Saturday, 10 May 2008

MENCARI

Hari ini Ad just nak share apa yang Ad buat sehari hari ni...Apa yang Ad buat hari ni telah dirancang beberapa hari oleh Pakcik Keti .. Kami perlu membuat pencarian hari ini katanya..Pencarian kami bermula pada pukul 10 pagi apabila motor honda cupnya menghampiri rumah Ad..

Pakcik Keti : Pay ooo pay mari kito gi cari ...

Ad : Ooo PokCik keti mari doh..metar pokcik nok make nasik berlauk ni metar..baru jah kelik dari keda sakni..metar deh..

Pakcik Keti : Ok berehhh...

So tepat jam 10 pagi ( Puntual betul Pakcik ni..ahaks ) kami pun memulakan perjalanan dengan Wira Sedan Ad laa kete mana lagikan?..hehe...So kami pun pergilah ke sebuah ladang getah yang sememangnya dipenuhi pokok getah laakan takkan pokok kelapa kott...hehe.....Tak jauh dalam 3 kilometer jer dari umah Ad...Masuk satu lorong penuh pokok getah disekeliling ...Sampailah kami di sebuah rumah yang agak usang...Kami mencari Pok Loh.. Duk tengok2 Pok Loh takde dirumahnya...Dimanakah Pok Loh fikir kami..hmmm..lepas bagi salam keluarlah seorang wanita kakak kepada Pok Loh..


Pakcik Keti : Pok Loh takdok dumoh ko?

Kakak Pok Loh : Ado sakni jah baru naik moto gi mano ..Metar jah tu tunggu lah deh..Bakpo cari dio?..

Pakcik Keti : Ado kijo sikit laa ni..takpo kito tunggu metar...

Kami pun berjalan ke kebun getah berhampiran...Kami memerhati sebuah rumah usang disitu..Kami mengedap dicelah-celah rumah itu..

Pakcik Keti :weeeiii lokkk gemukk molek laaa..besarnyooo..

Ad: Hoo laa besar molek...gemukkk sungguh buleh ni sedapp ni..

Pakcik Keti : Nga hok dumoh gemuk hok ni laa...

Ad: Yo lo Pokcik...(sambil tergelak )..

Sejurus selepas itu kedegaran bunyi moto...beh beh beh..honda cup jugak rupanya..hehe..Pok Loh sudah sampai...Kami pun bertanyalah tentang apa yang kami lihat tadi...Dan kami meminta dengan Pok Loh hendak kan apa yang kami lihat tadi..

Pok Loh : Tok sir..tok sir bui laa...lamo doh..saye sangat...

Pokcik Keti : Buleh lahh Pok Loh...

Pok Loh : Tok sir .. Tok Sir..

Pokcik Keti : Wak gapo nok taruhnyo?..Banyok lagikan ado tuu...

Pok Loh : Hok tuh laa paling saye...

Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 tghari...Akhirnya Pok Loh masih dengan keputusannya...Kami pulang dengan hampa...

Kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah rumah yang mempunyai padang yang agak luas...rupa-rupanya rumah kawan Pakcik Keti..Kami ke padang yang luas itu..dan memerhati dan memilih ...sambil kami berbincang kan sesuatu dan Pakcik pun dah kepenatan mencari akhirnya kami bersetuju untuk membeli seekor kambing import dengan harga RM500 ..Ngeh3..nak cite Ad mencari kambing jer ni untuk majlis akikah anak Ad oppss terlebih sudah....Anak buah Ad laa akhir bulan nanti....Akhirnya dapatlah kami mencari seekor kambing untuk tujuan seperti yang telah disebutkan..hehe..dan kami akan kembali mengambil kambing tersebut pada petang khamis nanti..Tapi kami masih tidak berpuashati kerana kambing itu adalah kambing import..bukan kambing kampung seperti hajat asal kami..tapi takpelah asalkan kambing..Yang penting cukup umur untuk akikah nanti..

