Wednesday, 25 March 2009

Siapa sebenarnya aku padamu?..

Kenapa kita sering tidak dihargai?..Setelah sekian lama kita rasakan diri dipermain-mainkan.. Rasa diri seolah tiada nilai disisi seseorang.. Setelah sekian lama masa dan harta kita habiskan sampai suatu masa kita tiada lagi nilai disisinya.. Kita hanya sama sahaja dengan orang lain yang tiada istimewanya.. begitulah hidup kadang-kadang yang nampaknya kita seolah-olah bertepuk sebelah tangan.. Kenapa sukar sungguh untuk mendapatkan kepastian yang satu?..Kepastian yang mungkin kita bisa terima seadanya. Kenapa harus masa itu rugi dengan suatu keseronokan dan kebahagiaan yang tidak pasti?..Dalam ketidakpastian itu kita sering mencuba dan terus mencuba untuk memenangi hatinya agar dia sedar akan keikhlasan dan kesungguhan yang kita ada.. Tetapi apa yang kita persembahkan dan jamukan tiada nilai langsung disisinya.. Haruskah kita masih menunggu dan terus menunggu untuk mendapatkan kepastian? Atau kita sahaja mengambil langkah untuk pergi dan mencari suatu yang pasti?.. Kita mungkin keliru kerana hati bukan boleh dipaksa dan keinginan kita tidak boleh ditepis.. Kerana bila keinginan yang kita rasa itu hanya pada yang kita rasa sahaja.. Mana mungkin akan berubah pada orang lain dalam masa yang singkat.. Mana mungkin..Kita akan selalu tertanya-tanya siapa sebenarnya kita padanya....

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu


Dan bila Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu


Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


P/S: Lirik lagu Coba...

16 comments:

  1. Kita tau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, tapi kita hulurkan jg dgn harapan ada orang yg menyambut..skrg2nye kita tak mneyesal di kemudian hari setelah mencuba..betul ke?

    Tgh demam karaoke lagu faizal tahir..huhu
    bestt..

    ReplyDelete
  2. MUIN-Yup kita sentiasa mencuba dan terus mencuba agar dia memahami apa rasa hati kita..Agar dia dapat membaca apa yang tersirat dalam cubaan kita..hehe

    ReplyDelete
  3. kita manusia begitulah... bila hati dah terpaut.. akan cuba juga sedaya upaya utk mencari jawapan yg pasti... dan walaupun dah dpt jawapan yg jelas... - kita sedang bertepuk sendiri - tapi masih juga tak mahu mengalah utk memenangi hati... - sampai masanya, kita perlu undurkan diri... memang payah.. memang seksa.. tapi itulah yg terbaik dari terus menanggung penyeksaan berterusan....

    ReplyDelete
  4. CHIME-Payah tapi terpaksakan..Mcm lagu Fransica Peter kerna terpaksa aku melangkah pergi..hehehe..

    ReplyDelete
  5. memang ada something ngan lirik neh..tp still x suka..
    hehehe

    ReplyDelete
  6. MOHD RAZ-Tak suka lagi dia kat FT..hehehe..

    ReplyDelete
  7. suka lagu nih!!!!suka faizal tahir..heehe

    ReplyDelete
  8. @xim-Ada yang suka dan ada yg tidak..Kawan kita kat atas tu tak suka..hehe..Citarasa manusia itu berbezaa...hehe

    ReplyDelete
  9. kita cuma manusia. selalu harap pada yang bukan milik kita. tapi itu juga kadang-kadang jadi indah. walaupun cuma dalam kenangan.

    ReplyDelete
  10. lurve this songgggggggggg..siapalah aku ini ye ad...

    ReplyDelete
  11. ADDY-Tapi kenapa kita dianggap seolah-olah kita istimewa pada mulanya?..Tapi sampai suatu masa kita tidak nampak lagi istimewanya itu..Kenangan kan?..hmmm

    ReplyDelete
  12. WAHIDAH-Suka ek lagu ni..hehe...Agak2 siapalah Wahidah tu yea...hehe..Hanya kita tahu siapa kita..

    ReplyDelete
  13. hati manusia bang. saya juga pernah dianggap istimewa pada mulanya. tapi akhirnya saya sendiri kecewa dalam emosi yang saya sendiri tak pernah undang. dan saya pernah betul-betul marah. saya pernah juga luahkan dalam blog. hati saya betul-betul hancur. tapi saya pasrah. mungkin dia bukan untuk saya. saya rela dia cuma serpihan kenangan dalam hidup saya.

    walaupon dia cuma kenangan, tapi dia pernah datang dalam hati kecil saya. dan sungguh saya tak pernah menyesal.

    ReplyDelete
  14. lagu sedehhhhhhhhhhhhh

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥

    *********************************

    ReplyDelete
  15. YANIE-Sedih ek...takpe lagu jer sedih..hehehe..

    ReplyDelete
  16. Kadang2 kita rasa kita bertepuk dua belah tangan.. ada yang menyahut. Tapi mungkin tepukan tu tak kuat bunyinya, maka kita tercari-cari apakah tepukan itu ikhlas atau sekadar tepukan ala-ala touch & go. Bunyinya hanya seketika. Susah kan bila ada rasa camtu. Sampai bila harus tunggu? Biarkan berlalu pergi? Tapi kalau dibiarkan berlalu pergi...kelak akan kembali lagi? Atau pasrah?

    Nonetheless, berdoa je lah pada Yang Esa..moga-moga kita bertepuk pada yang ikhlas, kita bertepuk pada yang hak, kita bertepuk pada yang sudi. DIA sudah bertepuk dengan kita sejak azali..hanya kita yang kadang-kala tidak menyambut tepukan itu.

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)