Friday 18 May 2012

Ada dalam tiada


Aku datang ke sisi
Aku rapat ke diri
Aku tidak dipandang
Aku tidak ditoleh

Aku bersuara
Aku berkata-kata
Suara tidak dihirau
Kata-kata tidak diendah

Kau tidak seperti dulu
Kau tidak seperti ku kenali
Kau berubah laku
Hadirku tidak dipeduli

Aku tahu siapalah aku
Aku sedar rupa diriku
Kau tidak pandang diriku
Kau tidak pernah peduli aku

Dulu kau selalu hubungiku
Dulu kau selalu mengadu padaku
Kini dengan teman barumu
Diriku tidak lagi mahu kau tahu

Aku tidak mampu memaksa
AKu tidak mampu merayu
Agar kau merasa apa yang aku rasa
Agar kau tahu apa yang aku tahu

Moga kau bahagia dengan pilihanmu
Moga kau gembira dengan cintamu
Aku tidak mahu lagi tahu
AKu sudah menutup hati untukmu

 Oleh : AD Rifza Jumaat 18 Mei 2012