Oleh kerana tidak berapa puashati hendakkan kambing kampung ,pada sebelah petangnya Ad pergi ke Kg Lalang Luas Labok..Disitu ramai yang bela kambing ..duk tanya-tanya orang semuanya kata kambing masih tidak cukup umur..Singgah di rumah Pak Cik yang Ad pernah sampai untuk mencari kambing beberapa tahun yang lepas...sampai2 jer hujan plak lebat..Dia pelawa masuk..So siap bleh minum air teh panas lagi dengan biskut"tawar" ( alaa biskut kering tu ..brand Jacobs tu ) hehe... best lak lama tak makan macam tu...dulu kecik2 selalu makan macam tuh siap hancurkan biskut dalam air teh makan dengan sudu..ahaha...teringat kecik2 plak... Tanya dia ,dia kata dah tak ramai orang bela kambing kampung sekarang..kawasan takde..yang orang bela sekarang kambing Boer atau Jampari jer...Kambing Kampung jarang-jarang ,kadang-kadang... So pencarian hampa juga untuk mencari kambing kampung... Kambing yang Ad belapun takde yang jantan thats why cari kambing jantan kat tempat lain..So tetaplah dengan keputusan untuk membeli kambing import tu yang kat padang yang luas tu tepi lebuhraya timur barat tu ...Pakcik tu siap ada syarikat jual kambing importnya..Ad nak gelak dengar nama syarikatnya...Nak tau nama apa?..Syarikat Berani Gagal namanya...haha.. bagus gak berniaga tidak takut kepada kegagalan ..hmmm satu motivasi yang cukup baik bagi orang yang berniaga...betul tak bisness man and bisnesswoman yang membaca entry Ad ni..Adeke diorg baca?..haha...Apa-apa jerlah ..so berakhirlah pencarian Ad...Tak semua yang kita cari kita akan dapat dengan mudah...Tanpa usaha yang jitu dan padu amat payah untuk kita mendapatkan apa yang kita cari .. Tapi kadang-kadang kita tidak mencari tetapi ianya datang sendiri.. So hargailah apa yang kita cari kerana tidak semua orang akan dapat apa yang mereka cari... Malah kadang-kadang apa yang kita cari hilang begitu sahaja..dan apa yang kita tidak cari datang dengan tiba-tiba... Lumrah hidup kerana apa-apa yang berlaku adalah ketentuanNYA..

Friday, 9 May 2008

KEMATIAN

Pada pagi semalam Ad macam biasa nak pergi keje...Biasanya Ad turun dari rumah pukul 8 pagi (awal tuu hehe)..Kebetulan Ad kena hantar adik Ad temuduga Ijazah Pendidikan UKM kat HUSM Kubang Kerian pada pagi tu..Biasa lah bawak kereta dengan kelajuan yang biasa-biasa saja..Sambil bawak kereta sambil borak-borak ngan adik dan kawan dia sorang...

Tiba-tiba sampai di pertengahan jalan di Tok Bok Labok..Ada sekatan jalanraya...Ad terjenguk-jenguk apa yang berlaku..Panjang sekatan tu..Ermm terlintas di fikiran Ad apalah yg berlaku kat depan tu...Akhirnya dah sampai dekat.Kereta Ad semakin dekat dan dekat dengan apa yang berlaku kat depan...Akhirnya kereta Ad sampai disitu....Oooo sekatan JPJ rupanya..ingatkan apa tadi..Tengok jer muka pegawai JPJ tu Ad terlintas sesuatu dan berdebar2....Ad terdiam seketika sampailah giliran kereta Wira Sedan Ad melalui depan pegawai tu...Dia tengok roadtax rupanya...Lepas jer dari sekatan tu Ad sungguh-sungguh lega dan syukur..Syukur sangat2 sebab tidak ditahan oleh JPJ tadi..Nak tahu kenapa?...Lepas jer sekatan itu Ad cepat-cepat buka dompet duit Ad..Ad tengok lesen kereta Ad...Laaaaaaaaaa rupa-rupanya lesen dah mati 19/4 lagi...Kah3 tergelak besar Ad dengan adik dan kawan dia...Sikitnye lama lesen mati baru nak ingat..kalo JPJ tak buat sekatan tu Ad takkan prasan yang lesen dah mati...Dah laa ulang alik hari2 jauh Machang - KB lesen lak mati...Adusss..Apo kono den ni...asyik lupoo jooo...Agaknya banyak benda sangat duk pikiaq tu jadi lagu tu..Moral of the story periksa semua lesen-lesen anda...Kalo nasib baik takpe kalo nasib tak baik...Banyak nanti yang melayang...hehe....OK nak tido dah sebelum tido dengar lagu Hanya Kau Yang Mampu jap...hmmmm...harap-harap malam ni Ad akan tido lena sebab dah 5 hari tidak berapa nak lena...Ntah lah...

