Thursday, 31 March 2011

Tak update dah lama

Kenapalaaa blog ni dah lama tak update..Maybe sibuk..sibuk dgn keje..sibuk dgn hal peribadi..sibuk dgn FB...sibuk dan sibuk..Maybe jugak malas..Malas nak update..malas segala2nya..huhu..camno nak buek nih supaya blog ni terus hidup..hmmm

Saturday, 12 March 2011

Menagih KASIH


MENAGIH KASIH

SESAK DADA KERANA RINDU

SEBAK RASA KERANA INGAT

TIAP MASA MERINDU

TIAP SAAT TERINGAT


TAGIH KASIH PADA YANG TIDAK SUDI

TAGIH RINDU PADA YANG TIDAK ENDAH

TIAP MALAM SEBUTAN TIDAK BISU

TIAP MALAM DIRUNDUNG RESAH


PANGGILAN SELALU TIDAK DIJAWAB

PESANAN RINGKAS SELALU SEHALA

SAKIT RINDU YANG TIDAK TERAWAT

SAKIT RESAH YANG SELALU MEMBARA


CEMBURU DATANG TIDAK BERTEMPAT

KONGKONGAN WUJUD KERANA MENGAWAL

PERGADUHAN BERLAKU TIADA BERISYARAT

KETEGANGAN WUJUD TIDAK TERKAWAL


TIADA MANIS DALAM HUBUNGAN

APABILA SELALU ADANYA SENGKETA

TIADA WUJUD PERSAMAAN

UNTUK SATU KEADILAN SAMARATA


BILA AKAN HABIS PERBALAHAN

BILA AKAN SELESAI PERTENGKARAN

APABILA MASING-MASING TIADA PERSEFAHAMAN

APABILA MASING-MASING MASIH BERCAKARAN


PERTENGKARAN AKAN ADA HENTINYA

API PERBALAHAN AKAN PADAM AKHIRNYA

APABILA KITA TERIMA DIRI SEADANYA

APABILA REDHA DAN PASRAH ATAS SEGALANYA

Friday, 4 March 2011

Nadiku berlari


Nadiku berlari
Menjejak jalan yang pasti

Walau jejak itu berduri

Masih mampu digagahi


Nadiku berlari

Mengalir dalam sungai yg sepi

Dalam alir yang seakan-akan terhenti

Menuju arah yg tidak pasti


Nadiku berlari

Menjulur dalam hela nafas

Yang lelah masih berbaki

Gerakan seolah terbangan kapas


Nadiku berlari

Laju seolah dalam paksaan

Merobek dasar hati

Walau ianya tidak terkesan


Nadiku berlari

Pantas bak halilintar

Membelah awan yang sepi

Panas seolah-olah terbakar


Nadiku berlari

Cepat seolah dikejari

Mengusik malam yang sunyi

Dalam igauan yang tidak henti

Saturday, 26 February 2011

Nur Kasih Versi Wayang



Wahh dah nak start nih cite Nur Kasih versi wayang..Kita tgok samada panggung pecah atau tidak..huhu..Tgok trailer mcm best..Tapi sanggup ke makcik2 yg suka tgok cite ni pi wayang tgok..Kalau mak AD mmg sahlaa tak masuk panggung...huhu..dan masalah poblemnya sini mmg takde panggung wayang pun..haha..so layanzz lah nanti ya 19 May 2011..AD tau ada yg sgt2 addicted to this film..AD tak addict pun tgok gitu-gitu jer..haha

