Thursday 29 January 2009

PERNAHKAH KITA FIKIR...

Pernahkah kita fikir apa yang kita ada dan miliki bukannya kekal akan menjadi milik kita selama-lamanya?..

Pernahkah kita terfikir akan apa yang kita ada tiba-tiba hilang ?..

Pernahkah terfikir yang selalu kita peluk erat itu tiba-tiba terlepas pelukannya?..

Pernahkah kita fikir yang selama ini jelas dimata tiba-tiba kabur pandangannya?...

Pernahkah kita fikir yang kita sering usapkan itu hanya terasa anginnya sahaja?..

Pernahkah kita fikir yang kita gembira adanya tiba-tiba sedih hilangnya?..

Pernahkah kita fikir yang panas hembusan nafasnya kita rasa tiba-tiba sejuk saja rasa ?..

Pernahkah kita fikir yang jasad wujud depan mata hanya tinggal bayangan sahaja?

Pernahkah kita fikir yang hangat kita rasa tiba-tiba sejuk menggigil jadinya?

Pernahkah kita fikir yang dulu kita segala-galanya tetapi tidak lagi sekarang?

Pernahkah kita fikir yang janji dulu tinggal hanya janji?

Pernahkah kita fikir yang indahnya kita rasa menjadi suram dan sepi kembali?

Pernahkah kita fikir yang setia diucapkan itu terbuktikah akhirnya?

Pernahkah kita fikir yang kasih kita rasa itu tidak akan kekal erat memeluk hati?

Pernahkah kita fikir yang rindu yang sering kita damba itu bukan lagi untuk kita?



Aliff Oiam -

Kau Pergi Kerana Suka
Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hatimu
Kau berjanji akulah satu-satunya

Yang abadi hingga ke akhirnya
Kau genggam erat tanganku
Kau sambut cinta suciku
Kau hias indah hidupku

Kau beriku bahagia
Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk setia denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Maafkanku.. jika salahku..

Hulur tanganmu
Sambut cintaku
Aku tak sanggup bersendiri
Kembali kasih dalam hidupku
Cintaku tulus sejati..

Kau pergi dariku
Sendiri tanpamu
Mana janji-janjimu
Untuk berdua denganku

Hatiku terluka
Dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu..
Cintamu.. bukan untukku......



11 comments:

  1. pernah. pernah juga tak sedar perkara itu berlaku. lepas tu sedih.

    Tapi, bila lama². Cahaya tahu semua ada hikmahnya. Dan tak semua itu dijadikan buat kita. Ada yang singgah, sementara untuk beri kita pengajaran. Kita belajar sesuatu dr mereka.

    Ada juga yang buat kita berfikir. walau sebelum ini susah sangat nak gunakan akal ini.

    Alhamdulillah. Mata yang kabur kembali terang. Hati yang sakit kembali sembuh. Jiwa yang kacau kembali tenang. :)

    ReplyDelete
  2. CAHAYA-Bila lama2 kita rasa semuanya baru kita sedar dimana nilai diri kita..Masa dan keadaan membuatkan kita berfikir semuanya mempunyai hikmah yang tiada nilainya..
    Betul kata Cahaya ada yang singgah seketika untuk memberi kita pengajaran atas suatu hakikat hidup yang harus kita tempuh..Kita mampu berfikir untuk menilai baik buruk sesuatu perkara dan kembali pada asas hidup yang perlu kita lalui jalannya..dan jalan mana perlu kita elak..

    ReplyDelete
  3. Pernah. Dan selalu. Wajib berfikir sedemikian. Agar sentiasa menyedari hakikat kehidupan. Supaya hati sentiasa bersedia. Supaya kita lebih menghargai sesuatu sebelum tiada. Agar kita tidak lupa...bahawa dunia ini hanyalah sekadar sebuah persinggahan.

    ReplyDelete
  4. ZARA-Yup betul tu..Semua yang berlaku agar kita sedar tetang hakikat kehidupan..
    Agar kita lebih menghargai setiap yang hadir dalam hati dan diri kita...Kita belajar sesuatu..

    ReplyDelete
  5. pernah..

    memang sentiasa terfikir..

    tapi tu lah lumrah hidup,dunia ni cuma pinjam- pinjaman sahaja..Tuhan nak tarik sumer nikmat tu bila bila masa sahaja..

    ReplyDelete
  6. ♠pernah....dan setiap hari fikir.
    kalau kita kehilangan seseorang yg kita sayang
    bersedia kah kita menghadapi nyer....

    abg ad....ada ym tak?

    add yanie k...

    deejay_yanie

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  7. AXIM-Yup tuhan nak tarik bila2 masa saja..Kdg2 waktu yang kita tak sangka-sangka langsung..Yg mampu kita buat hanyalah pasarah dan terima semua itu sebagai takdir yg harus kita hadapi..

    ReplyDelete
  8. YANIE- Kita tidak boleh kata bersedia atau tidak kerana biasanya kita sudah semestinya tidak bersedia untuk menghadapinya..Tiba-tiba jer pergi..Dan apa yang kita mampu hanyalah berdoa moga semua itu menjadi suatu pengajaran yang amat berguna untuk diri..
    YM..adaaaa..nanti abg ad add k..:-)

    ReplyDelete
  9. sampai skang neh x abes2 pk lagi.. huhuhuhu.. Tapi pernah terfikir x.. " mengapa ada pertemuan kalo akhirnya hanya perpisahan???"

    ReplyDelete
  10. SIREBEN MERAH-Hmm tulaa pernah gak pk kenapalah adanya pertemuan kalau akhirnya perpisahan..tetapi bertemu dan berpisah org kata lumrah kehidupan..sampai masa nantipun kita akan berpisah juga..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)