Saturday 26 December 2009

REBAH DALAM SEDAR

Rebah dalam meneroka
Rebah dalam mencari
Rebah dalam mengintai

Rebah dalam meniti


Kadang-kadang jalan itu kita nampak

Kadang-kadang jalan itu kita kabur

Kadang-kadang jalan itu kita keliru

Kadang-kadang jalan itu kita rebah


Punah hasrat dibidas
Rosak hati ditawan
Beku niat dirasuk
Kaku jasad digoda

Menjulur kita henti
Merangkak kita jatuh
Berjalan kita rebah
Berlari kita sungkur

Tapi,

Syukur ALHAMDULILLAH,


Kita masih ada peluang
Kita masih ada masa

Kita masih ada ruang

Kita masih ada rasa


Untuk perbaiki diri

Untuk muhasabah diri

Untuk melihat kedalam diri

Untuk menafsir rasa diri


Moga jalan kita ditunjuk
Moga arah kita dipandu

Moga gerak kita dipantau

Moga rasa kita dibelai


Jalan kita diharapkan lurus

Arah kita diharapkan lancar

Gerak kita diharapkan telus

Rasa kita diharapkan sedar



Monday 21 December 2009

QANAAH



SYUKUR DALAM REZEKIMU
REDHA DALAM DUGAANMU
KEHIDUPAN TIDAK PERNAH JEMU
KEHIDUPAN TIADA JALAN PALSU

AKU SYUKURI NIKMAT
AKU SERLAHKAN HASRAT

AKU TERIMA AKIBAT

AKU PUSATKAN TEKAD


JALAN HIDUP KITA BERBEZA
BENTUK HIDUP KITA TIADA SAMA
REZEKI KITA ADA SEADANYA
HIKMAH KITA CANTIK ATURNYA

PELBAGAI DUGAAN KITA TEMPUH
PELBAGAI HALANGAN KITA REMPUH

KADANG-KADANG KITA LALU JALAN YANG AMPUH

KADANG-KADANG KITA MENITI TITI YANG RAPUH


ITU SEMUA UJIAN
ITU SEMUA HIKMAH
ADA PELBAGAI JALAN
ADA SEJALUR ARAH

KITA DIBERIKAN BANYAK PILIHAN
KITA DITUNJUKKAN PELBAGAI JALAN

HANYA KITA YANG BOLEH MENENTUKAN

BERPADA-PADA DALAM JALAN TINDAKAN


SYUKURI REZEKI YANG KITA ADA
REDHA UJIAN YANG KITA TEMPUH
WALAU DATANGNYA DENGAN PELBAGAI MEHNAH
JANGAN KITA PINGGIRKAN QANAAH

Thursday 17 December 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H...



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga dengan berakhirnya tahun hijrah 1430h ini akan mengakhirkan segala apa sahaja yang memberikan keburukan kepada kita dan dengan tibanya musim tahun 1431h ini akan membawa sinar baru dalam kehidupan kita dalam mencapai apa sahaja hajat dihati yang masih belum tertunai.Semoga tahun baru hijrah ini akan memberikan kita seribu satu kenikmatan hidup dalam apa sahaja ruang hidup yang kita terokai.Moga tahun baru hijrah ini juga akan membentengi diri kita dari melakukan apa sahaja kesilapan dan kesalahan baik disisi manusia malah yang lebih penting disisi ALLAH..Moga kita sama-sama dalam seru dan jalan yang sama menuju jalan yang diredhai dan dirahmati.INSYALLAH.

Dikesempatan ini AD mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431h.Moga kita dalam lindungi ALLAH sentiasa dan kita berdoa agar apa sahaja yang kita lalaui dan jalani dipermudahkan olehNYA..INSYALLAH..

Monday 14 December 2009

Aku pulangkan tadbir hati



Lagakmu kini culas
Senyummu kini hambar
Gerakmu kini lemah
Inginmu kini malas

Aku masih setia membelai
Aku masih setia mengasih
Aku masih setia menyayang
Aku masih setia melindung

Aku masih tegar menghubung
Aku masih tegar mengutus
Aku masih tegar menggerak
Aku masih tegar mencorak

Kau kembali terlihat yang dulu
Kau kembali menagih yang dulu
Kau kembali mengharap yang dulu
Kau kembali terpikat yang dulu

Wujudku kini seolah-olah tiada
Wujudku kini seolah-olah mainan
Wujudku kini seolah-olah bayang
Wujudku kini seolah-olah persinggahan

Aku tidak mampu mengubah rasa
AKu tidak mampu mewarna hajat
Aku tidak mampu mencerah pudar
Aku tidak mampu mengikis kehendak

Aku kembalikan tadbir hati
Aku kembalikan singgah rasa
Agar kau kembali bahagia
Agar kau kembali ceria

Setelah engkau melangkah pergi
Setelah engkau tinggalku sepi
Jangan pandang aku lagi disini
Kerana luang untukmu tiada lagi.