Monday, 21 February 2011

LELAH AKU MENCARI

DETIK KIAN TERASA SINGKAT

JARAK DIRASA SEMAKIN JAUH

PENCARIAN ITU HAMPA

PENCARIAN ITU MENJAUH


DULU KAU ADA DEKAT

KINI SEMAKIN JAUH

GAPAI TIDAK LAGI SAMPAI

CAPAI TIDAK LAGI SENTUH


AKU TERUS MENCARI DI MANA SILAP

AKU TERUS MENEKA DI MANA ALPA

TETAPI IANYA TIDAK BERJAWAB

WALAUPUN IANYA ADA USAHA


GIAT HATI MENERUS HAJAT

TULUS KASIH DALAM ERAT

SELINDUNG SEDIH TIDAK BERTEMPAT

AGAR HAJAT MENJADI NIKMAT


LELAH AKU MENCARI

DI MANA KEAJAIBAN DIRI

AGAR DAPAT MENAKLUKI

SEKEPING HATI YANG SEPI


LELAH AKU BERLARI

MENGELAK RESAH HATI DIKETAHUI

WALAU AKU TAHU HAJAT HATI INI

KAU TAHU DAN MUNGKIRI

Monday, 14 February 2011

DETIK MASA ..Hari Lahir ..

MASA itu akan tetap berlalu walau dengan sekatan atau halangan...Mana mungkin manusia mampu menghentikan MASA ..MASA itu emas ,tidak terkira nilainya walaupun ramai manusia biarkan ianya berlalu begitu sahaja..

Detik demi detik yang berlalu

Kita tidak bisa menepis

Kita tidak bisa menangkis

Apa sahaja yang terjadi

Apa sahaja yang berlaku

Masa itu manusia kata mendewasakan

Masa itu manusia kata mematangkan

Nilai kedewasaan tidak kita tahu

Nilai kematangan tidak kita seru

Masa akan terus berjalan

Masa akan terus berlalu

Walau kita dalam khayalan

Walau kita dalam pilu

Tidak bisa kita menghalang masa

Tidak bisa kita menyekat masa

Dari kecil hingga dewasa

Dari diam hingga berkata-kata

Masa mengajar kita

Masa mengatur cerita

Ajaran yang kita laksana

Cerita yang kita bicara

Musim demi musim bersua

Siang malam bersilih ganti

Bayi hingga ke tua usia

Hidup hingga terbujur mati

Yang berlaku tetap berlaku

Yang terjadi tetap terjadi

Tiada gerak masa yang kaku

Tiada detik masa yang mati

Teruskan langkah jalanmu

Gerakkan jalan hidupmu

Apa yang dicari pasti kau temu

Apa yang dipanggil pasti bertamu

Lupakan kisah-kisah lalu

Abaikan cerita-cerita lama

Bukakan satu tekad baru

Dalam meniti episod rencana

Bekal dengan iman didada

Tanam dengan semangat yang padu

Seiring dengan yakin yang ada

Moga tercipta cerita yang baru

Cerita yang membuatmu teruja

Cerita yang membuatmu gembira

Cerita yang membuatmu ketawa

Cerita yang membuatmu bahagia

By : Ad Rifza 14 February 2011

AD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan taulan yang masih mengingati dan mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk AD..Walaupun dirasakan telah lama usia ini berlalu dan telah lama masa ditinggalkan masih ada yang sudi dan ingat akan tarikh lahir AD..AD amat-amat hargai ingatan kalian.Ucapan dalam medium yang berbeza di lisan, BLOG,SMS,Facebook dan laman2 sosial yang lain amat AD hargai. Ingatan kalian membuatkan AD cukup terharu .Ntah mengapa kali ini terharu sangat dirasakan dengan ucapan kalian teman-teman dan sahabat handai.AD amat berharap agar kalian mendoakan kehidupan AD akan datang lebih membahagiakan dan doakan supaya ALLAH memberkati hidup AD dalam fasa-fasa seterusnya.Perjalanan hidup kita,kita tidak tahu sejauh mana lagi sebab ajal maut kehendak ALLAH.Jika ALLAH masih memberikan peluang kita manusia hanya mahu mendapat rahmat dan redha ALLAH dalam setiap gerak laku kita.Walaupun kadang-kadang sebagai manusia biasa kita sering gagal dan cuai .ALLAH tidak memberikan semua yang kita mahu dalam hidup ini.Kerana kadang-kadang ALLAH ingin menguji setakat mana kesabaran dan keimanan yang kita ada.Terima Kasih ALLAH .Aku masih mengharapkan hidayah dan rahmatMU .KAU pandulah hidupku pada jalan yang lurus seperti jalan-jalan orang-orang yang ENGKAU redhai dan KAU jauhilah diriku dari jalan-jalan orang yang sesat.PadaMU ku memohon..Aminn..