Sunday, 4 May 2008

SAHABAT KU.


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..


Saturday, 3 May 2008

KENAPA?


Kenapa orang tidak pernah nak menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka?Apa yang kita lakukan dikatakan menyibuk hal orang lain padahal niat kita adalah baik untuk diri mereka.. Teguran atau nasihat kita ikhlas..Tidak pernah terdetik sikit pun didalam hati untuk mengutuk or menyindir ke apa...semata-mata ikhlas sebagai seorang yang caring or ambil berat hal kawan..
Adakah mereka tidak mahu menerima kebenaran atau kebaikan?..Sedangkan jelas apa yang mereka lakukan itu salah..Adakah mereka rasa selesa dan gembira dengan diri mereka yang sentiasa didalam jalan yang salah itu?..Mustahil mereka rasa selesa cuma mungkin mereka buat tak tahu jer atas kesalahan yang mereka lakukan sampai suatu masa mereka akan lebih rasa kesusahan didalam kesalahan mereka itu..Apa yang mereka inginkan hanyalah keseronokan..Keseronokan yang tidak memberikan apa-apa makna dalam hidup sebagai seorang yang berpegang pada jalan ISLAM..Tidakkah mereka sedar hidup ini semata-mata hidup ini sahaja?..Tiada kehidupan lain?Tidakkah mereka tahu akan ada suatu hari yang akan diperhitungkan segala yang kita lakukan?..Tahukah kita?Sedarkah kita?

So kembalilah kepada fitrah kejadian yang telah ditentukan..Kembalilah kepada fitrah asal kejadian kita..Dan sedarlah kemana arah tujuan kita selepas ini..Tujuan yang pasti akan menakutkan bagi yang melakukan kesalahan dan mengembirakan bagi yang membuat kebaikan..Dan dengarlah teguran dan nasihat yang baik yang ingin disampaikan oleh sahabat-sahabat yang baik yang dengan niat untuk kebaikan diri kita..Kebaikan yang amat payah kita dapati dalam dunia sekarang dan fikirlah kenapa kita di kurniakan seorang sahabat seperti itu..Kita seharusnya bersyukur kepada Allah diatas kurniaan NYA itu untuk kita..Yang mungkin orang lain tidak dikurniakan..Fikir-fikirlah kenapa?....

Sunday, 27 April 2008

Sampingan....sempoii...

Salam bloggers bagi semua bloggers dan pembaca yang setia…hehe…Sebelum gi keje ni Ad nak titipkan sesuatu tentang diri sebab ada permintaan suruh cerita tentang diri…ermmm..so boleh lah share but bukan semua k..hehe….

Hari ni Ad hanya ingin menitipkan apa yang Ad buat semalam..Semalam kan hari cuti Sabtu so Ad memang tak bekerjalah…Seawal pagi biasalah hari cuti Ad akan ke pasar beli sarapan untuk orang-orang kat rumah ni..Memang rutin hari cuti camtu..Takleh nak tido lama2 cuti..huhu

So lepas tu memang apa yang telah dirancang mengecat bilik Ad..hehe…Mesti ada yang kata kenapa cat bilik..Nak kawin ker?...haha…Takdelah saja-saja jer..Bilik ni dah lama tak bercat nampak suram jer bilik bila duk dalam bilik so fikir-fikir baik Ad cat ..Ad pilih warna kuning susu..cerah sikit bilik…Designer kata kalo kaler gelap nampak ruang sempit...ye ker?..hehehe…tatau laa bab-bab interior design ni..So Ad pilihlaa warna cerah supaya ruang nampak luas…Cat dinding papan ni susah sikit compare dengan cat dinding simen..Habis cat melekat situ sini kat badan...Nak tanggalkan plak kena guna thinner..Malam tadi bila duk mengelamun sendiri tengok puashati gak bila kerja yang kita hendak buat dapat dilakukan dalam masa yang diperuntukkan..Rasa puassss…