Monday 7 December 2009

Saat Kau Ku Buang


PUJUK KASIH DIBIAR
PELUK SAYANG DITOLAK

DAKAP KASIH DITEPIS

KATA SAYANG DIHERDIK


AKU SETIA PADA JANJI

AKU TETAP PADA MADAH

AKU CEKAL PADA UJI

AKU TABAH PADA DUGA


KU PUJUK DIRI

KU SABAR NANTI

KU TUNGGU JANJI

KU HARAP HATI


SEMUA CARA KU LAKUKAN

SEMUA JALAN KU REDAH

SEMUA LANGKAH KU ATUR

SEMUA HENDAK KU BERI


AKU GAGAL MENANGI HATI

AKU TEWAS PUJUK DIRI

AKU KALAH TAMBAT RASA
AKU KECUNDANG IKAT JASA


AKU ATUR LANGKAH PERGI

AKU GERAK LANGKAH MENJAUH

AKU MULA LANGKAH LALU

AKU ANGKAT LANGKAH PILU


ITU SAHAJA JALAN

ITU SAHAJA LANGKAH

ITU SAHAJA CARA

ITU SAHAJA MASA


SAAT KAU KU BUANG HATI

SAAT KAU KU LEPAS PERGI

SAAT KAU KU TOLAK JATUH

SAAT KAU KU PATAH LURUH


USAH PANGGIL LAGI RASA

USAH TARIK LAGI JIWA

SEKALI AKU TERASA

SELAMANYA AKU KECEWA

Sunday 29 November 2009

Ujian dariNYA..

Entri kali ni lari sikit dari entri sebelum ini..Tiada puisi mengindah bicara.Hanya renungan untuk diri dan juga perkongsian rasa dengan orang lain dalam tafsiran diri yang mungkin diterima atau tidak oleh manusia2 lain.Moga kita dalam satu jalan yang menuju suatu destinasi yang sama.Destinasi yang membuatkan kita faham dan jelas tentang keperluan kehidupan yang kita hadapi secara sementara ini.

Dalam hidup ini kita sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak putus-putus...Ada yang membuatkan kita kecewa dan ada yang membuatkan kita putus asa..Ujian didatangkan dengan pelbagai bentuk malah kadang2 kita tidak pernah terfikir tentang dugaan yang kita hadapi itu..Tidak pernah terfikir langsung kita akan hadapi.Tapi itulah namanya ujian yang akan datang bila2 masa dan ketika..Saat kita gembira tiba-tiba ianya datang membuatkan kita murung dan sedih.Tidak kira masa ianya datang..Malah dalam gelak ketawa kita tiba-tiba bertukar tangisan.


Sebab itulah kita sentiasa diingatkan tentang keinsafan dan kematian.Bila-bila masa ianya akan datang.Bukan kita tidak boleh bergembira tapi gembira ada batasnya.Jangan sampai kita menolak dan mengabaikan tanggungjawab kita padaNYA..Dalam kegembiraan dan kesenangan hidup didunia jangan kita lupakan alam yang satu lagi,alam yang akan kita hadapi juga suatu hari nanti.Alam yang tiada siapa dapat menolong kecuali amalan2 kita sendiri.

Dalam hidup kita diuji dengan kesengsaraan jiwa dan rasa .Kesedihan yang dihadapi yang merobek rasa yang ada.Malah kita lemah dan longlai dalam menghadapinya..Tidak mampu dan tiada kuasa untuk menghadapinya.Malah kita hanya mampu menerima ujian itu tanpa ada apa-apa penyelesaian.Takdir itu datang juga kepada kita.

Mungkin kita rasakan kenapa kita diuji..Kenapa?..Sedangkan orang lain senang lenang tanpa ujian..Gelak gembira dengan harta dan kesenangan yang melimpah ruah.Ada kehidupan yang sempurna..malah terlalu sempurna hidup mereka.Petik jari semua mereka boleh dapat.Perlukah kita membandingkan diri kita dengan mereka?.Perlukah?Kita tidak rasakah yang kita ini terpilih dalam menerima ujian..Tidakkah kita fikir yang ALLAH menyayangi kita sebab itu kita diuji.Orang lain mungkin masih belum terpilih untuk menerima ujian yang kita hadapi...Kita terpilih..Ya kita terpilih..Terpilih dalam keizinan ALLAH untuk kita merasai ujian dan dugaan hidup.Kerana dengan ujian itulah kita masih boleh menegnal diri dan yang paling penting mengenal pencipta ALLAH s.w.t . DIA memberikan kita ujian dan dugaan agar kita menjadi lebih baik.


