Thursday 30 April 2009

JAUH LAGI

Masih jauh lagi perjalanan ini

Masih jauh lagi hasrat ini

Masih jauh lagi keinginan ini

Masih jauh lagi kehendak ini


Berapa jauh lagi harus ku berjalan

Berapa jauh lagi harus ku tempuh

Berapa jauh lagi harus ku teroka

Berapa jauh lagi harus ku mencari


Saat ini aku masih tidak temui

Saat ini aku masih tidak jumpa

Saat ini aku masih tidak nampak

Saat ini aku masih tidak lihat


Bayang-bayangpun masih tidak kelihatan

Suara pun masih tidak kedengaran

Hembusan nafas masih tidak terasa


Sampai bila harus ku menanti

Sampai bila harus ku menunggu

Sampai bila harus ku mengharap


Perlukah aku setia menanti

Perlukah aku tabah menunggu

Perlukah aku sabar mengharap


Tapi


Sampai bila kejauhan ini

Setakat mana kejauhan ini

Dimana hadnya kejauhan ini

Dimana akhirnya kejauhan ini


Aku tidak pasti...



Wednesday 29 April 2009

AWARD

Terima kasih kat GREENJADE bagi award ni..Appreciate it..Takde mood actually nak buat antri ni ..Just post award ni..Ad not feeling well..Got flu..Leceh kalo flu ni..But cuaca tak menentukan..Ad terpilih kena dulu ni..Harap2 tak de sapa-sapa yang terjangkit lepas ni..Bila selsema ni..Riso lak sebut selsema satu lagi tu yang kecoh seluruh dunia tapi Ad takde lak gi Mexico or ada jabat salam dengan sapa-sapa dari Mexico..hehe..Harap-harap cepat reda selsema ni kerja opis banyak takleh MC..Huhu..tapi kalau teruk sangat have to MC lah..Ok then,.Jumpa lagi di lain entri..
p/s: Bila tak sihat ni selalu terfikirkan sesuatu..

Monday 27 April 2009

KAU TIPU



KAU KATA KAU CINTA
KAU TIPU

KAU KATA KAU SAYANG
KAU TIPU

KAU KATA KAU RINDU
KAU TIPU

KAU KATA AKULAH YANG SATU
KAU TIPU

KAU KATA AKULAH TEMAN SETIAMU
KAU TIPU

KAU KATA INGIN HIDUP SEMATI DENGANKU
KAU TIPU

KAU KATA KAU HARGAIKU
KAU TIPU

KAU KATA AKULAH YANG KAU INGATI
KAU TIPU

KAU TIPU KAU TIPU KAU TIPU

KENAPA AKU TERTIPU DENGANMU?
KENAPA AKU MEMPERCAYAIMU?
KENAPA AKU SETIA PADAMU?
KENAPA AKU SAYANG DAN RINDU PADAMU?

SEDANGKAN

KAU TIPU AKU…
KAU BOHONGI AKU…
KAU PURA-PURAKAN KU..

AKU TERTIPU DENGAN SIKAPMU
AKU TERTIPU DENGAN KATA-KATAMU
AKU TERTIPU DENGAN CANTIKMU
AKU TERTIPU DENGAN WATAKMU

AKU TERTIPU

TAPI JANGAN KAU SESALI NANTI DENGAN
PENIPUANMU
PEMBOHONGANMU
KEPURA-PURAANMU

KERANA..

BUKAN DISINI AKHIRNYA….
HARI PENENTUAN TETAP ADA UNTUKMU..




P/S:Tiada kena mengena dengan Ad kay..Hanya melankolik rasa ..huhu

Emosi itu..



