Saturday 28 February 2009

Takdirnya begitu..



Apa yang kita lakukan tak smestinya semua yang kita suka..Malah ada kerana yang kita lakukan itu sebab orang lain..Ingin menjaga hati atau apa sahaja..

Tetapi perlukah kita menyanyangi atau mencintai seseorang oleh kerana ingin menjaga hati dia?..Akibat terlalu sayang dalam jalinan persahabatan pada mulanya..Tetapi lama-kelamaan timbul rasa sayang dan cinta di hati dia..Sudah pasti kita akan berasa serba salah dalam menafsirkan hubungan itu menjadi lebih dalam..Yang mungkin kita tidak jangka kerana apa yang kita lakukan dan persembahkan hanyalah atas dasar seorang sahabat atau kawan..

Tidak pernah terlintas dihati kita yang perhubungan itu menjadi suatu tafsiran yang jauh bagi seseorang..Akibat layanan dan kemesraan kita yang tulen itu membuatkan hatinya terpikat dan mengubah lagu rasa itu kepada suatu hubungan yang lebih dalam coraknya..

Tetapi dihati kita tidak pernah wujud rasa itu kita hanya lakukan sesuatu yang "biasa-biasa" seperti orang lain persembahkan..Tetapi kenapa rasa itu yang datang bertandang dihatinya?..Dan bagimanakah kita akan cuba untuk tidak mengecewakan hatinya jika kita berkata yang benar dari hati kita?..Adakah itu akan mengecewakan si dia yang amat?..Mungkin...tetapi keakraban sahabat itu yang kita impikan bukannya cinta dan sayang seorang kekasih...

Begitulah rasa bila suatu hubungan berbeza jantina menerobos suatu keintiman yang amat..Rasa akan berubah lagu..Akan memecahkan rasa yang dulunya dipelihara...Bak kata orang bila berlaku seperti ini kita haruslah bertindak dengan bijak seolah-olah bagai menarik benang didalam tepung..benang tidak putus dan tepung tidak terabur..

Amat payah bila membicarakan rasa yang kita sendiri tidak jangka..Yang tiba-tiba ianya wujud dalam suatu hubungan yang kita rasa mungkin tidak sepatutnya wujud rasa seperti itu..tetapi mungkin juga ada kealpaan diri bila perhubungan yang seharusnya ada batas antara lelaki dan perempuan itu diolah seolah-olah terlalu rapat hingga membina bibit-bibit mesra yang tidak terjangka...

So bagi yang memahami cubalah fahami diri sahabat anda dan jangan mudah mencetuskan rasa dalam diri yang mungkin akan menjarakkan diri dengan sahabat kita..Cara dan gaya kita seharusnya ada batas yang harus kita ikuti agar keintiman dan kemesraan itu tidak melarat sampai ke rasa yang berbeza dari sebelum rasa itu datang..Kita mestilah kenali dan fahami gerak bahasa dan gerak laku sahabat kita supaya kita tidak tersilap dalam penafsiran yang sepatutnya kita tidak lakukan...Tiada salahnya jika itu adalah kehendak kedua belah pihak tetapi jika bertepuk sebelah tangan akan menimbulkan malu pada pihak kita dan bosan di pihak yang satu lagi..

P/S: Hanya pernyataan rasa melankolik tiada maksud kepada sesiapa....:-)

Wednesday 25 February 2009

Kerisauan itu terjawab...

Hmmm mesti ada nak taukan apa jawapan kepada kerisauan Ad sebelum ini sebab setiap entry Ad ..Ad tidak menjelaskan perkara sebenarnya..Hanya mainan kata-kata yang menjelaskan maksud tersirat..So sekarang Ad jelaskan lah...

