Friday, 18 June 2010

Kau Ludahi Aku..


AKU BANTU KAU REBAH
AKU TARIK KAU LEMAS

AKU LINDUNG KAU BASAH

AKU HALANG KAU MUSNAH


AKU KORBAN SEGALA

AKU HABIS SEGALA

AKU BAJAI SEGALA

AKU TANAM SEGALA


TAPI
APA AKU DAPAT


KAU LUDAHI AKU

KAU HERDIK DIRIKU

KAU SUMPAH AKU

KAU KEJI AKU

AKU JUGA PUNYA RASA
AKU JUGA PUNYA MARUAH

AKU JUGA PUNYA HARGA

AKU JUGA ADA NILAI


SETELAH LAMA AKU PERHAMBA
SETELAH LAMA AKU BERUSAHA
SETELAH LAMA AKU TAGIH

SETELAH LAMA AKU KASIH


ADAKAH INI BALASNYA ?

ADAKAH INI NOKTAHNYA ?

ADAKAH INI TIMBALNYA ?

ADAKAH INI AKHIRNYA ?


JIKA TAKDIRNYA BEGITU

AKU REDHA NASIBKU

AKU PASRAH DIRIKU
WALAU LANGKAHKU KAKU

Wednesday, 2 June 2010

INGINKU BERLARI


Inginku berlari
Meninggalkan semua
Meninggalkan rasa
Meninggalkan usaha
Meninggalkan daya

Setelah semua aku korbankan
Setelah sebahagian aku hancurkan
Setelah separuh aku sia-siakan
Setelah banyak aku lepaskan

Jalan aku kian samar
Jalan aku kian liku
Jalan aku kian sempit
Jalan aku kian himpit

Tapi masih ada sedikit cakna
Masih ada sedikit prihatin
Masih ada tanggungjawab
Masih ada celik nikmat

Telah lama aku tempuh
Telah lama aku setia
Telah lama aku peka
Telah lama aku usaha

Duga itu makin kuat
Duga itu makin hebat
Cuba itu makin mengikat
Cuba itu makin tertambat

Sudah tiada daya aku
Sudah tiada niat hatiku
Sudah tiada detik hasratku
Sudah tiada bayang hajatku

Aku ingin berlari
Tapi tangan dan kakiku terikat
Aku ingin berlari
Tapi tangan kakiku tertambat

Sedu sedan tangis
Esakan pilu teriak
Tiada daya kederat
Tiada mampu gerak

Membuatku bertahan
Membuatku sabar
Membuatku perlahan
Membuatku tabah

Kerana

Aku yakin ini ujian
Aku yakin ini dugaan
Aku yakin ini cubaan
Aku yakin ini cabaran

Aku harus hadapi dengan iman
Aku harus hadapi dengan sabar
Moga suatu hari ada satu jalan
Moga suatu hari ada satu sinar

Wednesday, 19 May 2010

Aku Tidak Penting Bagimu


BICARAKU SAMPAH BAGIMU
KATA-KATAKU SAMAR BAGIMU

AKU TIDAK PENTING BAGIMU

AKU TIADA HARGA BAGIMU


AKU SELALU MENGINGATI

AKU SELALU BERHARAP

AKU SELALU MENCUBA

AKU SELALU SETIA


SEMUA ITU TIADA NILAI BAGIMU

SEMUA ITU TIADA HARGA BAGIMU

SEMUA ITU TIADA KASIH BAGIMU

SEMUA ITU TIADA SAYANG BAGIMU


DULU...


