Saturday, 17 January 2009
LAGU KITA
Friday, 16 January 2009
AKU MASIH SEPERTI DULU..

Aku tidak pernah menjauh walau selangkah..
Aku tidak pernah memaling..
Aku tidak pernah membenci..
Aku tidak pernah memungkiri janji..
Aku tidak pernah mengungkiti..
Tapi lagakmu membuatkan aku bosan..
Tapi egomu membuatkan aku rimas..
Tapi sifatmu membuatkan aku pasrah..
Tapi rajukmu membuatkan aku malas..
Aku cuba untuk kembali..
Aku cuba untuk mendekati..
Aku cuba untuk memandang..
Aku cuba untuk menunaikan hasrat hati..
Tapi engkau yang membuatkan langkahku terhenti..
Tapi engkau yang membuatkan fikirku keliru..
Tapi engkau yang membuatkan hatiku pilu..
Tapi engkau yang membuatkan rasa ku terasa..
Engkau yang perlu berubah..
Engkau yang perlu memulakan kembali langkah..
Engkau yang perlu memulakan perbualan..
Engkau yang perlu memulakan pandangan..
Aku sudah tidak mampu..
Aku sudah tidak berkuasa..
Aku sudah tidak berdaya..
Aku sudah tidak berkederat..
Tuesday, 13 January 2009
RINDU

Monday, 12 January 2009
PERTUKARAN
Friday, 9 January 2009
PART THREE:VACATION


Dengan rate promosi sebanyak RM130 perday kira oklaa ..nak share lagi ok.. hehe... Seaview.. mengadap laut...Bleh nampak laut...besh sangat...sambil dengar hempasan ombak ke pantai...Check in bilik no 2...Ni laa biliknya...kira oklaa...Just for one night...Nak rest2 jer kan..Fully Air conditioned,Tv ada,Hot and cold shower, Breakfast and Balcony mengadap ke pantai..
Patutlaa panggil hornbill resort rupanya memang ada hornbill...banyak ekor lak tu...Ni hornbill..hehe
Lepas solat sgala then kami pun pi laa ke pantai..Nak mandi manda lak..Lama tol tak mandi pantai..So apa lagi kami pun terjun lah ..Splashhh!Splashh!..Wahh best bangett...Sejukkk...wahh ada pasangan tu romantik gile mandi manda..opsss kesitu plak Ad kan..hehe...Tapikan bila nak naik ke ke pantai smula tengok dekat tangan melekat macam lumut2...Dah kotor rupanya air laut kat pangkor..hmmm...hampehh ...Then lepas tu kami naik ke biliklah..Malam plak makan besor..makan ikan bakar...Puluh-puluh gak habis makan malam tu...then soping2 apa yg patut..Lagi skali habis puluh2 ringgit jer..huhu..Niat kami memang nak berehat jer di Pulau itu..Lupakan semuanya buat seketika...kesibukan kerja dan segalanya...Then kembali bekerja nanti nak rasa freshh jer fikiran ..Rasanya cukup singkat berada di Pulau Pangkor tu tapi kami rasa selesa dan puas bercuti disana.. Walaupun singkat tapi cukup bermakna dalam tafsiran diri masing-masing..Fikiran rasa lega dan fresh..Keesokannya kami checkout dalam pukul 12 tghri ..Shoping lagi apa yang patot..Then kami ambiklah Van penumpang dengan harga RM12 sehala sama seperti kami sampai hari sebelumnya...Kalau kongsi ramai2 dengan orang lain maybe akan lebih murah...

