Sunday 31 May 2009

Sakit Ini



Hanya aku yang rasa...

Hanya aku yang alami..


Orang lain hanya dapat melihat

Orang lain hanya dapat menasihat

Orang lain hanya dapat bertanya


Yang merasakan aku

Yang mengalaminya aku


Ya Allah

Sembuhkan sakit ku ini

Kerap sungguh ia datang sekarang


Aku mohon ampun atas segala silapku

Aku mohon ampun atas segala dosaku


p/s: Doakan sakit Ad cepat sembuh ya..

Friday 29 May 2009

ITU AKU


ITU AKU

WALAU APAPUN BERLAKU


ITU AKU

WALAU APAPUN DATANG


ITU AKU

WALAU KAU SERING BENCI


ITU AKU

WALAU KAU SERING CURIGA


ITU AKU

WALAU KAU MASIH MENELAH


ITU AKU

WALAU KAU MEMBUAT ALASAN


ITU AKU

WALAU KAU TIADA LAGI SAYANG


ITU AKU

WALAU KAU TIADA LAGI CINTA


ITU AKU

WALAU KINI KAU TIADA LAGI


ITU AKU

WALAU KINI KAU DIAM SEPI


ITU AKU

WALAU KINI KAU BERLALU PERGI


ITU AKU

WALAU TANGIS HATIKU BERDARAH


ITU AKU

WALAU SAKIT RASAKU PEDIH


ITU AKU

WALAU SERING MENGHARAPKAN MU


ITU AKU

WALAU MENDAMBAKAN KASIH SAYANGMU


ITU AKU

WALAU RASA INI AKAN ADA SELAMANYA


ITU AKU

ITU AKU




Tuesday 26 May 2009

GURIS



Kata mu mengguris hatiku

Kata mu mengguris rasaku

Kata mu mengguris niatku

Kata mu mengguris cubaku


Kau tidak pernah mahu mendengar

Kau tidak pernah mahu melihat

Kau tidak pernah mahu berkata

Kau tidak pernah mahu mengiya


Aku sering memujuk

Aku sering memanggil

Aku sering berkata

Aku sering bertanya


Dimanakah kau yang ku kenal dulu

Dimanakah kau yang ku faham dulu

Dimanakah kau yang ku yakin dulu

Dimanakah kau yang ku sayang dulu


Tiada lagi wujudmu kini

Tiada lagi adamu kini

Tiada lagi hadirmu kini

Tiada lagi jelmamu kini


Tiada lagi sendamu kini

Tiada lagi tawamu kini

Tiada lagi manjamu kini

Tiada lagi senyumu kini


Hidupku tiada keruan lagi

Hidupku tiada arah lagi

Hidupku tiada haluan lagi

Hidupku tiada tujuan lagi


Hatiku sering sendu

Hatiku sering pilu

Hatiku sering kelu

Hatiku sering ngilu


Masihkah ada harapan itu

Masihkah ada hajat itu

Masihkah ada niat itu

Masihkah ada hasrat itu


Masa juga penentu

Masa juga penetap


Aku hanya mampu menunggu

Aku hanya mampu berharap

Aku hanya mampu berserah

Aku hanya mampu pasrah


Saturday 23 May 2009

Fahami Diriku


Aku tidak bisa menipu

Aku tidak bisa menahan

Aku tidak bisa membuang

Aku tidak bisa meluahkan


Apa yang aku rasa

Apa yang aku tahan

Apa yang aku simpan

Apa yang aku pendam


Sudah berkali aku tunjukkan

Sudah berkali aku umpamakan

Sudah berkali aku bayangkan

Sudah berkali aku impikan


Engkau tidak pernah nampak

Engkau tidak pernah peduli

Engkau tidak pernah perasan

Engkau tidak pernah sedar


Hakikat itu pasti

Hakikat itu jelas

Hakikat itu nyata

Hakikat itu sedia


Tapi jauh disudut hati

Aku tahu engkau sedar

Aku tahu engkau nampak

Aku tahu engkau rasa


Mungkinkah kau mengujiku

Mungkinkah kau menelahku

Mungkinkah kau membenciku

Mungkinkah kau mengkhianatiku


Hasratku ikhlas

Hasratku jujur

Untuk memilikimu

Sepanjang hidupku


Walau engkau tidak pernah rasa

Walau engkau tidak pernah cinta

Aku kan tetap menyayangimu

Aku kan tetap menyintaimu

Selagi helaan nafasku ada



p/s:Tiada kena mengena dengan penulis kay..hehe

Friday 22 May 2009

Sakit itu dugaan


Sakit ini datang bertandang lagi..Tanpa amaran yang jelas terus ianya datang.. Sakitnya Ya Allah tuhan sahaja yang tahu.. Denyutan nya.. Sakit ini mungkin sudah tidak boleh hilang, sekejap-sekejap ia akan datang lagi... Cuma 'prevention" sahaja perlu dalam pemakanan seharian... Tapi diri ini kadang-kadang bernafsu makan terhadap makanan-makanan yang terlarang untuk sakit ini.Bila tidak sakit kita selalunya lupa tentang pantang larangnya..Tapi orang kata sakit juga untuk menghapus dosa-dosa kecil .. Dosa2 besar pulak hanya dengan taubat nasuha..