KAU YANG HULURKAN UKHUWWAH

KAU YANG MEMULAKAN IKATAN

KAU YANG MENDETIK KASIH

KAU YANG MENJALIN SAYANG


BERTAHUN AKU SETIA

BERTAHUN AKU PERHAMBA

SEMUANYA KERANA KASIH

SEMUANYA KERANA SAYANG


KINI KAU BERDIAM SEPI

KINI KAU KAKU BICARA

AKU INI SETIA MENCUBA MESRA

AKU INI GIGIH MENJAGA RASA


BICARAKU TIDAK DIENDAH

KATA-KATAKU TIDAK DIPEDULI

AKU TIADA LAGI MADAH

AKU TIDAK PENTING LAGI


HARUSKAH AKU MEMBAWA LANGKAH

HARUSKAH AKU MENGATUR JALAN

AGAR TIADA LAGI RESAH

AGAR TIADA LAGI PERSOALAN


AKU TIDAK PENTING BAGIMU

AKU TIDAK DI PEDULI OLEHMU

AKU TIADA NILAI BAGIMU

AKU TIADA HARGA BAGIMU


ORAK LANGKAH INI PASTI

ATUR ARAH INI MESTI

AGAR AKU HINDAR KEJI
AGAR AKU BEBAS BENCI

Saturday, 15 May 2010

Senjahan Bahagia

Kita cari bahagia
Kita cari suka

Kita tolak derita

Kita tolak duka


Apa yang kita ada
Apa yang kita dapat
Pergi begitu sahaja
Hilang begitu sahaja

Kita harapkan bahagia
Kita harapkan gembira

Yang datang hanya derita

Yang hampir hanya duka


Kita bisa bicara dimulut
Kita bisa berkata dihati


Tapi..

Laku kita berbeza

Lagak kita tempang


Kita tatang kasih untuk bahagia
Kita belai sayang untuk gembira

Tapi..


Kita tatang tumpah

Kita belai rebah


Jatuh luka kita dibiar
Tenggelam lemas kita tidak dipeduli

Kita kalah dalam menafsir

Kita gagal dalam mengagak


Bahagia yang ada disenjah
Gembira yang ada direntap

Harapan kini tiada

Sandaran kini hilang


Aku lemah tewas
Aku bekam resah

Bahagiaku disenjah

Gembiraku direntap


p/s: Senjah sama erti dengan rentap :-)

Saturday, 8 May 2010

Hati Penat


Tengah2 duk borak-borak dengan kawan..tersebut perkataan hati penat..terus lepas borak tu karanglah puisi melankolik ni..hehe..

Penat memujuk
Penat menangis

Penat merayu

Penat menagih

Walau diabai
Walau dibiar
Walau dihina
Walau dibenci

Setia tetap ada
Sabar tetap ada
Sayang tetap ada

Kasih tetap ada


Kata-kata dihambur
Kata-kata dikeji
Kata-kata disindir
Kata-kata dipermain

Hati terasa penat
Hati terasa lemah

Hati terasa sesak

Hati terasa sebak

Gurisan pedih
Hirisan sakit
Calaran ngilu
Tikaman darah

Tapi
Hati tetap setia
Hati tetap menunggu

Hati tetap menanti

Hati tetap mengharap


Kerana hati tahu walau
Suatu hari
Suatu masa
Suatu ketika
Suatu waktu

Hati akan kembali gagah
Hati akan kembali ceria

Hati akan kembali teguh

Hati akan kembali gembira

Kenyataan yang pasti
Pernyataan hati yang murni

Pergerakan jasad yang suci

Persoalan hidup yang hakiki

Monday, 3 May 2010

Depan mata


Kadang-kadang..
Apa yang kita inginkan..
Apa yang kita dambakan ..
Ada didepan mata..

Mungkin dulunya kita tidak nampak..
Mungkin dulunya kita abaikan..

Tapi bila saat masa berlalu..
Tapi bila detik waktu beredar..

Kita semakin sedar..
Kita semakin jelas..

Bahawa apa yang ada
Apa yang setia menemani kita

Itulah yang kita inginkan
Itulah yang kita dambakan selama ini..

p/s: Hanya titipan melankolik yang pendek mengusik rasa malam ini..Syukurilah apa yang ada didepan mata kita disaat ini dimasa ini..Hargailah ,kerana kita masih ada yang kita inginkan dan dambakan..Walaupun suatu masa suatu ketika apa yang kita miliki kita akan tinggalkan juga..Itu pasti..