So Pulau Pangkor kami tinggalkan tepat 12.30 tghari ..
Sampai jeti Lumut around 1 ptg..terus cari makan dulu..Lepas makan terus balik lah ke Taiping semula..Tapi rush jugaklaa coz kawan ada hal pendaftaran pelajar baru di sekolahnya...Sebelum tu kami ke Taiping dulu cari tiket Ad nak ke KL laa pulekkk...Sib baik ada tiket pukul 6.30 ptg..Bas Transnasional...So balik CJ kejap pastu dalam pukul 6 ptg kawan Ad antar lah ke Hentian Bas Kamunting Taiping ...So berakhirlah percutian Ad di Perak selama dekat 4 hari yang sebetulnya plan hanya 3 hari ..terlebih sehari...hehe...So penghargaan yang tak terhingga buat kawan Ad sebab walaupun sibuk dengan hal sekolah yang akan dibuka masih ada kesempatan waktu untuk menemani Ad bercuti..Alhamdulillah...and appreciate it very much..Kalo datang Kelantan turn Ad plak kay..Kito jale jale di negeri Cik Siti Wan Kembe puloppss..ahaks..
Tak payah buat part 4 lah yea..Sambung terus ..hehe...Sampai dalam pukul 10.30 malam di stesen bas pudu...then Ad ambik train LRT Rapid KL ke Ampang....Senang sebab umah yang family adik Ad duduk tu sebelah je ngan LRT Station...hehe..tempat yang Ad selalu lepak kalo ke KL..Keesokkan harinya pagi2 lagi Ad mengidam nasik lemak Kg Melayu Ampang..Ermmm sedapp betull..Then pukul 12 tghri Ad ke Sogo jumpa kawan soping2 lagi..Kawan cari beg Ad plak terbeli beg kecik(bleh letak kasut tuu) lambang Manchester United..Dari RM 39 dummm turun sampai RM23...hehe...Kuat kuasa tawar menawar Ad kan...huhu...Beli kat Pertama Complex..Selepas tu kami ke Pavillion laa plak..sebab Ad tak pernah pegi ke situ ..Naik Lrt dan Monorail then jalan sikit sampailah ke Pavillion....Dont know what to do ...So tengok wayang lagi..Kali ni cite yang orang kata sedap..BRAINSCAN..Ada gaklaa part-part yang Ad dan kawan gelak besauu...Adeke patot bleh bertukar suami jadi isteri dan isteri jadi suami..hahaha...klakor siutt....Kira oklaa sebab orang blanja kan..haha...Tq kawan..hehe...Pastu kuar wayang minum kat Starbuck kejap sebelum balik...Tapikan baru jer tadi ada kawan sms tentang pelbagai jenama termasuk Starbuck... hmmm...kalau tahu awal2 tak gi minum pon..huhu..FREE PALESTINE....
So selepas tu Ad rush gak balik Ampang coz bas ke kg dalam pukul 9.30 malam..Sampai Ampang pukul 7.30 gitewww..Makan dan siap2....8.45 malam naik LRT Rapid KL lagi ke PWTC..Stesen yang terdekat dengan HENTIAN PUTRA...Stesen bas ke Pantai Timur...So bagi yang tatau..Ad kan Orang Kelantan..hehe..So balik Kelantan lerr..Naik bas SANI EXPRESS..Cukup selesa sebab Ad ambik seat sorang..Takdelaa sapa2 nak ngendeng2 kat bahu dalam bas kan..haha...Sampai around pukul 4.30 pagi..Jalan masuk ke rumah Ad kena lalu tanah perkuburan taww..Ada jalan lain tapi agak jauh sikit..So dalam gelap gulita redah jugaklaa jalan kampung tu..Tak jauh dalam 100 meter je kot tapi kiri tanah perkuburan dan kanan semak samun..huhu...Bayangkan 4.30 pagi..huhu...Naik gak bulu roma..So selamat lah sampai umah...habislah cerita cuti-cuti Mesia Ad ..hehe...jumpa di cuti2 akan datang yea kalau ada rezeki..insyallah..
Thursday, 8 January 2009
PART TWO : VACATION
Masuk bahagian kedua percutian Ad di Perak... Kawan Ad masih bz dengan persiapan asrama sekolahnya..So pada pagi tu lepas breakfast Ad drive sorang-sorang ke Taman Tasik Taiping bukan nak gi joging tapi nak habiskan masa sebab kawan ada keje yang perlu diselesaikan.. Drive taklah lama sangat ke bandar Taiping tu.. Setengah jam tak sampai.. Maka sampailah di Taman Tasik Taiping..
Ad duduk ditepi tasik sambil memikirkan sesuatu..hehe.. Pikir apa daaa... Ada dua orang photographer duk tertunduk-tunduk snap gambar kat taman tasik tu... Mungkin mencari posisi yang sesweii untuk gambar kelihatan menarik.. Biasalah photographer..ada teknik2nya...Tak caya tanya si Nizam Photographer ada link blog dia di blog Ad ni... So sebelah petang lah dalam pukul bape ntah..Kami ke Kuala Kangsar plak..On the way singgah sekolah kawan Ad..Tapi duk sms kawan dia takdelaa plak kat umah..Tapi sempatlaa tengok2 sekolah SABK Maahad Yahyawiah Padang Rengas..Lepas tu kami ke Bandar Diraja Kuala Kangsar..Sempatlaa snap beberapa keping gambar..Masjid Ubbudiah Kuala Kangsar..Cantik masjid ni kan?..Selalu kalo berkaitan Perak ada laa gambar masjid ni..Cantik sungguh...
Selepas itu kami ke Muzium Diraja Negeri Perak..Hmmm bentuk muzium bagaikan sebuah rumah melayu lama yang cantik sangat ..Ini juga salah satu gambar yang sering dilihat bila artikel tentang Perak diterbitkan...
Kami just pusing2 bandar Kuala Kangsar ,bandar yang taklah besar mana pada pandangan kami..Selepas Kuala Kangsar kami plan ke Ipoh plak...Dalam masa lebih kurang sejam setengah kami sampai ke Ipoh Perak..Ibu negeri Perak..Pada malam tu kami pusing-pusing bandar Ipoh.. Try sms kawan kat Ipoh sekali lagi failed dia kat Penang laaa plak..So kami just pusing-pusing bandar..Masuk Greentown Mall kejap then terus gi makan kat gerai bergerak sebelah Dataran Bandaraya Ipoh..Malam jer ada gerai situ ...Makan nasi goreng ayam..Sedapp sebab kami memang lapo..hehe..
Selepas pada tu kami ke Gerbang Malam...Gerbang malam ni samalah macam Bazar Larut Malam kat Danau Kota Setapak Kuala Lumpur atau Wakaf Che Yeh di Kota Bharu..Tapi kalau tengok Wakaf Che Yeh lagi besau kawasannya...
Selepas puas pusing2 kat Gerbang Malam tu tengok2 jam dah 10.30 malam..Hmmm rasa ngantuk pun ada..Kawan Ad tak larat gak nak drive..So Ad je laa drive sampailah ke rumah..Aroound 12.30 kot sampai...Hmmm...Balik2 terus tido...Zzzzzz...
Wednesday, 7 January 2009
PART ONE : VACATION
Tuesday, 6 January 2009
KEMBALI SENYUM...
Wednesday, 31 December 2008
KEPERGIAN..
Ad akan pergi seketika dari blog ini.. Bermula 1-5 hb Januari 2009.. Ad akan meninggalkan blog melankolik ini buat sementara waktu.. Ad akan pergi ke sebuah negeri di utara semenanjung seterusnya menuju kota metropolitan... Ad akan melihat alam dan kerenah manusia yang pelbagai..Ad akan menikmati kepergian ini dengan harapan supaya semuanya dipermudahkan olehNYA...Hehe.. Apa daaa... Ad akan bercuti ke Perak dan KL dari 1-5 hb Januari 2009 laa..Jika tiada aral Ad akan berada di KL 4 & 5hb Januari 2009... Masa yang cukup singkat berada di KL ,biasanya lebih dari 3 hari jika ke KL... Insyallah jika diizinkan olehNYA Ad akan kembali pada 6hb Januari 2009..Doakan perjalanan Ad selamat pergi dan balik yea..hehe..Monday, 29 December 2008
KEPAYAHAN UNTUK MEMULAKAN...
Masih tentang perubahan diri...Setiap orang dalam suatu sudut hati kecil mesti terdetik ingin berubah kearah kebaikan..Tetapi mereka takut untuk memulakannya.. Perasaan takut dan risau unutuk memulakan langkah pertama dalam perubahan kepada kebaikan adalah suatu bisikan supaya manusia sering lalai dan leka dalam perubahan diri kearah kebaikan.. Ikuti dialog ini antara Si A dan Si S...
Sunday, 28 December 2008
SALAM MAAL HIJRAH..