Lepas siap mengecat dapat sms kawan yang bercuti kat kampung ajak soping kat KB…So kul 3 ptg Ad ke umah dia pick up dia then kami ke KB lah…Kawan tu plan nak beli baju kemeja batik.Kawan tu keje kerajaan so kena pakai batik tiap khamis…Dulu dah beli satu kat Pantai Cahaya Bulan ..tak cukup laa satu untuk gilir2 kan...Ermmm Ad duk fakir-fikir better gi Pasar MPKB sebab orang kata situ harga murah sikit dari tempat lain..So with my fren tu kami pusing-pusing lah pasar tu semua kedai jual baju batik masuk…Pilih-pilih jumpa laa yang dia berkenan…tapi saiz lak tak ada..biasanya batik ni satu corak satu saiz..ermm so Ad suggest ke Pasar Ct Nurhaliza..opsss Ct Khadijah laaa,atas sekali ada jual kain baju…banyak lagi pilihan dari Pasar MPKB tapi harga lebih sikit…Pusing-pusing lah kami ..dah laa bahang panas peluh2 duk dalam tu…Macam-macam kain batik ada..Ada duit bleh beli mana yang nak..hehehe..So proses tawar menawar lah jadinya …So sampailah kat satu kedai..Kak tu nampak baik air mukanya…So oleh kerana proses tawar menawar kami baekk punyaa…(ada skil ke tawar menawar ni….hehe) jadi dapatlah patern yang dia berkenan dengan harga RM 120 sahaja…malah dia beli 1 lagi kat kedai sebelah pulak dengan harga yang sama..Kak tu kata batik ni lima lapis…Batik ni banyak jenis lapis..ada 1 lapis,2 lapis,4 lapis…5 pun ada…10 ada tak ?..tatau..hehe…Lawa-lawa sungguh kain2 batik situ..Tapi lawa lagi mek klate yang jual kain..comey comey lote blako..Teruja sekejap..rasa nak jual kain batik jer situ..kah3…Opss terlebih sudahhh…

So after that kami ke Tesco jap beli apa-apa yang patut dengan harga yang rendah..Tesco KB ni unik sebab ada tulisan jawi ..Kelantan kan..lain dari yang lain…Masuk-masuk ramainya manusia hari cuti...Ingatkan takleh hidup pasaraya besar selepas KB Mall tu tapi manusia still ramai gak…Maybe orang Kelantan ni banyak duit kot…haha..yeke?..Mula-mula masuk kami cari surau dulu untuk menunaikan kewajipan asar kami..Buat apa-apa pun solat jangan tinggal kerana itu kewajipan yang tidak boleh ditakwil even dalam keadaan kita sakit sekalipun..rite?..hehe…Lepas tu kami belilah apa yang kami nak beli ..Selepas beli-belah singgah makan ayam plak…dari tengahari Ad tak makan..isi perut dulu lah….Then kami nak baliklah tapi tgok jam dah masuk waktu maghrib kami tunaikan pula kewajipan maghrib kami..Alhamdulillah lepas solat rasa lega dah tunaikan kewajipan yang pertama sekali akan dihisab esok-esok..Moga ibadat kami diterima..Insyallah..So selepas tu kami pulang lah ke rumah…Dekat one hour gak drive...Selepas 50 minit sampailah kami di Machang….Hantar kawan balik then Ad baliklah kerumah Ad…Sambil-sambil drive dengar lah lagu soledad nyanyian kembali oleh Westlife…Sambil dengar lagu ni Ad terfikir sesuatu…hurmmm…


If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come I'll relise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you tols me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad





Saturday, 19 April 2008

PEOPLE COME INTO YOU LIFE FOR A REASON, A SEASON OR A LIFETIME...


When you figure out which one it is,
you will know what to do for each person.
When someone is in your life for a REASON. . .
It is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty,
to provide you with guidance and support,
to aid you physically, emotionally, or spiritually.
They may seem like a godsend, and they are!
They are there for the reason you need them to be.
Then, without any wrongdoing on your part,
or at an inconvenient time, this person will say
or do something to bring the relationship to an end.

Sometimes they die.
Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met,
our desire fulfilled, their work is done.
The prayer you sent up has been answered.
And now it is time to move on.

Then people come into your life for a SEASON....
Because your turn has come to share, grow, or learn.
They bring you an experience of peace, or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it! It is real! But, only for a season.

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons :
things you must build upon in order to have
a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson, love the person,
and put what you have learned to use in all
other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.


