Tuesday 30 June 2009

TIADA HADIR RASA DIHATIMU

Ad tujukan puisi ini untuk semua yang merasakan kasih, sayang dan cinta mereka tidak hadir dihati seseorang walau sudah pelbagai cara dan kaedah yang dilakukan untuk menghadirkan RASA itu dihati seseorang tersebut.. Dalam satu proses kehidupan ini kadang-kadang RASA itu hadir hanya untuk sementara sahaja.. Malah kadang-kadang belum sampai suatu masa yang relevan RASA itu sudah pergi..Tidak sempat mengecap manisnya RASA itu .. Hanya sekejap cuma..Ada yang meRASAkan getaran RASA itu?..hehe..

Tiada Hadir Rasa Dihatimu


Hati sunyi dan sepi

Imbasan tiada nampak

Dengusan tiada rasa

Dengaran tiada bunyi


Risikan telah dilakukan

Belaian telah disentuhkan

Ungkapan telah dinyatakan

Hembusan telah disapakan


Hati sunyi dan sepi

Tanpa hadirnya kasih

Tanpa hadirnya sayang

Tanpa hadirnya cinta


Ingatan tersasar jauh

Rinduan terbeku sudah

Tangisan tersedu lalu

Senyuman terlirik tawar


Hati masih sunyi dan sepi

Mencari kasih

Mencari sayang

Mencari cinta


Tidak hadirkah dihatimu, kasihku ini

Tidak wujudkah dihatimu, sayangku ini

Tiada nampakkah dihatimu, cintaku ini


Aku hanya perlukan sedikit ruang

Aku hanya perlukan secubit rasa

Aku hanya perlukan sekilas pandang

Aku hanya perlukan secalit rindu


Hadirkanlah di ruang hatimu

Sentuhan belaian

Nyataan ungkapan

Sapaan hembusan


Agar hati ini tidak lagi sunyi dan sepi lagi...


Saturday 27 June 2009

INGINKU ,FIKIRKU dan HAJATKU


Inginku

Terbatas

Terhad

Terhalang


Fikirku

Tidak kesampaian

Tidak tercapai

Tidak terjangkau


Hajatku

Masih terhenti

Masih terbeku

Masih terkelu


Aku masih buntu

Aku masih keliru

Aku masih resah

Aku masih gelisah


Bilakah inginku akan tercapai

Bilakah hajatku akan termakbul

Bilakah fikirku akan terlaksana


Usahaku masih gigih

Tekadku masih padu

Jalanku masih lurus

Niatku masih ikhlas


Aku mohon padamu YA ALLAH

Pandukan jalan hidupku

Arahkan lorong benarku

Tunjukkan aku cahayamu

Agar aku temui dan genggami

Inginku,Fikirku dan Hajatku..


Friday 26 June 2009

LOVE IS ALL

Hari ni tiada idea nak buat entry melankolik just a songs lyric by Marc Anthony Love Is All..Tengah2 duk search lagu2 lama terjumpa lagu ni..Suka dengar lagu ni dengan lirik dan alunan lagunya...
All the glory ,All the pain, All the passion that turns to ashes only to rise again....hmmm
Layannn....Buatmasa ini jadi lagu tema blog Ad..



When you hold me like this
So many memories fill my eyes
The first time we kissed
The times we nearly said good-bye
But still here we are
Tested and tried and still true
And stronger than we ever knew
Love is all
The laughter and the tears that fall
The mundane and the magical
Love is all
All is love
The careless word, the healing touch
The getting and the giving of
All is love
There's a meyou've always known
The me that's a stranger still
The you that feels like home
And the you that never will
But still here we lie
Tender and trusting and true
With everything that we've been through
Love is all
The laughter and the tears that fall
The mundane and the magical
Love is all
All is love
The careless word, the healing touch
The getting and the giving of
All is love
All the glory
All the pain
All the passion
That turns to ashes
Only to rise again
Love is all
The laughter and the tears that fall
The mundane and the magical
Love is all
All is love
The careless word, the healing touch
The getting and the giving of
All is love