Sakit ini hanya menyerang dalam 2 hari kadang2 1 hari sahaja bengkaknya sudah surut..Tapi ubat perlu dimakan 2 jam sekali sehinggalah rasa mual..Ubat pemecah asid urik dari berkumpul membentuk molekul-molekul yang berkumpul disendi..Akibat dari pegumpulan molekul2 asid itulah yang menyebabkan kebengkakan dan sakit bila bergerak.

Moga dugaan sakit ini cepat-cepat sembuh kerana Ad ada urusan persediaan yang penting untuk satu majlis masa cuti sekolah nanti..Banyak yang perlu diselesaikan sebelum sampai tarikh itu.....

Thursday 21 May 2009

IQATUL MAUT



Saat semakin singkat

Ruang semakin sempit

Jarak semakin dekat

Keadaan semakin hampir


Masa itu akan tiba

Masa itu akan datang

Masa itu akan hadir

Masa itu akan wujud


Datangnya tidak diundang

Datangnya tidak dijemput

Datangnya tidak dipelawa


Tapi


Masa itu tetap menyinggah

Masa itu tetap menyapa

Masa itu tetap membisik


Inilah jalan hidupku

Inilah jalan hayatku

Inilah jalan nyawaku

Inilah jalan nafasku


Bila saatnya tiba


Disentap bagai dibelit kawat berduri

Bagaikan isi tercabut dari tulang

Nyawa ditarik ke halkum

Bagaikan hirisan pisau yang amat tajam


Besediakah kita dikafankan

Bersediakah kita diturunkan ke liang lahad

Bersediakah kita merasakan kegelapan timbusan tanah

Bersediakah kita dibacakan talkin


Kita akan meninggalkan ibubapa kita

Kita akan meninggalkan adik beradik kita

Kita akan meninggalkan saudara-mara kita

Kita akan meninggalkan kawan-kawan kita

Kita akan meninggalkan kekasih hati kita


Hanya tiga perkara kita tidak tinggalkan

Sedekah jariah kita

Ilmu yang berguna dan bermanfaat oleh pengamalnya

Anak yang soleh yang sering mendoakan kedua ibubapanya


Bersedialah

Bersedialah

Bersedialah


Masa itu akan tiba jua suatu hari

Bila masanya kita tidak tahu

Mungkin juga cepat

Mungkin juga lambat


Tapi persediaan itu wajib kerana

Kullu nafsin dzaa iqatul maut

(Tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati)








Monday 18 May 2009

Hapuskan Hilangkan


Hapuskan aku dalam memori hidupmu

Hapuskan aku dalam bicara hidupmu

Hapuskan aku dalam sinopsis karanganmu

Hapuskan aku dalam plot cerita hidupmu


Aku tahu jalan aku

Aku tahu arah aku

Aku tahu panduan aku

Aku tahu tujuan aku


Usah kau hamburkan kata-kata pedihmu

Usah kau lampiaskan kata-kata sakitmu

Usah kau simbahkan kata-kata nistamu

Usah kau percikkan kata-kata bencimu


Aku masih dengan jalan ini

Aku masih dengan tekad ini

Aku masih dengan redha ini

Aku masih dengan pasrah ini


Biar datang ribut yang melanda

Biar datang taufan yang memusnah

Biar datang banjir yang menenggelam

Biar datang api yang membakar


Jalan ini arahnya nyata

Tekad ini cerminnya jelas

Redha ini ikhlasnya rasa

Pasrah ini akurnya setia


Aku redha dan pasrah

Jalan ini semakin jelas


Hapuskan

Dan

Hilangkan


Aku dalam hidupmu

Sunday 17 May 2009

MASIH JELAS


Hmm hari ni takde puisi kay..Just letak lirik lagu..Lirik ni best bangat kalo dihayati.. Sambil-sambil AD layan you tube.. Layan gak lagu ni.. hehe.. Layannn..

Rasa masih jelas jer terbayang-bayangkan bila saat-saat indah atau sebaliknya yang tidak dapat kita lupakan...Masih jelas jer kan?..hmmm..



