Diriwayatkan oleh Imam Nasaie ,Ibn Majah ,Ibn Habban dan Baihaki.Daripada Abu Hurairah Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu"
Kita semakin hampir dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan.. RAMADHAN.. Moga kita semua dapat menikmati bulan ini dengan penuh keimanan , penuh kesabaran , penuh kelapangan , penuh kemaafan dan penuh rasa khusyuk. Bulan yang menduga kita bukan sekadar lapar dan dahaga. Bulan yang menduga kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup seharian yang mana lebih kita maklum dan peka atas segala tingkah dan gerak laku kita. Moga kita berjaya menghadapinya sehingga akhir Ramadhan..INSYALLAH..
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini AD memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang AD lakukan baik secara sedar atau tidak.. AD mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam bicara di blog yang menyentuh hati dan mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. AD mohon maaf jika ada sesiapa yang jelek dan benci bila membaca ayat-ayat yang penuh MELANKOLIK yang mana AD tidak boleh lari dari bicara MELANKOLIK kerana blog ini sememangnya blog yang MELANKOLIK. Tajuk blogpun MELANKOLIK.. AD tidak pasti sampai bila blog ini akan berMELANKOLIK.. Mungkin sampai bila-bila atau mungkin suatu hari AD akan menutup juga blog ini.. Mungkin juga blog ini akan terbiar sepi juga suatu hari.. Itu bukan dalam kuasa AD kerana hanya DIA yang menetapkan segalanya..Yang penting sekurang-kurangnya pembaca mendapat sesuatu dari entri-entri yang AD paparkan walaupun sedikit. AD juga mohon maaf sekiranya anda melawati dan memberikan komen di blog AD tapi AD sebaliknya.. Maafkan AD kerana kesuntukan mengganggu untuk AD berbuat begitu.Tapi INSYALLAH AD akan cuba juga membaca dan memberikan komen di blog anda..AD menghargai semua blog-blog yang ada..Anda berhak menyuarakan apa sahaja kerana itu adalah blog anda..
Dalam kehadiran Ramadhan ini juga AD pohon maaf pada semua kenalan tidak kiralah kenalan alam maya atau kenalan alam nyata. Maafkan sekiranya tersilap kata dan terlebih bahasa dalam berbicara.. Maaf jika tersilap kata dalam percakapan atau pun "sms" . AD tidak pernah terlintas untuk menyakiti atau melukai hati sesiapa dengan tutur bicara dan susunan ayat "sms" yang membuatkan ada yang tidak selesa atau tidak suka.. Maafkan AD.. Tiada langsung niat yang tidak baik terdetik dalam hati .Hanya sekadar gurauan untuk menceriakan suasana atau satu jalinan kata untuk mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin.. AD menghargai setiap orang yang AD kenal.. Anda semua mengajar AD sesuatu.. Sesuatu yang cukup bermakna dalam penafsiran jalan hidup yang pelbagai.. Maafkan AD ..
AD tinggalkan anda semua dalam entri ini dengan satu komen berpuisi di entri blog AD yang lepas dari http://anaklaut.blogspot.com . Mungkin anda semua akan dapat sesuatu dari puisi ini..InsyaALLAH..
Ada sebuah jalan setapak
Jauh di dalam hutan
Yang lalu bercabang
Baik dan rawan
Aku memilih menempuh
Jalan yang kiri
Aku tak punya peta
Kerana tak pernah di beri
Jalan yang kulalui ini
Kotor dan rosak
Dipenuhi tebaran mimpi
Yang patah dan koyak
Dilapisi kesalahan
Dan ditebari hati,
Yang diambil dari manusia
Dan dicabik mati
Penderitaan dan penyesalan
Banyak ditemukan di tempat ini
Kemanapun kau menoleh
Berserakan di sana sini
Aku ingin menyeberang
Ke jalan setapak yang satu lagi
Dan meninggalkan di belakang
Kemarahan menyakitkan ini
Kukira aku akan selamanya
Ditakdirkan berjalan dalam kegelapan
Dan semua gerbang
Terkunci rapat di kiri-kanan
Tapi ketika melanjutkan
Terlihat sebuah jembatan kecil
Jembatan harapan
Memanggil namaku di tempat terpencil
Perlahan aku menyeberang
Menuju jalan kebaikan
takper. saya maafkan awak... hehehe...
ReplyDeletesalam ad,
ReplyDeleteselamat berpuasa, selamat bersahur, selamat beribadah. semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sudah.
maafkan biru juga..
=)
i'm sorry
ReplyDeleteNice post!
ReplyDeleteMaafkan salah silap Cahaya pada Ad yer. Salah satu yang Cahaya belajar dalam hidup ini, kesilapan sesama manusia perlu diampunkan sesama manusia. Yang kemudian adalah antara kita dengan Dia.
Selamat berpuasa Ad.
HONEYDY LOVE- Maafkan Ad yea..hehe..
ReplyDeleteBLUECITY- Ad sudah maafkan semuanya..hehe.. Moga ramadhan ini memberikan kita suatu jalan yang lebih dekatkan diri kita padaNYA..InsyALLAH..
ReplyDeleteCAHAYA-Yup betul tu..Kesalahan sesama kita hanya dapat diampunkan oleh diri kita sendiri.
ReplyDeleteCHEKGU SEKOLAH-Sorry di terima..hehe...
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadan jugak utk ad... mintak pd Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk mendampingi bulan mulia ini utk sekali lagi....
ReplyDeleteOk... AMpun kan juga mana-mana kesalahan saya ya...
CHIME-Salam Ramadhan..InsyALLAH moga kita diberikan kekuatan dan daya untuk menghadapi bulan yang mulia ini..ok..
ReplyDeletesalam ramadhan al mubarak. semoga diberkati Allah swt selalu. maaf kalau ada salah silap =)
ReplyDeleteselamat berpuasa bro..
ReplyDeletesamalah kita bermaaf2an.
ReplyDeleteselamat berpuasa
BIRU-Salam Ramadhan juga untuk biru..Moga kita mengambil peluang dari Ramadhan ini..
ReplyDeleteIXORA-Selamat berpuasa Ixora..
ReplyDeleteIZMAN-Selamat Berpuasa Izman...
ReplyDeletesalam ramadhan abang ad!
ReplyDeletemaaf untuk silap salah dan dosa sepanjang kita bergelar sahabat.
selamat berpuasa bang ad!
ADDY-Sama2 lah kite yea..hehe..Selamat Berpuasa juga..Rebutlah peluang2 yg ada dalam bulan ini..
ReplyDeleterasa tenang saja membaca entri kali ini.
ReplyDeleteMenyentuh jiwa...
selamat berpuasa...sama-sama tingkatkan keimanan
Selamat berpuasa...
ReplyDeleteKCYNODIA-Menyentuh jiwa ek?..hehe... Alhamdulillah kalau ia boleh membawa ketenangan..Selamat berpuasa..Sama2 lah kita mengejar nikmat yg diberi ini..
ReplyDeleteCHEKGU SEKOLAH-Selamat berpuasa cikgu izie..
ReplyDeleteselamat berpuasa... moga ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kamoo...
ReplyDeleteMuga semua dosa yang la diampunkan oleh Allah
ZAMSPOTTE-INSYALLAH...
ReplyDelete