Friday 15 June 2012

Dalam Garis Redha


Dalam hidup ini kita diberikan peluang dengan nikmat yang melimpah ruah..kekayaan harta benda kegembiraan perasaan..semuanya adalah takdir hidup yang baik untuk kita..sebaliknya kita juga ditakdirkan dengan kemiskinan harta dan kesedihan rasa yang berpanjangan..mana mungkin kita boleh tentukan takdir kita jadi begitu begini kerana semuanya sudah ditentukan..Apa yang kita mampu hanya berdoa dan berusaha agar takdir kita itu berkesudahan dalam kebaikan dan mendapat rahmat dan redha ALLAH...Seterusnya berserahlah seluruh jiwa pada ALLAH walau apa sahaja takdir hidup kita, kita wajib berada dalam garis redha ALLAH..Jangan sesekali kita menyalahkanNYA atas apa yang berlaku Tabii hidup sememangnya begitu panas tidak sampai ke petang hujan pula pasti berhenti..Dalam mencari redhaNYA sama-samalah kita terima takdir hidup ini dengan penuh keimanan dan kesabaran..Moga ALLAH mengubah di mana kekurangan itu kepada kebaikan dan yang mana kebaikan itu dikekalkan..INSYALLAH..Pada ALLAH kita memohon...