Monday, 2 March 2009

SAYANG?..Jawapan yang belum pasti..

Sayang itu banyak corak atau patern sebenarnya..kadang-kadang kita tidak nampak sayang seseorang itu sebab ianya tidak ditunjukkan dengan zahirnya..Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan dia sayang kepada kita..Tiada apa-apa symbol..tapi bilakah kita kan tahu ya bila kita berhadapan dengan orang seperti ini?..Ntah tiada jawapan ..Mungkin suatu masa akan ada symbol dan “hint”nya…Siapa tahukan?..

Ramai juga berkata bahawa sayang yang bagus dan mulia ialah seseorang itu memberikan kasih dan saying tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. Walaupun kedengaran ianya gila tetapi ada orang seperti itu..Kita memberi sahaja apa yang menunjukkan kita sayang seseorang…. Selalu bertanya khabar,selalu memberikan sesuatu tanda ingatan tanpa mengharapkan apa-apa balasan sedikitpun.. Malah ratusan ringgit dibelanjakan tanpa ada rasa ingin dapatkan balasan walaupun mungkin bila sebelah pihak itu memberikan sesuatu tanda ingatan akan melonjakkan rasa gembira dihati yang amat..

Jadi bagaimanakah ingin mengorek rahsia dia sayang kita?..Sukar untuk kita tafsirkan hati dia kerana pemberian kita diterima dengan senang hati dan gembira juga tetapi tidak pernah terucap dan tersebut kata sayang darinya..Hanya kita sahaja yang jelas menunjukkan yang kita sayang dia..Dalam fikir kita mungkin kita akan membuat kesimpulan bahawa dia tidak sayang kita..Itu yang kita tafsir tetapi kita tidak dapat membaca hatinya…Sukarkan untuk mendapat sayang dari orang yang kita rasa sayang.Adakah suatu masa yang kita tunggu-tunggu akan muncul jua akhirnya?..Kita tidak akan mendapat jawapan jika kita masih dalam kesamaran itu..Adakah perlu kita memperuntukkan masa yang panjang itu hanya dengan menunggu kepastian darinya?Adakah kita perlu menghabiskan sisa-sisa hidup hanya dengan menunggu jawapan yang kita masih belum pasti?..Harapan kita agar dia terbuka untuk menilai dan menghargai sayang yang kita tunjukkan..Harapan kita agar dia merasakan apa yang kita rasa..Adakah rasa kita ini rasanya juga?..Kita masih menunggu dan terus menunggu sebab kita sayang dia..Cuma adakah kita akan pasti suatu hari nanti jawapan itu yang kita akan terima..Kita seharusnya redha dan terima dengan terbuka jawapannya kerana jawapan itu masih belum pasti..

10 comments:

  1. Kasih sayang sangat subjektif dan perucapannya juga pelbagai. Ada yang lebih senang bercakap secara terus. Ada juga lebih suka beri hint2 kepada pihak yang dituju. Yang pasti, apa pun cara, tidak kisah asalkan maksudnya sampai.

    Cuma jgn sampaikan maksud lain sudah. Kasihan pihak satu lagi itu. Mereka sudah tersalah tafsir. :)

    ReplyDelete
  2. CAHAYA-Maksudnya sampai takpe ..Ni maksud tak sampai-sampai..hehe..
    Yaa jgn silap sampai maksud membuatkan org mengharap kan?..hmmm

    ReplyDelete
  3. Ad:jawapannya dah lama pasti.... 3 thn dulu.... dan ari ni saya igt lagi jawapan tu.... sakit, perit, pedih.... itu tetap yang terindah.... knp laa mata hati kdg2 buta....??? Ad nnt tlg jawab ek.... Kenapa hati buta?

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sayang tidak perlu ditunjuk dengan kata-kata manis dan perbuatan yang romantis. Sayang boleh ditunjukkan dengan cara kita "care" dan cara seseorang itu menyayangi adalah berbeza mengikut individu masing-masing.

    Bagi Faisal, kata-kata manis dan perbuatan romantis adalah wajib kerana ia boleh mewujudkan ikatan yang lebih kukuh dan terasa diri dihargai serta disayangi :)

    Jadi, kalau ada teman-teman di pejabat yang asyik tersenyum... faham-faham lah :)

    ReplyDelete
  5. SAYANG....?

    si dia susah mengungkapkan perkataan SAYANG kat yanie....he he he


    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  6. SUFIIDANY-Kita selalu menyalahkan hati bila berlaku semua keadaan seperti ini tetapi adakah hati itu yang sebenarnya yang bersalah?..Adakah kita tidak cukup celik hati dalam mengungkapkan rasa itu?..Atau kita yang terlalu gopoh dalam melalui suatu jalan yang kita sebenarnya masih tidak tahu atau jalan itu masih diselaputi kabus?..kenapa kita tidak memberikan peluang sedikit supaya kabus itu berlalu baruah kita melaluinya..Insyallah jalan itu cukup jelas...

    ReplyDelete
  7. FAISAL-Adalah suatu yang mulia dalam menyatakan rasa sayang itu dengan jujur..tetapi ada antaranya yang menunjukkan "care" tetapi tidak semestinya mereka menyayangi lebih dari seorang kawan.Pernyataan rasa setiap orang itu berbeza yang kdg2 membuatkan satu pihak keliru adakah ianya sayang sbg sahabat atau sayang sebagai kekasih..hmmm..

    ReplyDelete
  8. Sayang..sayang..sayang...
    kau sudah berpunya...

    mcm mana tu...?

    ReplyDelete
  9. YANIE-Jika sudah yakin dengan sepenuh hati tidak perlu lagi ucapan sayang itu dipamerkan..tetapi dalam penerusan hubungan yang indah itu hendaklah dihiasi dengan ucapan atau kata2 yang dapat menyemarakakkan lagi kasih sayang hubungan itu..Semoga bahagia sentiasa..hehehe..

    ReplyDelete
  10. MUIN- Yang sudah berpunya untuk apa diingati lagi..Biarkan dia bahagia dgn pilihan dia..Mahukah kita dgn kasih yang tidak tulus dan ikhlas?Pasti tidak mahukan?..Tiap yg bermula pasti ada akhirnya...Dan takdir akan datang tidak semestinya sama dgn takdir yg pernah dialami..Pasrah dan redha..Insyallah..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)