Hari ini dapatlah Ad keputusan dari pihak pengurusan kementerian tentang status kontrak kerja Ad...So by the end of this February 2009 maka tamatlah riwayat kerja kontrak Ad untuk sesi kontrak ini..Kami pekerja-pekerja kontrak lantikan contract for service ni ataupun dalam Bahasa Melayu nya kontrak untuk perkhidmatan akan tamat kontrak dan dengan kata lain tiada kerja lagi..huhu..Bagi kontrak akan datang kami akan di temuduga sekali lagi pertengahan Mac ini untuk lantikan April nanti selama setahun ..So proses pemilihan adalah seperti biasa dengan persaingan yang sama dari graduan2 lain yang memohon..Rasional untuk ditemuduga semula masih tidak dapat difikirkan..Mungkin nak buang yang bermasalah atau....Pihak pengurusan sahaja yang tahu...

So by Mac ni kembalilah tiada kerja..huhu..Sedihkan?..but Ad dah prepared untuk merasai rasa ini 10 bulan yang lalu..So Ad ada gak termenung memikirkan masa depan tetapi itulah hakikat hidup yang harus ditelan oleh setiap orang yang merasainya..Kami seramai 105 orang di seluruh negeri ini merasainya hari ini selepas diumumkan oleh Tuan Pengarah pagi tadi..Kalo single macam Ad ni maybe fikir untuk diri sahaja dan ansuran jer..Tapi ada yang telah married so akan merasai lebih keperitannya...Ada yang akan berkahwin 2 minggu dari sekarang laagi perit...Tapi itulah hakikatnya yang harus ditempuh bagi pekerja contract for service..Jawatan tidak tetap dan bila-bila boleh tamat..

Hakikat ini akan Ad terima dengan hati yang terbuka dan sabar....Insyallah...Terima kasih kawan terdekat yang memberikan sokongan..Harapan Ad agar perjalanan hidup ini akan berjalan dengan lancar walaupun ada halangannya yang hanya dirasai oleh empunya diri..Orang lain pasti tidak dapat merasainya kecuali yang mempunyai pengalaman yang sama..Kalau anda semua baca entry Ad sebelum ini Ad ada bercerita tentang masalah tentang pekerjaan di sykt. swasta Ad yang mendapat notis 3 bulan berhenti..Lebih kurang sama jer lah kali ini cuma masa jer yang berbeza..Dulu syarikat yang bermasalah sekarang ini prosedur yang wajib diikuti oleh kementerian..Tapi asasnya adalah pemberhentian pekerja..

Kita dijadikan dengan mendapat rezeki yang berbeza-beza..Ada yang senang dan bahagia..Ada yang susah dan sedih..Tapi disisi Allah kita adalah sama..rite?..So langkah seterusnya adalah meneroka kembali peluang2 yang ada untuk mendapat pekerjaan..Insyallah..Moga Allah membantu Ad..Pray for me k...

Sunday 22 February 2009

AKU MENCARI...


Aku mencari..
Dimana yang kucari
Apa yang aku cari

Aku mencari disegenap ceruk..
Aku mencari disegenap celah
Aku mencari disegenap pelusuk
Aku mencari disegenap sudut

Pencarianku dalam
Pencarianku panjang
Pencarianku jauh
Pencarianku tinggi

Tetapi
Aku masih kelam
Aku masih keliru
Aku masih bimbang
Aku masih lemah
Aku masih risau
Aku masih kabur

Apa yang aku cari?..
Aku tidak tahu
Aku tidak mampu
Aku tidak bekudrat
Aku tidak bertenaga

Adakah aku bejaya mencari?
Aku tidak tahu kapan akan ku temui…



Saturday 21 February 2009

UPAYA DIRI..siapa yang tahu..


Setiap orang boleh melihat kedalam diri sendiri keupayaan diri mereka dalam melakukan sesuatu..Keupayaan dirilah yang membuatkan diri kita berani untuk melakukan sesuatu..Jika kita tidak berupaya kita tidak berani untuk melakukan..Orang lain boleh berkata apa sahaja..


Ada yang berkata:" Alah senang jer..."

Ada yang berkata: "Mudah jer.. "

Ada yang berkata:"Ko ni itu pun nak takut..."

Ada yang berkata:"Ko ni berani laa sikit..."

Ada yang berkata:"Orang lain boleh buat apa.."