Apa yang pasti manusia datang dan pergi dalam hidup kita..Kadang-kadang hanya seketika..kadang-kadang dalam masa yang cukup lama tiba-tiba hilang..Kita mesti yakin bahawa tidak semua yang ada di dunia ini akan kekal selama-lamanya..Kita mesti pasti yang tidak semua orang yang datang dalam hidup kita itu ikhlas untuk selama-lamanya..Amat sukar dan payah untuk mendapati seseorang yang cukup setia dan ikhlas dalam hidup ini...Apa yang kita mampu hanyalah berdoa agar sesiapa sahaja yang kita ada waktu dan saat ini akan setia dan ikhlas buat selama-lamanya kepada kita...Tetapi kita tidak boleh terlalu mengharap kerana mungkin nanti kita akan kecewa...

Thursday, 17 April 2008

MELUKUT DI TEPI GANTANG....

Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina

Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu...

Saturday, 12 April 2008

LELAKI MENANGIS ..HILANG KEJANTANAN??



Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan ego-nya, apalagi ingin menangis didepan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup.

Ramai lelaki tidak mengakui bahawa sebenarnya hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, terharu dengan menitiskan air mata. Mereka berpendapat bahawa lelaki yang menangis tidak macho atau jantan. Apakah benar semua ini?..
Lelaki adalah manusia yang mempunyai emosi dan rasa sehingga akan menitiskan air mata apabila mereka mengalami kesedihan yang amat sangat.

Tetapi semua itu mereka tepis karena kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Kerana lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan samada untuk meluahkan kegembiraan dan kesedihan..

Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya memiliki kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata saat memotong bawang kat dapur. Tetapi air mata mengalir keluar saat kita mengalami rasa sedih,terkilan atau sekadar mengenang kembali kenangan lama dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik saat sendiri . Jadi tidak ada yang tahu kan? So...kalau ingin menangis.. menangis lah...jangan dipendam dalam hati kerana menangis akan melegakan emosi dan memberikan suatu kepuasan untuk diri kita.

Friday, 11 April 2008

TIGA PERSOALAN





"SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH HANYALAH ISLAM" -(19, al-imran)

ISLAM adalah jawapan kepada 3 persoalan :

1) Daripada mana kita datang?

2) Kenapa kita dijadikan?

3) Ke mana kita akan pergi?


" Kita adalah golongan yang Allah telah muliakan dengan ISLAM , maka sejauh mana kita mencari kemuliaan yang lain daripada ISLAM , kita akan dihina ALLAH" - Sayyidina Umar Al-Khattab


Antara tanda cantiknya ISLAM seseorang ialah apabila dia meninggalkan perkara yang tidak ada faedah baginya---Maksud hadis

Friday, 4 April 2008

SUNYI

Tiba-tiba fikiran Ad menerawang jauh dan rasa sunyi di petang jumaat ini..Sunyi fikirkan telatah orang-orang yang dikenali yang dulunya rasa cukup rapat tapi tiba-tiba berubah.Kalau dulu rasa cukup selesa dengan panggilan dan sms tapi tidak kini..Tiba-tiba semuanya berubah..Orang lain mungkin tidak nampak pada zahirnya tapi batinnya hanya Allah yang tahu.Orang boleh berkata apa sahaja..sebab itulah sebab inilah...tapi pernahkah mereka meletakkan diri mereka pada orang tersebut?..Tidak ramai orang yang memahami orang lain.. Mereka tidak pernah fikirkan apa yang orang lain rasa dengan apa yang mereka lakukan..Sedangkan kita sehabis baik mungkin memikirkan ,merasakan dan memahami apa yang mereka rasa..Kita bukan hendak mendapat balasan atau ganjaran tapi cukuplah dengan rasa mereka menghargai apa yang kita lakukan..
Jika ada kesilapan yang dilakukan luahkan dan jelaskan dimana agar kekeliruan ini terungkai..Adakah dengan bersikap berdiam diri tanpa sepatah kata akan menyelesaikan semua masalah?Tidak sama sekali..Terbukalah dalam perhubungan ..Jelaskan apa yang perlu dan rungkaikan segala kekusutan agar semuanya menjadi jelas dan terang..Diam bukanlah jalan yang terbaik dalam sesuatu perhubungan malah dengan berdiam diri akan menjadikan perkara itu lebih beremosi dan menjadikan perkara itu lebih rumit untuk diselesaikan..



KEPASTIAN..


