Saturday, 1 August 2009

HIDUP ADALAH KENANGAN


Walau setahun sudah berlalu

Walau bertahun sudah berlalu

Walau puluhan tahun sudah berlalu

Walau seribu tahun sudah berlalu


Kenangan sukar diluputkan

Kenangan sukar dilupuskan

Kenangan sukar dimusnahkan

Kenangan sukar dihapuskan


Gerak langkah teringat

Dengus nafas terbayang

Celik mata terlihat

Sedar fikir terlintas


Adakah salah kenangan itu

Adakah silap kenangan itu

Adakah berdosa kenangan itu

Adakah khilaf kenangan itu


Telah lama dicuba untuk luput

Telah lama diusaha untuk lupus

Telah lama diikhtiar untuk musnah

Telah lama disimpan untuk hapus


Tapi


Saat itulah tidak terjadi

Saat itulah tidak terjalan

Saat itulah tidak berlaku

Saat itulah tidak tergerak


Bagaimanakah caranya lagi?

Bagaimanakah bentuknya lagi?

Bagaimanakah coraknya lagi?

Bagaimanakah kaedahnya lagi?


Usaha sudah habis

Tekad sudah kurang

Ikhtiar sudah kering

Fikir sudah buntu


Kenangan itu kehidupan

Kehidupan itu kenangan

Tiada jarak memisah

Tiada sekatan menghalang


Kerana

Hidup adalah kenangan

24 comments:

  1. hidup bukan sekadar kenangan...
    hidup juga adalah kenyataan...
    hidup juga adalah masa depan...

    ReplyDelete
  2. CHIME-Yup betul tu Chime..semuanya harus dihadapi kenyataan itu dan masa depan itu..tapi kenangan itu sering menemani...sampai amat sukar utk meneruskan masa depan itu..Moga Allah kuatkan diri untuk menghadapi kenyataan dan masa depan..
    Tapi adakah perlu dipaksa supaya menghadapi kenyataan?..hmmm

    ReplyDelete
  3. hidup adalah kenangan?
    kenapa pula begitu ad?
    hidup adalah masa depan sepatutnya kan?

    ReplyDelete
  4. FAISAL-Begitulah yang sering manusia fikirkan..yang sering terlintas..tapi bagi sesetengah orang mereka masih diselubungi kenangan..kerana kenangan itu cukup bermakna bagi mereka..seolah-olah mereka tidak dapat melupuskan kenangan yang ada..sering terbayang dan terlintas setiap masa dan ketika...Mereka buntu untuk memikirkan caranya bagaimana untuk menghapus kenangan...
    Bagi yang tidak merasakan mereka tidak merasa apa yang dirasakan oleh manusia yang hidup dengan kenangan...

    ReplyDelete
  5. kenangan yg subjektif...

    can be anything

    ReplyDelete
  6. MRHOMOSAPIENSZ-Yup can be anything...and also can be what we thinking off..
    Ada manusia yg sememangnya tidak boleh hidup tanpa kenangan...dengan kenanganlah yang memandu jalan hidup ke arah mana kita..
    Kenangan teach us something..sesuatu yg dapat perbaiki diri menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  7. Salam, terima ksih saudara ad.. :) shidahmie85@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Kenangan silam tidak pernah hilang sekiranya kenangan itu adalah kenangan terindah dalam hidup kita.. atau kenangan y paling pahit utk di tempuhi.. Kenangan adalah sejarah silam kita.. terpulang pada kita utk menentukan apa y bakal terjadi pada sejaran silam...........

    ReplyDelete
  9. salam...
    kesinambungan terhakis kasih...
    hurm kerana kenangan la kita hidup...
    contoh identiti kita... siapa nama kita?? keluarga kita??
    tanpa kenangan tu mesti payahkan hidup ni..
    kerana kenangan la kita hidup...
    kerana kenangan la kita mencari masa depan...
    kerana kenangan la kita mampu melangkah...
    kerana kenangan la ia memberi kekuatan...

    ReplyDelete
  10. SHIDAH-Ad dah antar puisi tu..hehe..Demi negara MALAYSIA..hehe

    ReplyDelete
  11. SEKEPING HATI-Yup kenangan yang baik dan kenangan yang buruk..Masing2 menjadi panduan pada diri agar lebih matang dan bijak dalam menentukan hala tuju hidup yang pelbagai...Moga dimudahkan jalan olehNYA..InsyaALLAH..

    ReplyDelete
  12. ILLYANI- Yup betul kata yani..
    kerana kenangan la kita hidup...
    kerana kenangan la kita mencari masa depan...
    kerana kenangan la kita mampu melangkah...
    kerana kenangan la ia memberi kekuatan...