Monday, 26 April 2010

Satu Sepuluh Seratus Seribu Sejuta..



Aku masih disini dalam pencarian yang tak pasti

Dalam langkah keliru dalam mimpi yang sedar

Gerak rasa itu kuat tapi daya itu lemah dalam langkah

Mengapa kita cuba sedangkan itu satu yang pasti


Aku langkah sampai satu langkah aku berhenti
Aku langkah sampai sepuluh langkah aku berhenti

Aku pernah langkah sampai seratus langkah aku berhenti

Malah aku langkah sampai seribu langkah aku berhenti

Mungkinkah aku perlu melangkah sampai sejuta langkah?

Mungkin perlu dan mungkin juga tidak


Dalam jasad yang bergerak
Seolah tiada apa

Seolah-olah tiada rasa

Seolah-olah tiada usaha

Seolah-olah tiada daya

Seolah-olah tiada nyawa


Bisa bicara dalam gelak
Bisa bicara dalam tangis

Bisa bicara dalam diam

Bisa bicara dalam khayal


Masih mengharap nafas dulu
Masih mengharap udara dulu

Masih mengharap bayang dulu

Masih mengharap kelibat dulu


Walau tangis itu sendu
Walau airmata itu penuh

Walau jantung ini tertikam

Walau nafas ini terhenti


Kuatnya rasa yang mencengkam
Sesaknya dada menghimpit

Pedihnya hati menikam

Sakitnya jantung terbekam


Bisakah aku lari
Bisakah aku henti

Bisakah aku benci

Bisakah aku pergi


Jawapnya
Konlusinya

Hadnya

Aku tidak bisa.

* Monolog spontan petang hari 26 April 2010..7.26 ptg ~Aku bisa..Bisa bicara tentang Melankolik Hipotisis diri aku di blog aku..Aku tidak tahu kau bisa bicara tentang apa dalam diri kau dalam blog kau sebab aku adalah aku yang sering membicarakan melankolik aku kerana ini blog Melancholic Hyphothesis AD RIFZA.... :p ~

Tuesday, 13 April 2010

Bicara Tentang Kisah


Bila aku membicarakan tentang kisah aku tidak tahu bila semua ini akan berakhir.. Aku masih dalam rungkup yang sama masih dalam pencarian yang sama.. Mungkin aku bisa mungkin aku tidak..Manusia lain menyatakan percubaan itu permulaan langkah.. Tapi bagi diriku jika tiada sempurnanya persediaan langkah tidak bisa diatur.. Akibat dan hasilnya sentiasa menunggu untuk menafsirkan berjaya atau tidak sesuatu percubaan itu.. Masih membicarakan tentang kisah walau hari berlalu walau bulan berlalu malah walau tahun berlalu.. Aku pasrah.. Aku redha.. dan aku juga yakin.. Takdir ALLAH itu benar.. Tiap sesuatu yang berlaku itu datangnya dengan HIKMAH.. HIKMAH yang manusia tidak boleh takwil walau sebesar zarah sekalipun.. Aku pasti..


Monday, 5 April 2010

TAKAT TU JER....



SETAKAT TU jer..Takat takat tu jer...Takde naik takde turun...Tiada perubahan setahun ke setahun..takatt tuu jer..


Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu takat tu jer..Takde apa-apa makna..takde apa-apa perubahan besar..Takatt tuu jer..


Dalam karier especiallynya takat tuu jer...Dari dulu sampai sekarang gajinya takatt tuu jer...Suasananya takatt tu jer..Pangkatnya takat tuu jer..Tiada benda yang boleh dibanggakan cuma setakat tu jer...Kalau gaji dulu sikit skrg pun sikit gak..Kalau dulu pangkat rendah skrg pun takat tu jer..Tiada peningkatan...Itu yang kadang-kadang membuatkan kita rasa RESAH..Kita rasa GELISAH..memikirkan takat tuu jer...Kita nak lakukan sesuatu yang lebih besar tidak berani kerana takat tu jer..


