Sunday 27 July 2008

Menghapus kenangan.

Tiap orang ada kenangan bagi diri mereka sendiri...kenangan itu sering datang menghampiri diri..rite?..Tapi ada juga kenangan yang kita perlu hapuskan dan tidak mahu di ingat2 lagi..Kita perlu meghapuskan kenangan itu kerana ianya mungkin sesuatu yang bila kita ingat kita akan berasa sedih dan kecewa..So the best thing is forget it .. Leave it.. proceed to your new life ..Untuk apa menyimpan kenangan yang sudah bertahun2 disimpan jika ianya tidak memberi apa2 makna bagi diri..Iyalah mungkin kita ingin menyimpannya sebagai kenangan tapi bila di lihat benda itu kita akan merasa sedih dan kecewa..So better forget it and leave it..
So siapa yang pernah frust hapuskanlah kenangan dulu..Mungkin bukan senang bagi diri untuk melupakan segalanya tapi give a try..Insyallah.. tiap yang bermula pasti akan berakhir ..rite?...Hidup perlu diteruskan....Sinar di hadapan mungkin sedang menunggu ...

Pendek jer entry kali ni sebab idea tarak mari ..huhu.. Sebelum tu jom layan lagu Chris Daughtry kat bawah ni What About Now?..Bestt..

Thursday 24 July 2008

WHAT ABOUT NOW ?

Shadows fill an empty heart
As love is fading,
From all the things that we are
But are not saying.
Can we see beyond the scars
And make it to the dawn?
Change the colors of the sky.
And open up to
The ways you made me feel alive,
The ways I loved you.
For all the things that never died,
To make it through the night,
Love will find you.
What about now?What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?
The sun is breaking in your eyes
To start a new day.
This broken heart can still survive
With a touch of your grace.
Shadows fade into the light.
I am by your side,
Where love will find you.
What about now?What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love, it never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,What about now?
Now that we're here,
Now that we've come this far,
Just hold on.
There is nothing to fear,
For I am right beside you.
For all my life,I am yours.
What about now?What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
What about now?What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
Baby, before it's too late,
Baby, before it's too late,
What about now?

Saturday 12 July 2008

Pengakhiran...

Setiap yang bermula pasti akan berakhir kan?..Apa sahaja yang kita lakukan diatas muka bumi Allah ini akan berakhir jua suatu hari nanti...Yang hidup pasti akan menemui mati..Apa sahaja lah yang ada atas dunia ini ada akhirnya...Sebab dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan sementara kita menuju suatu tempat yang abadi untuk selama-lamanya...Ketentuan hidup sudah begitu ,kita tidak dapat lari dari ketentuan pengakhiran itu..Kita perlu juga menempuhinya suatu hari nanti..Tapi adakah kita sudah bersedia?..Itu diri kita sahaja yang tahu..dimana kita skrg dan apa persediaan yang kita telah lakukan..Bila akhir itu sudah sampai kita perlu meninggalkan semuanya even orang yang kita sayang,orang yang kita cinta,benda yang kita suka,apa sahaja yang memberikan kenikmatan hidup yang kita rasa diatas mukabumi ini...Tapi ketentuan itu telah ditentukan dengan suatu jaminan yang jelas dan terang balasannya..Moga kita dalam linkungan redha dan berkatNYA..Insyallah....So jom kita layan lagu ni...Satu lagu yang membuatkan kita berfikir...hmm..


