Sunday 30 March 2008

Sempoiii...

Salam ukhuwwah semua bloggers..bertemu lagi ya...hehe..Hari ni dan esok Ad cuti keputeraan sultan kelantan..2 hari tuuu..campur weekend 4 hari tuu..Selamat keputeraan untuk sultan kelantan..Moga raja terus berpelembagaan..Raja berdaulat rakyat sejahtera...Daulat Tuanku..

Ermm cuti nie AD ada tetamu dari Kl..just for 2 days only lah..Pagi ni rush ke Aiport Pengkalan Chepa coz nak hantar dia balik ,flight dia pukul 6.45 pagi..dia open ticket sbb staff MAS jgk..Nak beli ticket biasa katanya rugi pulak so tunggu flight mana yg kosong lah..Yang kosong kalo weekend ni mestilah yg pagi2 buta jek..hehe ..So from Machang kena turun kul 5 pagi lagi..About one hour gak ke aiport..After that AD terus balik lah ke Machang...about one hour lagi drive..Sampai umah dia sms dia pun dah sampai..haha..klakar jek...dia jauh sampai sama ngan Ad sampai umah...kalo nak awal sampai umah AD agaknya kena ambik flight laa..tapi mustahil ada...hehe..

So ada hari ni and esok jek...2 hari tatau nak wat pe...Nak jenjalan malas lak..Kawan pun takde lak ajak nak kluar ke apa..Ada sorg tu gi pulau perhentian tak gitau..Dah sampai sana baru gitau ..hampehh...Kalo bagitau pun Ad takleh pegi sbb ada tetamu kan..apee daaa...

Nak buat apa ek?..haaa..oleh kerana mata mengantuk yang amat sangat...tidoo jer laa lepas ni..sian kat mata letih tido lewat dah berapa hari..Mata nak rest gak kan...Mata nanti aku bagi rehat kat ko ya..kejappp jer lagi k..sabo k.. So aktiviti rutin check laman2 kengkawan ni..myspes ,friendster...sambil2 leh ym sekali skala..tapi dah kureng ym skrg...cam boring jek skrg..apsal ntah...Hanya Ad yang tahu...haha...Sori sempoiii sket entry kali ni ya..Lenkali kita bermadah berhelah lagi yea...ahaks..daaaa..

Friday 21 March 2008

Kerana Terpaksa

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka


Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu


Haruskah kita ingat lagi kenangan itu ?..Kenangan yang setiap masa masih bermain di kotak fikiran kita...Haruskah kita nyatakan pada hati agar jangan ingat lagi semua yang berlalu..Tapi manusia sering tewas dengan perasaan mereka..Walau apa cara yang kita lakukan kenangan itu sering bertandang dan sering mengganggu..Walau kita cuba redakan hati tapi kenangan itu masih bebas bermain..Derita yang menjerat hati ini tak dapat di lepaskan lagi..Mungkinkah ada suatu keajaiban yang dapat melepas dan membebaskan hati ini?..Kita tidak tahu...Kita hanya mampu berdoa.......

Wednesday 19 March 2008

SALAM MAULIDURRASUL 1429H


MAULUD


MAULIDURRASUL DENGAN DALIL-DALIL YANG NYATA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekelian.

Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat dengannya, amin...!

DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMAK AHLI SUNNAH.

  1. Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:

“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”

(Surah Al-A’araf, ayat 157).

  1. Firman Allah Taala, “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )

Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (شعائر الله جمع شعيرة أو شعارة ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.

3. Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab ke atas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ yaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.

Hadis ini menunjukkan bahawa:

i) Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri.

ii) Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari isnin, berkata Nabi s.a.w, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” (Riwayat Muslim dan lainnya)

iii) Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.

  1. Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari yang Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.

Diambil pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana , sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan lain-lain.

Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )

FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.” ( Al-Anbiyaa’:107 )

  • Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ). Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)



  • Ehsan Penulisan Pelajar Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu Kelantan.

    Wednesday 12 March 2008

    Perpisahan keliru...




    Setiap yang bermula pasti ada akhirnya...setiap pertemuan pasti ada perpisahan cuma kita tidak tahu perpisahan itu camana...Dalam hidup kita ,kita kerap mengalami perpisahan ..Kadang-kadang semuanya tidak disangka...tapi benda ini berlaku juga tanpa diminta...Walaumacamana kita cuba mengelak ianya berlaku tapi ianya berlaku juga..Malah kita telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan tapi perpisahan juga yang berlaku..Orang kata semua itu ketentuan atau takdir yang kita tidak boleh elak tapi adakah kita hanya mampu berserah sahaja kepada takdir diatas apa yang berlaku?..Tiadakah suatu cara atau jalan yang dapat menghalang semua itu berlaku?..Kita tak pasti..Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa sahaja semoga setiap pertemuan itu kekal sampai bila-bila..
    Perpisahan itu mungkin juga berlaku diatas sebab-sebab yang tertentu..Kadang-kadang kita silap didalam perhubungan kerana membenarkan kesilapan itu berlaku..tapi kadang-kadang kita tidak pernah membuat kesilapan tetapi perpisahan tetap juga berlaku...Kita menjadi buntu..Keliru yang mana satu puncanya...Kita tidak mendapat jawapan kerana mungkin jawapan itu ada pada seorang lagi..dan mungkin kita tidak akan dapat jawapan sampai bila-bila.. Adakah ini berpunca dari sifat manusia yang tidak menghargai pertemuan?..Mungkin juga sifat manusia yang merasakan pertemuan itu semata-mata pertemuan tiada yang lebih dari itu..Amat malang jika perkara ini berlaku kepada seseorang yang amat menghargai sebuah pertemuan...Dia akan berasa pertemuan yang cukup berharga baginya hanyalah suatu dogengan yang tiada nilainya...So hargailah setiap pertemuan kerana nilai pertemuan itu adalah suatu yang cukup berharga apabila kita pandang dengan mata hati kita...Ianya bukan sekadar pertemuan..Ianya lebih dari itu...Pertemuan itu akan membawa kepada suatu ukuwwah,persahabatan atau apa sahaja istilah ..Nilainya cukup besar bagi yang tahu menghargainya...