Saturday 31 January 2009

Not feeling well...

Ad not feeling well...Batuk dah sebulan tak reda...Lama betul batuk ni..Rasa geli dan gatal kat tekak ni..Dah macam2 ubat di makan dan minum tapi still tak baik-baik jugak..Madu pun dah makan...Tatau dah nak makan apa lagi...Hari ni second time jumpa DR LIM ..Dia kata normal jer cuma jangan makan makanan berminyak dan sejuk..Dia kata takde kesan apa-apa kalau camni kat paru-paru or what eva...Tapi kenapa tak hilang-hilang batuk ni...Kadang-kadang tidur tak lena dikejutkan oleh batuk..Malam tadi kuat sangat batuk sampai dada ni rasa tak selesa jer..Ad tatau apa yang nak dibuat lagi..Makan jer lah ubat yang diberikan DR LIM tadi..Ubat kumur ,ubat air dan antibiotik...Harap-harap batuk ini akan hilang...

Thursday 29 January 2009

PERNAHKAH KITA FIKIR...

Pernahkah kita fikir apa yang kita ada dan miliki bukannya kekal akan menjadi milik kita selama-lamanya?..

Pernahkah kita terfikir akan apa yang kita ada tiba-tiba hilang ?..

Pernahkah terfikir yang selalu kita peluk erat itu tiba-tiba terlepas pelukannya?..

Pernahkah kita fikir yang selama ini jelas dimata tiba-tiba kabur pandangannya?...

Pernahkah kita fikir yang kita sering usapkan itu hanya terasa anginnya sahaja?..

Pernahkah kita fikir yang kita gembira adanya tiba-tiba sedih hilangnya?..

Pernahkah kita fikir yang panas hembusan nafasnya kita rasa tiba-tiba sejuk saja rasa ?..

Pernahkah kita fikir yang jasad wujud depan mata hanya tinggal bayangan sahaja?

Pernahkah kita fikir yang hangat kita rasa tiba-tiba sejuk menggigil jadinya?

Pernahkah kita fikir yang dulu kita segala-galanya tetapi tidak lagi sekarang?

Pernahkah kita fikir yang janji dulu tinggal hanya janji?

Pernahkah kita fikir yang indahnya kita rasa menjadi suram dan sepi kembali?

Pernahkah kita fikir yang setia diucapkan itu terbuktikah akhirnya?

Pernahkah kita fikir yang kasih kita rasa itu tidak akan kekal erat memeluk hati?

Pernahkah kita fikir yang rindu yang sering kita damba itu bukan lagi untuk kita?



Aliff Oiam -

Kau Pergi Kerana Suka
Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hatimu
Kau berjanji akulah satu-satunya

Yang abadi hingga ke akhirnya
Kau genggam erat tanganku
Kau sambut cinta suciku
Kau hias indah hidupku

Kau beriku bahagia
Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk setia denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Maafkanku.. jika salahku..

Hulur tanganmu
Sambut cintaku
Aku tak sanggup bersendiri
Kembali kasih dalam hidupku
Cintaku tulus sejati..

Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk berdua denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Cintamu.. bukan untukku......



Tuesday 27 January 2009

WHAT IS PAST IS PAST (Learn from mistake)

Dalam hidup ini telah banyak yang kita lepaskan pergi dan tinggalkan..dan bila sampai suatu masa kita lihat balik dan renung balik kenapa kita lepaskan dan tinggalkan yang dulu...Fikir kita saat ini membuatkan kita keliru dan buntu kenapa yang ada dan hadir itu kita lepaskan pergi..Untuk mendapatkan kembali yang kita lepaskan dan tinggalkan itu mungkin sukar untuk kita dapatkan kembali..Dalam saat kita membuat keputusan itu atau mungkin tiada pertimbangan langsung dalam hal itu, senang-senang saja kita menolak dan mengabaikannya.. Bila suatu masa yang berlalu mungkin memakan masa bertahun barulah kita sedar yang kita lepaskan dulu dan tinggalkan dulu adalah yang terbaik untuk kita tetapi dalam jangkamasa ini ianya sudah menjadi sukar untuk mendapatkannya kembali...

Begitulah kehidupan kita sering salah dalam perhitungan untuk memilih yang mana madu dan yang mana racun..Kita sukar kadang-kadang untuk memilih dan keputusannya membuatkan kita berfikir kembali kalaulah aku dulu..kalaulah aku pilih yang dulu...Tetapi mungkinkah takdir itu akan berubah?..Mungkin...tetapi pengharapan itu mungkin tinggal hanya harapan..Kita tidak bisa untuk memusingkan putaran jam kembali kepada yang asal saat itu..

Apa yang kita mampu hanyalah menjaga apa yang ada sekarang dan akan datang kita membuat pertimbangan yang lebih jelas dan matang untuk kehidupan...Kadang-kadang usia dan pengalaman yang kita dapat dalam hidup ini mengajar kita untuk membuat pilihan yang tepat pada masa akan datang tetapi mungkin juga pilihan itu salah juga..Sebab itu tiada kesempurnaan pada manusia ini ..dalam bab membuat apa keputusanpun kita sering juga silap..

