Tuesday 31 March 2009

TANDUS


Tandus

Aliran darah ini rasa terhenti
Urat sarafku rasa kejang
Fikiran seakan terhenti
Mataku seakan kabur

Itu lah yang ku rasa ,
Saat ini
Ketika ini
Masa ini
Waktu ini

Siapalah yang,
Ambil peduli
Ambil tahu
Ambil kesah

Aku tanggungnya,
Sendiri
Seorang

Semua ku rasa,
Haus
Dahaga
Kering

DAN

Ku Rasa…
Tandus..

Tandus kerana cinta..
Tandus kerana sayang..
Tandus kerana kasih..

Mungkinkah ada yang bisa,
Menghilangkan tandusku..
Membasahi tandusku..
Menyirami tandusku..
Menghujani tandusku..

Aku hanya mampu ,
Memanjat doa padaNYA
Bertawakkal padaNYA
Agar tiada tandus lagi..

Sunday 29 March 2009

ALHAMDULILLAH..Rezeki masih ada..

Ad dah diterima kembali untuk berkhidmat.. Alhamdulillah lega rasa hati.. Yang dirisau dan dirungsing dah terlerai akhirnya..Walaupun ianya kontrak setahun tapi syukurlah kan dari takde keje.. 1 April ni start.. Tapi kena lapor diri kat pejabat Kota Bharu dulu lepas tu barulah di beritahu ke mana arah tujuan.. Harap-harap sangat ditempatkan di tempat yang dulu iaitu Tanah Merah kerana Ad baru jer kat situ dalam sebulan lebih so harap kali ni dapat masa yang lebih untuk mempelajari dunia pekerjaan ini..Yalah walaupn kontrak tapi kita seharusnya kerja dengan baik dan ikhlas kerana kerja adalah tanggungjawab dan amanah yang tidak boleh kita abaikan..
Tapikan Ad betul-betul sad sebab ada kawan yang tak dapat..Ada yang dah tunjukkan kerja yang agak bagus dan baik semasa tempoh pekerjaan yang dulu tetapi gagal dapat kerja untuk kali ini.Ad pun tatau kriteria apa yang dipilih selain itu..Sedangkan orang yang ada bau-bau bacang dengan bos dapat lak keje itu walaupun rekodnya tidak memuaskan..So sad kan?..Itulah kronisme dan nepotisme yang tidak boleh dielakkan..Ad rasa tidak salah kalau kronisme ni tapi seharusnya yang dipilih itu mempunyai rekod yang baik.Tapi apabila jelas rekod yang tidak baik tetapi dipilih juga tidakke itu akan dipersoalkan orang lain?..Sudah pasti ada yang tidak puashati.Tapi apakan daya kuasa pengurusan melebihi segala-galanya..Ad harap kawan Ad tu bersabar dan kena sedar cara-cara nak memikat bos..huhu..

Betul tak kalau Ad cakap dalam satu pekerjaan kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan boss dan pandai memikat boss untuk melihat kita yang terbaik selain dari memang kerja kita yang bagus..Jika kita tiada relation yang baik dengan boss bila berlaku suatu persaingan untuk kenaikan pangkat atau apa sahaja pemilihan kita tidak mendominasi peluang itu dan akhirnya kita gagal..Dan tidak terkecuali juga kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan staff-staff yang lain yang kita lihat dia "rapat" dengan boss kerana ada juga saham sokongan dari staff itu...So sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik mungkin dan jujur kerana apa sahaja ketentuan itu Allah jua penentunya..Moga kita semua dilindungi dari angkara atau rancangan orang-orang yang dengki kerana sifat itu tetap ada dikalangan teman sepejabat kerana mereka juga tidak terkecuali dari sifat terkeji itu...Moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita..Insyallah..

Friday 27 March 2009

Kenapakah..Apakah...?

Kenapakah apa yang kita cita-citakan seringkali gagal..

Kenapakah yang sering kita dambakan akhirnya hilang..

Kenapakah yang kita selalu puja itu yang mengecewakan..

Kenapakah apa yang tunggu dengan setia itu menyedihkan..

Kenapakah yang sering kita ingati itu sering melupakan..


Kenapakah yang membuatkan kita rindu itu menukarkan benci..

Kenapakah yang selalu kita sebut itu sering saja membisu..

Kenapakah yang sering kita lihat itu kehilangan..

Kenapakah yang selalu kita nanti itu sering meninggalkan..


Apakah yang membuatkan kegagalaan..

Apakah yang membuatkan kehilangan..

Apakah yang membuatkan kekecewaan..

Apakah yang membuatkan kesedihan..


Apakah yang membuatkan peninggalan..

Apakah yang membuatkan lupa itu nampak..

Apakah yang membuatkan benci itu ada..

Apakah yang membuatkan bisu itu wujud..

Anii angkat kainnn Hujan dah turunnn...