Wednesday, 9 February 2011

Ekonomi ..Beralihlah...



Assalamualaikum...Jumpa lagi di alam blog...apo kono eh den ni jarang sangat2 update blog...tidak berkesempatanlah katakan..keje kan..kat opis susah sikit nak hupdate blog so balik rumah kadang2 time camni mata dah berat biasa lorr penatt kan keje seharian...Keje guna otak ni fikir itu ini pun penat gak..sapa kata tak penat kan..penatt wooo...


Lebih-lebih skrg ni banyak isu kan tentang pengguna biasalah minyak masak takde..aduyaiii...menyusahkan sungguh..tapi dah keje have to lah kan settle semua..sekurang2 pengguna tu dapat minyak masak..kalo tak dapat tu staff jaga minyak juga yang kena...Actually kerajaan telah mewujudkan task force untuk menyelesaikan masalah ni..Jangan kata kerajaan tak buat apa2 k..sbb mmg kementerian buat..tapi lingkungan kerja staff walaupun kita tahu isunya dimana kita tidak boleh melangkaui tugas-tugas orang atas..biasalah manusia kan...ada hirarki yang harus dipatuhi..kalo tak out you go..haha..Sukar sebenarnya untuk mengawal sesuatu dalam ekonomi tidak berlandaskan islam ni..Kalau semua sistem ditukar kepada ekonomi Islam INSYALLAH banyak perkara boleh diselesaikan..Even negara baratpun sekarang telah nampak keberkesanan ekonomi Islam.Seperti yang kita ketahui ekonomi islam mengharamkan pelbagai perbuatan dalam pelbagai bentuk yang menyebabkan kerugian ekonomi seperti menipu,membuat spekulasi dan transaksi yang melibatkan riba..Seperti yang kita tahu riba itu diharamkan di dalam Islam.Keadaan krisis ekonomi global yang kita hadapi sekarang adalah dari rentetan pengamalan ekonomi kapitalis yang mana kita nampak keruntuhan bank-bank besar dunia terutamanya bank leman Bradz bank keempat terbesar di dunia.Ekonomi riba sangat-sangat memeritkan bagi peminjam.belum sempat lagi menjelaskan semua hutang ,hutang akan bertambah dengan bunga(riba)..Dimana penyelesaian ini dapat berlaku jika semua ditekan dengan amalan riba ini.


Di negara kita pilihan tentang ekonomi Islam telah berlaku walaupun tidak sepenuhnya.Kita sudah boleh memilih sistem2 yang diperkenalkan untuk memberi pilihan kepada kita mengadaptasi dalam kehidupan dengan sistem ekonomi Islam.

Pengenalan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya akan dapat merungkai segala item-item ekonomi yang wujud termasuklah bab harga pasaran. Dengan pematuhan kepada sistem ekonomi Islam peniaga tidak hanya mengharapkan keuntungan semata-mata apa yang menjadi kepentingan adalah kebajikan pengguna.Apabila keadaan ini berlaku rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga yang melampau sehinggakan membelit leher pengguna.

Aihh lain jer entri Ad kali ni..haha...macam nak buat thesis plak..ekekeke...Tapi takpe as long as kita dapat sesuatukan..So beralihlah kepada ekonomi Islam.Ekonomi yang membuatkan kita tidak tertekan.So entri kali ni tiada puisi ok..Next time puisi..Ada lagi dalam HP untuk dinukil disini tetapi kali ini kita pisahkan dulu puisi diri dengan satu entri yang juga boleh membuatkan kita berfikir dan b
eralih..