Orang selalu berkata "what is past is past" ..Masa yang berlalu pergi biarkan ia pergi..Kita harus menoleh ke depan dan menghadapi hidup ini dengan waspada dan tabah..Kita tidak tahu yang didepan itu adakah kita matang dalam membuat keputusan tetapi harapan kita ada, jika kita mengambil panduan atas semua yang terjadi sebelum ini..Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa..Lebih matang dalam tindak tanduk..Tapi jangan lupa kita juga mungkin akan silap lagi..Yang penting kita berusaha dan mengambil panduan apa yang berlaku sebelum ini dalam membuat keputusan..Kita mampu jika kita rasa kita yakin tentang liku-liku yang telah kita lalui sebelum ini ..Moga kita mendapat jalan yang tiada likunya lagi..

Apa yang berlaku dahulu kita jadikan panduan dalam hidup ini..Setiap orang ada salah langkahnya..Ada gelincir hatinya..Ada terbabas rasanya..Ada tercuit pedihnya..Ada terguris lukanya.Harapan kita masa akan datang ,kita lebih kuat dan cekal dalam membuat keputusan yang mencorakkan hidup kita yang bagaimana...Andai kita salah lagi kita ambillah ia sebagai panduan untuk masa akan datang.."What is past is past" ....Kita masih ada peluang untuk perbaiki diri menjadi yang lebih baik dan mungkin terbaik...dan doa kita agar kita diberikan petunjuk dan gerak hati yang jelas dalam kita membuat keputusan..Insyallah..


Sunday 25 January 2009

TAKDIR KITA TIDAK SAMA...

Sudah terlalu lama kita mencari dan terus mencari tetapi kita tidak menjumpainya...Semakin kita cari semakin kita keliru kerana disepanjang pencarian itu kita diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kadang tidak terlintas pun oleh fikiran kita kita akan melalui dugaan seperti itu.Hebat sungguh dugaan dan cabaran hidup yang harus kita tempuh unutuk mencapai suatu tahap yang kita inginkan.

Malah kadang-kadang kita tidak pernah mencapai apa yang kita mahukan tetapi kita sudah cukup lemas dan lemah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan..Sampaikan kita rasa sudah tidak mampu lagi untuk menghadapi pelabagai dugaan lagi..Orang kata jangan berputus asa setiap jalan hidup itu akan ada dugaan dan rintangan..Tetapi adakah kita tahu dan yakin setiap orang boleh menghadapinya?..Kita tidak pasti..Ada antara kita yang gagal ditengah jalan dan mengambil jalan melupakan segala impian dan cita-cita dalam hidup kerana sudah tidak mampu lagi menghadapi segala rintangan dan dugaan yang amat berat pada tafsiran diri mereka..

Pernahkah kita fikirkan apa yang mereka rasa ?Pernahkan kita fikir akan kepayahan mereka sedangkan kita tidak pernah merasai apa yang mereka rasa..Kita sering dengan mudah menuding jari mempersalahkan orang lain ..Kita dengan mudah membuat justifikasi sendiri tanpa merasai apa yang mereka rasa dan mereka lalui..Segala keperitan dan kepayahan itu kita tidak pernah hendak selaminya...Malah kita tidak pernah dengar tangisan dan rintihan hati mereka dalam mengejar apa yang mereka inginkan..Yang kita nampak pada zahirnya sahaja apa yang jelas pada pandangan kita tetapi kita tidak pernah nampak apa yang mereka usahakan dalam diam yang sering menemui kegagalan...

Dalam hidup ini takdir kita tidak sama..Ada orang yang dengan mudah mencapai apa yang mereka inginkan tetapi dalam satu ruang hidup yang lain ada yang berusaha dengan gigih dan sepenuh jiwa tetapi tidak mencapai lagi apa yang mereka inginkan dalam hidup..Jadi sebagai seorang yang mempunyai jiwa dan rasa seharusnyalah kita membantu dan sekurang-kurangnya cuba menyelami dan merasai apa yang mereka rasa bukannya dengan senang menuduh atau membuat kesimpulan yang mudah tetang mereka..Sama-samalah kita cuba menyelami dan merasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang dekat dengan kita tidak kiralah sahabat atau saudara mara kita sendiri..Bantulah mereka jika kita mampu kerana takdir kita dalam hidup ini tidak sama...

LELAKI
Siso Kopratasa/Habsah Hassan
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

Friday 23 January 2009

JIWA KACAU...

Kadang-kadang kita tarak tau apa kita pikir...Mende kita pikir pun kita tatau..Kadang-kadang kepala otak serabut..Jiwa jadi kacau...Jiwa meronta-ronta kekacauan yang amat..kacauu..kacauu..kacauu..

Kadang-kadang buat kita cakap pun tarak selupa bikin..Itu macam cakap..Cakap tatau apa yang dicakapkan...Orang pun jadi talak faham oooo...Kacauu..kacauu..kacau..


