Saturday 22 December 2007

ISTIKHARAH...




Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa. Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub. Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.” Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya” Perlu juga diingat bahawa :- Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin). Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71) Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223) Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah..

EHSAN USTAZ KIAS...

Friday 14 December 2007

SEPI SENDIRI..




SEPI..PERGILAH..


Sepi kenapa engkau datang lagi?..Datang mu tidak ku undang dan tidak ku jemput..tapi engkau hadir juga sepi...Sepi kenapa bertandang lagi dihati ini?...Aku tidak perlukan mu lagi ..Sepi pergilah dari hati ini..Pergilah jauh dan jauhhh...Aku tidak mungkin dapat menerima mu lagi...Tapi engaku masih degil tidak mahu melepaskan cengkaman mu...cengkaman mu amat pedih untuk ku tanggung lagi...Rayu ku pada mu pergilah sepi..pergilah engkau jauhh dari hati...Berilah ruang untuk hati ini ketenangan dan keselesaan ...Pergilah sepi..Pergi...Pergilah...Pergi mu akan ku hormati..dan bawa lah juga kenangan - kenangan itu bersama-sama mu agar aku tidak dapat melihatnya lagi...Walaupun mungkin kenangan itu cukup indah untuk disimpan tapi aku tidak ada upaya lagi untuk menyimpannya..Bawalah ia bersama-samamu dan janganlah datang lagi...Selamat Tinggal sepi... Itu hanyalah monolog sepi yang boleh Ad tafsirkan dalam madah yang tak seberapa ini..Sesiapa yang pernah dibayangi sepi??...Siapakah yang pernah dicengkam sepi??..Sama-samalah kita memaksa sepi itu pergi......

Di Dalam Sepi Itu....

Di dalam sepi itu
Senja berulang senja
Setiaku masih disini
Menghitung hari yang pergi

Bersama hati yang sendu
Dirantai digelangi rindu

Demi sebuah janji

Walaupun pedih akan ku tempohi

Ku mohon padaMu Illahi
Tabahkan hatiku menjalani
Saat-saat yang duka ini
Moga ader sinar cahaya

Menjadi penyuluh
Menyeri hati yang makin sunyi......


Di dalam sepi itu
Aku terus sendiri

Menghitung hari berlalu

Mencari ke mana teman-teman ku

Yang selalu menghibur hati

Menjadi peneman di kala sunyi.....


Di dalam sepi itu
Airmata tu mengalir lesu

Mengenang suatu tragedi

Yang menguris hati

Tak mampu untuk ke tempohi

Tapi aku harus tabah
Menghadapi segala dugaan

Untuk meneruskan kehidupan

Demi mencari sejalur sinar

Untuk menempuhi hari depan...........


Di dalam sepi itu
Rindu bertandang lagi
Pada waktu-waktu yang lalu

Saat teman-teman menemani ku

Berkongsi cerita suka dan duka
Menghibur dikala aku berduka.......


Di dalam sepi itu
Aku kembali merenung diri
Siapa aku yg sebenarnya

Mengapa aku jadi begini
Masih menghitung hari

Bila aku akan gembira
Seperti aku yang dulu.....


Di Dalam Sepi Itu
Serasa diri ini
Terpinggir
Di batas nan sepi

Tak sesiapa menemani


Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu

Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri

Aku teperdaya oleh mimpi

Aku dikejari bayang-bayang

Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan

Lama ku menangis sendirian

Lama hanyalah hitungan masa

Tak terluntur kenangan indah

Di antara kita


Di dalam sepi itu

Bertakhta bayangan dirimu

Mencengkam sanubariku...

Sunday 2 December 2007

UNMISTAKABLE

UNMISTAKABLE


Anytime, anywhere, anyplace
You could be anyone today
Maybe I would recognize you On a crowded street


Maybe you'll take me by surprise
Will you be the one I had in mind


There'll come a day
When you'll walk out of my dreams
Face to face
Like I'm imagining
Baby how can I be sure
That you're the one I'm waiting for
Will you be unmistakable


Unmistakable


People say we're watching our lives
Through a glass
Desperately waiting on a chance
I know you're out there
Holding on, holding out for me


How are we to know the time is right
What if you're here and I'm just blind



How can I know a song I never heard
How will I know your voice
When you haven't said a word


How do I know how this will end
Before we begin


Before we begin

There'll come a day
When you walk out of my dreams


Face to face (face to face)
Like I'm imagining (Like I'm imagining)
Baby, how can I be sure (how can I be sure)
That you're the one I'm waiting for (You're the one I'm waiting for)
Will you be (will you be)
Will you be (will you be)


Unmistakable
Unmistakable