Monday 15 November 2010

Rasamu Rasaku Berbeza


Jauh hati dalam kata
Jarak hati dalam rindu

Bisa kikis rasa

Bisa bangkit sendu


Semakin jauh kita berlari

Semakin jarak jasad pergi

Jarak memanjang dalam ngeri

Ukur dalam yang sepi


Rasa terhempas lerai

Retak langkah kesan kecai

Hujung pilu itu derai

Akhir simpul dalam cerai


Usaha datang untuk satu

Gigih tanam untuk seru
Malam longlai kelam pilu

Siang mendung dalam kelu


Biar rasa itu pergi

Biar kata itu sepi

Terperangkap lemas sendiri

Tertanam dalam meteri


Dakapan kemas tanpa kasih

Genggam erat tanpa rasa

Langkahmu langkahku selisih

Rasamu rasaku berbeza

Hasilan : Ad Rifza

Wednesday 10 November 2010

Khilaf Laku

Agak lama tidak meng"update" blog..tidak seperti dulu..kadang-kadang blog ini sepi dan dahagakan entri2 baru dalam kata melankolik hati...Tapi itu tidak bermakna blog ni mati,blog ini masih hidup dalam justifikasi kata..kesibukan tugas dan kesihatan yang terganggu setelah percutian selama 10 hari di Pahang dan Kuala Lumpur .Mulanya ingin membicarakankan tentang perjalanan percutian tetapi bicara itu sudah biasa dinukilkan..Mungkin dilain masa jika kesempatan itu masih ada..Mungkin juga perjalanan percutian itu hanya mahu disimpan erat dalam kenangan indah .Cukuplah apa yang pemunya blog melankolik meRASAkan indahnya percutian yang tercipta bersama-sama sahabat2 yang ikhlas..Sukar sebenarnya untuk mencari seseorang yang bernama sahabat..Anda carilah dimana-mana dan berapa keratkah sahabat yang mahu menangis bersama-sama anda?..Sukar..Amat sukar.. Jika anda kata senang anda menipu diri anda sendiri.. Jika ada pun mereka mahukan ianya dibalas..Syukur sebenarnya bila ALLAH ciptakan sahabat yang betul2 ikhlas dengan anda..bukan ini yang AD mahu bicarakan dalam entri ini.Itu hanya secuit rasa untuk sahabat-sahabat yang mengerti..Anda tahu siapa anda dan adakah anda boleh ditakrifkan sebagai sahabat atau hanya kawan..Oklah kembali kepada tajuk entri secara tidak sengaja malam ini tercipta puisi Khilaf Laku .Moga ada panduan yang anda perolehi..INSYALLAH..

Dalam dakap malam

Dalam lelap bulan

Dalam sejuk bayu

Dalam bisik sayu


Bicara tentang kisah
Kisah yang lalu
Bicara tentang cerita
Cerita yang dulu

Kisah-kisah manusia
Cerita-cerita hamba

Yang masih segar

Yang masih tegar


Walau masa pergi
Walau saat tinggal

Kita masih tidak lupa

Kita masih tidak alpa


Dalam episod hidup
Dalam dengus nafas

Kita masih mampu menghirup

Kita masih mampu bernafas


Kisah kita alpa
Cerita kita lupa

Bila kita gembira

Bila kita bahagia


Sering kita khilaf
Khilaf dalam laku

Sering kita khilaf

Khilaf dalam bicara


Kita kadang-kadang lupa
Kita kadang-kadang alpa

Bahawa diri ada batasnya

Bahawa diri ada hadnya


Walau di mana kita
Walau ke mana kita

Pengadilan tetap ada

Pembalasan tetap sedia


Mungkin kita tidak sedar
Mungkin kita tidak celik

Hayat kita cuma sebentar

Hidup kita cuma sedetik


Jika duga itu datang
Jika uji itu dekat

Kita tidak sempat menghalang

Kita tiada kuasa menyekat


Jika itu balasnya
Jika itu azabnya

Kita redha dengannya

Kita pasrah hadapinya

Mungkin itu kifarat khilaf laku
Mungkin itu balasan khilaf bicara

Kita terima apa yang berlaku

Kita harus pasrah dalam redha



Nukilan Oleh : Ad Rifza 11.11.10