Monday 22 June 2009

Bernafas tanpa cinta ( Breathing without love)


Nafasku semakin perlahan

Nafasku semakin pendek

Nafasku semakin singkat

Nafasku semakin sendu


Aku rasa cukup lemah

Aku rasa cukup lemas

Aku rasa cukup resah

Aku rasa cukup lelah


Ku pandang kiri , sepi

Ku pandang kanan , sunyi

Mana pergi rupamu dulu

Mana pergi wajahmu dulu


Aku tercari-cari

Aku tercapai-capai

Aku tergapai-gapai


Rupanya aku cuba cari , hilang

Rupanya aku cuba capai , bayang

Rupanya aku cuba gapai , melayang


Hilangmu mungkin tiada gantinya

Bayangmu mungkin tiada duanya

Layanganmu mungkin tiada hentinya


Aku pasrah dengan ketentuan ini

Aku redha dengan keputusan ini

Aku akur dengan ketetapan ini


Walaupun jauh disudut hati ini

Hembusan nafas ini tetap ada sampai bila-bila

Walau dengan hembusan nafas ,kau hilang

Walau dengan hembusan nafas ,kau bayang-bayang

Walau dengan hembusan nafas ,kau melayang


Saturday 20 June 2009

Sekali Aku Melangkah


Dulu aku rayumu

Dulu aku rintihmu

Dulu aku pujukmu

Dulu aku inginmu


Tapi itu dulu

Masa rasa ini masih segar

Masa rasa ini masih indah

Masa rasa ini masih manis


Tapi tidak kini

Masa rasa ini sudah padam

Masa rasa ini sudah kelam

Masa rasa ini sudah suram

Masa rasa ini sudah hilang


Aku ingat dulu

Kau herdik aku

Kau hina aku

Kau curiga aku

Kau benci aku


Aku pernah berikanmu peluang

Aku pernah berikanmu ruang

Kau tidak pernah ambil peduli

Kau tidak pernah ambil hirau


Sekali aku melangkah pergi

Sekali aku membawa hati

Aku takkan berpaling lagi

Aku takkan menoleh lagi


Kau bahagialah dengan cara kau

Aku bahagia dengan caraku

Ikatan itu tidak mungkin lagi ada

Hubungan itu tidak mungkin lagi wujud


Maafkanku

Sayangku sudah dihancur ganasnya taufan

Cintaku sudah dihempas rakusnya ombak

Tidak mungkin bagiku berpatah rasa

Untuk menyayangi dan menyintaimu lagi..


Friday 19 June 2009

AKU BERDOSA

Sempena malam Jumaat kita bermelankolik malam Jumaat.. bley?..hehe.. Sempena malam Jumaat kita lupakan rasa-rasa yang ada.. Kita rasa pula asal kejadian kita, untuk apa kita hidup dan kemana arah jalan kita selepas ini... Kadang-kadang dalam perjalanan yang panjang ini kita terbabas, kita tertewas, kita kalah , kita gagal dalam aturcara hidup yang pelbagai.. Pelbagai godaan dan pujukan yang membawa kita berdosa pada Allah..Rasalah puisi Ad yang bertajuk Aku berdosa..Fikir-fikir lah..

