Saturday 31 December 2011

HAPPY NEW YEAR 2012

Kita tinggalkan masa itu

Kita lupakan masa itu

Masa yg buat kita derita

Masa yang buat kita sedih


Tahun baru bakal menjelma

Kita bina impian baru

Kita orak langkah baru

Mencari bahagia yang satu


Masa lalu kita biarkan pergi

Masa lalu kita hapus semua baki

Agar langkah seterusnya lancar

Dalam mencari jalan sinar


Tahun 2012 kita tunggu

Agar cita-cita dan azam terlaksana

Mungkin dulu kita leka

Dalam saki baki duka


Tahun 2012 kita nanti

Agar semua terlaksana hajat dihati

Moga hajat dilaksana dengan teliti

Moga ALLAH sentiasa merestui

NUKILAN RASA : AD RIFZA 12.30 TGHARI

31 DISEMBER 2011

DI KESEMPATAN INI BLOG MELANKOLIK AD RIFZA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2012.MOGA TAHUN 2012 MENJANJIKAN SERIBU SATU KEMANISAN DALAM MENCAPAI HAJAT DIHATI KITA SEMUA.MOGA TAHUN BARU 2012 MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA , APA YANG PENTING KITA LEBIH BAIK DI SISI ALLAH..INSYALLAH.SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012 SEMUA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG MELANKOLIK AD RIFZA.MOGA TAHUN 2012 BLOG INI AKAN TERUS ADA KARYA ASLI YANG IKHLAS DARI HATI HANYA UNTUK TATAPAN PEMBACA BLOG MELANCHOLIC HYPHOTHESIS.HARAP DIMAAFKAN SEGALA SALAH SILAP YANG SEDAR ATAU TIDAK .KITA BINA UKHUWWAH YANG SUCI SESAMA UMAT DALAM MENERUSKAN AGENDA HIDUP SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA.INSYALLAH..

Monday 12 December 2011

Aku Cari Aku Rasa Ada


Aku tercari-cari dimana
Aku mencari dikiri

Aku mencari dikanan

Aku mencari tanpa henti


Aku lihat bayang

Aku lihat kelibat

Sememangnya ia bayang

Sememangnya ia kelibat


Namun aku terus mencari

Aku terus menelusuri

Agar apa yang aku cari

Aku dapat kecapi


Nikmat indah aku agak

Hasrat manis aku fikir

Jika hajat aku tertegak

Jika hasrat aku terhasil


Gerak itu aku nampak

Hawa itu aku rasa

Dekat jarak aku agak

Hampir aku dalam merasa


Mungkinkah ianya ada

Mungkinkah ianya wujud
Agar aku berlagu nada

Moga aku syukur dalam sujud


Nukilan Melankolik AD Rifza
12 Disember 2011 : 10.35 malam

Saturday 10 December 2011

Langkah belum pasti



Pagi yang dingin

menusuk tulang diri

menepis panas sepi

mengorak sinar abadi


dalam mencari langkah
dalam mencari selera

ada sahaja helah

ada sahaja derita


kita masih mencuba

kita masih meneroka

agar apa yang dicita

kelak menjadi jaya

langkah kadangkala lesu
langkah kadangkala sepi

langkah kadangkala seteru

langkah kadangkala benci


selera itu tetap satu

selera itu tetap jitu

untuk mendapat restu

untuk mendapat rindu


walau apa sahaja cuba

walau apa sahaja duga

langkah tetap diteroka

agar hasrat itu setia

walau berbulan langkah
walau bertahun langkah

selagi hasrat itu tiada hasil

selagi hasrat itu tiada nilai


aku akan terus melangkah

aku akan terus mencari

agar adanya henti langkah

dalam suatu masa suatu hari


Melankolik diri 5.16am 10 Disember 2011

Monday 5 December 2011

Puasa 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka”.

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: “Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W: “Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!”.

Rasulullah saw menganjurkan agar berpuasa di hari-hari diluar bulan Ramadhan, diantaranya adalah hari asy Syura, sebagaimana diriwayatkan dari Muawiyah bin Abu Sofyan berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya ini adalah hari asy Syura dan tidaklah diwajibkan terhadap kalian untuk berpuasa (di hari ini). Dan aku saat ini berpuasa maka barangsiapa yang ingin berpuasa (maka berpuasalah) dan barangsiapa yang ingin berbuka (tidak berpuasa) maka berbukalah.” (Muttafaq Alaihi)

Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahwa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi)

Dari Abu Musa al Asy’ariy berkata,”Hari asy Syura’ diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan mereka pun menjadikannya sebagai hari raya. Dan Rasulullah saw bersabda,’Berpuasalah kalian (di hari ini).” (Muttafaq Alahi). (Markaz al Fatwa no. 32561)

Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad).

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” – Riwayat Al Baihaqi.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.).

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

Sumber zam70wordpress dan FB Nik Shahril