Tuesday, 25 January 2011

AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU


TULISANMU PEDIH
KATAMU PILU

AKU KAU BIAR SEDIH

AKU KAU BIAR KELU


AKU HANYA MENJAGA

AKU HANYA MEMERHATI

KERANA SEJARAHMU ADA

KERANA CERITAMU JADI


SALAHKAH AKU MEMBUAT YANG SAMA

APA YANG KAU BUAT PADAKU

SALAHKAH AKU HANYA INGIN TAHU

SEPERTI YANG KAU INGIN TAHU


KECIL HATI DENGAN TULISMU

CALAR RASA DENGAN KATAMU

KAU TIDAK PERNAH FIKIR APA TULISMU

KAU TIDAK PERNAH TERLINTAS KATA PEDIHMU


AKU YANG MERASA

AKU YANG MENANGGUNG

JIKA ITU YANG KAU BISA
JIKA ITU YANG KAU AGUNG


AKU BEBASKANMU
AKU LEPASKANMU
PERGILAH KEMANA MAHUMU
JALANLAH KEMANA ARAHMU

AKU TIDAK LAGI MENGHALANG
AKU TIDAK LAGI MENYEKAT
DIRIMU TIADA LAGI GALANG
KAKIMU TIDAK LAGI TERIKAT

AKU TIDAK LAGI MEMERHATI
AKU TIDAK LAGI MEMANTAU
BEBAS ARAHMU TIADA HENTI
GERAK LAKUMU TIADA LAGI HIRAU

JIKA ADA KESALMU
JIKA ADA SESALMU
AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU
AKU TIDAK LAGI MAHU TUNGGU

JALANILAH SENDIRI HIDUPMU
TEROKAILAH SENDIRI JALANMU
AKU TIADA KAITAN LAGI DENGANMU
AKU TIADA IKATAN LAGI DENGANMU

Wednesday, 12 January 2011

NILAI KASIH



Assalamualaikum...


"Entri " pertama di tahun 2011..Skrg jarang berkesempatan untuk melayari blog..Tapi bila ada kesempatan seperti ini bolehlah dicoretkan apa2 sahaja yang rasa terlintas dibenak fikir..Sebenarnya sudah banyak puisi yang terkarang dalam notes hand phone Ad tu..Tapi hasil puisi itu telah mendahului untuk dibuat entri2 baru..Ada saja situasi yang membuatkan AD ambik handphone dan menaip puisi2 yg "on spot" terfikir..Entah bila rasanya puisi2 atau kata2 itu boleh dihabiskan untuk buat entri kerana belum pun habis sudah tercipta puisi2 baru..Agaknya kena "stop" dulu entri di hand phone baru lah dapat dihabiskan puisi dalam hand phone itu...huhu..Apa2 pun blog Melankolik masih ada untuk anda di tahun 2011..Alhamdulillah..