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah
DOA AWAL TAHUN
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.
Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.
Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.
Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam
Saturday, 27 December 2008
PELUANG ITU MASIH DIBERIKAN OLEHNYA..
Thursday, 25 December 2008
KAU YANG TIDAK MAHU BERUBAH....
Manusia boleh berubah..Bila2 masa sahaja boleh berubah..Mereka yang dulunya seorang yang caring dah bertukar jadi tak caring..Seorang yang rendah diri dah bertukar jadi ego yang amat..Yang dulunya soleh dah bertukar jadi tidak..Yang dulunya jahat dah bertukar jadi soleh..Yang dulunya selalu sms kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya selalu call kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya banyak masa sekarang bizi memanjang..Yang dulunya bizi sekarang banyak lak masa..Yang dulunya lonely sekarang tidak lagi..Yang dulunya ramai kawan sekarang lonely plak..huhu...Macam2 manusia nih kan...Lagak cara pelbagai...Rentak hidup yang macam2..Monday, 22 December 2008
LIGHT ON..
Never really said too much
Afraid it wouldn`t be enough
Just try to keep my spirits up
When there`s no point in grieving
Doesn`t matter anyway
Words could never make me stay
Words will never take my place
When you know i`m leaving
Try to leave a light on when i`m gone
Something i rely on to get home
One i can feel at night
A naked light, a fire to keep me warm
Try to leave a light on when i`m gone
Even in the daylight, shine on
And when it`s late at night you can look inside
You won`t feel so alone
You know we`ve been down that road
What seems a thousand times before
My back to a closing door and my eyes to the seasons
That roll out underneath my heels
And you don`t know how bad it feels
To leave the only one that i have ever believed in
When the signal keeps on breaking up
When the wires cross in my brain
You`ll start my heart again
When i come along
BY:DAVID COOK
Sunday, 21 December 2008
FIKIRKU UNTUK FIKIRMU...