Kadang-kadang buat kita drive pun jadi laju bila jiwa kacau...Drive yang dulu slowww gileee jadi laju yg amat gileee...Kacauuu..kacauuu..kacauuu...


Dengar lagu pun dulu slowww jer lentok baekkk punyeeee..Jadi ganazzz..Lagu2 rancakkk plak..Apa kene bebbb...Kacauuu..kacauuu kacauu...?????..Jiwa kacau...????...hahh?..Kacauu..apa yang kacau...?...Ntah ..tatau...kacauuu ...Jiwa kacau...


p/s: Sapa yang baca jangan kacau okeyyy...

Wednesday 21 January 2009

Penafsiran Kita...












Nafas ini semakin laju hembusannya…Tiada siapa yang tahu isi hati setiap insan diatas muka bumi ini..Yang orang lain mampu hanya mengagak apa yang terselit dihati setiap orang lain..Kadang-kadang agakan mereka sebenarnya salah….Malah kadang-kadang tanpa tahu asas sebeanrnya mereka dengan cepat menafsirkan seseorang itu bagaimana..Apakah hak kita untuk menfsir seseorang itu begitu dan begini?..Apakah ada bukti yang membolehkan fikiran kita sampai ke tahap penafsiran begitu?...

Setiap manusia mempunyai hak dalam menjalani kehidupan mereka as long as apa yang mereka lakukan adalah dalam batas dan sempadan yang benar..Tidak salah melakukan sesuatu yang pada tafsiran orang lain tidak elok tapi kita yakin dengan teguh bahawa apa yang dilakukan itu tiada salahnya..Masing-masing mempunyai hak dalam apa yang mereka fikir perkara yang dilakukan itu tiada salahnya..

Bagi manusia yang berfikir dengan akal mereka telah dikurniakan panduan yang membuatkan kita dapat menimbang sesuatu itu dalam asas yang bagaimana..Adakah ianya betul atau salah…Setelah kita melalui suatu proses kehidupan yang panjang kita seharusnya dapat menilai dimana keperluan kita dalam melakukan sesuatu perkara..Mana mungkin orang lain boleh menyuruh atau mengarah kita dalam melakukan sesuatu jika pada fikir kita kita telah melakukan sesuatu yang betul dan benar…

Orang lain seharusnya dapat menghormati pilihan yang telah kita lakukan..Sepanjang perjalanan hidup ini kita harus sudah cukup dewasa dalam memilih sesuatu yang menjadi pilihan kita.Orang lain mungkin hanya perlu memberikan sokongan atau kalau perlu hanya berdiam diri sahaja dengan apa yang kita lakukan..Kenapa harus mengungkit dan membangkit apa yang kita lakukan?..Adakah setiap apa yang kita lakukan semuanya sempurna?..Tidak sekali-kali.Tetapi dalam setiap apa sahaja keputusan atau pilihan yang kita lakukan orang lain sepatutnya menghormati kita dan memberikan pendapat dengan matang bukannya memarahi atau menolak secara total apa yang kita lakukan..

Sebagai manusia biasa kita juga punya rasa dan hati yang perlu dijaga .Setiap apa yang kita perkatakan dan luahkan sepatutnya kita fikirkan apa yang orang lain rasa..Bukannya hentam kromo sahaja seolah-olah orang lain tiada rasa atau perasaan..Kita sepatutnya fikirkan apa yang orang lain rasa.Dan jika kita nampak kelainan pada orang itu seharusnya kita bertanyakan atau meminta maaf atas kesilapan kata yang kita perkatakan..Dengan hanya berdiam diri atau tidak meminta maaf bimbang sebelah pihak akan terasa dan seterusnya semakin membengkak dan pergi meninggalkan kita..Kita mungkin tidak nampak apa salah kita tetapi setiap yang berlaku ada sebab musababnya yang harus kita fikir dan tafsir…Kita perlu buang ego diri jika kita sayangi sesebuah hubungan itu terus mekar dan berseri…Semoga kita semua dalam landasan yang betul dalam penafsiran sesebuah perhubungan .. Insyallah…

Monday 19 January 2009

Bayangan Itu Parasit..


Kita sering dibayangi apa sahaja yang kita fikirkan..Bayang-bayang sering menerjah dan merasuk fikiran..Bayang yang kadang-kadang membuatkan kita resah..Bayang yang kadang-kadang membuatkan hati lemah..Bayang yang kadang-kadang membuatkan jantung berdebar..Bayang yang kadang-kadang membuatkan senyum melebar...

Kita tidak kesah atau tidak ambil peduli bila senyuman yang terukir kerana ianya tidak menyentuh hati dan perasaan kita tetapi bila sering diganggu bayang yang meresahkan, melemahkan kita amat payah untuk melupakan..Laku kita tidak lagi betul caranya..Lagak kita mungkin tumpul langkahnya..Kita menjadi tidak keruan ..Menung menjadi panjang...