Macam takde mood jer beberapa hari ni.. Nape ntah.. Makan tak selera jer.. Rasa tak sedap badan jer dah beberapa hari.. Kemalasan yang amat..Rasa tak fresh jer diri.. nak buat benda itu ini malas jer..Kaki ni tak sepenuhnya baik lagi.. Nape ntah kaki ni lambat lak baiknya... huhu.. Dugaan kan.. So kena sabarlah... Sabo Ad.. Sabo Ad..
Jawapan temuduga pun tatau lagi..Kena tunggu surat dari Putrajaya lah..Macam2lah..At least teponlaa dulu calon yang berjayakan..Nama dah disahkan kata sumber2 yang boleh dipercayai..hehe...So lantikan kalo tak 1hb kenalah tgggu 15hb rasanya..Tapi apa2 jer lah kan harap2 den berjayolah nanti..Harap sangat sbb dah rasa tabung bertambah surut jer..huhu...
Malam ni kena temankan Atuk plak kat Kubang Kerian..Makcik ke Kedah so Atuk dah lama stroke so dia tak upaya lah ..Kenalah jaga dia malam2 takut jadik apa-apakan sbb takde orang..Bibik ada jer tapi Bibik takleh buat apa gak kan kalo ada apa-apa sebab tugas dia jaga jer Atuk ..In case kalau jadi apa2 susah gak laa..So malam sampailah tghari esok di sana..Dah la sana takde intenet huhh sure kebosanan yang amat...Tapi Sabo Ad ..Sabo Ad..Mana tau kitapn camtu jugak esok2 kann..So kenalah berbakti dan luang sedikit masa kalau takleh banyak untuk orang tua kita..rite?..Sapa tak setuju?..hehe.Konfirm semua setuju...hehe..
Entry ni tatau nak letak tajuk apa..So Ad letaklah tajuk seperti diatas sebabnya..Tadi nak hujan kan so Ad suh lah adik pompuan Ad angkat kain..dengan kuatnya Ad sebut.."Aniii angkat kain hujan dah turunnnn..."Haha.. Bengang jer dia... Tapi bila hujan dia tak angkat laa plak.. Adess laa.. Ad yang kena angkat.. geram toll..haha.. Sabo Ad..Sabo Ad..hehe... Saja-saja jer entry ni.. Hilangkan kebosanan yang amat...huhu..tapikan macam teringat kat someone jer..ahaks..

Wednesday 25 March 2009

Siapa sebenarnya aku padamu?..

Kenapa kita sering tidak dihargai?..Setelah sekian lama kita rasakan diri dipermain-mainkan.. Rasa diri seolah tiada nilai disisi seseorang.. Setelah sekian lama masa dan harta kita habiskan sampai suatu masa kita tiada lagi nilai disisinya.. Kita hanya sama sahaja dengan orang lain yang tiada istimewanya.. begitulah hidup kadang-kadang yang nampaknya kita seolah-olah bertepuk sebelah tangan.. Kenapa sukar sungguh untuk mendapatkan kepastian yang satu?..Kepastian yang mungkin kita bisa terima seadanya. Kenapa harus masa itu rugi dengan suatu keseronokan dan kebahagiaan yang tidak pasti?..Dalam ketidakpastian itu kita sering mencuba dan terus mencuba untuk memenangi hatinya agar dia sedar akan keikhlasan dan kesungguhan yang kita ada.. Tetapi apa yang kita persembahkan dan jamukan tiada nilai langsung disisinya.. Haruskah kita masih menunggu dan terus menunggu untuk mendapatkan kepastian? Atau kita sahaja mengambil langkah untuk pergi dan mencari suatu yang pasti?.. Kita mungkin keliru kerana hati bukan boleh dipaksa dan keinginan kita tidak boleh ditepis.. Kerana bila keinginan yang kita rasa itu hanya pada yang kita rasa sahaja.. Mana mungkin akan berubah pada orang lain dalam masa yang singkat.. Mana mungkin..Kita akan selalu tertanya-tanya siapa sebenarnya kita padanya....

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu


Dan bila Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


P/S: Lirik lagu Coba...

Sakit datang lagi..


Setelah sekian lama tidak datang sakit ini..Ianya datang lagi menyerang kaki ini..Sakitnya berdenyut-denyut..Jalan terhencot-hencot..

Inilah akibat dari makan yang tidak berpantang semasa cuti sekolah baru-baru ini..Sure ada yg marah Ad ni..Tapi dah kena marah pun semalam..huhu..Dah kenduri banyak sangat masa cuti sekolah aritu..So situ sini..Hari2 duk makan kat kenduri..So dekat kenduri apa hidangannya?..Mestilah sama jer..Ada ayam dan ada daging...huhu..So makanlaa daging tu jadi camni ni..Sakit yang amat..Takleh sentuh ibu jari kaki ni..

