Kita tidak pernah mahu menerima hakikat hidup itu bagaimana.. Setiap episod hidup kita lembar satu persatu.. Kita kuis-kuis agar nampak.. Namun semakin kita nampak semakin kita jelas semakin itulah hati kita semakin gelisah dan resah..
Mana jalan yang kita cari itu... Adakah jalan yang kita lalui ini adalah kesinambungan jalan itu?.. Mungkin juga tidak.. Mungkin juga kita tersilap langkah atau jalan... Kita mencari jalan baru tapi mungkinkah jalan itu pula yang salah?.. Kita akan terus menguis dan mencari mana tapak yang boleh memandu kita ke jalan itu... Jalan yang kita nampak tapi kita tidak tahu dimana mulanya kerana kadang-kadang jalan yang kita lalui ini ke arah lain jalannya...
Kita menggunakan banyak masa.. malah kita membazirkan banyak masa dalam pencarian yang kita nampak tapi kita tidak tahu dimana mulanya... Kenapa hati kita tidak cerah dan terang dalam mencari?.. Mungkinkah hati kita dihijab oleh apa-apa yang salah kita lakukan?..Jika ya.. Kenapa kita tidak membuang hijab itu agar hati cerah dan terang semula?.. Adakah kita tidak sanggup membuang nya dengan beralasan masa masih terlalu awal?.. Masa masih panjang?.. Tidak terfikirkah kita masa itu semakin singkat minit dan saatnya?.. Terfikirkah kita?..
Kita pernah juga bertanya dan menyoal orang lain yang juga mencari jalan yang sama.. Tapi mereka juga tidak tahu mana mulanya... Mungkinkah ada panduan yang masih kita tidak ketemui?.. Atau ajaran yang masih kita kaburi?.. Atau persoalan yang masih kita pendami?.. Atau semuanya ada tapi kita masih engkar dengan panduan dan ajaran itu?.. Sebab itulah kita masih tidak nampak jalan..Mengapakah hati itu masih buta dan tidak nampak jalan itu..?
Ya Allah tekadkan hati setiap manusia dalam mencari jalanMU.. Bukakanlah hati mereka agar menemui jalanMU.. Jalan yang lurus seperti jalan-jalan orang yang engkau redhai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.. Aminn...
Antara Dua Cinta - The Zikr
ReplyDeleteApa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh
kekadang...kita akan sesar..
ReplyDeletetanpa haluan..
apa yg penting..HATI..
sejauh mana hati kita boleh menerima semua dugaan yg mendatang..
AMINNNN.
ReplyDeleteCahaya cuba belajar jadi manusia. Manusia sepatutnya tak sakitkan orang lain. Cahaya akan cuba untuk jadi manusia.
Jalan yang dipilih selalu salah. Nak salahkan siapa? Dah memang salah diri sendiri. Kalaulah punya upaya untuk patah balik masa, kan bagus.
ZAMSPOTTE-Abg try search lagu ni yang jumpa Raihan nyanyi ..best liriknya kan..macam kena2 dengan entri abg ad..hehe..
ReplyDelete"Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada "
Thanks fr the lyric..
CHEKGU SEKOLAH-Yup kadang2..mana mungkin manusia itu sempurna kan..Kadang2 ada yang tersesar dan tersasar..Moga Allah pandu jalan hidup kita dan lindungi kita dari semuanya yang salah..Insyallah..Doa adalah penting dalam perjalanan..
ReplyDeleteCAHAYA-Yup begitulah kehidupan Cahaya..Setiap manusia membuat silap..bukan Cahaya sorang..Semua manusia..Tapi yg penting dalam jalan hidup itu kita tahu kita dimana..Yang salah perbetulkan..Yang betul dikekalkan..Manusia tiada yang sempurnakan?..So dont worry about that..DIA lebih mengetahui..Insyallah..
ReplyDeleteDan kita mesti ingat ,tiap sesuatu itu juga datang dengan hikmah yang tersembunyi...
ada saja kesilapan yang dilakukan di setiap hari...berusaha memperbaikinya setiap saat
ReplyDeleteKCYNODIA-Memang kerap sahaja bila melakukan kesilapan..bila benda baik sukarnye untuk diri melakukannya.. lepas fikir dan fikir..amat payah hati untuk mengubah benda yg dah biasa..
ReplyDeletePagi tadi, petang semalam, tengah hari tadi, malah malam ini juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar di kurniakan jalan yang lurus. Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.
ReplyDeletePermohonan yang telah kita ajukan entah berapa ratus bahkan beribu-ribu kali kepada Allah s.w.t. Bayangkan, jika kita kini berusia 40 tahun dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (sekitar usia 15 tahun), bermakna kita telah memohon jalan yang lurus sejumlah 155,125 kali!