Kita bertuah sebenarnya menerima ujian tersebut kerana orang lain tiada kesempatan merasakan apa yang kita rasa.Dengan ujian itu kita akan sedar diri dan menginsafi diri .Kita akan merasakan bahawa semua yang ada diatas dunia ini adalah HAK ALLAH..Bukan hak kita..

So berjalanlah dan carilah apa yang ada diatas mukabumi ALLAH ini dengan rendah diri pada ALLAH..Buatlah apa sahaja yang mendapat REDHANYA bukan MURKANYA...INSYALLAH, ALLAH akan membantu kita dari segenap penjuru..Yakinlah akan takdirNYA..Takdir yang diturunkan kepada hambaNYA yang disayangi.Agar betul perjalanan hidup selari dengan aturan tabii hidup yang berlandaskan peraturan-peraturan yang jelas dan nyata.

Wednesday 25 November 2009

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Salam Aidul Adha Ad ucapan kepada semua bloggers dan pembaca setia blog Ad.Moga Hari Raya Aidil Adha ini menjadi satu bukti yang kita mampu membuat pengorbanan seluruh jiwa dan raga demi ALLAH . Moga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s menjadi satu panduan untuk kita lebih bersemangat dan yakin bahawa pengorbanan yang kita lakukan akan dibalas dengan hikmah yang tiada tolok bandingnya.. Hikmah yang bersembunyi..Marilah sama-sama kita membersihkan diri kita , keluarga kita dan teman-teman kita dengan cahaya NUR Islam. Bekorbanlah apa sahaja demi ALLAH. INSYALLAH kita akan dapat ganjaran dari ALLAH. Selain daripada itu kita mampu melihat dan meneliti perayaan yang kita sambut ini dengan satu pengajaran dalam kehidupan yang kita lalui. INSYALLAH

Bagi yang pulang ke kampung hati-hatilah dijalan raya..Semoga selamat sampai dan kembali nanti.Dan hayatilah sepenuh jiwa dan raga kita erti pengorbanan yang sebenar.Pengorbanan yang membuatkan kita tidak rugi walau satu sen sekalipun malah ganjaran ALLAH amat besar untuk kita.INSYALLAH..Selamat bekorban..

Friday 20 November 2009

BERDIRI ,BERJALAN DAN MENCARI

SALAM BLOGGERS DAN PEMBACA SETIA BLOG MELANCHOLIC HYPHOTHESIS. TERIMA KASIH MASIH SETIA DAN SANGGUP MEMBACA TITIPAN DALAM BLOG AD RIFZA INI. MOGA TERUS SETIA MEMBACA DAN CUBA MEMAHAMI APA SAHAJA YANG TERSIRAT DISEBALIK TITIPAN MELANCHOLIC ADRIFZA. TERIMA KASIH. SEPERTI YANG AD JANJIKAN DI ENTRI BLOG YANG LEPAS ENTRI INI ADALAH PUISI YANG TERTANGGUH UNTUK DITITIPKAN DISINI.ASYIK ENTRI LAIN SAHAJA MELINTAS ENTRI INI. KALI NI ADA KESEMPATAN. JADI JANJI SUDAH TERTUNAI. BACALAH DAN HAYATILAH PUISI INI .

BERDIRI AKU DISINI
MENCARI APA YANG PASTI

DALAM SERBA KURANG DIRI

MENEPIS TOHMAH DAN CACI


JASAD INI TERUS BERJALAN

MENGIKUT PUTARAN MASA

WALAUPUN TEMPUHI BANYAK JALAN

YANG MAKIN KABUR DENGAN MASA

KADANG-KADANG AKU TEWAS LEMAH
KADANG-KADANG AKU GAGAH KUAT
MENGHADAPI SEMUA MEHNAH
MENGHARUNGI DUGAAN HEBAT

WALAU DUGANYA BERLIKU
WALAU ALURNYA DALAM

KETERPAKSAAN INI PANTAS BERLALU

PAHIT INI HARUS DITELAN


ARUS INI SELALU ADA

JEJAK INI SEBAGAI ALAMAT

MOGA TAKDIR INI REDHA

MOGA HIKMAH INI RAHMAT

Saturday 7 November 2009

BANJIR : Peristiwa Nostalgia

Tepi rumah
Depan rumah


Depan rumah

Posing dalam banjir..hehe

Salam bloggers..hmmm smalam 6hb November 2009 Kelantan mula dilanda banjir selepas hujan turun tidak berhenti2 selama 2 hari..Di kampung Ad tidak terkecuali bila tiba musim tengkujuh ni..Malah biasanya 3-4 kalilah banjir kalau musim ini..Air banjir kali ni besar sikit dari tahun lepas.Naik sampai 2 anak tangga rumah..

