Jalan itu
Harus jua ku lalui
Walau ini bukan masanya
Walau ini bukan saatnya
Jalan itu
Harus jua ku nikmati
Walau ini bukan manisnya
Walau ini bukan seleranya
Jalan itu
Harus jua ku tatapi
Walau ini bukan pandangannya
Walau ini bukan nampaknya
Jalan itu
Harus jua aku jagai
Walau ini bukan hasratnya
Walau ini bukan lindungannya
Jalan itu
Harus jua aku dakap erat
Walau ini bukan dakapannya
Walau ini bukan pelukannya
Jalan itu
Harus jua aku genggam kemas
Walau ini bukan genggamannya
Walau ini bukan pegangannya
Jalan itu
Walau jauh jaraknya
Jalan itu
Walau panjang masa perjalanannya
Harus jua aku telusuri
Harus jua aku jejaki
Harus jua aku redahi
Harus jua aku jalani
Apa sahaja yang datang
Apa sahaja yang menerjah
Apa sahaja yang menghalang
Apa sahaja yang menyekat
Aku akan tetap lalui juga
Aku akan tetap jalani juga
Tanpa henti
Tanpa tamat
Teruskan berjalan Ad. Kadangkala jalan yang kita bakal lalui itu mungkin berliku atau berlubang. Tapi itu yang mengajar kita erti kehidupan.
ReplyDeleteHidup memang indah. Tapi akan lebih indah dengan kenangan dan pengalaman kita masa lalu. Ramai orang nak lupakan kenangan, sakit kata mereka. Tapi jgn lupa, kesakitan itu yang buat kita bangkit. Kesakitan itu yang ajar susah payah erti berdiri semula.
Apa pun, biarlah berliku sekalipun jalan yang dipilih, mudah2an tidak melanggar prinsip kita sebagai manusia yang beriman kepadaNya. Pilih jalan putih dan jangan yang hitam.
Selamat berhujung minggu Ad!
salam ad, mendalam sunggu puisi2 mu ini, hehhe..
ReplyDeletejalan ini...
pasti kulalui jua
pasti kutempuhi jua
pasti keredahi jua
dengan suka
dengan duka
dengan rela
dengan terpaksa
kena juha redha...
inilah jalanku
walau pahit
walau sakit
walau perit
akan kulalui jua...
jadikan jalanku ini
damai
sentosa
bahagia
gembira...
kerana
inilah hidupku
inilah duniaku
inilah takdirku
=)
ekekekke merepek2 jab
jalan yg kite nk..kena pilih btol2..sbb bukan xleh nk patah balik..cuma buang masa. tp kalo dh silap..baik la kite patah balik dr terus melalui jalan itu. btol x?
ReplyDeleteJalan ape ad?
ReplyDeletejalan jalan carik makang ke? ihiks :p
**mati la aku kna simbah sirap bandung..ca alip bott..!! whahaha
CAHAYA- Setuju dengan Cahaya...Kita harus jua lalui jalan itu kerana jalan itulah akan mematangkan diri kita..Jalan itulah akan menjadi suatu jalan yang memandu ke jalan seterusnya..Jalan putih sudah semestinya..dan tidak sekali jalan hitam..InsyALLAH
ReplyDeleteBIRU- Wahhh menyambung puisi Ad yea...hehe...Adakah jalan yang sama harus kita lalui?..Mungkin ya mungkin tidak..Yang pasti setiap orang ada jalan hidup masing2 yang pasti akan dilalui juga suatu hari nanti..InsyALLAH...Moga jalan itu akan ceria bahagia dan damai..Dan jalan itu diharapkan adalah takdir yang baik untuk kita semua..InsyALLAH...
ReplyDeleteSITI BUM BUM- Pertamanya terima kasih ziarah blog Ad dan terima kasih juga tgglkan komen..hehe..Ya betul tu Siti..Kena pilih betul2 jalan itu..Jangan silap jalan..kerana jalan yang kita pilih itulah jalan hidup kita..Hidup hanya sekali kan?..hehe..Moga takdir yg baik untuk kita semua..InsyALLAH..
ReplyDeleteTINIE-Sirap bandung?..buat apa simbah?..baik minum..hehe..
ReplyDeleteJalan apa?..Jalan HIDUP ...hehe
Jalan ini? harus ku pilih.. bagi menghibur hati sendiri.. mengelak daripada menyakiti lagi.. tapi..adakah jalan ini.. jln y terbaik utk semua??
ReplyDeleteandai punya jalan yg satu ini
ReplyDeleteharus tabah tempuhi nya..
redah aje!!
hehe
jalan2 cr makan..hehehe...
ReplyDeletenice ad..:)
SEKEPING HATI-Kita tidak tahu jalan yang ada ini adakah yang terbaik untuk diri...tapi kita harus bersedia dan berusaha agar jalan inilah yang terbaik untuk diri..Doa usaha dan tawakkal..INSYALLAH..
ReplyDeleteSUNSHINE- Redah je ek?..hehe..takleh main redah2 jer..kna tgok gak jalan tu camana..mana tau banyak lobang2..kang jatuh lobang lak..hihi..kalo ada lobang sediakan titi atau jambatan konkrit..hehe
ReplyDeleteWAHIDAH-Makan jer wahi ni..hehe...Tapi ok gakkan makan..I like makan2..haha..
ReplyDelete