Dan kadang-kadang kita pernah berusaha sehabis baik sehabis mampu untuk satu perubahan tetapi masih tiada rezeki dan kita masih takat tu jer..


Kita tidak tahu bila kita boleh keluar dari ruang takat tu jer..Bila dilihatkan orang lain yang lebih berjaya difikirkan kenapa aku masih takat tu jer..Dimana silapnya aku?..Dimana khilafnya aku?Adakah aku terhijab rezeki?..Kita tiada jawapan bagi soalan itu..Hanya ALLAH yang tahu..Kita sentiasa perbaiki diri dan membersih diri agar berkat dan rahmat itu selalu ada.Kita hanya mampu merancang ALLAH jua yang menentukan..Tanpa izinNYA kita akan setakat tu jer..Tapi jangan kita berputus asa dari rahmatnya..

Usaha dan daya kita harus kita garap..harus kita gigih..untuk mencapai matlamat hidup yang tersemat dihati..Walau jalannya berliku..walau jalannya panjang kita harus juga kuat dan sabar dalam meneruskan usaha.Usaha yang menjanjikan kejayaan dan bahagia seperti yang kita harapkan..Setelah berusaha kita berdoalah agar ALLAH memperkenankan usaha dan membalas atas kesabaran kita selama ini..INSYALLAH..Harapan itu sentiasa ada selagi dunia ini masih berputar pada paksinya..


Just a short entry to express what I feel..Hanya pernyataan RASA membebaskan RESAH dan GELISAH yang melekat erat...Pergilah RESAH dan GELISAH itu aku sudah bisa bangun dan bangkit menuju jaya walau aku takat itu jer..

Monday, 22 March 2010

GELINCIR HATI

Gelincir Hati

Rasa itu datang kita tidak tahu

Rasa itu datang kita tidak mahu

Rasa itu datang kita tidak mampu

Rasa itu datang kita tidak kaku


Mengapa ianya datang

Mengapa ianya hampir

Mengapa ianya dekat

Mengapa ianya lekat


Aku tidak bisa menghalang

Aku tidak daya menolak

Aku tidak upaya menepis

Aku tidak kuasa menyekat


Walau jauh jaraknya

Walau panjang jalannya

Walau longgar ikatnya

Walau lerai simpulnya


Rasa itu masih ada

Rasa itu himpit erat

Rasa itu kuat mengikat

Rasa itu kemas menyimpul


Hati tiada cahaya

Hati tiada tenaga

Hati tiada upaya

Hati tiada daya


Himpitannya rapat

Sesakannya hebat

Rasukannya kuat

Bisikannya giat


Hati semakin lemas

Hati semakin lemah

Tiada daya lagi

Gelincirnya hati

Friday, 12 March 2010

UNTUK SATU UKHUWWAH


SUNYI JADI GEMBIRA
SEPI JADI INDAH

KOSONG JADI TERISI

SEORANG JADI RAMAI


TIADA APA YANG AKU CARI
TIADA APA YANG AKU PEDULI

HANYA SATU KASIH UNTUK MENGUBATI

HANYA SATU SAYANG UNTUK MENGISI


TEGURAN JADI IKATAN
SAPAAN JADI SIMPULAN

NASIHAT JADI PANDUAN

AJARAN JADI PERINGATAN


SUCINYA UKUWWAH INI
INDAHNYA UKHUWWAH INI
LURUSNYA JALAN INI
BENARNYA LANGKAH INI

BUKAN KESEMPATAN YANG DICARI
BUKAN KESALAHAN YANG DICIPTA

BUKAN KEEGOAN YANG DISERLAH

BUKAN KEDEGILAN YANG DIJELAS


UKHUWWAH ITU IKHLAS HATI
UKHUWWAH ITU JUJUR RASA

UKHUWWAH ITU NIAT SUCI

UKHUWWAH ITU IKAT SETIA


JALAN HIDUP KITA PASTI
DUGAAN HIDUP JUGA PASTI

TENANGNYA AIR JUGA BERGOLAK

SEPOI ANGIN JUGA MERIBUT


ITU SEMUA DUGAAN
ITU SEMUA CABARAN
UJIAN
UNTUK MENGUJI KESABARAN

UJIAN UNTUK MENGUJI UKHUWWAH.

