Friday, 19 June 2009

AKU BERDOSA

Sempena malam Jumaat kita bermelankolik malam Jumaat.. bley?..hehe.. Sempena malam Jumaat kita lupakan rasa-rasa yang ada.. Kita rasa pula asal kejadian kita, untuk apa kita hidup dan kemana arah jalan kita selepas ini... Kadang-kadang dalam perjalanan yang panjang ini kita terbabas, kita tertewas, kita kalah , kita gagal dalam aturcara hidup yang pelbagai.. Pelbagai godaan dan pujukan yang membawa kita berdosa pada Allah..Rasalah puisi Ad yang bertajuk Aku berdosa..Fikir-fikir lah..

AKU BERDOSA

YA ALLAH,

Kudus hati ku berserah

Serahan jiwaku tanpa ragu

Ikhlas doa ku panjatkan

Pohon ampuni dosaku


YA ALLAH,

Aku insan berdosa

Aku gagal dalam iman

Aku tewas dalam pujukan

Aku kalah dalam godaan


YA ALLAH,

Aku tidak sanggup hadapi nerakaMU

Aku tidak sanggup terima azabMU

Aku tidak berdaya tempuhi laknatMU

Aku tidak berdaya merasa balasanMU


YA ALLAH,

Kau ampunkan dosaku

Kau maafkan salahku

Kau leburkan khilafku


YA ALLAH,

Dekatkan aku dengan syurgaMU

Alirkan darahku dengan nurMU

Tiupkan nafasku dengan udaraMU

Berikan aku tenaga dengan zatMU


YA ALLAH,

Kau sayangilah hambaMU ini

Kau kasihilah hambaMU ini

Kau jagalah setiap langkah hambaMU ini

Kau permudahkanlah urusan hambaMU ini


YA ALLAH,

KepadaMU aku memohon

KepadaMU aku berserah



11 comments:

  1. Salam. Ya ALLAH, meremang bulu roma baca rintihan Ad ni. Semoga semuanya dtg dr hati. InsyaALLAH DIA pun takde masalah untuk perkenankan. :) Sama2 kita berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Pengasih,
    Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Bahawasanya, Dia tidak akan mempersiakan HambaNya yang senantiasa mengingatiNya walau dalam apa jua Keadaan.
    Kebaikan datang dariNYa, Yang Buruk itu dtg dari Amalan kita..
    Semoga Allah S.W.T mengampun kan dosa2 kita dan ibu bapa serta semua umat-umat islam yang beriman kepadaNya.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. CAHAYA-Huhu sampai meremang bulu roma?...Anda merasa sama..terima kasih..Insyallah kita sama-sama berdoa untuk diri dan org lain..

    ReplyDelete
  4. HONEYDY LOVE-Insyallah..Moga Allah mendengar rintihan kita dan mengampunkan semua dosa-dosa kita yang lalu..Setiap manusia ada khilafnya..Dan wajiblah bagi kita memperbaiki diri..Insyallah ,Allah membantu jalan hidup kita semua..

    ReplyDelete
  5. wah.. erm.. puisi kali ni mcm lain sikit. tp.. bagus la.. boleh la mjadi insaf sikit.. huhuhu.. aper2 pun.. semoga apa y kita lakukan di berkati oleh YANG MAHA ESA

    ReplyDelete
  6. SEKEPING HATI-Lain dari segi mana tu?..hehe..

    ReplyDelete
  7. aku rasa berdosa...
    sampai skang aku lom kawin2 lagi...
    dah la MALAM JUMAAT lak tu

    hehhehehhehe.....

    ReplyDelete
  8. YANIE-Berdosa ke tak kawin?..huhu...malam jumaat sunat jer..haha..apa laa dik yah ni..ish3x..

    ReplyDelete
  9. hehehe.. lain sikit ar.. dari bfore2 ni.. insaf sekejap.. hehehehehe..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)