Tuesday, 30 June 2009

TIADA HADIR RASA DIHATIMU

Ad tujukan puisi ini untuk semua yang merasakan kasih, sayang dan cinta mereka tidak hadir dihati seseorang walau sudah pelbagai cara dan kaedah yang dilakukan untuk menghadirkan RASA itu dihati seseorang tersebut.. Dalam satu proses kehidupan ini kadang-kadang RASA itu hadir hanya untuk sementara sahaja.. Malah kadang-kadang belum sampai suatu masa yang relevan RASA itu sudah pergi..Tidak sempat mengecap manisnya RASA itu .. Hanya sekejap cuma..Ada yang meRASAkan getaran RASA itu?..hehe..

Tiada Hadir Rasa Dihatimu


Hati sunyi dan sepi

Imbasan tiada nampak

Dengusan tiada rasa

Dengaran tiada bunyi


Risikan telah dilakukan

Belaian telah disentuhkan

Ungkapan telah dinyatakan

Hembusan telah disapakan


Hati sunyi dan sepi

Tanpa hadirnya kasih

Tanpa hadirnya sayang

Tanpa hadirnya cinta


Ingatan tersasar jauh

Rinduan terbeku sudah

Tangisan tersedu lalu

Senyuman terlirik tawar


Hati masih sunyi dan sepi

Mencari kasih

Mencari sayang

Mencari cinta


Tidak hadirkah dihatimu, kasihku ini

Tidak wujudkah dihatimu, sayangku ini

Tiada nampakkah dihatimu, cintaku ini


Aku hanya perlukan sedikit ruang

Aku hanya perlukan secubit rasa

Aku hanya perlukan sekilas pandang

Aku hanya perlukan secalit rindu


Hadirkanlah di ruang hatimu

Sentuhan belaian

Nyataan ungkapan

Sapaan hembusan


Agar hati ini tidak lagi sunyi dan sepi lagi...


21 comments:

  1. Apa boleh buat...

    Cinta itu tidak boleh dipaksa, Ia hadir dengan dua hati yang saling memerlukan...

    Bak kata Alam... "Hingga dalam mimpi pun, slalu hadir dirimu, jadi gurauan tidurku"

    ReplyDelete
  2. hmmmm... nampak gayanya, puisi ni tak ditujukan untuk saya kan?... hmmmm...

    ReplyDelete
  3. ZAMSPOTTE-Hehe..gurauan tidur?..hmmm..Mmg cinta tidak boleh dipaksa..tapi boleh dipupukkan?..hmmm

    ReplyDelete
  4. CHIME-Hmmm agaknya lah sbb Chime tgh bahagia..hehehe...

    ReplyDelete
  5. PERIDOT SEPI-Best jer?..hehe

    ReplyDelete
  6. Camner nak pupuk kalau bertepuk sebelah tangan??

    ReplyDelete
  7. teringat tempat makan RASA di ALAMANDA....

    hahahahha

    ReplyDelete
  8. hmmmmmm

    cam terasa la plak, huhuhu..

    camana dulu dia yg memulakan, dia yg mememinta dan merayu...

    bila rasa cinta dibalas, diberi....

    perasaan cinta boleh berubah2 erk, huhuhu...

    ReplyDelete
  9. best la...
    kasih telah diberikan, sayang telah dicurahkan... kalau itu tak bisa meresap ke jiwamu mahupun dirasa oleh dirimu, pejamkan matamu, hadirkah wajah itu? jika tiada imbasan mahupun bayang yg menjelma, dia memang tak pernah tersemat dalam hatimu dan dia bukanlah milikmu...

    ReplyDelete
  10. ZAMSPOTTE-Kalau sebelah tangan kena pujuk hati menerima ketentuan hidup yg pasti..

    ReplyDelete
  11. YANIE-Ada ek RASA di alamanda..tak prasanlaa plak..hehe

    ReplyDelete
  12. BLUECITY-Begitulah sifat manusia yg pelbagai.. kdg2 tak terjangka oleh fikir tapi kenyataan itu harus juga diterima dengan hati yang terpaksa...

    ReplyDelete
  13. PERIDOT SEPI-Mungkin ini juga suatu tanda atau makna yang jelas bahawa kita harus meneruskan langkah yang jelas dan jitu dalam corak warnanya suatu kejadian..Walau seperit mana hakikat yg harus dihadapi perjalanan hidup ini harus juga dilalui tanpa alasan..

    ReplyDelete
  14. Cinta boleh dipupuk..
    Cinta boleh hadir
    Cinta itu sakit
    Cinta itu indah
    Cinta itu rindu
    Cinta itu Benci
    Cinta itu jujur
    Cinta itu setia
    Cinta itu hanya kekal bila kita faham apa itu CINTA

    ReplyDelete
  15. HONEYDY-Cinta itu cinta..hehe..Semua rasa seolah2 ada dlm cinta...

    ReplyDelete
  16. CHEKGUSEKOLAH-Hehehe...tgh hangat berpuisi segala..senang menyatakan RASA diri yang ada...dan suka juga membuatkan manusia lain berfikir atas satu-satu entri ..Moga dapat sesuatu..

    ReplyDelete
  17. CHEKGUSEKOLAH-Ilham utk kebaikan diri tiada salahnya..kan?..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)