MASIH JELAS


Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah dari hari Dikau pergi
Dikau pergi

Penjara
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati kepada sang kekasih
Yang dilanda Yang dilanda
Kehilangan

Masih jelas
Tiap dari setiap garisan hari
Bila senyuman kau ukir untukku

Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajah mu waktu kau renung aku

Yang sungguh
Bergetar dalam kalbu
Lidah menghiris indah

Dari kelopak mata
Keranaku keranamu
Dipisahkan

Masih jelas setiap garisan hari
Bila senyuman kau ukirkan untuk ku

Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajah mu waktu kau renung aku

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara

Selagi hayatku masih ada
Kau tetap bertakhta dihatiku

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa

Tiada yang berubah dari hari

Dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi


By: Hafiz

Friday 15 May 2009

KAU BAGAI MUTIARA

Tanggal 16 Mei setiap tahun telah dinobatkan sebagai hari guru.Hari yang cukup bermakna walau sekali setahun sahaja ada hari ini,tetapi jasa guru tidak terkira dan akan diingati sepanjang masa oleh setiap orang yang mendapat pendidikan.Di kesempatan ini AD ucapkan Selamat Hari Guru bagi semua guru-guru yang mengerah tenaga dan akal fikiran dalam mendidik anak bangsa MALAYSIA..Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati..Dan bagi yang tidak menjadi guru fahami dan hayatilah perjuangan dan pengorbanan guru dalam mendidik sehingga seorang manusia itu menjadi seperti yang dapat kita lihat sekarang..Diri kita sendiri ,keluarga kita dan juga manusia disekeliling kita.Tanpa guru kita semua tidak akan sampai ke tahap yang kita ada sekarang..Jangan lupa jasa guru..Sekurang-kurangnya berdoalah agar guru-guru kita diberkati dan dirahmati hidup mereka semua..Terima Kasih Guru..

Di kesempatan ini juga Ad nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru Ad di Sekolah Rendah Hamzah Machang Kelantan (1981-1983) , Sekolah Kebangsaan Ampang Selangor (1983-1986), Victoria Institution Kuala Lumpur ( 1987 -1991) dan Pusat Tiusyen Kasturi Kuala Lumpur (1992)


"Tabahkan hatimu dan ikhlaskan pergorbananmu juga kentalkan semangatmu untuk melihat kejayaan anak-anak generasi yang bakal mencorakkan masa depan. Teruskan usaha tanpa mengenal penat dan jemu. Semoga tanggungjawab yang dilaksanakan ini akan diberkati oleh Allah S.W.T."



Guru oh Guru


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG 1979

Wednesday 13 May 2009

TERASING

Dalam keterbatasan waktu ini aku masih bisa menulis.. masih bisa menukilkan sesuatu untuk tatapan bloggers semua.. Saat ku masa ku cukup terbatas buat masa dan ketika ini.. Tetapi ingatanku padamu semua bloggers masih seperti dulu.. masih seperti saat kita mula-mula saling menitipkan sesuatu kata-kata yang cuba kita semua fahami dalam konteks yang berbeza.. Aku cuba untuk memahami semua nukilan kalian yang kadang-kadang cukup mencuit rasa gembiraku dalam waktu dan saat yang aku sendiri tidak dapat aku nyatakan apa rasa yang ada dalam diri.. Rasa ini cukup membuatkan diri rasa resah dan gelisah... Rasa yang tidak dapat difahami bagi yang tidak bisa memahami..Tetapi yang nyatanya ada antara titipanku yang menjelaskan rasa dan hawa rasaku.. Bagi yang memahami aku ucapkan terima kasih bagi yang tidak ,aku juga ucapkan terima kasih kerana masih setia membaca dan memahami apa yang cuba aku sampaikan.... Terima kasih semua.. Saat ini dan ketika ini baca dan fahamilah rasaku yang terasing....
Dalam masa ini

Dalam waktu ini


Saat ini

Minit ini

Jam ini


Engkau tidak lagi berpaling

Engkau tidak lagi menoleh

Engkau tidak lagi memandang


Aku yang masih setia

Aku yang masih menanti

Aku yang masih menunggu

Aku yang masih sabar


Rasa diri diabaikan

Rasa diri dibiarkan

Rasa diri ditinggalkan

Rasa diri ditepiskan

Rasa diri ditolakkan

Rasa diri dihempaskan

Rasa diri dibuangkan


Rintihan ku tidak didengar

Rintihan ku tidak dipeduli

Rintihan ku tidak dilihat

Rintihan ku tidak dicakna


Tiap saat aku merintih

Tiap saat aku merayu

Tiap saat aku memohon


Tiada sedikitkah belasmu

Tada sedikitkah kasihanmu

Tiada sedikitkah gerak hatimu


Untuk mendengar rintihanku

Untuk mendengar rayuanku

Untuk mendengar pohonku


Aku terasing dalam luka

Aku terasing dalam pilu

Aku terasing dalam sedih

Aku terasing dalam resah


Aku


Terasing

Terasing dan

Terasing...











