Saturday 26 December 2009

REBAH DALAM SEDAR

Rebah dalam meneroka
Rebah dalam mencari
Rebah dalam mengintai

Rebah dalam meniti


Kadang-kadang jalan itu kita nampak

Kadang-kadang jalan itu kita kabur

Kadang-kadang jalan itu kita keliru

Kadang-kadang jalan itu kita rebah


Punah hasrat dibidas
Rosak hati ditawan
Beku niat dirasuk
Kaku jasad digoda

Menjulur kita henti
Merangkak kita jatuh
Berjalan kita rebah
Berlari kita sungkur

Tapi,

Syukur ALHAMDULILLAH,


Kita masih ada peluang
Kita masih ada masa

Kita masih ada ruang

Kita masih ada rasa


Untuk perbaiki diri

Untuk muhasabah diri

Untuk melihat kedalam diri

Untuk menafsir rasa diri


Moga jalan kita ditunjuk
Moga arah kita dipandu

Moga gerak kita dipantau

Moga rasa kita dibelai


Jalan kita diharapkan lurus

Arah kita diharapkan lancar

Gerak kita diharapkan telus

Rasa kita diharapkan sedar



Monday 21 December 2009

QANAAH



SYUKUR DALAM REZEKIMU
REDHA DALAM DUGAANMU
KEHIDUPAN TIDAK PERNAH JEMU
KEHIDUPAN TIADA JALAN PALSU

AKU SYUKURI NIKMAT
AKU SERLAHKAN HASRAT

AKU TERIMA AKIBAT

AKU PUSATKAN TEKAD


JALAN HIDUP KITA BERBEZA
BENTUK HIDUP KITA TIADA SAMA
REZEKI KITA ADA SEADANYA
HIKMAH KITA CANTIK ATURNYA

PELBAGAI DUGAAN KITA TEMPUH
PELBAGAI HALANGAN KITA REMPUH

KADANG-KADANG KITA LALU JALAN YANG AMPUH

KADANG-KADANG KITA MENITI TITI YANG RAPUH


ITU SEMUA UJIAN
ITU SEMUA HIKMAH
ADA PELBAGAI JALAN
ADA SEJALUR ARAH

KITA DIBERIKAN BANYAK PILIHAN
KITA DITUNJUKKAN PELBAGAI JALAN

HANYA KITA YANG BOLEH MENENTUKAN

BERPADA-PADA DALAM JALAN TINDAKAN


SYUKURI REZEKI YANG KITA ADA
REDHA UJIAN YANG KITA TEMPUH
WALAU DATANGNYA DENGAN PELBAGAI MEHNAH
JANGAN KITA PINGGIRKAN QANAAH

Thursday 17 December 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H...



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga dengan berakhirnya tahun hijrah 1430h ini akan mengakhirkan segala apa sahaja yang memberikan keburukan kepada kita dan dengan tibanya musim tahun 1431h ini akan membawa sinar baru dalam kehidupan kita dalam mencapai apa sahaja hajat dihati yang masih belum tertunai.Semoga tahun baru hijrah ini akan memberikan kita seribu satu kenikmatan hidup dalam apa sahaja ruang hidup yang kita terokai.Moga tahun baru hijrah ini juga akan membentengi diri kita dari melakukan apa sahaja kesilapan dan kesalahan baik disisi manusia malah yang lebih penting disisi ALLAH..Moga kita sama-sama dalam seru dan jalan yang sama menuju jalan yang diredhai dan dirahmati.INSYALLAH.

Dikesempatan ini AD mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431h.Moga kita dalam lindungi ALLAH sentiasa dan kita berdoa agar apa sahaja yang kita lalaui dan jalani dipermudahkan olehNYA..INSYALLAH..

Monday 14 December 2009

Aku pulangkan tadbir hati



Lagakmu kini culas
Senyummu kini hambar
Gerakmu kini lemah
Inginmu kini malas

Aku masih setia membelai
Aku masih setia mengasih
Aku masih setia menyayang
Aku masih setia melindung

Aku masih tegar menghubung
Aku masih tegar mengutus
Aku masih tegar menggerak
Aku masih tegar mencorak

Kau kembali terlihat yang dulu
Kau kembali menagih yang dulu
Kau kembali mengharap yang dulu
Kau kembali terpikat yang dulu

Wujudku kini seolah-olah tiada
Wujudku kini seolah-olah mainan
Wujudku kini seolah-olah bayang
Wujudku kini seolah-olah persinggahan

Aku tidak mampu mengubah rasa
AKu tidak mampu mewarna hajat
Aku tidak mampu mencerah pudar
Aku tidak mampu mengikis kehendak

Aku kembalikan tadbir hati
Aku kembalikan singgah rasa
Agar kau kembali bahagia
Agar kau kembali ceria

Setelah engkau melangkah pergi
Setelah engkau tinggalku sepi
Jangan pandang aku lagi disini
Kerana luang untukmu tiada lagi.

Monday 7 December 2009

Saat Kau Ku Buang


PUJUK KASIH DIBIAR
PELUK SAYANG DITOLAK

DAKAP KASIH DITEPIS

KATA SAYANG DIHERDIK


AKU SETIA PADA JANJI

AKU TETAP PADA MADAH

AKU CEKAL PADA UJI

AKU TABAH PADA DUGA


KU PUJUK DIRI

KU SABAR NANTI

KU TUNGGU JANJI

KU HARAP HATI


SEMUA CARA KU LAKUKAN

SEMUA JALAN KU REDAH

SEMUA LANGKAH KU ATUR

SEMUA HENDAK KU BERI


AKU GAGAL MENANGI HATI

AKU TEWAS PUJUK DIRI

AKU KALAH TAMBAT RASA
AKU KECUNDANG IKAT JASA


AKU ATUR LANGKAH PERGI

AKU GERAK LANGKAH MENJAUH

AKU MULA LANGKAH LALU

AKU ANGKAT LANGKAH PILU


ITU SAHAJA JALAN

ITU SAHAJA LANGKAH

ITU SAHAJA CARA

ITU SAHAJA MASA


SAAT KAU KU BUANG HATI

SAAT KAU KU LEPAS PERGI

SAAT KAU KU TOLAK JATUH

SAAT KAU KU PATAH LURUH


USAH PANGGIL LAGI RASA

USAH TARIK LAGI JIWA

SEKALI AKU TERASA

SELAMANYA AKU KECEWA