Emosi itu sering saja menerjah

Emosi itu sering saja merobek

Emosi itu sering saja mencalar

Emosi itu sering saja mengguris


Mana mungkin kita mampu menolak

Mana mungkin kita mampu menepis

Mana mungkin kita mampu mengabai

Mana mungkin kita mampu menghindar


Diri rasa tidak cukup kuat

Diri rasa tidak cukup tenaga

Diri rasa tidak cukup gagah

Diri rasa tidak cukup mampu


Terjahan itu cukup menggusarkan

Robekan itu cukup mendebarkan

Calaran itu cukup menyakitkan

Gurisan itu cukup memedihkan


Kesan itu tangisan

Kesan itu kepedihan

Kesan itu hirisan

Kesan itu kesakitan

Wednesday 22 April 2009

Ketulusan HATI



Kali ini AD postkan sahaja lirik lagu ketulusan hati nyanyian Marshanda.. Penyanyi indon.. Lagu OST AQSO DAN MEDINA...Bila hayati lirik ini boleh juga menyentuh rasa kita tentang suatu pengorbanan yang tulus hati suci untuk Allah S.W.T. Segala yang kita lakukan semuanya kita persembahkan untuk Allah.. Walau seperit dan seberat mana terpaksa kita tanggung kita berserah sepenuh jiwa dan raga kita kepadaNYA.. KepadaNYA sahaja kita memohon agar hidup kita sentiasa dirahmati dan diredhai.. Walau apa jua yang berlaku dalam hidup kita ,kita abdaikan sepenuh hati kita kepadaNYA.. Kita pasrah dan berserah sepenuhnya kepada Allah..

Jalan hidup kita mana mungkin sama dengan orang lain.. Segala kesukaran dan keilatan hidup adalah ketentuan yang kita tidak mampu menolaknya.. Apa yang kita mampu hanya berdoa dan bertawakkal agar jalan hidup kita semua dipermudahkan dan Allah meredhai dan merahmatinya.. Insyallah...



Sedihku sakitku ku terima

Ku rela ku pasrah jalanku

Ini suratan aku dicoba

Demi rahmat-Mu ku memohon


Ya Allah ridhoi ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu ya Allah


Didunia yang sarat godaan

Ku mohon dosaku ampunkan

Ingin bahagia dunia akhirat

Turunlah rahmatmu untukku


Ya Allah ridhoi ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu ya Allah

Tuesday 21 April 2009

PC dah ok..

Alhamdulillah.. PC Ad dah siap dibaiki.. Legaaa..sib baik rosak motherboard jer..Jer ke?..huhu..habis dalam rm190 ... Hmmm..nak habis duit ni senang jer kan.. tak sangka-sangka jer.. tapi sib baik gaklaa PC tu bleh dibaiki lagi.. kalo tak leh baiki lagi tensen rasa.. sib baik mobo jer rosak kalo lain2 lagi laa haru...
So bleh arr ni buat entri terus.. Nak melankolik?.. hmmm nanti2 laa..AD cite bab pc kena panahan litar ni dulu...repair kedai acer kat Tanah Merah jer.. sambil2 kerja singgah jap hantar repair PC..hehe.. Siba baik tokey chinese tu ok dan harganya sesweii..bila tgok katalog harga mobo tu memang dalam area tu laa harganya so tak rasa ditipu laa.. hehe... Kalau berniaga tak kiralah bangsa apa sekalipun kenalah berniaga dengan jujur barulah rezeki banyak masuk..kalau mahal or harga tak relevan so customer takkan datang lagi jadi bisness akan rugi...hehe..Jadi tetapkan harga yang munasabah dan relevan.. kalau lagi murah lagi bagus..sebab sekarang pengguna sudah bijak berbelanja..Macam motto KPDNHEP jadilah pengguna yang bijak... bijakkk bijakkk...Kan sekarang ekonomi tidak berapa baik so semua pengguna kenalah bijak berbelanja untuk kebaikan sendiri..hehe..
Cukuplah dulu yea hari ni...nanti2 Ad buat entri lagi yea..
p/s: Bisakah fantasi menjadi realiti?..hmmmhmmm...

Sunday 19 April 2009

Panahan Petir...