Sunday, 7 March 2010

PECAHAN KASIH


DULU AKULAH SEGALA
DULU AKULAH CERITA
DULU AKULAH TUTUR KATA
DULU AKULAH ADUAN MANJA

TIAP KATA AKULAH SETIA
TIAP GERAK AKULAH TEMAN
TIAP MADAH AKULAH PEMBACA

TIAP SELOKA AKULAH KETAWA


KINI TIADA LAGI KATA
KINI TIADA LAGI GERAK
KINI TIADA LAGI MADAH
KINI TIADA LAGI SELOKA

AKU BERKATA SENDIRI
AKU BERBICARA SEPI

AKU TERDAMPAR KEJI
AKU TERSOROK SUNYI


TANGISAN ITU TEMAN
KETAWA ITU KUSAM

SENYUM BERALIH MASAM
HILAI BERTUKAR DIAM

CALARAN RASA TERGURIS
HIRISAN RASA TERSISIH
RETAKAN KASIH BERTOREH
PECAHAN KASIH BERKECAI

Monday, 22 February 2010

GERTAKAN KASIH



TIDAK MAMPU KU BERSUARA
TIDAK MAMPU KU BERKATA
TIDAK MAMPU KU BERBICARA
TIDAK MAMPU KU BERKIRA

HERDIKAN BENCI KU DENGAR
HENTAKAN JIJIK KU RASA
PUKULAN RIAK KU TERIMA
GERTAKAN EGO KU LIHAT

KERANA KASIH KU TIDAK BERDAYA
KERANA SAYANG KU TIDAK PASTI
KERANA PEDULI KU TIDAK KUASA
KERANA CAKNA KU TIDAK BIASA

GERTAKAN KASIH KU KELIRU
GERTAKAN KASIH KU BUNTU
GERTAKAN KASIH KU KALAH
GERTAKAN KASIH KU LEMAH

ULANGAN ITU SAMA
SAMBUNG ITU SERUPA
BILA MUNGKIN AKU MAMPU
BILA MUNGKIN AKU RELA

GERTAKAN ITU MERISAUKAN
GERTAKAN ITU MEMBINGUNGKAN
GERTAKAN ITU MERESAHKAN
GERTAKAN ITU MENAKUTKAN

KERANA KASIHKU TIADA DAYA
KERANA KASIHKU TIADA UPAYA
KERANA KASIH KU RELA SEKSA
KERANA KASIH KU RELA DERITA

Sunday, 14 February 2010

HAPPY BURFDAY AD RIFZA



Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni genaplah umur AD yang ke 3xxxxxx ..Fuhh sungguh banyak dah angka itu..Tak sanggup nak baca rasanya..huhu..Tapi hakikatnya harus diterima bahawa umur ko AD dah lebih pertengahan 30an...fuhhh...Tua kah aku?.. Atau masih muda kah aku?.. Whateva, apa lah yg ada pada nomborkan.. hehe.. statement nak sedapkan hati jek..

Dalam usia yang sebegini masih banyak yang harus AD tempuhi..Jalan hidup yang masih panjang InsyaALLAH..Hidup yang berbaki ini sewajibnya digunakan untuk hal2 yang baik2 dan terbaik sahaja. Tempuh usia yang ALLAH kurnia ini harus disyukuri dengan penuh keinsafan..Insaf beb..Fasa hidup harus diteruskan dengan sesuatu yang lebih besar maknanya..InsyALLAH..