SAATKU JATUH KAU BANGUNKAN AKU
SAAT AKU REBAH KAU PIMPIN AKU

SAAT AKU RESAH KAU TENANGKAN AKU

SAAT AKU MENANGIS KAU REDAKAN TANGISKU

SAAT KITA KENAL AKU TIDAK ENDAH
SAAT KITA JUMPA AKU TIDAK HIRAU
SAPAAN MU TIDAK AKU JAWAB

AJAKAN MU TIDAK AKU SEDAR


TAPI KINI TIDAK LAGI

KAU SELALU RAPAT DIJIWA

KAU SELALU ADA DIHATI

ADA MU MEMBERI BAHAGIA

RENGGANG DULU KINI ERAT

JAUH DULU KINI DIRASA DEKAT

NILAI KASIHMU AKU HORMAT

NILAI KASIHMU ADALAH RAHMAT


BILA AKU BUKAKAN LANGKAH

BILA AKU TEBARKAN HARAP

JANGAN KAU BUAT SAMPAH

JANGAN KAU BUAT KARAT


NILAI KASIHMU AKAN AKU TATANG

NILAI KASIHMU AKAN AKU RIBA

WALAU APA SAHAJA DUGA YANG DATANG

WALAU APA SAHAJA UJIAN YANG TIBA

Friday, 31 December 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011

Hari ini adalah hari terakhir kita dalam 2010 esok kita akan masuk tahun 2011...Actually banyak perkara telah berlaku tahun ini ada suka dan ada duka..Lumrah hiduplahkan setiap kehidupan itu ada suka dan duka..Kalau suka sahaja tiada juga nikmat dalam hidup.Setiap yang berlaku ada hikmahnya..Kita tidak nampak dan sedar akan hikmah tersebut tetapi hikmah itu tetap ada.

Melancholic Hyphothesis ini akan terus bermadah dan berkarya bagi semua pembaca setia MH..MH akan tetap ada sekalipun pembacanya semakin kurang..Penerusan ini MH tidak tahu bila akan berhenti..Mungkin suatu masa yang MH tidak daya dan mampu lagi berkarya.

Setiap dari karya MH ada maksud dan kolerasinya yang tersendiri..MH tipu jika MH berkata ianya tiada langsung dengan jalan hidup MH.Karya juga ada kaitan dengan orang-orang yang dekat dengan MH.Kadang-kadang karya ini tidak difahami oleh pembaca tetapi itu tidak jadi masalah kerana pembaca bebas menafsirkan apa sahaja walaupun penafsiran itu tiada langsung kaitan dengan MH.

Sepanjang tahun 2010 MH sedikit terabai dek kerana ketiadaan masa penulis Ad Rifza .Biasalah bukan kuasa kita untuk mempunyai masa yang luang tersebut semuanya kehendakNYA..Thats why dalam melakukan kebaikan kita diseru untuk mengambil masa yang luang sebelum masa sibuk.Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan apabila kita tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Masa betul-betul dianggap seperti emas.Berapa banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan pada tahun ini kerana masa.Masa cukup-cukup bergerak dengan pantas.Moga tahun 2011 ini kita dapat gerakkan diri dan kita berharap ALLAH memberikan kita kesihatan dan kekuatan diri untuk terus berjuang dalam hidup.. Berjuang untuk mencari berkat dan rahmat ALLAH. Setiap yang kita lakukan semuanya akan dihisab oleh ALLAH. Even sekecil2 kejahatan dan sekecil2 kebaikan. ALLAH tidak akan mencatat kejahatan yang belum kita lakukan tetapi kebaikan yang kita sudah berniat untuk lakukan telah diberikan satu ganjaran. Apabila telah dilakukan kebaikan tersebut kita mendapat 10 ganjaran. Berusahalah untuk membuat kebaikan dalam hidup.

Dalam hidup ini apa kebaikan yang kita mampu lakukan lakukanlah sebelum kita ketiadaan masa.Berusahalah untuk mengejar apa sahaja kebaikan dalam hidup.Sampai suatu masa kita tidak mampu lagi untuk mengejar dan beroleh apa-apa,saat itulah baru kita sedar akan nikmat kesihatan, kekuatan dan apa sahaja nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.

Tahun 2010 mungkin juga bagi sesetengah manusia adalah tahun yang mereka lalai dan penuh keseronokan tanpa batas.Apa sahaja keseronokan mereka harungi.Adakalanya sampai lupa akan malaikat yang sentiasa mencatat setiap gerak-geri kita. Gerak geri yang menuju kemusnahan.Tiada salahnya kita berazam selain azam tahun baru hijrah yang baru kita sambut baru-baru ini.Tiada salahnya jika berzam untuk menuju kebaikan.Mengharapkan redha dan rahmat ALLAH dalam setiap gerak-geri kita.Mungkin kita sedikit leka dan lalai tanpa sesiapa yang memandu hidup kita kearah kebaikan.Kita lalai dalam mencari kelebihan2 dalam hidup.Kita lalai dalam mentakrif setiap manusia yang menghampiri kita..Kita lalai segalanya..Diawal tahun baru ini berazam dan berubahlah kearah kebaikan.Kebaikan yang kita lakukan InsyaALLAH tidak akan sia-sia.ALLAH telah berjanji untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas.Moga tahun baru masihi 2011 ini memberikan satu sinar dan cahaya baru dalam pemanduan hidup kita.Kita tinggalkan semua kekurangan dan keburukan yang ada pada tahun 2010.Kita bangkit dengan darah yang mengalir disetiap urat saraf kita dalam tahun 2011 ini untuk mendapat redha dan rahmat ALLAH dalam setiap tindakan dan kelakuan yang kita lakukan.Moga tahun baru 2011 ini menjadi titik tolak untuk kita lebih maju dan berjaya dalam hidup. Semoga apa yang kita cita-citakan dan apa sahaja kebaikan yang kita dambakan kita perolehi dengan nawaitu ikhlas untuk mencari redha ALLAH.