Semalam tepat pukul 6 petang di area rumah AD ni hujan cukup lebat beserta dengan ribut yang cukup kuat..Bila tengok diluar rumah angin ribut cukup kuat menggoyangkan pokok-pokok disekeliling rumah...
Semua ternakan menyelamatkan diri untuk berlindung dari hujan dan ribut yang cukup kuat...Dahan pokok rambutan didepan rumah AD diserkah oleh angin ribut..Patah dan rebah menghempap pagar rumah...Sib baik dahan pokok tu tidaklah besar mana..Wayar telepon terputus dari tiangnya...Sungguh kuat kuasa Allah menjadikan angin dan ribut...
Tiba-tiba .. DUMM.. DUMMM... PANGGG! PANGG! (yeke camni bunyi kilat..hehe) Panahan petirrr kedengaran..L etrik rumah AD padam terus... TV terdiam sepi... Dan AD terbau hangit dari bilik PC ni.. Ya ALLAH..Soket telepon hangus hitam legam macam arang.. Keyboard PC pecah dengan nombor2 bertaburan...Wayar semua hitam.. Walaupun PC dan ROUTER Wayerless ditutup tapi akibat dari soket yang hampir dengannya terkena juga panahan petir... PC adik bilik sebelah pun rosak..kipasa pun rosak..Telefon eletrik cordless rumah rosakk..Yang lomahnya PC Ad pun rosak... Huhu...sedihnya... tak sampai setahun lagi PC tu..nasib badannn..tapi alhamdulillah tiada siapapn dalam bilik tu..
Petang ni kontraktor telekom datang repair..2 kali call baru datang..sib baik datang petang ni kalau dua tiga hari lagi tension rasa..keje opis plak perlu dibereskan sebelum 12 malam ni..Sib baik diorang datang..kerja sudah dibereskan dan AD sekarang guna laptop adik pompuan Ad..So nak guna internet ni terhad jer laa malam2..huhu..kena tunggu repair PC Ad tu lee dulu....aduss laa..camana nak update blog selalu ni..harap2 PC tu tak rosak banyak laa..dan boleh dibaiki lagi...Harap2 jer la..tatau laa camana nanti..
So kalau lepas ni lambat reply komen or whateva harap bloggers faham kay..bukan Ad tiada cuma keadaan memaksa..hehe..So oklah adik AD nak guna laptop dia..hmmm..ketemu lagi ya di lain entri...
Fikir: Cukup hebat kuasa Allah yang tiada tandingannya di dunia ini..Semua yang berlaku membuatkan kita berfikir sesuatu...
p/s:Tiada hiasan gambar apa-apa sebab masa terhad..huhu

Saturday 18 April 2009

Lelaki Merajuk


Suatu waktu dulu Ad ada buat entri mengenai lelaki menangis.. sekarang entri lelaki merajuk pulak.. hehe..
Adake lelaki merajuk disekeliling anda sekarang?.. Pasti ramai yang cakap ramaiii.. haha.. Memang betul ramai sebab bukan sahaja perempuan yang menghadapi lelaki merajuk ni lelaki pun ada yang merajuk dengan lelaki cuma dalam konteks yang berbeza laa.... Biasalah kan rajukan tidak kira jantina ... Apabila bernama manusia dari kecil sampai ke tua ada yang merajuk..