    Dengan kenangan lah kita ada apa yang kita ada hari ini..Dengan kenangan lah kita jadi diri kita..Tanpa kenangan kita tidak telus dalam perjalanan hidup..Kenanganlah yang memandu jalan hidup ini ke destinasi yang kita impi dan cita-citakan..dengan kenangan juga yang membentengi diri dari mengulangi silap yang lama..semuanya dengan kenangan..:-)

    ReplyDelete
  13. kenangan bagi penampau kat ex bf pun....kira kenangan gak kan abg ad....

    hahahhahhaha

    ReplyDelete
  14. kenangan itu adalah sejarah...
    Sejarah itu penentu aras kejayaan
    jika kita belajar darinya...
    Inilah kenangan.... biar kita tidak tenggelam di dalamnya..

    ReplyDelete
  15. YANIE-Hahaha..ganazzz toll Dik Yah ni...huhu..takottt..
    Org berbuat jahat pada kita ,tidak salah kalo tidak membalas kerana Allah akan membalasnya jua suatu hari nanti..
    Kalau tak balas pun moga Allah bukakan hati dia supaya tahu menghargai kasih sayang org lain..Cinta tidak semestinya bersatu kan Dik Yah?..hehe

    ReplyDelete
  16. hidup adalah masa depan setuju ngan faisal..
    tinggalkan kenangan

    ReplyDelete
  17. ZAMSPOTTE-Betul tu zam..sejarah itulah kenangan..Yg kita tidak boleh abai dalam mencari kehidupan seterusnya..Sebagai panduan diri dan juga penentu aras kejayaan mcm zam perkatakan..hmmm

    ReplyDelete
  18. WAHIDAH-Mmg kenangan kita perlu tinggalkan tapi kenangan itulah yang memandu dan menggerakkan ke mana jalan hidup kita..Andai kenangan yang pernah kita lalui adalah pahit ,kita berusaha untuk tidak mendapat pahitnya lagi..hmmm

    ReplyDelete
  19. salam ad,

    ada yg kata kita jangan hidup dlm kenangan. ya ke?

    bagi biru..

    kenangan itu paling indah
    kenangan indah bisa buat kita tersenyum
    kenangan pahit bisa buat kita menangis
    jadi,
    kenanglah yg indah2 sahaja
    buang saja yg pahit..

    moga kita ceria =)

    hv a nice day

    ReplyDelete
  20. BIRU-Yup ada yang rasa begitu dan ada yang sebaliknya..masing2 ada rasa mereka..
    Setuju dengan Biru..Kenangan ada yang indah dan pahit..Bagi Ad kenangan tidak harus dilupakan kerana ianya satu sejarah yang harus dikenang sampai bila2..Walau langkah hidup kita berbeza dari dulu..Itu adalah kerana kenangan kan?..Jika ianya pahit kita tidak ulangi lagi ,kita ambil kenangan sebagai sempadan..begitulah sebaliknya bagi kenangan yang indah...Kenangan itu sentiasa kita terbayang2..malah termimpi2..hmmm...

    ReplyDelete
  21. kenangan..ades..mcm mcm ada pahit manis pekat cair etc..itulah nama kehidupan..tak suka mimpikan kenangan manis terutama yang sudah lama berlalu nanti tak psal cepat emo..hehe

    ReplyDelete
  22. Kenangan tak perlu dihapuskan. Samada pahit atau manis. Hiduplah dengan kehidupan itu. Jika pahit, berubah supaya tak perlu coret kisah pahit pada masa akan datang. Jika manis, teruskan mengingati. Teruskan hidup dengan kenangan2 yg tinggal. Sebab hidup hanya sekali. Memusnahkan kenangan, sama juga dgn memusnahkan hidup. Kenangan itu ialah album gambar kita.

    ReplyDelete
  23. PYRO-Sampai cair pun ada ke udin?...hehe..Yup thats true...kehidupan..yang kita jalani skrg ada pelbagai kenangan yg telah kita tempuh..camana kita nak handle terpulang pada diri..ikut apa yg kita rasa baik bagi diri..

    ReplyDelete
  24. CAHAYA-Betul kata Cahaya kenangan tak perlu dihapuskan..Apa yg kita hadapi skrg adalah rentetan dari kenangan yang pernah kita lalui..Pahit manis kenangan itulah yang menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi rentak hidup..Hidup yang tidak selalu nya manis dan tidak selalunya pahit...Apa yang kita perlu lakukan adalah BERDOA moga takdir kita itu adalah yang terbaik untuk diri..InsyALLAH...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)