Tapi dah makan ubat tadi..Ada 2 jenis ubat tahan sakit dan satu ubat yang perlu dimakan 2 jam sekali sampailah sakit ni hilang..Harap2 boleh sembuhlah nanti...Bila sakit camni kena berpantanglah apa yg menyebabkan urik asid ni berkumpul di sendi ibu jari kaki ni..ia membentuk molekul2 yang membuatkan bila bergerak akan rasa sakit..So kena jadi robot laa buat sementara..Tapi biasanya sakit ni bila makan ubat ni akan hilang dalam masa sehari sahaja..tapi dengan syarat jangan mis makan ubat dan kena berpantang makanan yang menyebabkan bertambahnya uric asid..Harap2 sakit ni hilanglah esok..

P/S: Gambar itu hanya hiasan bukan kaki Ad taww..hehe

Tuesday 24 March 2009

Jika Engkau Pergi..

Lirik lagi..hehe..Kali ni lirik Imran Ajmain..Suka sangat lirik ni..Cukup puitis untuk menyatakan rasa hati yang ditinggalkan..Tapi cukup kuat rasa hati untuk menerima satu pemergian dengan redha dan pasrah..Kita juga harus begitu bila menerima suatu takdir nyata yang begini..Harus kuat dan tabah dalam menghadapi satu pemergian dan ketiadaan yang tiba-tiba..Suatu yang mungkin kita tidak jangka akan berlaku..Tapi kita harus kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.Orang kata life must go on..Hidup perlu diteruskan walau apa sahaja kesukaran dan musibah berlaku dalam hidup..Kita masih ada Allah dalam mengadu hal ..Semoga semua takdir yang sukar itu kita dapat hadapi dengan penuh kesabaran dan keimanan..Insyallah..
Terima kasih kat salah seorang bloggers yang bagi lagu ni kat Ad..Tapi cari untuk diupload kat Blog tak dapat so Ad dengar sorang-sorang jer lah yea..hehe..So layannn lirik saja lah yea..hehe..


Imran Ajmain - Jika Engkau Pergi


Bermulanya semua hanya dengan rasa

ada saja yang tak kena

Rupanya kau berkasih

Menyingkir setia

Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran

Jangan nanti jadi cabaran

Aku ingin kau memadam kenangan

Menjadi mimpi berterbangan


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit

Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku

Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai

Menyentuh hati kecewa

Janji sehidup semati

Tinggal tiada lagi

Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian

Biarlah ku rela melepaskan

Pada mu cinta cuma lah mainan

Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya

Jalan cerita pun nyata akan berubah


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit

Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku

Ku janji takkan merindui mu

Sunday 22 March 2009

DEBARAN..



Semua orang akan berdebar jika memikir dan menunggu sesuatu yang mereka amat tunggu-tunggu.. Sesuatu yang mereka harapkan atau sesuatu yang mereka tidak harapkan.. Apabila semakin hampir masanya semakin rasa debaran di dada..

Biasanya debaran akan lebih kuat jika kita tidak yakin dengan apa yang kita buat.. Atau juga kita tidak nampak langsung keputusunannya yang bagiamana.. Fikiran sering terganggu kerana memikirkan apa yang kita akan hadapi selepas ini..

Jika semasa belajar ,pelajar akan berdebar apabila menunggu keputusan peperiksaan.. Apabila sudah dewasa menunggu keputusan temuduga.. Menunggu keputusan cinta pun ada.. Dan ada juga menunggu untuk diakad nikahkan masa berkahwin.. Bila dalam bidang perniagaan menunggu pula keputusan dan kelulusan sesuatu projek perniagaan.. Banyak perkara dalam hidup ini yang membuatkan kita berdebar-debar..

Semakin dekat kita dengan masa itu semakin debaran akan terasa.. Dup dup dup jantungnya berdegup.. Jika kita sudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu seharusnya kita pasrah dan redha dengan keputusan yang akan berlaku.. Jika kita telah berusaha sedaya upaya insyallah Allah akan memberikan keputusan yang baik selari dengan usaha kita.. Dan jika kita sudah berusaha dan keputusan adalah sebaliknya kita juga harus pasrah dan redha bahawa setakat itu sahaja rezeki kita..Allah yang menentukan segalanya..

Jangan sekali-kali kita berputus harap kerana jika gagal tidak selama-lamanya kita gagal..Akan ada hari esok yang menjanjikan kejayaan buat kita..Insyallah..Selagi kita sudah berusaha tetapi jika gagal itulah takdirnya untuk kita dan mungkin juga ada kurang dimana-mana yang harus kita perbaiki agar kejayaan juga dapat kita genggam..

Sekali gagal tidak selama-lamanya kita gagal kerana peluang antara kita adalah sama cuma bagaimana kita mengambil peluang itu sebaik-baiknya dan usaha yang terbaik..Insyallah suatu hari kejayaan juga yang akan kita alami..Sama-sama kita berusaha untuk mencapai apa jua yang kita hajati dengan usaha yang padu dan penuh tekad agar tiada lagi kegagalan yang kita alami..Insyallah Allah maha adil dalam kejadianNYA..Moga kita dipilih untuk menerima kejayaan nanti..Sama-samalah kita berdoa..
p/s:Gambar tiada kena mengena dengan penulis yea..hehe..