Oleh kerana Ad ada ternakan yang dibela so operasi menyelamat dijalankan..Kambing dan ayam tak terjejas sangat sebab kandang dan reban di tanah yang tinggi. Itik jer masalah sebab reban dimasuki air paras lutut dan itik kesejukan..Ad alihkan ke tempat yang lebih selamat jika air naik lagi..Penat gak camni..Mungkin lainkali kena buat reban kat tempat yang tak naik air jer..Kambing plak bila banjir cerewet sikit .Ada 14 ekor semuanya..Risau gak kalau2 ada yang kembong perut.Kembong perut bagi kambing akan menyebabkan mati..Tu yang risau..Kambing tak bleh sejuk2 kena hujan..Thats why Ad kurung jer dalam kandang dan bagi makan “pellet” dedak untuk kambing..Ayam plak takpe..Senang sikit..Bagi jer makan dekat reban..Ayam ni tahu masuk dan keluar reban sendiri..So senang nak jaga.Ada dekat 50 ekor ayam kampong yang Ad bela secara lepas bebas.Harap2 janganlah banjir besar..Kalau besar lagilah kesian kat ternakan tu..Tuannya pun kesian gak sakit-sakit urat dah ni..hehe…Itulah hobi Ad membela ternakan sambil-sambil dapatlah sikit2 duit kan..Tak banyak pun..Sebab jarang2 jer jual pun..Kalau nak buat besar2 maunya kena berhenti keje…

Then satu lagi cerita pada hari banjir ni kereta Ad mati..Enjin masuk air..Malang sungguh kan..Ad nak ke pekan Machang…banyak jalan yang air naik..so mula2 masuk town tu dah harung air but kereta masih lagi ok..Bila nak balik plan lalau jalan lain..Ad ingatkan air kat jalan tu tak dalam..Ya lah kalau fikirpn takdelaa sampai enjin pun..Ad redahh jer air tu then bila nak lepas kereta Ad mati tiba-tiba..Adusss…buat hal laa plak..Yang aku pi redah air tu kenapa plak..huhu..nasibbb kan..start2 tak nak idup..Ad pun kuarlah…Air takat betis jer..Ad dengan anak buah masa tu..dengan hujan lebat..basah lenjun habis..Then ada sorang mamat yang baik hati tolong tolak kereta tu..ke tepi jalan..Then Ad call pomen yang biasa repair kereta tu..Pomen lak takde..Anak buah dia pun takada..Petang baru ada.Ad tinggal jerlaa kereta tu tepi jalan..Petang dalam pukul 4 baru pergi semula then try start tak idup2 jugak..call pomen ..beberapa minit pekerja dia datang..Dia check2 mmg dah takleh start ,dia kata enjim masuk air dah..kena buka semua enjin..adusss seteruk ini ke Ad fikir..Then dia tariklah kereta tu ke bengkel..So katanya 3-4 hari kena repair..huhu..Yang tu Ad tak kisah sangatlah maybe bleh pinjam kereta adik tapi ongkosnya pak..aduss…Taktaulah berapa plak Ad akan habis untuk kereta tu nanti..Harap2 taklah banyak..Tapi ada kata makan ribu..Aduss mak aiii banyak tu mana nak cekau duit nanti..Kena soft loan lah agaknya..uhukk…Mood pun asyik fikir kereta jer..Harap2 lah tak rosak banyak..Lenkali tak mo dah redah air..Kena cari jalan lain walaupun jauh..huhu..Pengajarankan..Kita belajar dari kesilapan..Tapi dengan peristiwalah kita akan belajar dan memahami sesuatu…Pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik..So habislah cerita bab banjir..Sambil-sambil tu ada gak terfikir2 malam tadi so lahirlah sebuah puisi..Ada puisi jugak ke entri camni...hehehe..
TAKDIR

Dalam sedut nafas diri
Dalam gerak langkah diri
Dalam atur fikir diri
Dalam nasib takdir diri

Kita sering diuji
Kita sering diduga
Kita sering dicuba
Kita sering dicabar

Kadang-kadang kita kuat
Kadang-kadang kita lemah
Kadang-kadang kita tiada kudrat
Kadang-kadang kita tiada arah

Walau tidak mahu ianya tetap datang
Walau tidak ingin ianya tetap hampir
Walau tidak nampak ianya tetap terjadi
Walau tidak fikir ianya tetap muncul

Duga ini harus jua ku tanggung
Ujian ini harus jua ku ambil
Cabaran ini harus jua ku hadapi
Cubaan ini harus jua ku terima

Ya Allah
Aku mohon padaMU
Ampunkan silapku
Maafkan salahku
Berilah takdir yang baik bagiku
Berilah nasib yang baik bagiku


Friday 30 October 2009

BERHENTI BERHARAP

AD tidak bisa menitipkan entri seperti yang AD janjikan pada entri yang lepas kerana sebelum sempat AD menitipkan entri yang dijanjikan AD dilintas oleh entri ini yang seolah-olah tidak sabar ingin memasuki entri blog Melankolik ini.. AD tidak bisa menghalang lintasan entri ini daripada wujud diblog melankolik ini kerana mungkin melankolik menjemputnya lebih awal supaya ada disini di entri ini. Entri seperti yang dijanjikan akan ditangguh lagi untuk entri yang akan datang.Entri ini harus juga dititipkan disini agar RASA ini bebas dan tidak terkurung sepi. Terimalah puisi AD kali ini dengan BERHENTI BERHARAP menjadi entri di blog melankolik kali ini.. Terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca melancholic hyphothesis.