Thursday 7 May 2009

MATA AIR









Mata Air..
Keluarmu tanpa diduga
Hadirmu tanpa dipaksa

Mata Air
Kau jujur dengan diri
Kau pasrah dengan niat

Mata Air
Kau memberikan kebahagiaan
Kau sering menghilangkan kehausan
Kau sering membasahi kegersangan
Kau sering menyirami kekeringan

Mata Air
Tanpamu orang lain kesusahan
Tanpamu orang lain kehausan
Tanpamu orang lain kegersangan
Tanpamu orang lain kekeringan


Mata Air
Jujurmu tiada siapa yang tahu
Ikhlasmu tiada siapa yang peduli
Setiamu tiada siapa yang ambil tahu


Mata Air
Kau tetap dengan tugasmu
Kau tetap dengan tanggungjawabmu
Kau tetap dengan jujurmu
Kau tetap dengan ikhlasmu


Walau datang gempa
Walau datang banjir
Walau datang kemarau


Siapakah sanggup menghargaimu
Siapakah sanggup menyayangimu
Siapakah sanggup memilikimu


Kerana

Bila engkau ada
Kau sering saja dibiarkan
Kau sering saja dibazirkan
Kau sering saja dibuang





Monday 4 May 2009

USAI WAKTU


Usai waktu merantai hati

Usai waktu menikam rasa

Usai waktu memanah luka

Usai waktu mengurung cinta


Hati ingin dilepas

Rasa ingin dilindung

Luka ingin disembuh

Cinta ingin dibebas


Mampukah aku melepaskan

Mampukah aku melindungi

Mampukah aku menyembuh

Mampukah aku membebaskan


Sedangkan


Dayaku lemah

Jiwaku kecil

Inginku lelah

Hartaku sedikit


Adakah yang hendak

Adakah yang ingin

Adakah yang mahu


Mengisi kosongnya hati

Menemani sunyinya diri

Memenuhi ruang yang ada

Menutupi lubangnya hati


Mungkinnya ada TAPI

Mungkin juga tiada


Aku hanya mampu berdoa

Aku hanya mampu berserah

Aku hanya mampu bertawakkal


Agar takdir itu yang baik untukku

Agar takdir itu yang elok bagiku

Agar takdir itu yang senang padaku

Agar takdir itu yang mulia untukku



Puisi Ad kali ini ditujukan kepada sesiapa yang masih merasa ragunya diri dalam suatu pencarian dalam hidup..Yang kadang-kadang amat menguji dan mencuba diri dalam menjustifikasikan suatu keputusan yang amat penting untuk diri..Apa sahaja keputusan diri sememangnya datang dari suatu proses hidup yang dijalani selama ini.Dimana kita dan apa sahaja yang kita lakukan kita panjatkan doa dan berserah semuanya pada Allah..Kita tidak tahu takdir hidup kita ini bagaimana kesudahannya..Berdoa dan bertawakkallah pada Allah setelah habis daya dan kederat yang kita usahakan untuk mencapai sesuatu..Kadang-kadang lambat dan kadang-kadang cepat apa yang kita hajati itu tercapai...Malah mungkin juga apa yang kita hajati itu tidak kesampaian hingga ke hujung nyawa kita..Tapi perjuangan dan pencarian tetap perlu diteruskan kerana tanpa usaha dan kederat yang jitu mana mungkin kita nampak hasilnya..Sama-samalah kita terus mencari dan berjuang mencapai sesuatu yang kita hajati dan ingini..Moga Allah makbulkan doa dan hajat kita..Insyallah..

Saturday 2 May 2009

BISIKAN


Bisikan itu semakin dekat

Bisikan itu semakin hampir

Bisikan itu semakin rapat

Bisikan itu semakin nyata


Selalu mengusik tidurku

Selalu mendatangi mimpiku

Selalu menghentikan lamunanku

Selalu mengacau khayalku


Kenapa bisikan itu datang

Kenapa bisikan itu jelas

Kenapa bisikan itu terang

Kenapa bisikan itu wujud


Sedangkan aku belum sedia

Sedangkan aku belum yakin

Sedangkan aku belum tabah

Sedangkan aku belum sabar


Tapi


Ianya semakin juga jelas

Ianya semakin juga terang


Adakah ini dugaan

Adakah ini cubaan


Atau


Adakah ini seruan

Adakah ini panggilan


Menuju yang satu

Menuju yang jaya

Menuju yang jitu

Menuju yang kekal


Aku pasrah kali ini

Dengan bisikan ini


Akan aku sambutmu bisikan

Akan aku pujamu bisikan

Akan aku belaimu bisikan

Akan aku pelukmu bisikan


Bisikan

Bisikan

Kebaikan...