Wednesday 18 March 2009

ASSALAMUALAIKUM CINTA




Assalamualaikum CINTA..
Hehe..Cinta cinta ni jiwang lerr plak rasanya..Kalo melankolik takpe..ahaks..Just nak post lirik jer sebenarnya..haha.. Tertengok cerita indon kat TV brapa ntah..lupo den...Tajuk Assalamualaikum Cinta.. tengah-tengah tengok tu kuarlah lagu Numata ni..Raja Jatuh Cinta...Best gak...Asyik duk dengarr...hehe..So layann jer lah kan selagi ada lagu tema blog Ad untuk suatu jangkamasa ..Bila jemu Ad tukar lagu lain plak...hehe..So nak post lirik lah ni..Nih liriknya...Atas tu Heronya cite tu..Bawah ni heroinnya dong..Layannn..



Raja Jatuh Cinta - NUMATA


Ku tak bisa berhenti,

untuk mencari mu,

walau kini yang ada,

kamu tak mau.


Ku tak bisa berhenti,

untuk mencintai mu,

jangan tanyakan mengapa,

kar’na ku tak tahu.


Seribu wanita menggoda,

hanya kamu yang jadi ratu,hati ku.

Seribu kali kau hancurkan,

masih ada banyak waktu ku,‘tuk memaksa mu.


Huu… Huu…

Raja sedang jatuh cinta,kepada mu.(x2)


Ku tak bisa berhenti,

untuk memuja mu,

walau godaan mendera,

oh hanya kamu.


Ku tak bisa berhenti,

untuk mengagumi mu,

jangan sia-siakan aku,

ku ingin kamu.



p/s: Ada sesiapa jatuh cinta tak?..ngeh3x..

Tuesday 17 March 2009

TERUSKAN LANGKAH..

Penerusan langkah harus kita ambil setelah apa sahaja yang berlaku terhadap diri..Kita harus terus melangkah pergi dan jauh agar kita bias melupakan semua yang dulu..Walaupun jauh disudut hati kita ,kita masih ada suatu kenangan yang payah untuk kita lupakan tetapi kita terpaksa juga melupakannya untuk kebaikan diri dimasa depan..
Kita sering berangan-angan untuk mendapat yang terbaik dalam hidup ini tetapi kadang-kadang apa yang berlaku diluar jangkaan kita..Kita tidak jangka ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja kita berhadap dengan segala kemungkinan yang datang..Mana mungkin kita mampu mengubah apa yang sudat tersurat untuk terjadi kepada kita..Kita hanya ada peluang berdoa agar kesudahan sesuatu itu adalah dengan cara yang terbaik.

Dalam suatu jangka tempoh yang panjang kita telah melalui fasa hidup yang agak perit dan susah kita seharusnya mengambil langkah meneruskan perjalanan hidup ini dengan suatu tekad yang padu dan jitu untuk mendapat apa yang kita inginkan..

Tiap langkah yang kita jalani mungkin kita terjatuh malah mungkin tersungkur tetapi kita dengan semangat yang kuat kita meneruskan langkah hidup ini dengan berbekalkan kecekalan dan kesabaran hati..Tanpa kecekalan dan kesabaran kita tidak mampu untuk bangkit dan meneruskan langkah..Ada yang tidak dapat bangkit lagi selepas jatuh..Ada yang langkahnya cukup perlahan ..Ada juga yang langkahnya semakin laju mencapai cita yang diingini..

Dalam langkah itu mungkin kita rasa kecewa,sedih dan pilu tapi langkah kita tidak harus berhenti disitu..Disitu mungkin hanya permulaan sebelum langkah-langkah kita seterusnya..Langkah yang kita yakin akan memandu arah kita ke suatu destinasi kita yang sama..Destinasi yang tiada rungutan atau alasannya lagi..Kita harus terus melangkah supaya apa yang kita kejar dan ingin dalam hidup kita akan memperolehinya suatu masa kelak..Mungkin bukan sekarang..Mungkin langkah kita lebih panjang dan jauh sebelum kita sampai ke destinasi yang kita tuju itu..

Teruskan langkah kita untuk apa sahaja tujuan hidup yang lebih baik..tetapi jangan kita lupa asas dan bekal diri yang harus kita pegang supaya langkah kita lebih diberkati dan diredhaiNYA..kerana setiap langkah kita akan dipersoal hari esok..Moga kita terus melangkah dengan yakin ..Andai jatuh dan tersungkur lagi..Kita harus kuat untuk bangkit semula dan meneruskan langkah kita sehingga ke destinasi yang terakhir dalam hidup..Insyallah kita akan berjaya…Sama-samalah kita berdoa..

Monday 16 March 2009

Legaa...lepas beban...

