..tapi kita ada hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia yang akn dipersoal esok2..hmmm

    ReplyDelete
  3. Hmmmm setiap dari kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesalahan... tapi sebaik-baik dari kita adalah yg menyedari kesilapan dan bertaubat dan tidak mengulanginya lagi...

    moga kita sentiasa tergolong dlm golongan yg sentiasa ingatkan Allah...

    ReplyDelete
  4. salam bro..

    sihat kah?

    sangat mendalam

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Bukan semua orang temui jalan lurus macam ni. Semoga masih di jalan yang sama.

    Cahaya pun nak juga. Doakan Cahaya punya kekuatan itu.

    ReplyDelete
  6. CHIME-Insyallah..Moga2 kita ditetapkan dalam golongan yg sentiasa melihat dalam diri..Sama-samalah kita berdoa kerana semuanya dariNYA..

    ReplyDelete
  7. SRISUFI-Salam..Alhamdulillah Allah masih beri kesihatan utk Abg Ad..esok2 kita tatau..
    Mendalam utk sama2 kita fikir..hurmm

    ReplyDelete
  8. CAHAYA- Betul tu tidak semua kita sedar akan alpa diri dan kurang diri..tapi bila kita telah tersedar cepat2 kita mohon ampun atas semua silap..dan moga2 Allah tetapkan hati kita dalam jalanNYA..Insyallah..
    Sama2lah kita berdoa..:-)

    ReplyDelete
  9. Salam'
    Semoga di hujung hidup nanti bertemu jua " Husnul Khatimah ".

    ReplyDelete
  10. salam... bro, manusia akan insaf dan bercita-cita ke jalan ITU.. tetapi jgn lupa manusia perlu dibimbing dan diberikan sokongan yang berterusan... insyaallah...

    ReplyDelete
  11. LEENOH-Wslm..Insyallah moga kita bertemu dengan Husnul Khatimah..

    ReplyDelete
  12. SCRLETT-Wslm..Yup tidak dinafikan..sepanjang perjalanan hidup itu manusia perlu dipandu dan diingatkan tentang pelbagai perkara ..Moga kita semua beringat dan mendapat panduan..Insyallah..

    ReplyDelete
  13. so deep..oso as a reminder to us...!!

    ReplyDelete
  14. GREENJADE-Deep deep..untuk semua...

    ReplyDelete
  15. PERIDOT SEPI-Insaf ke?..hehe..utk kebaikan semua..InsyaALLAH..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)