Walaupun ianya hanya bayangan tapi ianya cukup menyentuh diri kita dan membuatkan diri menjadi serba-salah.. Orang lain mungkin akan nampak perubahan laku kita dan cara gerak langkah kita dengan menung yang panjang..senyum yang tawar..gelak yang sumbang..diam yang kelu..Apa yang kita lakukan menjadi serba tidak kena...

Kita cuba dan cuba mengorak langkah dan mencambahkan suatu yang baru dan segar..tapi seringkali bayangan itu membantutkan segalanya...Seolah-olah parasit yang boleh menghancurkan semuanya..malah ianya mampu membunuh rasa yang ada..Kita menjadi pasrah ..Mungkin apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah segala-galanya kepadaNYA..Moga bayang itu tidak lagi menggangu ..Tidak lagi menghasut..Tidak lagi menjadi parasit diri..




Saturday 17 January 2009

LAGU KITA

Entah kenapa Ad suka sangat dengar lagu ni skrg..Rasa ini makin dekat menghimpit hati... Kenapa rasa ini tidak boleh dibuang walau ianya telah bertahun pergi..Laluan yang sudah tertutup pasti..Kenapa harus hati ini merasa pedihnya sampai sekarang..Adakah luka hati ini tidak mampu sembuh kembali..Semakin kuat aku menolak pergi tapi semakin dekat ia merasuk fikirku...Tusukan panahan pedih masih lagi terasa..Kenangan yang cukup membuatkan rasa ini tetap terasa sampai bila-bila mungkin...Aku sudah tidak mampu lagi menolaknya..Biarkan saja rasukan itu menerobos hati ini..Aku sudah tidak berdaya lagi..Tiadakah balutan luka yang mampu kembalikan semua rasa yang hilang ini..Ya Allah bantulah aku mengembalikan semua yang hilang dalam diri ini..Aku sudah tidak mampu lagi menanggung sedih pedih pilu ini tanpa memberikan peluang yang baru pada yang hak..Bukakanlah kembali hati ini dan jauhkanlah rasa yang menyeksa dan masih menggenggam erat rasa hati selama ini...Sudah cukup lama rasa ini ada..Lepaskanlah ianya pergi...Lepaskanlah...Lepaskanlah...



LAGU KITA - AIZAT



Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu


Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya


Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,


Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Friday 16 January 2009

AKU MASIH SEPERTI DULU..




Aku tidak pernah berubah walau seinci ..

Aku tidak pernah menjauh walau selangkah..

Aku tidak pernah memaling..

Aku tidak pernah membenci..

Aku tidak pernah memungkiri janji..

Aku tidak pernah mengungkiti..



Tapi lagakmu membuatkan aku bosan..

Tapi egomu membuatkan aku rimas..

Tapi sifatmu membuatkan aku pasrah..

Tapi rajukmu membuatkan aku malas..



Aku cuba untuk kembali..

Aku cuba untuk mendekati..

Aku cuba untuk memandang..

Aku cuba untuk menunaikan hasrat hati..



Tapi engkau yang membuatkan langkahku terhenti..

Tapi engkau yang membuatkan fikirku keliru..

Tapi engkau yang membuatkan hatiku pilu..

Tapi engkau yang membuatkan rasa ku terasa..



Engkau yang perlu berubah..

Engkau yang perlu memulakan kembali langkah..

Engkau yang perlu memulakan perbualan..

Engkau yang perlu memulakan pandangan..



Aku sudah tidak mampu..

Aku sudah tidak berkuasa..

Aku sudah tidak berdaya..

Aku sudah tidak berkederat..


Tuesday 13 January 2009

RINDU



Rindu ku rasakan ..

Dalam tawa ku tersenyum tapi hati tidak begitu...

Hati terasa amat rindu..

Aku tidak tahu apa yang aku rindu..

Tetapi aku rasakan ianya cukup membuatkan ku gelisah..


Malam ku tanpa lena..

Minumku tanpa dahaga...

Makanku tanpa lapar...

Kejap-kejap fikiran terlintas..

Kadang-kadang terbayang-bayang..


Rindu hanya perasaan yang datang dengan sendiri...

Aku bukan menginginkannya tetapi ia datang juga merapati hati..

Hati menjadi resah dan sepi..

Rasa yang sudah lama aku tidak rasa..


Mengapa rindu ini datang?..

Aku tidak tahu kenapa...

Tetapi ianya cukup kuat menerjah hati..fikiran..

Dan rasanya bagaikan menyerap keseluruh urat sarafku...


Aku cuba untuk menepis tetapi tidak berdaya..

Aku tidak mampu..

Aku cuba membuangnya jauh

Tapi semakin aku buang semakin ia merapati..


Ohh rindu..

Tetapi aku tidak tahu apa yang aku rindu...

Apa yang rindu ini mahu...

Aku cuba mengamati tetapi tiada jawapan yang aku perolehi...


Ohh rindu..

Adakah rindu ini hanya aliran sehala perasaan atau ada temunya?..

Aku tidak pasti..

Yang aku tahu aku amat rindu..rindu dan rindu...