MH diawal tahun 2011 ini ingin menucapkan Selamat Tahun baru masihi 2011 kepada semua pembaca MH.. MH masih ada disini untuk 2011 selagi anda semua sudi membaca MH. Bacalah MH untuk mendapat sesuatu yang tersirat didalamnya. Moga semuanya mendapat kebaikan yang dicari. INSYALLAH.. Semoga apa yang kita lakukan pada tahun 2011 ini dipermudahkan jalan oleh ALLAH.SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011.

Salam ikhlas penuh ukhuwwah dari AD Rifza pemilik blog Melancholic Hyphothesis. . :-)

Sunday, 26 December 2010

SUNGGUH ! Kita mampu...


Jalan itu di hadapan yang kita lalu
Jalan itu di hadapan yang kita pijak

Jalan itu di hadapan yang kita rasa

Semua itu jalan-jalan yang kita pilih
Pilihlah jalan yang betul dan lurus


Tapi

Mampukah kita?
Layakkah kita?

Bersediakah kita?

Tegarkah kita?


Kerana..
Di jalan-jalan itu banyak duganya

Di jalan-jalan itu banyak cubanya

Di jalan-jalan itu banyak durinya

Di jalan-jalan itu banyak alurnya

Ada duri yang tajam
Ada alur yang songsang

Ada curam yang dalam

Ada tebing yang tinggi


Usaha perlu kuat
Daya perlu padu

Agar kita ada kederat

Untuk menghadapi yang satu


Sungguh !
Kadang-kadang kita rasa tidak mampu


Sungguh !

Kadang-kadang kita rasa kalah


Sungguh!

Kadang-kadang kita rasa gagal


Sungguh!

Kadang-kadang kita menangis sendiri


Sungguh!

Kadang-kadang kita sebak sendiri


Sungguh!

Kadang-kadang kita keliru diri


Mana satu jalannya
Mana satu arahnya

Mana satu alurnya

Mana satu cahayanya

Kita mencari dan mencari
Kita telusuri dan telusuri

Kita jejaki dan jejaki

Kita harungi dan harungi


Tapi sememangnya
Hanya ada satu jalan

Hanya ada satu arah

Hanya ada satu cahaya


Cahaya..
Yang dapat buat kita bahagia

Yang dapat buat kita gembira

Yang dapat buat kita sedia

Yang dapat buat kita redha


Pilihlah jalan yang ada cahayaNYA
Pilihlah jalan yang ada redhaNYA

Bukan jalan yang gelap gelita

Bukan jalan malapetaka

Mampukah kita?

YA ! kita mampu
Bila asasnya

Bila petunjuknya

Kita pegang erat dan kemas..