Ad baru balik dari temuduga..Legaa rasa duk tunggu dekat 2 minggu baru lepas bebanan kerisauan... Alhamdulillah semua soalan dapat di jawab.. Soalan Bajet Mini paling femes..huhu.. Sib baik dapat soalan bocor..haha..
Moga ada rezeki lagi Ad keje disitu.. Insyallah.. Lepas usaha kita tawakkal lah kan..Kalau dah tertulis .. Insyallah... Semuanya datang dariNYA...
Just short entry..Musim cuti sekolah ni banyak laa jemputan kenduri walimatulurus dan walimatussyukri.. Ad nak pegi kenduri kahwin ni .. sapa nak ikut meh la... hehe.. Hari ni walimatussyukri.. So tak perlu sediakan duit..hehehe... Kalo walimatulurus kena bagi duit... So jap gi cari jer hadiah ...Hmmm..Esok ada lagi..Khamis lagi...Sabtu lagi..adehlaaa..kenapa ek musim cuti sekolah banyaklaa orang kawin-kawin..Yang bloggers belum kawin tu mesti pasni ada yang cari musim cuti sekolah gak nak buat kendurikan?..hehe...So sapa-sapa yang kahwin semoga berkekalan ke anak cucu cicit ciat ciut..Semoga berbahagia..Kita lakukan semua perkara untuk kebahagiaan diri....rite?..hmmm..

Saturday 14 March 2009

Hanya padaMU ku bersujud..


AFGHAN - Hanya PadaMU ku bersujud..

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

Friday 13 March 2009

Tarikan kekayaan....


Masih lagi dalam mood kaya kaya...hehe..Kita sering tertanya-tanya kenapakah orang yang kaya dan banyak harta ni akan dihormati?..Orang lain selalu melebihkan orang yang kaya..Seolah-olah mereka lebih dipandang mulia oleh orang ramai..Tidak seperti orang yang susah dan tiada harta mereka hanya akan dipandang sebelah mata sahaja oleh orang lain..

Bila seseorang itu kaya ramai yang ingin menghampiri dirinya..orang yang tidak punya apa-apa tidak pun diambil peduli oleh orang ramai..Apakah kuasanya harta dan kekayaan itu yang menarik orang lain menghampiri orang yang berharta dan kaya?..Apakah mereka ada tarikan yang membuatkan orang lain tertarik?..Kenapa orang lain tertarik dengan mereka sedangkan mereka sama juga dengan orang yang susah..Darah mereka juga merah..

Apabila berharta dan kaya orang lain suka menghampiri dan mendekati..Adakah mereka mendapat tempias dari kekayaan yang dimiliki oleh orang tersebut?...Apabila kaya mereka dihormati seolah-olah sebagai seorang pemimpin masyarakat..Orang yang susah dan tidak berharta akan di cemuh jer..Lumrah alamkah begitu?..Hanya orang yang kaya raya sahaja dipandang oleh orang ramai?..Tidak bagi orang yang tidak ada apa-apa atau susah.

Thursday 12 March 2009

Kaya..kaya..kayaaaa...

Apa kekayaan yang kita cari dalam hidup ini?..Adakah kekayaan harta benda dan wang ringgit atau kekayaan peribadi dan akhlak yang tinggi?..Sudah semestinya ramai yang menjawab wang ringit penting dalam hidup..dengan wang ringgit kita boleh membuat apa sahaja perkara dan mendapatkan apa sahaja benda..Tidak dinafikan dalam dunia sekarang semuanya perlukan wang ringgit..Apa sahaja keperluan hidup kita dengan menggunakan wang ringgit..Tanpa wang kita tidak dapat berbuat apa-apa dan kita tidak dapat memperolehi apa yang kita hendak..Wang adalah sega-galanya dalam hidup...Tanpa wang seolah-olah tidak boleh hidup..Itulah keperluan wang dalam kehidupan kita sehari-hari..

Ad terpanggil untuk membuat entry ini setelah pagi-pagi lagi ada orang memperkatakan tentang seseorang.Harta cukup banyak tapi dia tak nampak kaya mana pun sebab wang dia simpan dalam ASB atau Tabung Haji..untuk apa dia simpan duit sebanyak itu sedangkan hidupnya tidak lah senang mana kalau kita tengok..Kenapa tidak digunakan wang yang banyak itu untuk keperluan diri dan keluarga?..Kenapa harus disimpan sahaja?..Ambillah sedikit untuk keperluan diri dan simpan bakinya untuk pelaburan..Isterinya siang pergi menoreh getah untuk menampung keperluan harian..Dia pulak bawa teksi dengan pendapatan yang kurang sahaja malah kadang-kadang dapat tak sampai sepuluh ringgit sehari akibat tiada penumpang..tetapi dia banyak wang pusaka arwah ayahnya....Wang itu dia simpan dalam pelaburan dan tidak diusik langsung...Apakah faedah kekayaan wang itu kepadanya?...Kita tidak dapat ketahui kerana itu adalah kehendak dia..Kekayaan yang dia miliki..