P/S: SIAPA YANG SEDANG MERINDU DISINI ?..JOM HAYATI LIRIK KU MERINDU NYAYIAN SHAH DAN ELLA..hehe..



KU MERINDU


Shah:


Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ella:


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintakuKu selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Chorus:


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu


Monday 12 January 2009

PERTUKARAN

Mungkin tiada yang menjangka apa yang berlaku pada diri Ad hari ini..Suatu yang mungkin boleh dikatakan kejutan..Balik jer dari bercuti selama 5 hari..Masuk jer pejabat pada 6/1/09 sudah terdengar ura-ura akan pertukaran Ad ke sebuah daerah di Kelantan...Ad ingatkan ianya seperti ura-ura beberapa bulan sebelum ini yang akhirnya terbatal..Tetapi kali ini ianya benar-benar berlaku...Ad ditukarkan ke daerah/jajahan Tanah Merah...
Perkhabaran ini membuatkan diri serba salah sebenarnya..Ialah bila kerja di HQ negeri tiba2 dipindahkan ke daerah..Dari tempat yang beratus-ratus staff dengan tempat yang beberapa orang staff sahaja..Dari pejabat disebuah ibu negeri yang sibuk ke sebuah daerah yang tenang tanpa kesibukan kota..Tidak terlintas ini akan terjadi pada fikiran Ad tetapi takdirnya begitu..Mungkin ada kebaikannya disini..Dari jarak ke tempat kerja dahulu selama 50 minit drive..dengan hanya 15 minit drive...Save banyak masa dan minyak...
Tetapi difikiran Ad masih terbayang-bayang kenapa Ad dipindahkan..Kenapa dulu sukar boss hendak lepaskan ke daerah lain..Tetapi sekarang keputusan yang hanya mengambil masa 2 hari..
Dialog Ad dengan Boss..
Boss -"Ad awak beruntung kerana ditukarkan kesana sebab awak boleh merasa dua situasi kerja yang berbeza...Di KB awak hanya duduk dipejabat dan menunggu masa untuk pulang tetapi disana nanti awak akan menemui peniaga-peniaga disana...Suatu kerja yang membuatkan awak berhadapan dengan orang ramai..Awak akan keluar merata-rata tempat memeriksa.."
Ad- "Yup boss...Saya akan merasai dua situasi yang berbeza nanti..Dan untungnya saya , saya dapat memenuhi kehendak disini dengan berada disana..Saya sudah tahu apa kehendak disini yang diperlukan dari sana...,terima kasih boss"..
Cukup berbeza situasi di daerah dengan di KB...Masuk/keluar tanpa thumb print..haha...Bila2 jer boleh keluar ...Boss lak takde..Boss hanya di KB...Mungkin cuma risau kalau-kalau Boss lakukan spotcheck..hehe...But mungkin boleh diharapkan teman2 di KB dahulu untuk memaklumkannya...Rasa free sangat..
Cuma Ad perlu sesuaikan dengan situasi kerja yang berbeza ini..Duduk dipejabat yang cukup dengan rule 8pagi -5 ptg dengan kerja yang rasanya tak berapa formal sangat situasinya..Keluar memeriksa dan balik buat laporan terus dihantar ke KB..Dulu duduk di KB dan compile laporan dari daerah dan dihantar ke Putrajaya...Ad boleh merasai floww /aliran kerja itu dari awal sampai akhir...Mungkin ada hikmahnya disini..Tapi tiada siapa yang tahukan..Yang penting dalam hidup kita gain pengalaman seberapa banyak yang mungkin..Dengan pengalaman itu kita akan belajar dan memahami sesuatu...alhamdulillah..Harapan agar Ad dapat mencintai tugas baru ini..Insyallah...

Friday 9 January 2009

PART THREE:VACATION


SENJA DI TELUK NIPAH

Sampailah ke bahagian ke 3 percutian Ad...Percutian yang memang ditunggu2 ..hehe...Akhirnya apa yang dirancang dapat juga ditunaikan hari ini..Dah KIV selama 2 hari so hari ke 3 di Perak dapatlah juga hajat ini ditunaikan...Sebelah pagi macam biasa kawan bz dengan tugasnya sebagai pendidik yang perlu menguruskan hal-hal berkaitan asrama sekolah yang akan dibuka keesokkan harinya...tepat pukul 11.30 pagi semuanya sudah beres..So dia kata plan ke Pulau Pangkor dapat ditunaikan akhirnya...Yehuuuu..Tak sia-sia Ad ke Perak yang sememangnya plan ke Pulau Pangkor tu...Last pegi masa blaja di UKM..Masa tu gi dengan rombongan seramai 10 orang ..Meriah siutt masa tuu...But semua tu dah jadi kenangan terindah lee kan...Kawan2 tu semua entah kemana yang still kontek pun beberapa orang jer...So perjalanan kami almost dalam masa 2 jam sampailah ke Lumut..Jeti nak ke Pangkor..Simpan kereta..Book resort segala then kami makan jap di Jeti Lumut tuss..
Then kami pun naiklah feri ke Pulau Pangkor..Naik pukul 2.30 ptg tapi jalannya dalam pukul 4 ptg..Lama tunggu maybe sebab tunggu orang penuhkan feri kalo tak rugi syarikat pemilik feri sebab orang tak ramai naik..hehe...Sampainya kejap jer dalam setengah jam saja ke Pulau Pangkor tu dari Jeti Lumut tu..So sampailah kami ke Pulau Pangkor..(Pang Kor)..Hajat bercuti ke Pulau Pangkor tercapai jugak lah ..alhamdulillah...Kami terus ke resort yang kami booking di Pantai Teluk Nipah..The Hornbill Resort...