Ada yang berkata:"Ko ni nak takut apa?.."

Pokoknya tuan punya diri itu sendiri yang tahu keupayaan diri dan kehendak diri mereka buat masa sekarang..Apa yang mereka fikirkan sudah pasti orang lain tidak tahu..Apa yang mereka rancangkan juga orang lain tidak tahu..Manusia lain hanya boleh melihat dan membuat tuduhan atau tafsiran sahaja..

Keupayaan diri itu boleh di tafsirkan dengan pelbagai cabang dalam kita mengingini atau berhasrat atas sesuatu..Kita tahu diri kita dimana...Keupayaan kita dimana...Orang lain hanyalah perlu melihat sahaja...Tidak perlu mengganggu dalam percaturan diri orang tersebut dalam membuat atau merancang sesuatu..Bak kata yang mudah jangan menyebok..haha..

Kita tahu diri kita dan kita yakin yang suatu hari orang juga akan faham diri kita(Bagi yang tidak faham atau sukar untuk memahami org lain laaa..) Bagi orang lain cubalah fahami apa yang orang lain rasa apabila kita cuba untuk bercakap sesuatu sebab kadang-kadang sesuatu itu cukup sensitif bagi seseorang...Even kita close sekalipun kata-kata kita harus dijaga..Kita mempunyai privacy dalam hidup selagi apa yang kita buat itu masih dalam landasan yang tidak salah disisi agama..Bila yang kita buat itu salah orang lain mempunyai hak untuk menegur ..

Kita tidak pernah menolak bulat-bulat apa yang orang lebih tua dan berpengalaman perkatakan tetapi dalam suatu corak dan keadaan hidup yang berbeza orang lain tidak boleh samakan dengan apa yang mereka alami dulu..Setiap orang dikurniakan dengan rezeki dan hasrat yang tidak sama..So seharusnya orang lain menghormati hasrat dan niat orang lain dalam perjalanan hidupnya...Jangan mudah menafsirkan dan membuat andaian sendiri bila kita tidak mengetahui diri orang tersebut...Cubalah untuk memahami keadaan orang lain..Bila anda cuba memahami anda akan dapat jawapannya..Insyallah..

Wednesday 18 February 2009

RISAU..

Risau... sering bermain difikiran apabila ada benda yang menggangu fikiran kita.... Gelisah akan membuatkan kita risau.. Keliru akan membuatkan kita risau.... Curiga akan membuatkan kita risau.. Takut akan membuatkan kita risau... Macam2 rasa yang kita rasa akan membuatkan kita risau..
Tapi kadang-kadang kita risau atas benda yang kecil sahaja... Tapi kadang-kadang kita risaukan benda yang besar... Ada-ada sahaja yang membuatkan kita risau.. Malah dalam kegembiraan tiba-tiba kita menjadi risau bila fikirkan suatu masalah.. Sukahati menjadi dukahati.... resah gelisah.. makan tak lalu..tidur tak lena... mandi jer yang basah...
Risau akan mengganggu hidup kita...Apa sahaja kerja yang kita buat membuatkan kita tidak lagi boleh berikan tumpuan kerana risau..Kerja menjadi tidak sempurna...Malah kadang-kadang ada sahaja kesalahan yang kita buat akibat dari kerisauan yang mengganggu..
Risau membuatkan kita dingin..Dingin dengan orang sekeliling...Bercakap pun nak tak nak jer..Jawab acuh tak acuh jer..Malah orang tanya lain kita jawab lain..Jadi khayal kerana asyik kerana risau...Masa memandupun kadang-kadang di hon di belakang kerana lamunan kerisauan..Kenapa kita berasa risau?..Apa yang perlu kita buat jika risau?..Sedangkan benda yang kita risau itu adakah sepatutnya kita risau?..Adakah kita risaukan sesuatu yang tidak wujud?..Adakah risau kita akibat mainan hati yang cemburu?..Mungkin juga akibat kita pernah mengalami sesuatu yang sama membuatkan kita risau?..Dan kita juga mungkin tertanya-tanya apakah punca kerisauan itu wujud..Dan mungkin juga kita fikirkan perlukah aku risau?..Risau..risauu..risauuu...