Ada yang merajuk sekejap dan ada yang merajuk lama..Yang sekejap tu tiada masalahlahkan tapi yang merajuk lama tu yang payah..Susah ke nak pujuk lelaki merajuk?..Mesti ada yang tensen sebab teman lelaki atau "balak" dia merajukkan?..Kalau bagi lelaki kalau awek dia merajuk takpelaa ..semua itu dah biasa sangat..hehe..pujuk2 sikit bagi bungaa atau bagi cokelat fererro roche ke dah senyum sipu-sipu mau..ahaks..
Ayat-ayat rajukan yang biasa didengar oleh anda..
"Takpelahh ..sapa lah kite ni kannn.."
"Takpelah kalau bizi sangat.."
"Oklah kalau sayang tak dapat ikut..."
"Dengan si polan kau ajak aku ni kawan baik ko tak ajak pun.."
"Kenapa tak sms ?..takkan keje sampai takleh nak sms langsung..?"
"Call bukannya lama kejap je pun.."
kata-kata itu disusuli dengan tindakan...Lama tak sms..Lama tak call segala..Membuatkan siapa yang menghadapi rasa resah gelisah.Siapa yang kena akan call or sms tapi tak angkat dan tak jawab sms...Merajuk laa tu...Lepas dipujuk-pujuk dengan kata-kata manis barulah ok balik..Itu yang merajuk sekejap..Yang merajuk lama camana plak?..Yang merajuk lama ni laagi la tensen..Ada yang sampai putuskan persahabatan atau percintaan akibat merajuk...Ada teman lelaki yang semakin dingin dengan pasangannya apabila merajuk..Semakin tidak mesra alam jadinya...Awek lak yang memujuk balak..haha..(ada ke?..hehe..)..Kalau awek dia buat camana ek kalau pujuk balak?..Takkan bagi bunga or cokelat fererro Roche gak?
Budak-budak lelaki pun ada yang merajuk tapi budak-budakkan biasalah suatu yang biasa terjadi..Ada yang siap kuar umah sebab merajuk..Mak ayah duk mencari sekeliling taman sebab anaknya merajuk lari dari umah..Jumpa-jumpa duk kat taman permainan..Ada yang merajuk duk diam jer sambil nangis-nangis sebab ayahnya tak belikan game...Susah jugak mak ayah nak layan kerenah anak merajukkan?..Kalau anak ramai yang merajuk lagi payah..
Bagi orang tua lelaki pun sama bila merajuk..Ada yang tersentuh dan terasa dengan karenah anak-anak pun akan merajuk..Kalau anak-anak ramai akan pergi ke rumah anak yang lain..Bila merajuk lagi akan pergi pulak kerumah anak yang satu lagi..Kalau orang tua suka duduk rumah anak dia itu tandanya anak yang menjaga itu pandai jaga hati orang tua..Orang tua pun jenis cepat terasa gak dan ada cara mereka yang berbeza dengan hidup anak-anak..Mereka kadang-kadang hendak itu ini dan suka kita buat itu ini..Susah jugak kadang-kadang nak hadapinya tetapi sebagai anak kita wajib menuruti apa yang ibubapa mahukan jika ianya tidak melanggar perintah Allah..tetapi ruang perbincangan masih ada..Bagi yang tidak tinggal bersama orang tua sudah pasti apa yang mereka rasa tidak sama dengan yang tinggal bersama orang tua..So hargailah adik-beradik anda yang menjaga orang tua di kampung ok...Mereka rasa tidak seperti apa yang kita rasa..Mereka berkorban a lot untuk menjaga orang tua di kampung sedangkan kita hanya bagi duit jer bulan-bulan..itupun kalau kita bagila...Tapi rasanya lebih banyak duit habis untuk melancong dari bagi kat orang tuakan..Biasalah manusia kan..Hargailah orang tua anda..Eh Ad dah lari tajuk ke ni?..haha..Apa-apa jer lah.. :-)



..Hai merajuk ke?..
P/S : Entri ini tiada kena mengena ngan AD kay..

Thursday 16 April 2009

Dalam BICARA


Bicara disusun rapi

Bicara diungkap jelas

Bicara dihampar lebar

Bicara ditabur rata


Mestikah kita tanpa bicara..

Mestikah kita tanpa kata-kata..

Mestikah kita tanpa luahan..

Mestikah kita tanpa olahan rasa..