Dengan rate promosi sebanyak RM130 perday kira oklaa ..nak share lagi ok.. hehe... Seaview.. mengadap laut...Bleh nampak laut...besh sangat...sambil dengar hempasan ombak ke pantai...Check in bilik no 2...Ni laa biliknya...kira oklaa...Just for one night...Nak rest2 jer kan..Fully Air conditioned,Tv ada,Hot and cold shower, Breakfast and Balcony mengadap ke pantai..
Patutlaa panggil hornbill resort rupanya memang ada hornbill...banyak ekor lak tu...Ni hornbill..heheLepas solat sgala then kami pun pi laa ke pantai..Nak mandi manda lak..Lama tol tak mandi pantai..So apa lagi kami pun terjun lah ..Splashhh!Splashh!..Wahh best bangett...Sejukkk...wahh ada pasangan tu romantik gile mandi manda..opsss kesitu plak Ad kan..hehe...Tapikan bila nak naik ke ke pantai smula tengok dekat tangan melekat macam lumut2...Dah kotor rupanya air laut kat pangkor..hmmm...hampehh ...Then lepas tu kami naik ke biliklah..Malam plak makan besor..makan ikan bakar...Puluh-puluh gak habis makan malam tu...then soping2 apa yg patut..Lagi skali habis puluh2 ringgit jer..huhu..

Niat kami memang nak berehat jer di Pulau itu..Lupakan semuanya buat seketika...kesibukan kerja dan segalanya...Then kembali bekerja nanti nak rasa freshh jer fikiran ..Rasanya cukup singkat berada di Pulau Pangkor tu tapi kami rasa selesa dan puas bercuti disana.. Walaupun singkat tapi cukup bermakna dalam tafsiran diri masing-masing..Fikiran rasa lega dan fresh..Keesokannya kami checkout dalam pukul 12 tghri ..Shoping lagi apa yang patot..Then kami ambiklah Van penumpang dengan harga RM12 sehala sama seperti kami sampai hari sebelumnya...Kalau kongsi ramai2 dengan orang lain maybe akan lebih murah...



So Pulau Pangkor kami tinggalkan tepat 12.30 tghari ..


Sampai jeti Lumut around 1 ptg..terus cari makan dulu..Lepas makan terus balik lah ke Taiping semula..Tapi rush jugaklaa coz kawan ada hal pendaftaran pelajar baru di sekolahnya...Sebelum tu kami ke Taiping dulu cari tiket Ad nak ke KL laa pulekkk...Sib baik ada tiket pukul 6.30 ptg..Bas Transnasional...So balik CJ kejap pastu dalam pukul 6 ptg kawan Ad antar lah ke Hentian Bas Kamunting Taiping ...So berakhirlah percutian Ad di Perak selama dekat 4 hari yang sebetulnya plan hanya 3 hari ..terlebih sehari...hehe...So penghargaan yang tak terhingga buat kawan Ad sebab walaupun sibuk dengan hal sekolah yang akan dibuka masih ada kesempatan waktu untuk menemani Ad bercuti..Alhamdulillah...and appreciate it very much..Kalo datang Kelantan turn Ad plak kay..Kito jale jale di negeri Cik Siti Wan Kembe puloppss..ahaks..

Tak payah buat part 4 lah yea..Sambung terus ..hehe...Sampai dalam pukul 10.30 malam di stesen bas pudu...then Ad ambik train LRT Rapid KL ke Ampang....Senang sebab umah yang family adik Ad duduk tu sebelah je ngan LRT Station...hehe..tempat yang Ad selalu lepak kalo ke KL..Keesokkan harinya pagi2 lagi Ad mengidam nasik lemak Kg Melayu Ampang..Ermmm sedapp betull..Then pukul 12 tghri Ad ke Sogo jumpa kawan soping2 lagi..Kawan cari beg Ad plak terbeli beg kecik(bleh letak kasut tuu) lambang Manchester United..Dari RM 39 dummm turun sampai RM23...hehe...Kuat kuasa tawar menawar Ad kan...huhu...Beli kat Pertama Complex..Selepas tu kami ke Pavillion laa plak..sebab Ad tak pernah pegi ke situ ..Naik Lrt dan Monorail then jalan sikit sampailah ke Pavillion....Dont know what to do ...So tengok wayang lagi..Kali ni cite yang orang kata sedap..BRAINSCAN..Ada gaklaa part-part yang Ad dan kawan gelak besauu...Adeke patot bleh bertukar suami jadi isteri dan isteri jadi suami..hahaha...klakor siutt....Kira oklaa sebab orang blanja kan..haha...Tq kawan..hehe...Pastu kuar wayang minum kat Starbuck kejap sebelum balik...Tapikan baru jer tadi ada kawan sms tentang pelbagai jenama termasuk Starbuck... hmmm...kalau tahu awal2 tak gi minum pon..huhu..FREE PALESTINE....