BERHENTI BERHARAP

Aku tidak mampu lagi berharap

Harapkan siang ,siang akan berganti malam

Harapkan malam,malam berganti siang

Harapkan matahari ,matahari akan tenggelam

Harapkan bulan,bulan akan terselindung


Setiap harapan tidak semesti dapat

Setiap harapan tidak semestinya kekal

Setiap harapan tidak semestinya digenggam

Setiap harapan tidak semestinya akan satu


Aku bisa menangis sedu

Aku bisa berteriak kuat

Aku bisa berlari laju

Aku bisa menumbuk padu


Tetapi,

Aku tidak bisa mengubah keadaan

Aku tidak bisa mencorak rasa

Aku tidak bisa menepis kata

Aku tidak bisa menongkah hasrat


Apa yang pasti

Apa yang sahih

Apa yang nampak

Apa yang mampu


Aku berhenti berharap..

Pada suatu yang tidak pasti..

Pada suatu yang tidak peduli

Pada suatu yang tidak endah

Pada suatu yang tidak kisah.

Wednesday 28 October 2009

JEJAKI LANDAS INI


Jejak ini
Langkah ini


Pada landas ini
P
ada jalan ini
Pada arah ini

Pada arus ini


Aku harus juga terbang
Aku harus juga telusuri

Aku harus juga rentasi

Aku harus juga harungi


Andai landasan ini berlubang
Andai jalan ini berliku

Andai arah ini bercabang

Andai arus ini deras


Aku sanggup tergelincir
Aku sanggup terbabas

Aku sanggup sesat

Aku sanggup lemas


Kerana aku yakin
Landas aku akan kembali rata
Jalan aku akan kembali lurus
Arah aku akan kembali satu
Arus aku akan kembali tenang

Saat itu ketika itu
Tiada lagi mungkir

Tiada lagi singkir

Tiada lagi pinggir

Tiada lagi kikir



p/s:Sebenarnya AD nak post entri yang ada dalam hp AD seperti yang AD nyatakan pada entri yang lepas tetapi bila masuk ke blog untuk menaip entri tersebut lain pulak fikiran yang datang tiba-tiba AD menaip jer apa yang terlintas difikiran AD tidak sampai 10 minit lahirlah puisi seperti diatas.. Tidak semena-mena fikir itu datang dan dititipkan disini menjadi satu entri yang bertajuk JEJAKI LANDAS INI..Fahami dan selamilah puisi ini dan anda akan memahami sesuatu berdasarkan diri anda.. Mungkin setiap orang akan memahaminya berdasarkan persepsi masing-masing dan AD akan fahaminya berdasarkan persepsi Ad sendiri.. Selamat cuba memahami.. hehe..Entri seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas akan ditunda untuk entri yang akan datang...hehe

Friday 23 October 2009

Satu Masa

SALAM BLOGGERS...DUK BELEK-BELEK HP TERNAMPAK SATU PUISI SPONTAN YANG TERTAIP DALAM HP AD SAMBIL-SAMBIL DUK BARING-BARING ATAS KATIL..HEHE.. .. DAH LAMA JUGAK KOT DALAM HP.. BIASALAH BILA RASA ITU DATANG TERUS JER TAIP DAN SAVE DALAM HP.. ADA LAGI SATU NANTI AD POST ENTRI AKAN DATANG K... ENTRI PUISI NI KADANG-KADANG DATANG SONTAN JER THEN AD TAIPLAH..SO KALAU DILIHAT DAN BACA BLOGGERS DAN PEMBACA DAPAT RASAKAN IANYA BUKAN SATU RASA SAHAJA YANG ADA.. ADA PELBAGAI RASA..BERCAMPUR-CAMPUR..TAPI MOSTLY BANYAK YANG MELANKOLIK LAA COZ SESUAI DENGAN TAJUK BLOG KAN..HEHE.. ACTUALLY MUNGKIN BILA BLOGGERS ATAU PEMBACA BLOG MEMBACA PUISI AD MEREKA AKAN DAPAT SESUATU.. MUNGKIN JUGA BOLEH MEREDAKAN RASA YANG ADA... MUNGKIN JUGA AKAN BERASA PUAS DENGAN MEMBACANYA SEOLAH-OLAH BERLAKU TERHADAP DIRI SENDIRI.. ITU TIDAK BERMAKNA KITA TERKURUNG DALAM RASA YANG ADA..KERANA KADANG-KADANG KITA PERLU MELUAHKAN APA YANG TERASA DAN TERBUKU DIHATI AGAR SEMUANYA LEPAS DAN REDA..AM I RIGHT?..HEHE.. SO BACA DAN RASAILAH PUISI AD NI MUNGKIN ANDA DAPAT SESUATU.. :-)

