Wednesday 27 February 2013

Kerana Mahu


Kerana mahu
Kita melangkah

Kerana mahu 
Kita berjuang

Kerana mahu
Kita meneroka 

Kerana mahu 
Kita meredah 

Kerana mahu
Kita berlari

Kerana mahu
Kita menggali

Kerana mahu
Kita bertahan

Kerana mahu
Kita menghalang

Kerana mahu
Kita menangis

Kerana mahu
Kita bersabar

Kerana mahu
Kita berusaha

Kerana mahu
Kita berdoa

Friday 15 February 2013

SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH



Hanya mencipta supaya blog ini tidak selalu sepi...biarpun ada sekeping hati yang sepi...
 
SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH

Kita sendiri dalam menempuh kehidupan
Kita sendiri dalam meneruskan kehidupan
Kita sendiri dalam menelurusi jalan
Kita sendiri dalam langkah ke hadapan

Dulu kita tidak sendiri
Dulu kita berdua
Dulu kita bertiga
Dulu kita ramai

Tetapi tidak semua mampu menangis bersama-sama kita
Tidak semua ingin sakit bersama-sama kita
Tidak semua ingin kalah bersama-sama kita

Namun
Kehidupan perlu diteruskan
Langkah perlu terus dilangkah
Jalan perlu terus diteroka

Biarpun jalan ini kita perlu menangis
Biarpun jalan ini menyakitkan
Biarpun jalan ini membuat kita kalah

Kerana aku yakin
Suatu masa kita boleh ketawa
Suatu masa luka kita sembuh
Suatu masa kita akan menang

12.45 Tghari
Jumaat 15 Februari 2013
AD RiFza