Dalam langkah jalan ini
Aku sering keliru
Keliru dengan rasa yang ada padamu
Aku sering curiga
Curiga dengan rasa yang kau pamerkan
Aku cuba fikir dan menelah
Tapi saat itu juga telahan aku salah
Aku cuba menyakinkan diri
Tapi yakinku juga tiada hasil
Mana ikhlasnya sayangmu
Mana ikhlasnya kasihmu
Sedangkan aku memberikannya lebih
Sedangkan aku meluahkannya ikhlas
Aku sering gagal memahamimu
Aku sering patah dalam pujukmu
Tapi aku keliru akan sayangmu
Tapi aku curiga tentang kasihmu
Kuatnya aura lagakmu
Yang membuatku lemah
Kuatnya manis kata-katamu
Yang membuatku kalah
Bicaramu puitis
Pujukmu rela
Manjamu memikat
Cantikmu menarik
Saat ini aku masih lagi kasih
Saat ini aku masih lagi sayang
Adakah aku dayus dalam menilai
Adakah aku gagal dalam menafsir
Palsukah rasa yang ada padamu
Palsukah lagak pameran dirimu
Palsukah ucapan sayangmu
Palsukah sentuhan kasihmu
Moga tuhan berikan aku jalan
Moga tuhan tunjukkan aku bukti
Moga tuhan serlahkan benar dirimu
Moga tuhan nampakkan selindungmu
Aku sering berdoa
Aku sering berharap
Agar aku tidak lagi salah
Agar aku tidak lagi resah
Salam.
ReplyDeletesayang padanya perlu bergantung pada-Nya.
kasih padanya perlu reda-Nya.
kasih tanpa-Nya adalah palsu.
rindu emosi mengundang kemurkaan-Nya.
istikharah dan sujud pada-Nya, keputusan terbaik.
salam... bt sesuatu kerananya.. pastu allah akan bantu kita... senyum selalu..
ReplyDeletewah..... nk nangis bace puisi ni......
ReplyDeleteRasa sayang dan kasih begitu sukar utk di mengerti.. Terlalu sukar utk di selami.. Yang aku pasti.. cinta ini.. tidak bisa di terus kn lagi...
Sukar untuk menduga hati seseorang jika kita tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan kita, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
ReplyDeleteHati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuk mencipta helah…
tk suke benda2 yg palsu ne..
ReplyDeletepalsu penipuan sumernya tk suke..
Bercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa curiga.
ReplyDeleteBercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa keliru.
Bercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa sangsi.
Sebab kalau asyik fikir curiga, keliru dan sangsi tu yang akan bunuh cinta. Bukan kerana mereka tidak cinta. Tapi cinta mereka dipersoalkan.
LEENOH-Itulah yang perlu kita lakukan dalam mencari suatu dalam hidup ini..Penetapan hajat hati adalah dengan istikharah..Moga Allah tunjukkan jalanNYA..
ReplyDeleteFARIDMW-InsyALLAH ,Allah akan membantu hambaNYA yang ikhlas dalam meminta..
ReplyDeleteSEKEPING HATI-Aikk dia lak nak nanges..hehe..Suatu yg sukar dalam penafsiran rasa kasih dan sayangkan?..hmm...Moga Allah tunjukkan jalanNYA..InsyALLAH..
ReplyDeleteILLYANI-Sukar sebenarnya untuk menyelami lubuk hati org lain..Pelbagai tafsiran kita akan dapat..Hati tidak berbohong ek?..Hmmm mungkin..gerak hati kita mungkin dapat menafsirkan sesuatu..
ReplyDeletehati tidak pandai berbohong..
ReplyDeleteyang selalu berbohong ialah akal kita..
bila hati dan akal tidak selari.. itu yang jadi masalah...
segumpal darah adalah hati.. kotor hati..kotor lah segalanya.. jadi bersihkan dulu hati.. barula mata hati akan terbuka...
insyallah...
segalanya dngan izinnya...
WAHIDAH-Mmg palsu seme org tak suka kan..hehe
ReplyDeleteCAHAYA-Bagaimanakah bila cinta itu palsu?..hanya didepan sahaja cinta belakangnya tidak...palsu semata2..mungkin juga kerana ingin mengambil kesempatan..
ReplyDeleteDidepan cinta di belakang dusta...
cinta palsu itu mmg menyakitkan..
ReplyDeleteperasan palsu buatkan kite benci...
tpi klau gigi palsu buatkan nenek gumbira...
hahahaha
=p
MRSYAZWAN-Hehehe...lawak yea...kalo nenek tertelan gigi palsu pun menyakitkan jugak..
ReplyDeletePalsu semata2..hehe