Jiwa perlu dipujuk

Penjara Rasa perlu dibebas

Kemelut perlu dirungkai

Keliru perlu dijelas


Pasrahkah kita tanpa bicara

Redhakah kita tanpa bicara

Bahagiakah kita tanpa bicara

Puaskah kita tanpa bicara


Bicara perlu dalam persengketaan

Bicara perlu dalam pertelingkahan

Bicara perlu dalam perdebatan

Bicara perlu dalam perkelahian


Tanpa bicara kau akan tewas

Tanpa bicara kau akan kalah

Tanpa bicara kau akan resah

Tanpa bicara kau akan musnah

Tuesday 14 April 2009

"Colek Pauh"..

Kalau hari ni tak bermelankolik bley tak?..hehe..rehatlah dulu bermelankolik kann..Kita cite hal sempoi sempoi jer hari ni..
Hari ni kerja macam biasa walaupun boss takde.. hehe.. So kerja harus dibereskan dengan sebaiknya dan setepatnya... Report harus dihantar on time..kalo tak nanti kena marah.. So siapa yang terlibat telah menjalankan tugas dengan sebaiknya... Alhamdulillah..

By tengahari semuanya sudah beres..Lunch dekat Tomyam Thai Special kat Tanah Merah bersama-sama 4 orang staff pompuan .. Ad sorang jer lelaki.. huhu.. Yang staff lelaki lain sorang cuti sorang plak lunch kat umah dia coz dekat... Ad order Tomyam Thai dan telur Dadar..Fuhh bestt ..beserta dengan kelaparan kan..Licinnn ... Ad actually dah banyak kali makan kat kedai ni..tapi hari ni barulah tokey kedai ada..rupa2nya kedai ni adalah kedai yang Ad makan setiap hari 8 tahun yang lepas masa Ad sertai skim sangkutan dan latihan JPA 2001 dulu.. Baru hari ni tokeynya ada..Memang best laa sebab tokeynya memang Siam mari... So real siamnya tomyam..hehe.. Orang kata kalo tomyam siam yang kuahnya keruh kekuningan tu ada perencah memang datang dari siam.. Siap dalam botol ada dijual di Pasar Siti Khadijah.. tapi dengar2 plak tak de cop apa2.. motif takde cop semua bleh tahukan.. Bawak masuk secara illegal kot..hehe..

Kekenyangan ... So balik pejabat..Balik jer ada plak sorang staff pompuan bawak "colek pauh"(Colek tu sebut dengan sabdu..)..hehe.. Apa ek bahasa buku Colek?.. memang Colek jugakkan?..Ntah tatau... Colek mangga lah.. Kalo sini panggil mangga jenis ni "Pauh Ringan"..maybe sebab kecik dan ringan laa kot.. tak sama dengan Pauh Cik Ana,Pauh Siku,Pauh Mas Hitam.. Sekarang musim mangga taww di Kelantan.. Bertimbun pelbagai jenis mangga boleh didapati dengan harga yang cukup murah.. Kalo siapa yang accidentally mai sini belilah mangga bawak balik yea.. hehe.. So satu opis duk makan "colek pauh" yang staff tu bawak... jangan ada yang berlari ke jamban malam ni sudehhh..hehe..

Cukup selesa rasa keje kat daerah Tanah Merah nih..Tak busy dan hectic macam KB tuss..So rasa tenang dan relax jer la.. Alhamdulillah bagi pengambilan ni syukur sangat masih ditempatkan disini.. Harap2 tidak dipanggil ke KB semula.. Harap2 sampai habis kontrak baik duk sini jer.. Banyak bleh jimat.. Kos minyak dan masa.. Masa bersama family pun ada..Bersama-sama ternakan Ad pun ada..hehehe... So bleh teruskan hobi Ad... Kalau compare dengan keje kat KB dulu semuanya terhad.. Even nak cakap dengan makayah pun tak berapa sempat..Pergi gelap balikpun gelap.. sekarang pergi lewat balik awal.. haha.. sabo je la.. tapi on time k..yeke on time?..ahaks....

Monday 13 April 2009

APA LAGI....?


Apa lagi yang kau inginkan?..

Apa lagi yang kau dambakan?

Apa lagi yang kau perlukan?

