Tuesday, 24 March 2009

Jika Engkau Pergi..

Lirik lagi..hehe..Kali ni lirik Imran Ajmain..Suka sangat lirik ni..Cukup puitis untuk menyatakan rasa hati yang ditinggalkan..Tapi cukup kuat rasa hati untuk menerima satu pemergian dengan redha dan pasrah..Kita juga harus begitu bila menerima suatu takdir nyata yang begini..Harus kuat dan tabah dalam menghadapi satu pemergian dan ketiadaan yang tiba-tiba..Suatu yang mungkin kita tidak jangka akan berlaku..Tapi kita harus kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.Orang kata life must go on..Hidup perlu diteruskan walau apa sahaja kesukaran dan musibah berlaku dalam hidup..Kita masih ada Allah dalam mengadu hal ..Semoga semua takdir yang sukar itu kita dapat hadapi dengan penuh kesabaran dan keimanan..Insyallah..
Terima kasih kat salah seorang bloggers yang bagi lagu ni kat Ad..Tapi cari untuk diupload kat Blog tak dapat so Ad dengar sorang-sorang jer lah yea..hehe..So layannn lirik saja lah yea..hehe..


Imran Ajmain - Jika Engkau Pergi


Bermulanya semua hanya dengan rasa

ada saja yang tak kena

Rupanya kau berkasih

Menyingkir setia

Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran

Jangan nanti jadi cabaran

Aku ingin kau memadam kenangan

Menjadi mimpi berterbangan


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit

Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku

Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai

Menyentuh hati kecewa

Janji sehidup semati

Tinggal tiada lagi

Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian

Biarlah ku rela melepaskan

Pada mu cinta cuma lah mainan

Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya

Jalan cerita pun nyata akan berubah


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit

Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku

Ku janji takkan merindui mu

4 comments:

  1. peminat ke? Lagu Imran Ajmain biasanya sayu2. Sampai sakit jiwa Cahaya dengar.

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun sayang tuh lagu dia ke?

    ReplyDelete
  3. CAHAYA-Bukanlah peminat tetapi suka lagu jer yg best2..yg tak best tak suka..hehe..

    ReplyDelete
  4. BOZZ0-Yup memang lagu dia laa tu..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)