Satu lagi cerita keluarga ini sangat kaya..Duit banyak sangat..Perbelanjaan pun banyak.. Kelengkapan rumah cukup lengkap..Macam-macam ada..sebut aja apa perabut atau produk2 rumah yang baru semua dia beli..duit dia banyak..Hasil duit persaraan dan pendapatan dari ladang getah dan ladang kelapa sawit cukup banyak..Sebut apa sahaja keperluan sudah pasti dapat dengan senang sahaja kerana wang dia banyak...Dia tiada pun simpanan apa-apa ..Yang ada pun dibelanjakan kerana dia tahu ada lagi hasil getah dan kelapa sawitnya...Kenapa dia membelanjakan semua wangnya tanpa tabungan dan simpanan?..Hanya dia tahu kehendak dia...Kekayaan yang dia miliki..

Keluarga ketiga pula cukup kaya juga dengan ladang getah dan kelapa sawit tambah lagi dengan ladang kelapa..Banyak hasil bulanan yang mereka miliki..Mereka mengambil hasil itu untuk keperluan keluarga dan selebihnya mereka menyimpan untuk keperluan lain nanti...Keperluan rumah juga lengkap ..Semuanya ada..tetapi mereka tidak lupa akan hak kepada fakir miskin..Mereka selalu tunaikan zakat kepada yang memerlukan..Kan harta kita itu ada hak bagi orang lain...Selalu membuat jamuan untuk surau dan masjid...Selalu membuat kenduri kesyukuran untuk berkongsi dengan penduduk kampung..Kenapa keluarga ini begini pula?..Mereka punya kekayaan dan mereka tidak lupa kepada yang memerlukan kerana meraka fikir kekayaan mereka bukan milik mereka seorang...

So ada tiga cerita yang boleh kita fikirkan dan tafsirkan masing-masing mana yang boleh jadi panduan..dan mungkin juga tidak bagi kita kerana keluarga satu,dua dan tiga tadi banyak yang masih boleh diperbaiki tentang kekayaan mereka..Untuk apakah kekayaan yang ada?..Adakah kekayaan itu hanya untuk kita sahaja?Adakah kekayaan harta benda itu sahaja yang kita perlukan ?..Sama-samalah kita fikirkan...



"Kekayaan adalah seperti air laut semakin banyak kita minum semakin dahaga tekak kita rasa"


With ringgit you can buy a house but not home

With ringgit you can buy a clock but not time

With ringgit you can buy a bed but not sleep

With ringgit you can buy book but not knowledge

With ringgit you can buy a doctor but not good health

With ringgit you can buy a position but not respect

With ringgit you can buy blood but not life

With ringgit you can buy sex but not love….



Ni ada senarai orang-orang yang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh majalah forbes hari ini..Ad dapatd ari Berita Haian Online hari ini 12 Mac 2009..


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Monday 9 March 2009

Syukur dan terima kasih ..

Haii sejak bercuti lama ni kerap lak duk update blog..haha...kang ada yang bosan ngan entry-entry Ad nanti..huhu...mana tau kan...Blog melankolik jer....orang pun ada yang terikut-ikut melankolik gak..ahaks..Ada kata jiwang lah..hehe..apa-apa jer lah kan..asalkan Ad bahagia...haha..tapi motifnya anda semua boleh fikir .. lu fikirlah sendiri .. Setiap entry ada pernyataan rasa diri dan juga cuba merasa apa yang orang lain rasa..Selagi keinginan ini ada dan minat ini ada boleh jer buat entry..Insyallah..Moga anda semua mendapat sesuatu disini..walaupun sedikit...we share something ..rite?..

Hmmm apa ek nak story mory ?..hmmm..Hari ni tak berapa nak sihat..bangun jer tido dah berkejar ke toilet..Tak berapa sedap peyott..huuhu..Rest jer today at home....Apa-apa pun takde mood nak buat duk tak selesa dalam peyott jer..sampai skrg ni belum baik..Dah telan ubat 2 kali..Hopefully esok oklah ...

Hari ni takde buat apa tapi ada gak tgok tv ..banyak program maulidurrasul hari ni..Macam2 dalam tv..Sambutannya...Penghayatannya masing-masing yang rasa..rite?...Then tadi suka lak tengok drama kat tv2..tajuk nahi mungkar...Zamarul berlakon ngan Watie elit..Cerita untuk insaf-insaf biasalah TV kalo sambutan hari-hari Islam..Cerita dia mula-mula hidup susah ..Then bila orang bagi kepercayaan sebab kerajinan dia ,dia menjadi kaya raya..Bila kaya raya jadi lupakan Allah..Masa miskin selalu solat dan ingat Allah..Bila dah kaya raya jadi lupa diri dan minum segala..Keluarga terabai dan hancuss...Anak tak ketahuan pergi mana..terlibat zina dan macam2 lah...

Kadang-kadang terfikir kenapa apabila susah selalu jer ingatkan Allah dan selalu buat baik tapi bila sudah kaya-raya dan harta banyak selalu lupakan Allah..Adakah sifat manusia itu begitu?..Apabila kaya sahaja niat jadi lain..terpesong dari jalanNYA..Lupa diri dan asal kejadian diri...Hilang panduan hidup sedangkan sebelum itu jalannya cukup mulia walaupun hendak makan sesuap nasi pun susah...Kenapa manusia apabila kaya raya (tidak semua) semakin jauh dari jalan yang lurus?..Jalan yang Allah redhai ?...Sedangkan apabila kaya raya seharusnya kita semakin dekat dengan Allah kerana dengan limpahan rezeki yang Allah berikan..Kan rezeki itu datang dariNYA jua?..