Tuesday 17 February 2009

KATA-KATA KITA

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan bloggers semua yang wish my besday..Moga kalian juga dirahmati dan diberkati semuanya..Insyallah..Rasa sangat dihargai dalam tempoh kehidupan kita yang tidak selama-lamanya ini..Sebaris ucapan ayat apa-apa sahaja akan membuatkan seseorang itu senang dan sukahati..Ayat kadang-kadang boleh melegakan segala sakit yang ada dan kerisauan seseorang...So berilah ucapan apa sahaja untuk kekasih,teman dan kawan-kawan kerana ianya cukup menyenangkan hati mereka..Lebih-lebih lagi bila hari besar mereka..Bila anda ikhlas sayang dan suka kepada seseorang ucapan itu akan wujud dengan sendiri tidak perlu dipaksa-paksa dan diingat-ingatkan...kerana ucapan itu datangnya dari hati yang tulus ikhlas..Orang yang mendapat ucapan itu akan merasa senang hati dengan ayat yang kita ucapkan walaupun sebaris ayat sahaja..Dalam perhubungan apa sahaja ucapan atau ayat yang baik adalah digalakkan dalam menyemarakkan sesuatu hubungan..
Bila orang yang kita cinta atau sayang berkata I love you..I sayang awak..I miss you..kita berasa suka dan senang hati..rite?So berilah ucapan dan kata-kata yang dapat menyenangkan hati semua orang..Tapi kadang-kadang kita tidak sedar dari kata-kata juga akan membuatkan orang menjauhh dan pergi dari kita...Jagalah kata-kata agar semua orang senang dan selesa dengan kita..Jika kita tersilap kata kita mohonlah maaf kepada orang tersebut...Harapan agar dia menerima maaf kita sekurang-kurangnya..Manusia tidak pernah lari dari khilaf dan dosa..rite?..Kita hanya menjalani hidup ini hanya untuk sementara sahaja..Pulihkanlah balik yang keruh dan kembalikan ketenangan hati kita..Kerana bila kita masih di dalam ego yang tidak bertempat kita tidak mendapat apa-apa malah hanya merugikan diri sendiri..So lihatlah dalam diri dan tidak susah untuk membetulkan semua silap ..Pendita ZAABA pernah berkata dalam bukunya.." Perangai bergantung kepada diri sendiri..."..hanya diri kita sahaja boleh merubahnya menjadi yang lebih baik....Insyallah..

Saturday 14 February 2009

SELAMAT HARI LAHIR AD....


Hari ini 14hb Februari 2009 masuklah umur Ad yang ke 30+++++...hehe..Kira sendiri k..ahaks..Usia semakin menginjak naik..rasa semakin tua jer...Tua ke?.. hehe...Alhamdulillah Allah masih beri nyawa untuk bernafas menikmati alam ciptaanNYA ini...orang kata umur itu hanya nombor..hehe..orang kata..tapi umur juga akan memandu kita setakat mana kita sekarang..Dimana kita...Apa yang kita ada..Adakah sesweii dengan umur dgn apa yang kita ada skrg?..Ntahlah....Rezeki, Ajal dan Maut adalah ketentuanNYA yang kita tidak boleh takwil..

Bila usia dah semakin melebihi pertengahan 30an nie rasa makin hampir jer...Hampir ke mana ek?..hehe..kemana2 yang hampir lah...

Moga Allah masih beri kekuatan dan kesabaran untuk Ad hadapi semuanya dalam hidup ini dengan penuh kesabaran dan keimanan ..Doakan AD yea...

Terima Kasih kepada yang wish besday thru SMS, CALL,YM,FSTER dan MYSPACE..Semoga kalian juga diberkati dan dirahmati..Insyallah...


Friday 13 February 2009

ADA MASA...


Ada masa kita terpaksa meninggalkan yang dulu..

