Monday 21 December 2009

QANAAH



SYUKUR DALAM REZEKIMU
REDHA DALAM DUGAANMU
KEHIDUPAN TIDAK PERNAH JEMU
KEHIDUPAN TIADA JALAN PALSU

AKU SYUKURI NIKMAT
AKU SERLAHKAN HASRAT

AKU TERIMA AKIBAT

AKU PUSATKAN TEKAD


JALAN HIDUP KITA BERBEZA
BENTUK HIDUP KITA TIADA SAMA
REZEKI KITA ADA SEADANYA
HIKMAH KITA CANTIK ATURNYA

PELBAGAI DUGAAN KITA TEMPUH
PELBAGAI HALANGAN KITA REMPUH

KADANG-KADANG KITA LALU JALAN YANG AMPUH

KADANG-KADANG KITA MENITI TITI YANG RAPUH


ITU SEMUA UJIAN
ITU SEMUA HIKMAH
ADA PELBAGAI JALAN
ADA SEJALUR ARAH

KITA DIBERIKAN BANYAK PILIHAN
KITA DITUNJUKKAN PELBAGAI JALAN

HANYA KITA YANG BOLEH MENENTUKAN

BERPADA-PADA DALAM JALAN TINDAKAN


SYUKURI REZEKI YANG KITA ADA
REDHA UJIAN YANG KITA TEMPUH
WALAU DATANGNYA DENGAN PELBAGAI MEHNAH
JANGAN KITA PINGGIRKAN QANAAH

6 comments:

  1. salam ad,

    so apa itu qanaah?

    Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah itu mengandungi lima perkara, iaitu

    1. Menerima dengan rela akan apa yang ada

    2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut, dan berusaha

    3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan

    4. Bertawakal kepada Tuhan

    5. Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

    Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

    yup, syukur dgn apa yg kita ada setelah usaha
    huuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. very nice words of wisdom..

    p/s: salam ziarah..a great blog indeed!!

    ReplyDelete
  3. ...kekadang kita sentiasa mahukan aper yg kita ingini... tetapi kita terlupa...tak semua yg kita mahukan...akan kita dapat..... so, aper yg kita ada skang nih.... terima la seadanya dgn hati yg tenang dan sentiasa bersyukur... jaga lah ia sebaik mungkin sebelum hilang dari pandangan mata.....

    ReplyDelete
  4. BLUECITY- Betul dah tu apa City komen tu..berpada2 dan cukup dengan apa yg ada...tidak berlebih2..

    ReplyDelete
  5. ASHABULS- Tq coz singgah..dan membaca blog Ad..:-)

    ReplyDelete
  6. YANIE-Hmmm mmg begitu sifat manusia selalu mengingini sesuatu yg kadang2 tak tercapai dek tangan..selalu mendambakan yang luar dari kerangka mampu..Setuju dengan Yanie kita harus bersyukur dengan apa yang ada hari ini dan menjaganya agar kita tidak hilang..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)