Manusia masing-masing ada perancangan hidup yang ingin mereka lakukan tapi kadang-kadang ianya tidak berkesudahan dengan sempurna..Manusia yang nampak didepan mata sahaja apa yang berlaku mereka tidak pernah ingin memahami apa yang tersirat dihati..Itu sifat manusia yang tidak mampu kita takwil.AD tidak salahkan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna dari segi pemahaman masing-masing.Bagi yang memahami ,AD ucapkan terima kasih kerana cuba memahami hati insan yang kerdil dan hina ini.

Jalan hidup ini masih panjang,doakanlah agar jalan hidup AD ni berlalu dengan sesempurna yang mungkin.Agar liku-liku hidup dapat AD tangani dengan sebaik mungkin.AD mohon maaf atas segala salah silap AD dalam sedar ataupun tidak.All this time AD adalah AD yang anda kenal melalui blog atau cabang perkenalan yang lain.AD mohon terimalah diri AD seadanya..Apa yang baik adalah dariNYA dan kekurangan itu adalah atas khilaf diri yang tidak sempurna.

Sambil-sambil tu AD ada juga cipta sebuah puisi..Moga kita ambil iktibar dan panduan..InsyALLAH..

USIA

Setahun ke setahun

Menginjak satu persatu

Putaran masa itu cepat

Tidak menunggu dan berhenti


Selangkah ke selangkah

Meningkat satu persatu

Aliran masa itu deras

Meningglakan kita tanpa peduli


Sejarak ke sejarak

Ukuran itu makin panjang

Kiraan masa itu bertambah

Membiarkan kita semakin berusia


Sedetik demi sedetik

Detikan saat satu persatu

Gerakan minit itu laju

Menjadikan kita semakin berusia


Usia adalah anugerah

Usia juga ukuran diri

Apa yang kita ada selama ini

Apa yang kita capai selama ini


Semakin meningkat usia

Semakin kita kenal diri

Semakin kita insaf diri

Semakin kita faham diri


Moga pada usia ini

Moga pada umur ini

Kita akan lebih berjaya dalam hidup

Kita mampu sempurnakan hajat hidup


Kita hanya mampu berdoa

Kita hanya mampu memohon

Agar ALLAH permudahkan jalan hidup

Agar ALLAH sempurnakan cerita hidup

Friday, 5 February 2010

RASA YANG BERBAKI

Pertamanya AD hasilkan puisi ni masa duk "chatting" dengan kawan AD..Secara tak langsung duk chat tu bersoal tentang puisi yang AD hasilkan..Dia bagi tajuk "Rasa yg berbaki" ni.. Then ada satu perkataan yang dia bagi iaitu "sungkur"... Terus chatting tu terhenti seketika kerana on spot AD terus menaip sambil meRASAkan apa yang dia RASA.. So terhasillah puisi melankolik ini..Dah seminggu simpan so hari ni AD postlah puisi nie.. Khas utk dia dan sesiapa sahaja yang meRASAkan apabila membaca puisi ini..


RASA YANG BERBAKI

Telah lama aku tinggalkan

Telah lama aku hapuskan

Telah lama aku hancurkan

Telah lama aku padamkan


Dimana aku merangkak

Dimana aku bertatih

Dimana aku berjalan

Dimana aku berlari


Menerokai perjalanan hidup

Menelusuri perhentian kasih

Menebar jala sayang

Menarik pukat kasih


Pendam aku lemah aku

Tutup aku punah diri

Rintih aku tangis hati

Racau aku guris rasa


Aku cuba padam semua

Aku cuba hapus semua

Aku cuba tinggal semua

Aku cuba lupa semua


Tapi


Seringkali aku gagal

Seringkali aku tewas

Seringkali aku kalah

Seringkali aku sungkur


Kerana


Rasa ini masih berbaki

Rasa ini masih tertinggal