Manusia sering leka dan lalai dalan jalan hidupnya...Allah sudah berikan kita kekayaan dunia dengan apa sahaja kenikmatan yang Allah berikan..Kita dah ada rumah..kereta..keluarga dan apa sahaja keperluan yang datangnya dari rezeki yang Allah berikan..rite?..Rezeki yang datang adalah kurniaan Allah kepada hambaNYA..Sepatutnya luahkan dan tunjukkan rasa syukur dan terima kasih kita dengan selalu mengingatiNYA walau apa jua yang kita lakukan dan dimana sahaja kita berada...Allah maha besar dan bila-bila masa sahaja akan ditarik semuanya jika Dia kehendaki..ucapkanlah syukur dan terima kasih kepadaNYA dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...Sama-samalah kita menjalani hidup ini dengan penuh keberkatan dan kerahmatan dariNYA..Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu...Insyallah...

Sunday 8 March 2009

SALAM MAULIDURRASUL 1430H

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.




“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Thursday 5 March 2009

MUJAHADAH ikhtiar kita....

Dalam putaran hidup yang panjang ini ada waktunya kita menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang-kadang membuatkan kita tidak tahan..Atau dengan kata lain kita tidak mampu hadapinya..Kita cuba dan cuba tetapi tidak juga tercapai kemampuan kita..Semakin kita cuba semakin kita rasa kita gagal..Semakin cuba semakin gagal..Malah timbul dalam hati rasa kita tidak perlu mencuba lagi..Kita rasa cukuplah sampai disini sahaja cubaan kita..Kita rasakan disinilah penamatnya..Kita rasakan disinilah akhirnya sebuah episod percubaan kita..

Memang bila orang lain memandang mereka akan berkata semuanya mudah..semuanya enteng..Mereka hanya dapat memandang dan mengagak sahaja ..Cubalah perkara itu terjadi pada diri mereka sendiri sudah semestinya mereka juga akan mengeluh panjang..Merintih hiba..Memalu gendang rasa didada..Tidak sama apa yang mereka fikir dengan apa yang kita rasa..Berlainan cara dan rasanya bagi sesetengah orang..Mungkin mereka akan memandang sinis..tetapi adakah mereka akan sinis lagi bila apa yang kita rasa dan hadapi terjadi kepada mereka juga..

Dalam hidup memang takdir kita tidak sama..Rezeki kita masing-masing..Ada orang yang dalam umur yang cukup muda sudah mempunyai pelbagai perkara yang mereka mampu miliki..tetapi dalam keadaan lain ada juga yang umurnya sudah tua tetapi masih dalam tergapai-gapai mencari dan mencuba memiliki apa yang mereka ingini..Ada yang dengan mudah sahaja mampu miliki apa yang mereka hajatkan..Ada pula yang berhempas pulas bergolok bergadai dalam cubaan untuk memiliki apa yang mereka hajatkan..

Keadaan ini amat menguji hidup sesetengah manusia yang mempunyai cita-cita atas sesuatu…Cita-cita yang mereka impikan selama ini..Ujian Allah kadang-kadang amat berat untuk ditanggung bagi sesetengah manusia..Tetapi Allah maha adil dalam pemberianNYA kepada hamba-hambaNYA..Dengan tekad usaha dan ikhtiar yang tidak mengenal lelah dan penat selain doa dan tawakkal..Insyallah ,Allah akan bukakan jalan dan permudahkan segalanya…Sentiasa berdoa dan bermujahadah dalam percubaan dan ikhtiar kita moga Allah permudahkan jalan hidup kita…

Wednesday 4 March 2009

Bukan itu TAKDIR kita...

Apa sahaja yang kita lalui dalam hidup ini adalah suatu yang kadang-kadang kita tidak pernah menduga ianya terjadi..Kadang-kadang semuanya sudah cukup sempurna yang kita aturkan dan rancangkan tetapi tidak sempurna kesudahannya..

Kita mungkin sudah lama merancangkan ianya terjadi dan sempurna tetapi diakhirnya apa yang dirancang tidak menjadi..Tidak sempurna caranya..Tidak sempurna coraknya..Kenapa harus semua itu terjadi saat kita sudah bersedia semuanya?..Saat kita sudah tekadkan hati?..Saat kita sudah yakin ianya baik bagi diri?..Iyalah sebagai manusia kita tidak boleh melawan takdirNYA... Takdir itu akan terjadi juga..tiada siapapun boleh menghalang ianya dari terjadi...