AKU BERDOSA

YA ALLAH,

Kudus hati ku berserah

Serahan jiwaku tanpa ragu

Ikhlas doa ku panjatkan

Pohon ampuni dosaku


YA ALLAH,

Aku insan berdosa

Aku gagal dalam iman

Aku tewas dalam pujukan

Aku kalah dalam godaan


YA ALLAH,

Aku tidak sanggup hadapi nerakaMU

Aku tidak sanggup terima azabMU

Aku tidak berdaya tempuhi laknatMU

Aku tidak berdaya merasa balasanMU


YA ALLAH,

Kau ampunkan dosaku

Kau maafkan salahku

Kau leburkan khilafku


YA ALLAH,

Dekatkan aku dengan syurgaMU

Alirkan darahku dengan nurMU

Tiupkan nafasku dengan udaraMU

Berikan aku tenaga dengan zatMU


YA ALLAH,

Kau sayangilah hambaMU ini

Kau kasihilah hambaMU ini

Kau jagalah setiap langkah hambaMU ini

Kau permudahkanlah urusan hambaMU ini


YA ALLAH,

KepadaMU aku memohon

KepadaMU aku berserah



Tuesday 16 June 2009

Congak


Aku congak diri ini

Aku congak usaha diri

Aku congak daya diri

Aku congak kuat diri


Aku masih tidak ketemui

Aku masih tidak jumpa

Aku masih tidak mampu

Aku masih tidak upaya


Aku sudah habis usaha

Aku sudah habis ikhtiar

Aku sudah habis fikir

Aku sudah habis jalani


Aku masih tidak mampu genggam jaya

Aku masih tidak mampu capai langit

Aku masih tidak mampu pecut laju

Aku masih tidak mampu terbang tinggi


Ada sahaja langkahku terhalang

Ada sahaja gusarku merasuk

Ada sahaja khuatirku membisik

Ada sahaja bimbangku menghantui


Aku tidak kuat untuk menangkis

Aku tidak kuat untuk membenteng

Aku tidak kuat untuk menepis

Aku tidak kuat untuk menahan


Tapi


Aku masih ada niat

Aku masih ada hajat

Aku masih ada mahu


Saat itu

Tika itu


Akan aku lalui jua akhirnya

Akan aku jalani jua akhirnya

Akan aku terokai jua akhirnya

Akan aku tempuhi jua akhirnya

Akan aku hadapi jua akhirnya


Berbekal anugerah iman

Berbekal kekuatan sabar

Moga Allah permudahkan segalanya...





Saturday 13 June 2009

Ku Sedari Itu : Kasihmu Sayangmu



Kasihmu ku rasa

Sayangmu ku rasa


Walau pahit getirnya hubungan

Walau teriak tangisnya hubungan

Kau tetap setia menanti

Kau tetap setia menunggu


Aku rasa kasih yang kau curahkan

Aku rasa sayang yang kau ucapkan


Saat ombak menghempas pantai

Saat angin menghayung pohonan

Kau masih lagi rata damparan

Kau masih lagi teguh menegak


Aku tahu kasihmu cukup ikhlas

Aku tahu sayangmu cukup jujur


Detik dugaan itu tetap hadir

Detik cabaran itu tetap singgah

Kau cuba pertahankan walau masa bergulir

Kau cuba perlindungkan walau luka berdarah


Kasihmu cukup membuatku bahagia

Sayangmu cukup membuatku ceria


Tapi aku tidak tahu

Adakah semuanya akan kekal

Atau akan dibawak ombak laut

Pergi dan pergi

Meninggalkan diriku sendiri

Sunyi dan sepi menagih waktu..

Wednesday 10 June 2009

Aku Keliru : Khas Untuk Sekeping Hati




Entry khas ini ditujukan kepada Haliza... http://www.mydiary197.blogspot.com/ . Atas permintaannya untuk hajat suatu puisi..


Komen dia kepada Ad seperti dibawah:-

"huhu.. nak buat permintaan puisi boleh? erm.. boleh tak buat puisi ttg cinta.. cth nya.. ada seorg ni, dia da berpunya.. tp tiba2.. dia jatuh cinta pada org lain.. jatuh cinta pada insan y dia tidak kenali.. dan dia tidak tahu.. bila akan ketemui lagi dgn org tu.. sedangkan insan y menyintai dia.. tulus ikhlas menyintai.. mencurahkan sepenuh kasih.. tp hatinya pula pada insan y dia tidak ketahui..huhu.. boleh tak?"


So atas sahabat blog yang setia Ad titip satu puisi seperti yang dihajati..Harap dia suka dengan karangan puisi yang tak seberapa ini..Dan hak untuk dia menerbitkan puisi ini di blog dia sbb Ad dah bagi kat dia..hehe..


p/s: Lepas ni jangan lak ada yang mintak lagi yea..huhu..Ponat den masuk dalam RASA itu untuk mendapat idea..hehe..Ni puisi di cipta khas untuk Liza sekeping hati...Rasai lah puisi ini yea..hehe...Kalau nak betulkan dimana2 boleh saja..untuk menyedapkan rasa yang ada pada liza..