SATU MASA ITU HADIR
AKU LIHAT KETAWA

AKU LIHAT KECEWA

AKU LIHAT BAHAGIA

AKU LIHAT DERITA


PERANCANGAN HIDUP KADANG-KADANG TERSASAR

PENGATURAN HIDUP KADANG-KADANG PUDAR

PERJALANAN HIDUP KADANG-KADANG BERLIKU

PERSEDIAAN HIDUP KADANG-KADANG BUNTU


HARUSKAH AKU PILIH

PERLUKAH AKU CARI

MUNGKINKAH AKU BERSILIH

ADAKAH AKU TEMUI


LIKUNYA LEBAR

ALURNYA DALAM

ARUSNYA DERAS

ARASNYA TENGGELAM


CUBAAN TETAP DATANG
UMPATAN TETAP DENGAR

SEBUTAN TETAP RANCANG

BISIKAN TETAP HINGAR


BERAPA LAMA HARUSKU TEPIS

BERAPA LAMA HARUSKU TANGKIS
S
EJAUHMANA HARUSKU ABAI
SEJAUHMANA HARUSKU KECAI


SATU MASA SAAT ITU HADIR

SATU MASA SAAT ITU HAMPIR

MASA ITU HADIR AKU REDHA

MASA ITU HADIR AKU PASRAH


MOGA TUHAN TUNJUKKU JALAN.

Saturday 17 October 2009

Ombak Resah


Pukulan ombak menghakis
Hempasan rakus memusnah
Tempias ganas memercik

Hentakan kuat mengganas


Aku menggigil sepi
Aku terhempas pilu

Aku terhentak kaku

Aku terpukul sunyi

Tenang tiada lagi
Senang tinggal sisa
Lega timbul gundah
Resah kembali tandang

Pelbagai cara sudah aku lakukan
Semua langkah telah aku ambil

Setiap gerak telah aku mulakan

Usaha juga telah aku garapkan


Adakah ini takdir
Adakah ini hikmah

Adakah ini ujian

Adakah ini musibah

YA ALLAH

Aku mohon padaMU
Kau pulihkan takdir baik untukku

Kau sempurnakan hajat dihatiku

Kau permudahkanlah hidupku

Kau ampunkanlah dosa-dosaku

Tuesday 13 October 2009

Percutian di KL : Agenda Keluarga

MAT BUNGA...haha

Salam bloggers..Ad sampai dari KL petang semalam...kalau nak kira 2 hari 3 malam jer lah kat KL..sebab tolak perjalanan ..Hari Sabtu 10hb ada open house rumah makcik di Bukit Jelutong Shah Alam..Senang jer sekarang naik lebuhraya DUKE str8 je ke Bukit Jelutong dari Ampang..Cuma yang hampehnya, dari ampang point nak naik ke Lebuhraya Duke tu makan setengah jam jem..huhu...KL kan tak lari dari jem dimana sahaja...Masuk jer Lebuhraya Duke tu jalan clear sampailah ke Bukit Jelutong...cuma kenalah bayar lebih sikit untuk tol..Kat sini takde pun tol..nape ek?..hehe...

Lepas ke rumah makcik tu dalam perjalanan balik lalu Lebuhraya DUKE lagi then tersangkut plak jem di Jalan Ulu Klang lepas turun dari Lebuhraya Duke..huhu..Jem lagi...Banyak masa habis atas jalan jer...Sampai around pukul 8 malam kot kat Ampang lepas tu terus ke Kajang plak rumah abang AD..Nak gi Kajang tu lalu KESAS Highway...Tersangkut plak jem kat area pandan indah tu..adehhlaa...Kat Kajang mestilah makan satay kajang ..Kenyang sehari asyik makan dan makan jer..hehe...Lepas tu balik ke Taman Dagang Ampang...Dah pukul 12 kot sampai Ampang..Penat terus tido..