Apa lagi yang kau kehendaki?

Apa lagi yang kau mahukan?

Apa lagi yang kau cita-citakan?


Sudah puas aku memberi..

Sudah puas aku mengingati..

Sudah puas aku merindui..

Sudah puas aku mengasihi..

Sudah puas aku menyayangi..


Aku terus cuba memenangi hatimu..

Aku terus cuba memujuk hatimu..

Aku terus cuba melindungimu..

Aku terus cuba mengasihimu..

Aku terus cuba menyayangimu..

Aku terus cuba merinduimu..


Terbitkah rasa dihatimu..

Terlintaskah fikir dibenakmu..

Terdetikkah hasrat dijiwamu..

Tercuitkah debar dijantungmu..


Untuk mengasihiku..

Untuk menyayangiku..

Untuk merinduiku..

Untuk mendampingiku..

Untuk bersamaku..


Hanya kau yang tahu..

Saturday 11 April 2009

Apa yang kita cari..

Dalam aliran perjalanan hidup ini kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai menu hidup..Kita hanya perlu memilih yang mana kita mahu..Ada yang manis ada yang masin ada yang tawar dan ada yang pahit..Pilih sahaja apa yang kita mahu dan hendak..Tiada siapa menghalang apa yang kita ingin pilih dan jalani..

Tetapi apakah kita tidak perlu fikir dan sensitif terhadap apa yang kita pilih dan jalani itu bersesuaian tidak dengan norma-norma hidup pada manusia yang lain..


Mungkin akan ada yang berkata:

"Lantak akulah hidup aku..apa aku kesahh..."

"Biaq pi laa apa yang aku mau.."..

"Ikut kawe laa apo hok kawe nok buak demo apo peduli.." ..

"Hei ikut suka I laa apa yang you sibuk2 sangat pasal I..."..

"Well I still muda belia lagi you..nanti I bertaubatlah.."...

"Tak koser ngan you ni taww duk bzbody hal I taww.."..

"Jangan kacau hidup aku,aku tau apa aku buat..get lost.."..

"Pi mampus laa ko dengan nasihat kau tu..."


dan lain2 lagi dialog yang diorang rasa diorang bebas melakukan apa sahaja atas muka bumi Allah ini..Sampai orang yang memberikan nasihat dan teguran di anggap pengacau privacy orang lain...


Dimana hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan penciptanya?...Adakah bila kita melakukan sesuatu yang salah disisi tuhan orang lain tiada hak hendak memberikan nasihat atau teguran?..Tidakkah kita rasa berterima kasih apabila ada orang yang sanggup menunjuk ajar dan ambil berat hal kita?..Tidakkah kita rasa bersyukur sangat2 masih ada orang yang ingin melihat kita menjadi baik dan terbaik ?...


Apa yang kita pilih itu tidak akan berakhir disitu..Kita sebagai seorang yang ada agama kita wajib mengetahui bahawa apa yang kita lakukan dalam hidup ini ada suatu hari dimana kita semua akan dihisab nanti..Suatu hari perhitungan yang tidak dapat kita takwil lagi segala apa yang kita lakukan diatas mukabumi Allah ini.so sbgai seorang yang beragama kita seharusnya malah wajib memilih jalan hidup yang diredhai Allah bukan jalan hidup yang terang-terang terpesong dari jalanNYA... yalah mungkin dalam tempoh perjalanan itu ada kita tersilap dan tersalah langkah tetapi Allah maha mengetahui dan DIA tahu apa yang hati kita rasa..Pintu taubat masih terbuka luas selagi matahari belum naik dari barat..Sama-samalah kita bermuhasabah dan menghisab diri kita setakat ini dimana kita dan apakah yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini..Jalanilah hidup ini dengan suatu yang mendapat redha dan barakahNYA.. Insyallah.. tiap niat yang baik itu akan dipermudahkan olehNYA..

Friday 10 April 2009

MENJAUH..