Tuesday, 7 December 2010

MENUJU JALANMU....Ampunkan aku


MENUJU JALANMU

PERIT TANGGUNG DOSA
PEDIH CAKARAN NODA

MANUSIA SERING ALPA

TIDAK NAMPAK SYURGA NERAKA


BILA BALA DATANG

BILA KIFARAT TIBA

TIADA YANG DAPAT MENGHALANG

PERGANTUNGAN DOSA DAN PAHALA


TIADA SERU NAMA ALLAH

TIADA ZIKIR NAMA ALLAH

HIBA TIADA BISIK INSAF

TANGIS TIADA BISIK TAAT


JALAN DURI JUGA LALU

JALAN KACA JUGA TEMPUH

JALAN ITU BAGAI SEMBILU

JALAN ITU TITINYA RAPUH


KETAATAN TIDAK TETAP

KECINTAAN TIDAK IKHLAS

KESANGGUPAN DALAM RAGU

KETULUSAN DALAM KELIRU


MENDUNG BERARAK PERGI

CAHAYA MULA MENYINAR

HARAPAN MASIH LAGI BERBAKI

BAGI YANG INSAF DAN SEDAR


HIDAYAH HANYA UNTUK INSAN PILIHANNYA

YANG SERING RAPAT DALAM REDHANYA

JALAN PULANG MASIH TERSEDIA

JALAN TERBUKA SELUAS-LUASNYA


YA ALLAH


AKU MENUJU JALAN PULANG KEPADAMU

KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU

AD UCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH 1432H KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.MOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHIJRAHKAN DIRI KITA SEMUA KEARAH KEBAIKAN DENGAN MENINGGALKAN SEMUA YANG BURUK DALAM DIRI.KITA MANUSIA TIDAK PERNAH SUNYI DARI DOSA .PERJALANAN HIDUP KITA TIDAK SUNYI DARI SALAH DAN SILAP.ADA SAHAJA KITA TERSILAP LANGKAH DAN ALPA DALAM CERITA HIDUP YANG KITA TIDAK TAHU DIMANA PENGHUJUNGNYA..MOGA DI KESEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN UNTUK BERNAFAS BEBAS DALAM DUNIA PINJAMAN INI KITA AMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI MENJADI LEBIH BAIK.KITA TIDAK MAMPU UNTUK SEMPURNA DALAM SEGENAP SEGI TAPI KITA MAMPU UNTUK BERUBAH BAGI KEBAIKAN DALAM KELANGSUNGAN KEHIDUPAN KITA.MOGA APA YANG KITA LAKUKAN ALLAH BERKATI DAN RAHMATI..AMINN..