Hari ke 2 plak...petang ke majlis konvo adik AD di UIA Gombak..Majlis dah start pukul 2 lagi tapi Ad pegi dalam pukul 3.30  sebab kalo pegi awalpun bukannya graduan keluar dewan pun..So sampai dekat2 pukul 4...dalam pukul 5 lebih adik AD keluar dewan..So lepas tu sesi bergambarlah..Majlis KONVO sudah semestinya bergambar ramai2 sebagai kenangan kan..HP dah banyak kali berbunyi ada kawan nak jumpa...So AD dapat tunaikan hajat seorang jer blogger untuk berjumpa pada malamnya..Jumpa kat Alimaju Rampai Centre..Just minum2 borak sampai pukul 12 lebih barulah send my fren balik then terus balik Ampang...Terus tido..Bila pergi dengan agenda keluarga so sukar untuk membuat aktiviti sendiri..Mungkin akan dipertimbangkan ke KL lagi dengan aktiviti sendiri..Ada bloggers nak jumpa tak?..haha..
So itulah sahaja aktiviti singkat di KL..Masa cukup singkat...Sesiapa yang Ad tak dapat jumpa tu sorry k bukan tak nak jumpa tapi masa tidak mengizinkan..Lenkali k..hehe..INSYALLAH..


Friday 9 October 2009

ENTRI : CERITA TENTANG MASA LALU..


Salam bloggers.. Pagi nanti dalam pukul 9 pagi AD dan keluarga akan ke AMPANG SELANGOR untuk agenda majlis konvokesyen adik AD di UIA pada hari AHAD 11 Oktober 2009. Agenda keluarga ke sana .Bila agenda keluarga dalam waktu yang cukup singkat tidak membenarkan AD untuk berjumpa sesiapa. Mungkin... Cuma jika ada masa mungkin boleh difikirkan untuk aktiviti sendiri.

Actually AD dah 9 bulan tidak ke KL..Last sekali semasa awal tahun hari tu.. Ada dalam entri semasa AD bercuti tempohari.. Untuk pengetahuan semua Kuala Lumpur cukup memberikan erti kepada AD..Ad sebenarnya bersekolah di sana sejak darjah 3 lagi sehinggalah tamat tingkatan 5. Usia remaja banyak disana.. Cerita tentang remaja banyak disana... Orang kata tempat jatuh lagi dikenangkan.. Banyak cerita yang tidak mampu dan berdaya untuk AD lupakan sampai sekarang.. Malah ada cerita yang cukup dalam ertinya bagi AD. Iyalah biasanya cerita sedih yang biasa melekat dalam hati sampai bila-bilakan?.. Tetapi cerita itu tidak payahlah dikongsi.. Sebenarnya cerita itulah yang kuat dalam menafsirkan RASA yang terbentuk elok dalam BLOG MELANKOLIK ini. Walaupun dengan sedaya upaya AD cuba melupakan tetapi ianya tetap datang.

Jalan hidup kita tidak pernah kita tahu.Tidak pernah kita mampu ubah. Kadang-kadang cerita dulu cukup membuatkan kita bersalah, membuat kita sebak dan sedih sampai ke hati yang cukup dalam. Kita cuba tetapi  diri memang tidak mampu untuk melupakan. Walaupun bertahun ianya sudah berlalu tetapi cerita itu sangat menguis dan mengetuk hati ini.Dan kita tidak tahu bila ianya akan pergi dan pergi. Kuala Lumpur cukup memberi erti bagi diri AD. So sempena keberangkatan pergi AD ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari ini bacalah puisi ini spontan dari diri AD.. Terima kasih kerana terus membaca blog MELANCHOLIC HYPHOTHESIS  AD RIFZA...

CERITA TENTANG MASA LALU

Cerita itu kembali menusuk
Cerita itu kembali menekan
Cerita itu kembali memaksa
Cerita itu kembali menyiksa

Aku tidak mampu menolak
Aku tidak mampu memadam
Aku tidak mampu mengabur
Aku tidak mampu melindung

Sedihku nampak
Piluku jelas
Sebakku dengar
Esakku terang

Walau telah lama berlalu
Walau telah lama bersedih
Walau telah lama berlaku
Walau telah lama bersendu

Masih kuat bayang itu
Masih jelas lambaian itu
Masih terang renungan itu
Masih nampak hasrat itu

YA ALLAH,

Teguhkan IMANku, 
Tetapkan IMANku

DAN  

Kuatkan hatiku ini
Tabahkan hatiku ini
Perkasakan hatiku ini
Sabarkan hatiku ini

Dalam menempuh RASA yang ada
Dalam menghadapi RASA yang datang
Dalam mengalami RASA yang wujud
Dalam menerima RASA yang singgah

Janganlah KAU balikkan diri ini
Janganlah KAU pesongkan hati ini
Aku tidak mahu merasakan cerita dulu lagi
Aku tidak mahu mengingati cerita dulu lagi

Cerita itu cukup memberi kesan pada hati
Cerita itu cukup membuat calar pada hati
Cerita itu cukup membuat parut pada hati
Cerita itu cukup memberi resah pada hati

Aku mohon YA ALLAH,

Kau padamkanlah cerita itu dalam diriku

Wednesday 7 October 2009

ENTRI KHAS : KEMATIAN

Entri Khas ni AD tujukan kepada kawan AD di Perak yang kehilangan Ayah tercinta pada tengahari tadi.Kepada beliau AD harap dia bersabar banyak2 kerana setiap yang hidup akan merasai mati. Moga dia tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini.Selagi kita bernafas selagi itulah kesinambungan dugaan dan cabaran itu ada. Tiada siapa yang mampu menolak takdir ALLAH..
Moga arwah ayah kawan AD tu akan cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Aminn...