Aku ingin kembali pada waktu yang kelmarin
pada waktu yang tak ada dingin

pada waktu yang aku rindukan kini
aku ingin kembali pada waktu yang kelmarin

akan ku belenggu waktu itu

hingga tak bisa saat yang sepi ini datang

betapa inginnya aku kembali denganmu lagi

melihat keindahan dan berbincang-bincang sampai lupa waktu
kasihku,
mungkin mimpi kita terlalu indah

kerana ternyata perpisahan itu sesuatu yang pasti

berjanjilah nanti saat kepastian itu datang padaku
peluklah aku seperti waktu kelmarin

"Sahabat adalah cermin diri dan cermin yang bagus adalah yang berkata apa yang sebenarnya..."

Orang yang kita sayang..




SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA DALAM KEADAAN TERUJI

SELALUNYA ORANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERKELIRU

SELALUNYA ORANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERLUKA


SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERKILAN

SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN TAHAP KESABARAN KITA MENIPIS


DAN SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA HADIR BILA MEMERLUKAN DAN PERGI TANPA MENINGGALKAN PESAN...


Ad dapat kata-kata ni dari page myspace seseorang..Bila terbaca kata-kata ni rasa nak masukkan dalam blog plak...Terasa ada suatu aura yg istimewa dari kata-kata ini.. Ada sesuatu yang menyentuh hati kecik Ad.. Teruji,Terkeliru,Terluka,Terkilan dan pergi tanpa meninggalkan pesan..Setiap orang ada orang yang kita sayang..Orang yang dekat dengan kita..dan ada juga orang yang sentiasa bersama-sama kita setiap masa..Tapi orang itu juga yang membuatkan kita teruji ,yang mengelirukan kita,yang melukakan hati kita,yang membuatkan kita terkilan dan seterusnya pergi meninggalkan kita tanpa pesan...Adat kehidupan kita akan diuji dengan pelbagai sifat manusia ,lebih-lebih lagi orang yang kita sayang..Tindakan orang yang kita sayang akan membuatkan kita rasa sangat terkilan dan kecewa tapi adakah kita dapat memastikan ianya tidak berlaku..Walau sebaik manapun kita menjaga sebuah perhubungan tidak kiralah percintaan atau persahabatan namun kita masih juga terkilan dan teruji..Adakah ini suatu takdir yang harus kita tempuh?..Tiadakah langkah2 yang dapat menghalang kelukaan dan kekecewaan itu dari terus berlaku?Hanya Allah yang tahu..Manusia hanya mampu berserah..Berserah pada takdir yang seterusnya menjadikan kita teruji,terkilan ,terluka ataupun terkeliru..Tapi kita jangan lah lupa bahawa kuasa Allah adalah penentu segala-galanya...Mintalah dariNYA supaya perhubungan itu diredhai dan dirahmati dan kita tidak merasa teruji , terkeliru ,terluka dan terkilan lagi..

Sunday, 30 March 2008

Sempoiii...

Salam ukhuwwah semua bloggers..bertemu lagi ya...hehe..Hari ni dan esok Ad cuti keputeraan sultan kelantan..2 hari tuuu..campur weekend 4 hari tuu..Selamat keputeraan untuk sultan kelantan..Moga raja terus berpelembagaan..Raja berdaulat rakyat sejahtera...Daulat Tuanku..

Ermm cuti nie AD ada tetamu dari Kl..just for 2 days only lah..Pagi ni rush ke Aiport Pengkalan Chepa coz nak hantar dia balik ,flight dia pukul 6.45 pagi..dia open ticket sbb staff MAS jgk..Nak beli ticket biasa katanya rugi pulak so tunggu flight mana yg kosong lah..Yang kosong kalo weekend ni mestilah yg pagi2 buta jek..hehe ..So from Machang kena turun kul 5 pagi lagi..About one hour gak ke aiport..After that AD terus balik lah ke Machang...about one hour lagi drive..Sampai umah dia sms dia pun dah sampai..haha..klakar jek...dia jauh sampai sama ngan Ad sampai umah...kalo nak awal sampai umah AD agaknya kena ambik flight laa..tapi mustahil ada...hehe..

So ada hari ni and esok jek...2 hari tatau nak wat pe...Nak jenjalan malas lak..Kawan pun takde lak ajak nak kluar ke apa..Ada sorg tu gi pulau perhentian tak gitau..Dah sampai sana baru gitau ..hampehh...Kalo bagitau pun Ad takleh pegi sbb ada tetamu kan..apee daaa...

