Friday, 17 July 2009

Mengharap Kasih


Mengharapkan suatu kasih tidak seindah untuk menerima kasih..Dalam suatu proses kehidupan sudah tentu ada yang mengharap kasihkan?..Harap ingin dikasihi dan mengasihi..

Tapi dalam suatu proses hidup ini tidak semua yang mendapat kasih yang diharapkan.. Mungkin ada yang berkasih tapi kekasih hati itu tidak menepati hasrat hati.Tidak menimbulkan rasa eratnya hati memiliki dan mengasihi.. Orang kata biasa-biasa sahaja.. Kenapa ya semua ini terjadi sedangkan pihak satu lagi cukup mengasihi dengan sepenuh hati dan jiwa.. Malah sanggup mati jika terputus kasih..

Dalam konteks ini keikhlasan cukup penting .. Jika kita tidak dapat berlaku atau merasa ikhlas dalam suatu hubungan kenapa mahu diteruskan kasih..rite?.. Tapi jika semuanya telah berlaku dalam suatu masa yang panjang amat sukar untuk memutuskan hubungan tersebut.. Suatu jangkamasa yang boleh dikatakan sudah kemuncaknya suatu hubungan... Jika putus pihak satu lagi akan cukup kecewa dan merana diri.. Seolah-olah dipermainkan kasih..

Kenapa ya jika tidak ikhlas tapi masih lagi pura-pura mengasihi kerana ingin menyatakan pada dunia bahawa akulah ada awek.. akulah ada balak.. Tidak mahu orang tengok kita tak laku.. Dalam hal ini, dari mengecewakan orang yang mengharap lebih baik tidak berkasih.. Itu sebaiknya.. Jika "cannot go" lagi tak perlulah pura-pura mengasihi.. Jika memakan masa yang panjang takut nanti anda memusnahkan masa depan orang lain.. Bayangkan jika terlalu lama berkasih sampai umurpun meningkat tak kawin2 jugak tidakkah kesian pada yang mengharap?. Tiba-tiba "break off" tapi umur dah banyak disia-sia dengan kasih pura-pura.. Akhirnya .. kesian pada yang mengharap..

AD tulis entri ni sebab kesian kepada kawan-kawan yang menerima kasih pura-pura.. Dipermain-mainkan kasih.. Seolah-olah manusia tiada perasaan.. Bila nak, datang bila tak nak blah camtu jer.. kepada yang terkena kasih pura-pura ni bersabarlah yea.. Hari ini hari dia esok2 hari kita pulak.. Btol tak?.. Bagi yang mengamalkan kasih pura-pura ni ,insaflah dan mintaklah maaf agar pihak yang terkena tu dapat menerima hakikat tiada kasih sebenarnya selama ini tetapi hanya pura-pura.. Jangan diamalkan lagi.. Kembalilah ke pangkal jalan dan fikirlah apa rasa orang lain jika diperlakukan begitu.. Dan ingat, Allah bersama-sama dengan orang yang teraniaya...


p/s: Entri ni sempoi sahaja sbb tu tatabahasa lari..huhu..

Dan takde kena-mengena dgn penulis yea..hehe..

13 comments:

  1. boleh tahu kalau orang menipu.. tapi tu lah.. kadang2 dah tau kena tipu pun go on jugak.. dengan harapan si pasangan berubah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. SAAD-Bolehke tahu org tipu?..hmm...Mungkin jugak go on sebab terlalu mengharap..Berharap berubah tapi banyak masa dihabiskan..

    ReplyDelete
  3. tidak faham...

    kenapa perlu berpura2 dalam bercinta?
    walau macamana kita berpura2 pun,
    hati kita tahu..
    hati tak boleh menipu kita cinta or tak org itu..

    bak kata lagu alleycats:
    jika kau bercinta lagi, cintalah sepenuhnya..
    huhu =)

    ReplyDelete
  4. Mengharap kasih dari orang memang sakit. Cahaya dah penah rasa peritnya. Tapi lama2, Cahaya sendiri hilang arah, apa sebenarnya yang Cahaya kejar. Cahaya kejar cintanya, tapi ternyata cintanya bukan untuk Cahaya.

    Perasaan itu pudar lama2 bila ia hanya tepukan dari satu arah. Biarkan ia pudar. Sebab kalau tepuk kuat mana pun, kalau ianya masih satu arah, takkan berbunyi.

    ReplyDelete
  5. honey tau Ad citer pasal sape... ermm...

    ReplyDelete
  6. BIRU-Begitulah manusia..sering pura-pura..atas kepentingan sesuatu..hanya tuhan yang tahu niat seseorangkan?..hmm

    ReplyDelete
  7. CAHAYA-Yup..Cahaya faham maksud entri Ad..terima kasih kerana cuba memahami..hehe
    Moga Cahaya dapat cinta yang ikhlas selepas ini...Berdoalah..Insyallah..

    ReplyDelete
  8. HONEYDY LOVE-Eh eh tau tau lak dia..hehehe..Sape lee tu..hehe

    ReplyDelete
  9. Hurm..
    CINTA?

    pedih..
    buhsan..

    ReplyDelete
  10. CHEKGU SEKOLAH-Pedih dan buhsan dah ke dengan cinta...step cinta mmg camtu selagi belum ketemui cinta sejati..hehe

    ReplyDelete
  11. betul tu ad...

    wan pun da nah kena..

    so mmg hot drpd biasa...

    tpi pikir2kan balik mcm haram je..

    so biarkan je...

    apa yg penting fokus kerjaya kite..

    itu lg bgs kan kan kan

    ceylet sikit??? =p

    ReplyDelete
  12. MR SYAZWAN-A'ahh baik fokus kerjaya sahaja dulu..lama2 adalah yg ikhlas sepenuh hati..hehe..ceylett...fuuyooo..

    ReplyDelete
  13. org yg awak tau n yang saya tau... :)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)