Ada masa kita terpaksa lupakan segalanya..

Ada masa kita terpaksa tidak berpaling lagi..

Ada masa kita terpaksa pejamkan mata supaya tidak melihat lagi yang dulu..

Ada masa kita terpaksa menghapuskan kenangan dulu..

Ada masa kita terpaksa tidak bercakap perkara yang dulu..

Ada masa kita terpaksa tidak merindu lagi..

Ada masa kita terpaksa membasuh luka lama..

Ada masa kita terpaksa terus melangkah pergi..........



ADA MASA - INFINATEZ


Ada masa yang akan ku fikirkan

Kiranya kau pergi dariku

Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu

Tak sanggup untuk ku bayangkan

Andainya takdir jauhkan kau dariku

Satu yang ku mahu hanyalah kamu


Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Betapa sungguh ku inginkan

Belaian senantiasa kau berikanku

Merasa kehangatannya cintamu

Sakitnya tiap kali kau titiskan

Air jernih dari matamu

Bebanannya ku tak mampu

Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Andainya

Kau tahu perasaanku padamu

Takkan kau siakan air matamu

Walaupun diriku jauh

Takkan pernah kau tiada Di hatiku

Maafkan aku

Telah ku lukakan hatimu cintaku

Ingin benar ku memahami dirimu

Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Wednesday 11 February 2009

MENYESAL...

Ressa Herlambang - Menyesal

Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu



powered by lirik lagu indonesia

Monday 9 February 2009

Bak Kata DR ..


Hmmm lama tak buat entry....Batuk Ad masih tak ilang ilang..Bila siang tak laa batuk sangat...Tapi bila time Ad letakkan kepala nak tido...Tido kejap mulalah datang kegatalan tekak...Mulalah batuk-batuk yang tak henti2...Sampai penat sgala..Setiap malam tidur Ad terganggu...Ni pun baru lepas batuk ..Gatal yang amat kat tekak ni..Kalau boleh garu nak jer garu2 dalam tekak ni...

Batuk ini dah sebulan lebih merajai tekak Ad..Segala macam ubat ubatan sudah dimakan...Sebut jer ubat batuk...madu lebah..ubat batuk herba cina...ubat batuk biji pelbagai jenis..Ubat batuk air pun byk jenis..kalau sesiapa ada suggestion pun Ad rasa dah makan ubat itu..


Last nite Ad jumpa Dr lagi..Kali ni bukan DR LIM tapi DR Hayati..Dia kata awak alah kat habuk ek?..Ad cakap yup..Memang kadang-kadang bersin sebab habuk..Dia cakap awak ada resdung kan?..Ad cakap ya...Awak gatal dan geli kat tekak tu sebab resdung lee tu katanya..Ad sedikit lega sebab risau gakkan kalo batuk libatkan jangkitan kuman kat paru2..Dari gaya kekonfidenan Dr tu ,Ad percaya cakap dia..Dia Dr kan mestilah kena percaya..hehe...Tapi justifikasi yang dia buat tu pun atas apa yang kita cakap jer...Dr ni akan tanya pesakit sakit apa..Maknanya dia bertindak atas apa yang kita cakapkan..Kita cakap sakit situ sini..Yang tu jer laa dia akan periksa dan buat justifikasi ikut ilmu dia...Dia akan bertindak mengikut apa yang kita cakap..Kalau kita cakap sakit perut dia akan periksa perut..Bila cakap sakit kaki dia akan check kaki..Tak pernah lagi bila masuk dia terus check tempat kita sakit..Ilmu dia akan bergantung dengan apa yang kita cakap..Thats why bila kita sakit kita kena cakap dengan lengkap bahawa sakit dimana dan rasa camana biar lengkap barulah dia boleh buat perkiraan tentang ilmu yang dia ada..

Sesiapa yang ada petua untuk hilangkan gatal2 di tekak do tell me k..Sebab Ad dah memang tak tahan kalau batuk ni menyerang tidur Ad...Tidur dah lama tak lena..Asyik terganggu...