Saturday, 4 December 2010

ATURAN DIA



HIDUP INI ATURAN DIA

NAFAS INI PEMBERIAN DIA

JASAD INI HAK DIA

DIRI INI MILIK DIA


APA YANG KITA LAKUKAN DIA TAHU
APA YANG KITA FIKIRKAN DIA TAHU

MANA MUNGKIN KITA DAPAT LARI

MANA MUNGKIN KITA DAPAT ELAK


SEMUA AKAN TETAP BERLAKU
SEMUA AKAN TETAP TERJADI

WALAU BUKAN YANG KITA MAHU

WALAU BUKAN KEHENDAK HATI


KITA MAMPU DIAM
KITA MAMPU BERSUARA

KITA TIDAK MAMPU MELAWAN TAKDIR

KITA TIDAK LAYAK PERSOAL NASIB


APA YANG ADA ITULAH KETENTUAN
APA YANG ADA ITULAH KETETAPAN

SYUKUR LAH ATAS KURNIAAN

TERIMAKASIHLAH ATAS PEMBERIAN


JIKA SEMUANYA DITARK KEMBALI
JIKA SEMUANYA DIAMBIL SEMULA
JANGANLAH KITA RASA SESALI
JANGALAH KITA RASA CURIGA

SABARLAH DALAM KEHENDAK
SABARLAH DALAM KEINGINAN

DATANG TIDAK DAPAT KITA TOLAK

PERGI TIDAK DAPAT KITA TAHAN


Monday, 15 November 2010

Rasamu Rasaku Berbeza


Jauh hati dalam kata
Jarak hati dalam rindu

Bisa kikis rasa

Bisa bangkit sendu


Semakin jauh kita berlari

Semakin jarak jasad pergi

Jarak memanjang dalam ngeri

Ukur dalam yang sepi


Rasa terhempas lerai

Retak langkah kesan kecai

Hujung pilu itu derai

Akhir simpul dalam cerai


Usaha datang untuk satu

Gigih tanam untuk seru
Malam longlai kelam pilu

Siang mendung dalam kelu


Biar rasa itu pergi

Biar kata itu sepi

Terperangkap lemas sendiri

Tertanam dalam meteri


Dakapan kemas tanpa kasih

Genggam erat tanpa rasa

Langkahmu langkahku selisih

Rasamu rasaku berbeza

Hasilan : Ad Rifza

Wednesday, 10 November 2010

Khilaf Laku

Agak lama tidak meng"update" blog..tidak seperti dulu..kadang-kadang blog ini sepi dan dahagakan entri2 baru dalam kata melankolik hati...Tapi itu tidak bermakna blog ni mati,blog ini masih hidup dalam justifikasi kata..kesibukan tugas dan kesihatan yang terganggu setelah percutian selama 10 hari di Pahang dan Kuala Lumpur .Mulanya ingin membicarakankan tentang perjalanan percutian tetapi bicara itu sudah biasa dinukilkan..Mungkin dilain masa jika kesempatan itu masih ada..Mungkin juga perjalanan percutian itu hanya mahu disimpan erat dalam kenangan indah .Cukuplah apa yang pemunya blog melankolik meRASAkan indahnya percutian yang tercipta bersama-sama sahabat2 yang ikhlas..Sukar sebenarnya untuk mencari seseorang yang bernama sahabat..Anda carilah dimana-mana dan berapa keratkah sahabat yang mahu menangis bersama-sama anda?..Sukar..Amat sukar.. Jika anda kata senang anda menipu diri anda sendiri.. Jika ada pun mereka mahukan ianya dibalas..Syukur sebenarnya bila ALLAH ciptakan sahabat yang betul2 ikhlas dengan anda..bukan ini yang AD mahu bicarakan dalam entri ini.Itu hanya secuit rasa untuk sahabat-sahabat yang mengerti..Anda tahu siapa anda dan adakah anda boleh ditakrifkan sebagai sahabat atau hanya kawan..Oklah kembali kepada tajuk entri secara tidak sengaja malam ini tercipta puisi Khilaf Laku .Moga ada panduan yang anda perolehi..INSYALLAH..

Dalam dakap malam

Dalam lelap bulan

Dalam sejuk bayu

Dalam bisik sayu


Bicara tentang kisah
Kisah yang lalu
Bicara tentang cerita
Cerita yang dulu

Kisah-kisah manusia
Cerita-cerita hamba

Yang masih segar

Yang masih tegar


Walau masa pergi
Walau saat tinggal

Kita masih tidak lupa

Kita masih tidak alpa


Dalam episod hidup
Dalam dengus nafas

Kita masih mampu menghirup

Kita masih mampu bernafas


Kisah kita alpa
Cerita kita lupa

Bila kita gembira

Bila kita bahagia


Sering kita khilaf
Khilaf dalam laku

Sering kita khilaf

Khilaf dalam bicara


Kita kadang-kadang lupa
Kita kadang-kadang alpa

Bahawa diri ada batasnya

Bahawa diri ada hadnya


Walau di mana kita
Walau ke mana kita

Pengadilan tetap ada

Pembalasan tetap sedia


Mungkin kita tidak sedar
Mungkin kita tidak celik

Hayat kita cuma sebentar

Hidup kita cuma sedetik


Jika duga itu datang
Jika uji itu dekat

Kita tidak sempat menghalang

Kita tiada kuasa menyekat


Jika itu balasnya
Jika itu azabnya

Kita redha dengannya

Kita pasrah hadapinya

Mungkin itu kifarat khilaf laku
Mungkin itu balasan khilaf bicara

Kita terima apa yang berlaku

Kita harus pasrah dalam redha



Nukilan Oleh : Ad Rifza 11.11.10