So selepas tu Ad rush gak balik Ampang coz bas ke kg dalam pukul 9.30 malam..Sampai Ampang pukul 7.30 gitewww..Makan dan siap2....8.45 malam naik LRT Rapid KL lagi ke PWTC..Stesen yang terdekat dengan HENTIAN PUTRA...Stesen bas ke Pantai Timur...So bagi yang tatau..Ad kan Orang Kelantan..hehe..So balik Kelantan lerr..Naik bas SANI EXPRESS..Cukup selesa sebab Ad ambik seat sorang..Takdelaa sapa2 nak ngendeng2 kat bahu dalam bas kan..haha...Sampai around pukul 4.30 pagi..Jalan masuk ke rumah Ad kena lalu tanah perkuburan taww..Ada jalan lain tapi agak jauh sikit..So dalam gelap gulita redah jugaklaa jalan kampung tu..Tak jauh dalam 100 meter je kot tapi kiri tanah perkuburan dan kanan semak samun..huhu...Bayangkan 4.30 pagi..huhu...Naik gak bulu roma..So selamat lah sampai umah...habislah cerita cuti-cuti Mesia Ad ..hehe...jumpa di cuti2 akan datang yea kalau ada rezeki..insyallah..

Thursday 8 January 2009

PART TWO : VACATION

Masuk bahagian kedua percutian Ad di Perak... Kawan Ad masih bz dengan persiapan asrama sekolahnya..So pada pagi tu lepas breakfast Ad drive sorang-sorang ke Taman Tasik Taiping bukan nak gi joging tapi nak habiskan masa sebab kawan ada keje yang perlu diselesaikan.. Drive taklah lama sangat ke bandar Taiping tu.. Setengah jam tak sampai.. Maka sampailah di Taman Tasik Taiping..


Ad duduk ditepi tasik sambil memikirkan sesuatu..hehe.. Pikir apa daaa... Ada dua orang photographer duk tertunduk-tunduk snap gambar kat taman tasik tu... Mungkin mencari posisi yang sesweii untuk gambar kelihatan menarik.. Biasalah photographer..ada teknik2nya...Tak caya tanya si Nizam Photographer ada link blog dia di blog Ad ni... So sebelah petang lah dalam pukul bape ntah..Kami ke Kuala Kangsar plak..On the way singgah sekolah kawan Ad..Tapi duk sms kawan dia takdelaa plak kat umah..Tapi sempatlaa tengok2 sekolah SABK Maahad Yahyawiah Padang Rengas..Lepas tu kami ke Bandar Diraja Kuala Kangsar..Sempatlaa snap beberapa keping gambar..Masjid Ubbudiah Kuala Kangsar..Cantik masjid ni kan?..Selalu kalo berkaitan Perak ada laa gambar masjid ni..Cantik sungguh...





Selepas itu kami ke Muzium Diraja Negeri Perak..Hmmm bentuk muzium bagaikan sebuah rumah melayu lama yang cantik sangat ..Ini juga salah satu gambar yang sering dilihat bila artikel tentang Perak diterbitkan...

Kami just pusing2 bandar Kuala Kangsar ,bandar yang taklah besar mana pada pandangan kami..Selepas Kuala Kangsar kami plan ke Ipoh plak...Dalam masa lebih kurang sejam setengah kami sampai ke Ipoh Perak..Ibu negeri Perak..Pada malam tu kami pusing-pusing bandar Ipoh.. Try sms kawan kat Ipoh sekali lagi failed dia kat Penang laaa plak..So kami just pusing-pusing bandar..Masuk Greentown Mall kejap then terus gi makan kat gerai bergerak sebelah Dataran Bandaraya Ipoh..Malam jer ada gerai situ ...Makan nasi goreng ayam..Sedapp sebab kami memang lapo..hehe..

Selepas pada tu kami ke Gerbang Malam...Gerbang malam ni samalah macam Bazar Larut Malam kat Danau Kota Setapak Kuala Lumpur atau Wakaf Che Yeh di Kota Bharu..Tapi kalau tengok Wakaf Che Yeh lagi besau kawasannya...

Selepas puas pusing2 kat Gerbang Malam tu tengok2 jam dah 10.30 malam..Hmmm rasa ngantuk pun ada..Kawan Ad tak larat gak nak drive..So Ad je laa drive sampailah ke rumah..Aroound 12.30 kot sampai...Hmmm...Balik2 terus tido...Zzzzzz...