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim)."

1. Sadaqah Jariah    
Sadaqah Jariah adalah suatu ketaatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mengharapkan ridha Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, agar orang-orang umum bisa memanfaatkan harta yang disedakahkannya tersebut sehingga pahalanya mengalir baginya sepanjang barang tersebut masih ada.Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim).

Rasulullah  Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam juga bersabda, "Barangsiapa yang membangun masjid untuk mencari wajah Allah, niscaya Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam surga." (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Ilmu yang Bermanfaat

Rasulullah  Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Barangsiapa mengajarkan suatu ilmu, maka dia mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya, tidak mengurangi dari pahala orang  yang mengamalkannya sedikitpun." (HR. Ibnu Majah).
Sama saja apakah dia mengajarkan ilmu tersebut kepada seseorang atau berupa buku yang orang-orang mempelajarinya setelah kematiannya.

Dari 'Aisyah—radhiyallahu 'anha—dia berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Orang yang mengajarkan kebaikan dimintakan ampunan oleh segala sesuatu, sampai ikan-ikan yang ada di dalam lautan." (HR. Al Bazzar).


3. Anak soleh yang mendo'akan ibubapanya

Anak termasuk usaha ibubapa, sehingga amalan-amalan soleh yang diamalkan si anak, juga akan menjadikan ibubapa mendapatkan pahala amalan tersebut, tanpa mengurangi pahala anak tersebut sedikit pun. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah yang (kamu dapatkan) dari usaha kamu, dan sesungguhnya anak-anakmu itu termasuk usaha kamu." (HR. At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wednesday 30 September 2009

TAKDIR DAN USAHAKU

SALAM BLOGGERS..LAMA JUGA BERHENTI MENITIPKAN SESUATU DISINI.. HARI NI BARULAH ADA KESEMPATAN.  SEKARANG MUNGKIN RAMAI DALAM MOOD PUASA 6 SYAWAL KAN?.. MOGA TERUS DIBERIKAN KEKUATAN.. INSYALLAH... RAMAI YANG DUK TANYA BILA NAK BERMELANKOLIK LAGI?.. HUHU... DAH BLOG MELANKOLIK JADI MELANKOLIKLAH ENTRINYA. SEBENARNYA ENTRI NI AD DAH LAMA TITIP DALAM HANDPHONE AD.. DALAM PUASA HARI TU LAGI TAPI SEBAB DALAM BULAN PUASA TEMA MELANKOLIKNYA LAIN SO ENTRI DITANGGUHKAN.. HEHE.. HARI NI BARU BOLEH DIPOSTKAN.. OK LAYANNN.. :-)

TAKDIR DAN USAHAKU

AKU REDHA TENTANG DIRIKU
AKU PASRAH NASIB DIRIKU

SAAT INI AKU MASIH BEGINI
SAAT INI AKU MASIH SENDIRI
YANG DICARI TIDAK KUTEMUI
YANG DICARI TINGGALKU SEPI

AKU TIDAK PERNAH MENYESAL APA TERJADI
AKU TIDAK PERNAH KHUATIR TAKDIR DIRI
SEMUA TERJADI MENGUJI DIRI
SEMUA TERJADI MENDIDIK DIRI

AKU LEBIH TABAH
AKU LEBIH SABAR
AKU LEBIH GAGAH
AKU LEBIH TEGAR

APAPUN YANG DATANG LAGI
APAPUN YANG MENERJAH DIRI
AKAN AKU HADAPI PENUH SABAR
AKAN AKU TEMPUHI PENUH SEDAR

WALAU LIKUNYA SONGSANG
WALAU JALURNYA BERBELANG
JALAN ITU HARUS JUA AKU HADAPI
ARAH ITU HARUS JUA AKU TEMPUHI

WALAU AKU REBAH
WALAU AKU KALAH
AKU TIDAK PUTUS HARAP
AKU TIDAK AKAN UNDUR

AKAN AKU REDAHI JUA
AKAN AKU HARUNGI JUA
AKAN AKU TEROKAI JUA
AKAN AKU TEMBUSI JUA

AKU CUMA BERHARAP 
AGAR AKU DIBERIKAN KEKUATAN
AKU CUMA MEMOHON
AGAR AKU DIBERIKAN PETUNJUK

MOGA ARAH DAN PANDUAKU JELAS
MOGA USAHA DAN TEKADKU BERBALAS