Amat sukar bila dibicarakan tentang hati dua insan yang berlainan rasanya... Ada titik persamaan tetapi sering juga ada perbezaannya.. Mungkinkah ikhlas itu tiada yang membuatkan rasa itu sering terganggu?.. Atau mungkinkah ada kekurangan diri kita dalam pembinaan rasa itu?.. Tetapi dimana salah dan kurangnya kita sampaikan semua yang dibina berkecai musnah..Sedangkan semuanya telah terlalu sempurna rasanya dijaga dan disemai... Sudah terlalu sempurna ditantang dan dimuliakan... Akhirnya ianya tidak juga menjadi malah musnah dalam suatu masa yang tidak terfikir oleh diri...

Kenapakah semua ini terjadi pada kita?..Kenapakah tidak orang lain yang merasanya?..Rasa diri sudah tewas dan kalah dalam pencarian yang tidak sudah...Perlukah kita menunggu sahaja tanpa usaha lagi?..Tunggu ianya datang bergolek didepan mata..Apakah takdir akan terjadi seperti yang kita harapkan?..Jawapan yang sudah pasti kita tidak tahu ..Kita tidak mampu memikir sejauh itu tentang apa yang akan terjadi pada diri pada masa depan..Yang kita tahu kita sudah cukup usaha untuk mendapatkannya..Usaha yang tidak pernah putus dalam mencarinya..Kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal setelah usaha yang kita lakukan tersebut..Andainya tidak berjaya itu bukanlah takdir untuk kita...

Tuesday 3 March 2009

TERLANJUR CINTA..




TERLANJUR CINTA


Italic

Waktu bergulir lambat

Merantai langkah perjalanan kita

Berjuta cerita terukir dalam

Menjadi sebuah dilema


Mengertikah engkau

Perasaanku tak terhapuskan


Malam menangis

Tetes embun membasahi mata hatiku

Mencoba bertahan di atas puing-puing

Cinta yang telah rapuh


Apa yang ku genggam

Tak mudah untuk aku lepaskan


reff:

Aku terlanjur cinta kepadamu

Dan telah kuberikan seluruh hatiku

Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku


Aku pun tak mengerti yang terjadi

Apa salah dan kurang ku padamu

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan

Karna sekali cinta, aku tetap cinta


Mencoba bertahan di atas puing-puing

Cinta yang telah rapuh


Apa yang ku genggam

Tak mudah untuk aku lepaskan


BY : ROSSA FEAT PASHA UNGU

Monday 2 March 2009

SAYANG?..Jawapan yang belum pasti..

Sayang itu banyak corak atau patern sebenarnya..kadang-kadang kita tidak nampak sayang seseorang itu sebab ianya tidak ditunjukkan dengan zahirnya..Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan dia sayang kepada kita..Tiada apa-apa symbol..tapi bilakah kita kan tahu ya bila kita berhadapan dengan orang seperti ini?..Ntah tiada jawapan ..Mungkin suatu masa akan ada symbol dan “hint”nya…Siapa tahukan?..

Ramai juga berkata bahawa sayang yang bagus dan mulia ialah seseorang itu memberikan kasih dan saying tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. Walaupun kedengaran ianya gila tetapi ada orang seperti itu..Kita memberi sahaja apa yang menunjukkan kita sayang seseorang…. Selalu bertanya khabar,selalu memberikan sesuatu tanda ingatan tanpa mengharapkan apa-apa balasan sedikitpun.. Malah ratusan ringgit dibelanjakan tanpa ada rasa ingin dapatkan balasan walaupun mungkin bila sebelah pihak itu memberikan sesuatu tanda ingatan akan melonjakkan rasa gembira dihati yang amat..

Jadi bagaimanakah ingin mengorek rahsia dia sayang kita?..Sukar untuk kita tafsirkan hati dia kerana pemberian kita diterima dengan senang hati dan gembira juga tetapi tidak pernah terucap dan tersebut kata sayang darinya..Hanya kita sahaja yang jelas menunjukkan yang kita sayang dia..Dalam fikir kita mungkin kita akan membuat kesimpulan bahawa dia tidak sayang kita..Itu yang kita tafsir tetapi kita tidak dapat membaca hatinya…Sukarkan untuk mendapat sayang dari orang yang kita rasa sayang.Adakah suatu masa yang kita tunggu-tunggu akan muncul jua akhirnya?..Kita tidak akan mendapat jawapan jika kita masih dalam kesamaran itu..Adakah perlu kita memperuntukkan masa yang panjang itu hanya dengan menunggu kepastian darinya?Adakah kita perlu menghabiskan sisa-sisa hidup hanya dengan menunggu jawapan yang kita masih belum pasti?..Harapan kita agar dia terbuka untuk menilai dan menghargai sayang yang kita tunjukkan..Harapan kita agar dia merasakan apa yang kita rasa..Adakah rasa kita ini rasanya juga?..Kita masih menunggu dan terus menunggu sebab kita sayang dia..Cuma adakah kita akan pasti suatu hari nanti jawapan itu yang kita akan terima..Kita seharusnya redha dan terima dengan terbuka jawapannya kerana jawapan itu masih belum pasti..