Wednesday 7 January 2009

PART ONE : VACATION

Percutian Ad bermula pada malam tahun baru..Ad just ambik bas ke Taiping..Naik bas Konsortium Express selama 5 jam setengah..Dalam pukul 4.30 pagi sampailah ke Hentian Bas Kamunting ,Taiping Perak...Just call my fren yang berada di Taiping suruh ambik..Sian dia tengah nyenyak tido dikejutkan Ad..hehe..Takpe berbakti pada kawan kan?..hehe..Dekat setengah jam jugak nak sampai ke CJ..Sampai-sampai jer terus tido..hehe..Ngantuk siott..
Then pagi tu kawan tanya nak kemana...Ad cakap tatau..Mana Ad tau Taiping ni...Plan nak ke Pangkor tapi kawan belum beres lagi kerjanya...So KIV dulu lah ke Pangkor ..So kami decide ke Bukit Merah Lake Town Resort..hehehe...So kawan tanya nak masuk waterpark tak?..Ad cakap tak yah lah kita masuk Drypark jer..So perjalanan selama berapa ek?..Lupa lak brapa lama perjalanan ke sana..Tak jauh sangat pun...Tiket RM25 sorang..So kami bermula dengan Pulau Orang Utan..Naik boat pelancong ke Pulau Orang Utan tu..So tengoklah orang utan..Nama apa ntah mamalia tu macam2 nama..Ada nama Mike,Adam,Illias,Sonia macam2 nama lagi lah.Tak banyak sangat dah tinggal orang utan tu...Datang dari Sarawak guider tu cakap..Bila suatu tempoh tertentu akan dihantar kembali ke Sarawak..Hmmm..So orang utan tu pun kira berhijrah untuk suatu waktu sahaja juga lah..hehe..Macam manusia gak ada yang berhijrahkan..Cuma bezanya orang utan tu dihijrahgkan tapi kita berhijrah..hehe..
Selepas Pulau Orang Utan kami ke Ecopark plak..Macam2 binatang ada..Macam Zoo laa plak..Banyak spesies2 binatang ada situ...Tapi kebetulan time tu pukul 12.30 tghari ada Animal Show..Wahh dasat burung kakaktua tu buat show..Main bola lah,main gelanglah,camana laa diorg ajar burung tu camtu...terhibur dengan show burung iteww..Ada gak enterframe show memerang dan beruk..haha..Beruk pun ada petik buah kelapa..Semua ada nama ..
Then last sekali naik HighLift Crane..Macam kete kabel tu..Lalu atas waterpark..Haha kawan Ad gayatla..terdiam dia sebab gayat...Tapi lalu atas waterpark tu rugi lak rasa tak ambik waterpark ..Kalo tak boleh mandi manda..Sambil tolak tolak atas ball besauu tu..bestnyeee..So lepas habis naik high lift crane tu so selesailah pakej Drypark tu...Macam tak puas tak ambik waterpark jer..Takpe lainkalilah kalo ada rezeki ke sana lagi..hehe..
Then tak sampai sehari pun lah kat situ tengok2 jam baru jer pukul 1.30ptg...Hmmm kawan cakap masih awal so dia cadangkan ke PENANG plak..So dia drive ke Penang laaa...Ingatkan jauh taklaa jauh sangat ponnn...Ish3 duk Perak ni leh gi balik hari jer ke Penang rupanya..So sampailah ke Penang dalam sejam lebih jer drive...Plus benti makan segala sampailah around pukul 3.30 ptg kot...Kawan Ad terus bawak ke QUEENSBAY MALL ..Ramai gilee orang aritu maybe sebab cuti umumkan...Parking pun sampai ke luar..Susah betul cari parking...Sampai jer terus cari surau nak solat kan..Wahh besauunyee surau diee..Tak sangka Penang punya shopping complex besar itu suraunyee..
Then sampai sana kawan ajak tengok wayang laa plak..Plan nak tengok BRAINSCAN tapi lewat laa plak shownye..So kami beli tiket HISTERIA show 5.15 ptg...So sempat laa solat asar dulu..Before that pusing2 dalam Queensbay tu jer lah..Sampai lah waktu tengok wayang tu..hehe..Best jugak cite HISTERIA tu ramai yang histeria tengok.... Kawan Ad pun ada menjerit2 manja giteww..haha...opss sori fren..Ad cool jer..ahaks..Dalam pukul 7 kot tamat wayang kami baliklah ke Perak kembali..Singgah di R&R mana ntah solat maghrib jap..Then berhenti makan kat area Simpang Taiping ..Pastu teruslah balik umah ..Sampai around 11.30 malam kot then terus solat dan tidooo..Habislah cerita 1hb Januari 2009... to be continued..sabau kay..hehehe...
p/s: Tiada gambar kay sebab ada ngan kawan..Nak tunggu gamba nanti lambat plak update blog ni...hehehe..

Tuesday 6 January 2009

KEMBALI SENYUM...

Baru jer sampai dari KL selepas percutian selama 5 hari ..Nanti nantilah Ad cerita yea Ad bercuti kemana.. :-)