Saat dirasakan semakin perlahan

Detik dirasakan semakin lambat

Minit dirasakan semakin banyak

Jam dirasakan semakin tidak tepat


Nafas dirasakan semakin sesak

Dada dirasakan semakin sebak

Jiwa dirasakan semakin sempit

Hati dirasakan semakin sakit


Apa yang aku fikirkan

Apa yang aku sangkakan

Apa yang aku jangkakan

Apa yang aku telahkan


Semuanya menjadi realiti

Semuanya menjadi bukti

Semuanya menampakkan hasil

Semuanya menunjukkan kenyataan


Kini kau menjauh

Kini kau pergi

Kini kau hilang


Apa salahku

Apa dosaku

Apa khilafku


Tinggal ku sendiri

Tinggal ku sepi

Tinggal ku sunyi


Mengapa engkau menjauh

Mengapa engkau pergi

Mengapa engkau menghilang


Hancur hati ini kau hempas

Remuk rasa ini kau terjah

Punah impian ini kau lempar

Kecai hasrat ini kau musnah





Wednesday 8 April 2009

Mengapa Hanya Aku.


Mengapa hanya aku yang mengingati..

Mengapa hanya aku yang merindui..

Mengapa hanya aku yang menghubungi..

Mengapa hanya aku yang menyayangi..


Mengapa hanya aku yang menulis rasa..

Mengapa hanya aku yang mencatat rasa..

Mengapa hanya aku yang menukilkan rasa..

Mengapa hanya aku yang menitipkan rasa.


Mengapa hanya aku yang diterjah hati..

Mengapa hanya aku yang dipalu hati..

Mengapa hanya aku yang ditusuk hati..

Mengapa hanya aku yang ditikam hati..


Mengapa hanya aku yang merasa..

Mengapa hanya aku yang bermelankolik ..

Mengapa hanya aku yang berbicara ..

Mengapa hanya aku yang bersedih..


Mengapa engkau tidak pernah terusik hati..

Mengapa engkau tidak pernah terdetik rasa..

Mengapa engkau tidak pernah terfikir akal..

Mengapa engkau tidak pernah tergerak langkah..


Haruskah aku terus menunggu..

Haruskah aku terus menanti..

Haruskah aku terus bersabar..

Haruskah aku terus berharap..

Monday 6 April 2009

BIASA

Biasa
Kebiasaan yang biasa

Biasa

Keadaan yang biasa

Biasa

Kerisauan yang biasa

Biasa

Kerinduan yang biasa

Apa ada pada biasa?

Tiadaku tahu apa yang biasa itu..

Dirasa..

Dirindu..

Dirisau..

Yang ku tahu hanyalah kebiasaan

Yang dulunya tidak biasa

Menjadi suatu keadaan yang biasa

Yang dulunya malu-malu

Menjadi tiada rasa malu lagi

Yang dulunya menimbulkan kerisauan

Menjadi tiada kerisauan lagi

Yang dulunya menerbitkan rasa rindu

Menjadi tiada rindu lagi

Yang dulunya menanamkan sifat sayang

Menjadi tiada sayang lagi

Kadang-kadang ,

Keadaan mengubah kepada biasa

Keserasian mengubah kepada biasa

Pengalaman mengubah kepada biasa

Akhirnya,

Alah bisa tegal biasa..

Thursday 2 April 2009

RANTAI HATI


Rantai hati

Hati tiada daya
Hati tiada tenaga
Hati tiada kederat
Hati tiada upaya

Dengan bisikan amukan..
Keinginan..
Kemahuan..
Keperluan..

Menerjah Jiwa
Menusuk Rasa
Menikam Kalbu

TAPI

Daya tiada mampu
Tenaga tiada nyala
Kederat tiada usaha
Upaya tiada gerak

Rantai cukup kemas
Rantai cukup erat
Rantai cukup padu
Rantai cukup cengkam

Akibatnya hati..
Sepi
Sunyi

Dan

Terantai…