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR --- BY OPICK

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Thursday 3 July 2008

Perjalanan

Sudah lama AD tidak melabuhkan titipan disini .Keterbatasan waktu tidak memberikan Ad ruang untuk menitipkan sesuatu..Alhamdulillah awal pagi yang dingin ini tiba2 Ad terkejut dari tidur.Terus mengadap pc yang masih on dari maghrib tadi.Ingatkan nak tutup je pc ni tapi gerak hati menguatkan Ad untuk menitipkan sesuatu di blog yang tak seberapa ini.Sekurang2nya Ad boleh menyatakan sesuatu dalam hati dengan pc ni..Mungkin tidak mengambil masa yang panjang kot sebab esok tepat pukul 7 pagi dah kena drive ke tempat keje di KB..Bila masuk kerajaan ni masa masuk keje tepat pukul 8 pagi so tak bleh nak lewatlah..Berbeza bila keje swasta dulu ikut suka jek nak masuk kul bape..haha..
Oh ya Ad sebenarnya nak cerita yang Ad ke KL & Tanjung Malim 27 - 29 Jun baru2 ni..Perjalanan dari Machang ni naik kereta dalam 6 jam jer..Tapi oleh kerana hari tu hari jumaat kami sekeluarga berhenti sembahyang jumaat dahulu.Then kami makan2 yang disediakn oleh mak..bestlaa makan kalo time macam tu asyik tambah jek..sampai dalam pukul 6 ptg..Masuk jek Ampang Ad dah tension..tu baru berapa minit jem kat Ampang tu..dari ampang point ke taman dagang...huhh..Ni buat Ad takleh keje KL ni..hehe..bosan dengan jem..camanalaa orang KL bleh tahan kalo hari2 jem macam tu..Yang nak marahnya kita lewat sikit beberapa saat jek dah kena honnn..PONNN! siot jek mamat cina tu..Nak pi dulu terbang laa..haha..Agaknya sebab tengok plat Klantan kot tu dia ponnn..hello..awat prejudis sgt dengan Klantan?..hmmm...
Datang Ampang Ad tak miss nasik lemak kukus depan public bank kg melayu Ampang tu..bestt sangat...rasa nak makan lagi jek..walupun dari kecik dulu mmg dah slalau makan nasik lemak tu..Siapa duk area tu boleh cuba nasik lemak tu memang best..konfirm..hari isnin sampai sabtu jek ada jual..Ahad off..hehe..
Dalam sehari setengah kat KL tu penuh agenda dengan family jek..so taks empat jumpa kawan2..Ada yg sms sampai majuk2 nak jumpa...ahaks..sori Ad takde masa sgt2..jadual pack..cuma dapat jumpa 2 org jek..semuanya datang ampang so tak yah Ad bergerak ke tempat lain..Yang lain insyallah bila ada masa nanti Ad turun KL lagi...Tungguuu..hehe..
Pagi Ahad tu dalam pukul 11 kami bertolaklah ke Tanjung Malim...Actually Ad dah ceritakan tentang adik Ad yang interview pendidikan..Dia dapat belajar kat UPSI..Universiti yang tersohor tentang pendidikan..Alhamdulillah lepas ni dia tak yah fikir2 nak keje lain..keje cikgu yang memang dah terjamin..Insyallah...Moga dia berjaya lah...
Selepas segala pendaftaran selesai dan kami pun dah solat dan makan tengahari...Kami pun bertolaklah balik..Yang dua buah kete lagi balik KL ..Kami jek balik Kelantan ikut grik Perak...Mak.Ayah,2 adik dan Ad pemandunya...Dalam pukul 5 petang...Petang itu cukup gelap dengan hujannya..Sepanjang jalan hujan...Dari PLUS Tanjung Malim exit ke Kuala Kangsar..Lalu berapa banyak tol lupa nak kira brapa..Sampai kat Jelapang ternampak bangunan PITC..Terus sms kawan yang baru bekerja kat situ tapi masa tu dia kat Ipoh...Moga dia terus tabah dan sabar bekerja ditempat baru tu..Insyallah.. Mmmm kami meneruskan perjalanan..Ni nak cerita Ad tersilap jalan...huhu...Adeke patut lepas r& r sg perak tu ada sign board ke Gerik(Timur) sebelah kiri ..Ad masuk laa jalan tu..Ada simpang ke kanan Ad tak masuk jalan tu sebab takde pun arrow ke grik jalan tu..so Ad drive terus laa...Tgok2 sign board tepi jalan ke changkat jering plak..adoiii laa..silap lebuhraya laa plak..dah nama lebuhraya mana ada u turn tgh2 jalan..so kena drive laa sampai tol changkat jering barulah boleh u turn balik exit ke kuala kangsar...habis plak berapa ringgit tol kat situ tak plus minyak lagi..huhu..nasibb org tak biasa lebuhraya tu...
malam semakin gelap...hujan masih turun..Ad teruskan perjalanan dalam gelap hujan plak tu drive bawak family so cermat jek drive kan..Lalu bukit bukau hutan rimba lebuhraya timur barat malam2 buta...Lebuhraya timur barat bukan macam PLUS yang banyak lane tu..Ni satu lane jek..huhu...Biasalah lebuhraya takde toll kan..hehe...Ngantuk gak bawak kete...Yang lain tido dah..Sambil nyanyi2 anak lagu bintang di syurga nyanyian peterpan kat radio..hehe..Jauhnya rasa perjalanan bila lama tak berjalan jauh ni kan..Drive lak sorang2 jek...Malam2 buta hujan plak tu..But alhamdulillah lah malam tu kereta2 lain pn banyak gak atas lebuhraya tu..so tak rasa sunyi sangat masa drive kan..Orang kata jalan tu bahaya malam2 dengan gajah....lagipun hutankan..nak berenti buang air pon kena tgok tempat2 gak..then dalam pukul 12 kami singgah kat masjid gual ipoh solat jamak taakir...kami kena berenti gak sembahyang sebab kami jamak kan sembahyang tu..alhamdulillah dalam pukul 1.30 pagi sampai lah kami di kampug terchenta..Nak tgok final bola malam tu ..duk tgok2 sambil baring atas sofa..tgok2 tv yang tgok ad..frust german kalah...huhu...Nak buat camana kan bola tu bulat..hehe...Tu jer lah perjalanan Ad ke Machang - KL - Tanjung Malim - Grik - Machang...penat gak drive sorang2 tapi demi adik kan..Just support her supaya belajar sungguh2 demi masa depan dia jugak walaupun bersama-sam AD ada 2 orang yang kurang upaya...hmmm...takpelah demi adik kan..kami support dia supaya belaja sungguh2..dan moga dia gantung cita2 setinggi langit..
Dalam titipan ini juga AD nak ucapkan tahniah untuk kawan Ad yang baru dapat keje di PITC tu semoga dia terus tabah dan sabar dalam pencarian hidup ni...Perjalanan kita masih panjang..Kejarlah dunia dengan satu landasan yang betul dan mendapat redha Allah..Insyallah anda akan berjaya...
Bagi Adik Ad ,abg ucapkan tahniah kerana berjaya belajar sampai menara gading ..Abg tahu adik takkan risau tentang mak ayah sebab abg masih ada disini yang setia menjaga mereka... Jangan risau pengorbanan ini cukup ikhlas bagi abg walaupun mungkin tiada siapa yang tahu isi hati abg..Yang penting adik berjaya nanti..Insyallah...
So oklah bagi semua blogger dan pembaca blog teruskan perjalanan anda..Perjalanan yang masih panjang ..Masih banyak yang mampu kita lakukan dalam hidup yang cukup singkat ini..tapi jangan lupa dalam perjalanan itu kita masih terikat dengan suatu perjalanan yang berpaksikan suatu arah tujuan yang sama suatu hari nanti...So semoga berjaya...Insyallah