Nak buat apa ek?..haaa..oleh kerana mata mengantuk yang amat sangat...tidoo jer laa lepas ni..sian kat mata letih tido lewat dah berapa hari..Mata nak rest gak kan...Mata nanti aku bagi rehat kat ko ya..kejappp jer lagi k..sabo k.. So aktiviti rutin check laman2 kengkawan ni..myspes ,friendster...sambil2 leh ym sekali skala..tapi dah kureng ym skrg...cam boring jek skrg..apsal ntah...Hanya Ad yang tahu...haha...Sori sempoiii sket entry kali ni ya..Lenkali kita bermadah berhelah lagi yea...ahaks..daaaa..

Friday, 21 March 2008

Kerana Terpaksa

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu


Haruskah kita ingat lagi kenangan itu ?..Kenangan yang setiap masa masih bermain di kotak fikiran kita...Haruskah kita nyatakan pada hati agar jangan ingat lagi semua yang berlalu..Tapi manusia sering tewas dengan perasaan mereka..Walau apa cara yang kita lakukan kenangan itu sering bertandang dan sering mengganggu..Walau kita cuba redakan hati tapi kenangan itu masih bebas bermain..Derita yang menjerat hati ini tak dapat di lepaskan lagi..Mungkinkah ada suatu keajaiban yang dapat melepas dan membebaskan hati ini?..Kita tidak tahu...Kita hanya mampu berdoa.......

Wednesday, 19 March 2008

SALAM MAULIDURRASUL 1429H


MAULUD


MAULIDURRASUL DENGAN DALIL-DALIL YANG NYATA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekelian.

Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat dengannya, amin...!

DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMAK AHLI SUNNAH.

  1. Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:

“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”

(Surah Al-A’araf, ayat 157).

  1. Firman Allah Taala, “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )

Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (شعائر الله جمع شعيرة أو شعارة ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.

3. Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab ke atas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ yaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.

Hadis ini menunjukkan bahawa:

i) Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri.

ii) Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari isnin, berkata Nabi s.a.w, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” (Riwayat Muslim dan lainnya)

iii) Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.

  1. Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari yang Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.

Diambil pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana , sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan lain-lain.

Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )

FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.” ( Al-Anbiyaa’:107 )

  • Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ). Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)



  • Ehsan Penulisan Pelajar Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu Kelantan.

    Wednesday, 12 March 2008

    Perpisahan keliru...




    Setiap yang bermula pasti ada akhirnya...setiap pertemuan pasti ada perpisahan cuma kita tidak tahu perpisahan itu camana...Dalam hidup kita ,kita kerap mengalami perpisahan ..Kadang-kadang semuanya tidak disangka...tapi benda ini berlaku juga tanpa diminta...Walaumacamana kita cuba mengelak ianya berlaku tapi ianya berlaku juga..Malah kita telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan tapi perpisahan juga yang berlaku..Orang kata semua itu ketentuan atau takdir yang kita tidak boleh elak tapi adakah kita hanya mampu berserah sahaja kepada takdir diatas apa yang berlaku?..Tiadakah suatu cara atau jalan yang dapat menghalang semua itu berlaku?..Kita tak pasti..Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa sahaja semoga setiap pertemuan itu kekal sampai bila-bila..
    Perpisahan itu mungkin juga berlaku diatas sebab-sebab yang tertentu..Kadang-kadang kita silap didalam perhubungan kerana membenarkan kesilapan itu berlaku..tapi kadang-kadang kita tidak pernah membuat kesilapan tetapi perpisahan tetap juga berlaku...Kita menjadi buntu..Keliru yang mana satu puncanya...Kita tidak mendapat jawapan kerana mungkin jawapan itu ada pada seorang lagi..dan mungkin kita tidak akan dapat jawapan sampai bila-bila.. Adakah ini berpunca dari sifat manusia yang tidak menghargai pertemuan?..Mungkin juga sifat manusia yang merasakan pertemuan itu semata-mata pertemuan tiada yang lebih dari itu..Amat malang jika perkara ini berlaku kepada seseorang yang amat menghargai sebuah pertemuan...Dia akan berasa pertemuan yang cukup berharga baginya hanyalah suatu dogengan yang tiada nilainya...So hargailah setiap pertemuan kerana nilai pertemuan itu adalah suatu yang cukup berharga apabila kita pandang dengan mata hati kita...Ianya bukan sekadar pertemuan..Ianya lebih dari itu...Pertemuan itu akan membawa kepada suatu ukuwwah,persahabatan atau apa sahaja istilah ..Nilainya cukup besar bagi yang tahu menghargainya...