AKU KELIRU

Palingku pada kanan aku resah
Palingku pada kiri aku rebah


Aku tidak tahu apa aku rasa
Aku tidak tahu apa aku duga
Dalam hati terkeliru rasa
Dalam hati terkuis duga

Aku setia pada sini
Aku kasih pada sana
Mana mungkin aku pilih dua
Mana mungkin aku kongsi rasa

Kananku cukup setia cintanya
Kiriku cukup mencuit untuk cinta
Walau yang ada masih setia
Walau hati ini sudah berubah rasa

Hati masih teraba yang dicinta
Hati sudah ragu pada yang cinta
Sukar dalam penafsiran rasa ini
Bayang yang mungkin hanya bayang cinta

Ragu ini mungkin dugaan
Ingin ini mungkin cubaan
Menguji hati yang setia cinta
Meneka rasa yang tiada jangka

Sanggupkah aku mendusta cinta
Sanggupkah aku mendua cinta
Sanggupkah aku membina cinta
Sanggupkah aku memusnah cinta

Aku hanya ada satu pilihan
Aku hanya ada satu tujuan
Mana yang harus aku pilih
Mana yang harus aku tuju

Aku keliru
Aku keliru

Monday 8 June 2009

Rembatan Hati


Hati dirembat

Sakitnya tidak terucap

Hanya empunya diri yang rasa

Lambungan tiada tepian


Hati dirembat

Pedihnya tiada siapa yang tahu

Milik diri yang terkena

Lantunan tinggi memedih


Hati dirembat

Calarannya terasa bak semalu

Hak diri yang dinafi

Hakisan rapat menghiris


Hati dirembat

Kesan merah membarah

Kasih diri terabai

Tusukan tepat memarah


Hati dirembat

Aliran darah merah mengalir

Cinta suci dinodai

Rembatan yang memati



Thursday 4 June 2009

Liku Perjalanan Ini



Suatu langkah jalan hidup yang masih lagi jauh..


Aku tidak bisa mencongak masa dan waktunya..


Masa dan waktu itu semakin jauh aku rasa..


Gapai tanganku semakin longlai..


Langkah kakiku semakin lemah...


Jalan itu ingin sangat aku lalui ..


Tapi banyak sungguh rintangan dan cubaan yang harus aku hadapi..


Di kiri dan kananku pelbagai halangan datang..


Semakin sesak rasa dadaku dan singkat nafasku rasa...


Walau apa sahaja yang datang mencuba aku tetap gagahi juga langkahku..


Aku kuatkan tekad hati dalam mencapai suatu realiti diri...


Halangan dan cubaan itu satu persatu aku tepis dan lempar...


Aku kuak semua lalang tajam yang menghalang langkahku ini...


Aku tebas semua onak dan duri yang ada menanti...


Walau terguris darah hatiku tiada yang boleh menghalang lagi...


Tekad semangat akan ku terus juang sampai ke titis darah yang terakhir...

Monday 1 June 2009

PERSENDA



Kataku kau persenda

Bicaraku kau persenda

Pesananku kau persenda

Panggilanku kau persenda


Aku selalu berkata-kata denganmu

Aku selalu cuba bicara denganmu

Aku selalu menghantar pesanan padamu

Aku selalu memanggil-manggilmu


Tapi


Tiada kata-kata puja

Tiada bicara manis

Tiada pesanan semangat

Tiada panggilan keramat


Aku sentiasa berharap

Aku sentiasa berhasrat

Aku sentiasa berkehendak


Selagi aku cuba

Selagi aku berdaya

Selagi aku bertenaga

Selagi aku berusaha


Tapi


Kasihku tetap kau persenda

Sayangku tetap kau persenda

Cintaku tetap kau persenda