Apakah status permohonan kita itu? Adakah Allah mensia-siakan permohonan yang diajukan sebanyak dan sekerap itu? Atau adakah kita yang mensia-siakan jawapan yang telah diberikan Allah? Namun yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya.
Pengalaman kita, jika ada seseorang yang meminta kita sesuatu berulang-ulang kali, akan jatuh kasihan juga dan ini mendorong kita untuk menunaikan permintaannya. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Oleh sebab itu jelas sekali kitalah yang telah mensia-siakan jawapan (kurniaan) Allah itu.
Dalam hubungan sesama manusia kita biasa dengan ungkapan, “When you ask, listen!” Maksudnya bila kita meminta suatu pandangan, nasihat atau tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya, yakni pandangan atau nasihat yang kita minta itu. Jadi amat tidak wajar kita hanya sering meminta nasihat, namun apabila telah diberikan, kita mensia-siakan atau tidak mendengarnya.
Begitulah dalam hubungan dengan Allah, kerap berlaku situasi sedemikian. Kita sering meminta kepada-Nya dalam doa dan solat kita, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang tuli dan mensia-siakannya.
Inilah yang berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yang lurus. Jawapan dari Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjukkan-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. lalu samapi bilakah jalan yg lurus tersebut baru akan kita temui.
kita manusia ama payah untuk serik.. buat silap, buat jahat.. tapi tak serik2 jugak untuk lakukannya lagi. Buat jahat kemudian menerima akibat yg buruk dan memusnahkan hidup manusia tetap jugak tak serik-serik. Tak pernah mahu belajar dan ambil iktibar.
justeru, kalau kita lakukan kesilapan (memang kita akan selalu buat silap), ingatlah serik ialah U-Turn terakhir untuk kembali ke jalan betul. Sekiranya tidak, jalan lurus itu akan membawa kita kepada kemusnahan dan yang lebih malang kita akan merasa lali di atasnya...
hope dat everything will be better sooner or later..InsyaAllah.. Amin
ReplyDeleteall depends on ourself..
huhu.. lagu tu dinyanyikan semula oleh Raihan, Saujana dan Syaifah Aini... Syarifah Aini??
ReplyDeleteCHIME-Yup betul tu Chime..kita sering mengulang kesilapan yang sama..Iyalah manusiakan tidak sempurna..selalu mengulangi kesilapan..Kita leka dan lali dengan kesilapan yg kdg2 membawa akibat yg buruk utk diri..Kita sering lalai ttg panduan yg Allah berikan sebab sesuatu larangan itu..Semuanya utk kebaikan manusia..Tetapi akibat gelora nafsu semuanya diredah seolah2 tiada apa yg salah dan silap..Moga Allah masih berikan kita semua kesdearan utk bertaubat atas kesilapan..Dan menjalani hidup dengan penuh keberkatan dan kerahmatanNYA..Insyallah
ReplyDeleteHONEYDY LOVE-Insyallah...Moga Allah eprmudahkan semuanya..
ReplyDeleteZAMSPOTTE-Oooo nanyian semula laa lagu tu...hehe
ReplyDeletekita selalu mencari, tapi kadang kita alpa dan lupa yang sebenarnya semuanya ada di depan mata.
ReplyDeleteamin..amin.. amin.. amin...
ReplyDeleteF
U
U
U
Y
O
O
O
apa yg penting
berdoa
berusaha
bertawakal
tul x??
ceylet sikit..
^_~
Salam.
ReplyDeleteHidup ini kekadang anih.Sesuatu yang dibenci kekadang itulah yang amat bermanfaat kepada kita,Sesuatu yang kita sayang itulah yang akan merosakkan kita. Sudah ada amaran di dalam kitab suci tetapi tidak juga menyusuk jiwa utk bermahasabah.
Ya. sememangnya kita perlu berdoa utk mendapatkan taufik dan hidayah-Nya.
ADDY-Yup betul kata Addy...Di depan mata sudah tersedia...kita jer tidak nampak atau buat2 tak nampak..
ReplyDeleteMR SYAZWAN-Yup betul tu .. fuuuyyyooo..hehe..
ReplyDeleteberdoa berusaha dan bertawakkallah kepadaNYA.. Insyallah Allah permudahkan segalanya...Yang wajib kita tahu bahawa jalan itu ada...
LEENOH-Ya Leenoh..Tidak meresap dijiwa apa yang telah tersedia untuk kita..Kita tahu dan nampak tapi kita tidak ambil peluang itu..
ReplyDeleteDoa penting agar Allah bukakan pintu hati kita kepada kebaikan dan menjauhi keburukan..Insyallah..