Thursday, 12 March 2009

Kaya..kaya..kayaaaa...

Apa kekayaan yang kita cari dalam hidup ini?..Adakah kekayaan harta benda dan wang ringgit atau kekayaan peribadi dan akhlak yang tinggi?..Sudah semestinya ramai yang menjawab wang ringit penting dalam hidup..dengan wang ringgit kita boleh membuat apa sahaja perkara dan mendapatkan apa sahaja benda..Tidak dinafikan dalam dunia sekarang semuanya perlukan wang ringgit..Apa sahaja keperluan hidup kita dengan menggunakan wang ringgit..Tanpa wang kita tidak dapat berbuat apa-apa dan kita tidak dapat memperolehi apa yang kita hendak..Wang adalah sega-galanya dalam hidup...Tanpa wang seolah-olah tidak boleh hidup..Itulah keperluan wang dalam kehidupan kita sehari-hari..

Ad terpanggil untuk membuat entry ini setelah pagi-pagi lagi ada orang memperkatakan tentang seseorang.Harta cukup banyak tapi dia tak nampak kaya mana pun sebab wang dia simpan dalam ASB atau Tabung Haji..untuk apa dia simpan duit sebanyak itu sedangkan hidupnya tidak lah senang mana kalau kita tengok..Kenapa tidak digunakan wang yang banyak itu untuk keperluan diri dan keluarga?..Kenapa harus disimpan sahaja?..Ambillah sedikit untuk keperluan diri dan simpan bakinya untuk pelaburan..Isterinya siang pergi menoreh getah untuk menampung keperluan harian..Dia pulak bawa teksi dengan pendapatan yang kurang sahaja malah kadang-kadang dapat tak sampai sepuluh ringgit sehari akibat tiada penumpang..tetapi dia banyak wang pusaka arwah ayahnya....Wang itu dia simpan dalam pelaburan dan tidak diusik langsung...Apakah faedah kekayaan wang itu kepadanya?...Kita tidak dapat ketahui kerana itu adalah kehendak dia..Kekayaan yang dia miliki..

Satu lagi cerita keluarga ini sangat kaya..Duit banyak sangat..Perbelanjaan pun banyak.. Kelengkapan rumah cukup lengkap..Macam-macam ada..sebut aja apa perabut atau produk2 rumah yang baru semua dia beli..duit dia banyak..Hasil duit persaraan dan pendapatan dari ladang getah dan ladang kelapa sawit cukup banyak..Sebut apa sahaja keperluan sudah pasti dapat dengan senang sahaja kerana wang dia banyak...Dia tiada pun simpanan apa-apa ..Yang ada pun dibelanjakan kerana dia tahu ada lagi hasil getah dan kelapa sawitnya...Kenapa dia membelanjakan semua wangnya tanpa tabungan dan simpanan?..Hanya dia tahu kehendak dia...Kekayaan yang dia miliki..

Keluarga ketiga pula cukup kaya juga dengan ladang getah dan kelapa sawit tambah lagi dengan ladang kelapa..Banyak hasil bulanan yang mereka miliki..Mereka mengambil hasil itu untuk keperluan keluarga dan selebihnya mereka menyimpan untuk keperluan lain nanti...Keperluan rumah juga lengkap ..Semuanya ada..tetapi mereka tidak lupa akan hak kepada fakir miskin..Mereka selalu tunaikan zakat kepada yang memerlukan..Kan harta kita itu ada hak bagi orang lain...Selalu membuat jamuan untuk surau dan masjid...Selalu membuat kenduri kesyukuran untuk berkongsi dengan penduduk kampung..Kenapa keluarga ini begini pula?..Mereka punya kekayaan dan mereka tidak lupa kepada yang memerlukan kerana meraka fikir kekayaan mereka bukan milik mereka seorang...

So ada tiga cerita yang boleh kita fikirkan dan tafsirkan masing-masing mana yang boleh jadi panduan..dan mungkin juga tidak bagi kita kerana keluarga satu,dua dan tiga tadi banyak yang masih boleh diperbaiki tentang kekayaan mereka..Untuk apakah kekayaan yang ada?..Adakah kekayaan itu hanya untuk kita sahaja?Adakah kekayaan harta benda itu sahaja yang kita perlukan ?..Sama-samalah kita fikirkan...



"Kekayaan adalah seperti air laut semakin banyak kita minum semakin dahaga tekak kita rasa"


With ringgit you can buy a house but not home

With ringgit you can buy a clock but not time

With ringgit you can buy a bed but not sleep

With ringgit you can buy book but not knowledge

With ringgit you can buy a doctor but not good health

With ringgit you can buy a position but not respect

With ringgit you can buy blood but not life

With ringgit you can buy sex but not love….



Ni ada senarai orang-orang yang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh majalah forbes hari ini..Ad dapatd ari Berita Haian Online hari ini 12 Mac 2009..


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

12 comments:

  1. "Kekayaan adalah seperti air laut semakin banyak kita minum semakin dahaga tekak kita rasa"

    Btol. Tak pernah puas kan? Carilah banyak mana pun, takkan puas. :(

    ReplyDelete
  2. CAHAYA - Hmmm tidak pernah puaskan..So minumlah air suam jer..hehe..

    ReplyDelete
  3. BLOKDRIVE-Nice ke?Yeke ni..hehehe...Still honeymoon ke?ngeh3x..

    ReplyDelete
  4. kemiskinan bukanlah satu dosa -- tetapi dia boleh membawa ke arah kekufuran...

    Kekayaan juga bukan satu dosa --- tetapi ia juga boleh membawa ke arah kekufuran...

    so... apa-apa pun biarlah berpada.... duit tu sgt perlu... tapi takperlulah dihimpun sampai berlori-lori... duit byk pun hati bukan senang kann...

    ReplyDelete
  5. CHIME-Yup betul tu Chime..miskin atau kaya dua2 boleh membawa kpd kekufuran..Atas kita camana kita handle duit itu..
    Hati perlu bahagia walau miskin atau kaya..Moga kita dijauhkan dari kekufuran..

    ReplyDelete
  6. Dua-dua sama penting.

    Tanpa duit boleh hidup tak?

    Tanpa akhlak, apa beza dengan haiwan?

    ;)

    ReplyDelete
  7. FAISAL-Hmmm sama-sama penting ek?..Perlu ada dua-duanyakan..barulah hidup balance dan perjalanan hidup itu lancar..

    ReplyDelete
  8. duit mmg penting tp jgn la smpai mata dikaburi oleh duit....

    ReplyDelete
  9. WAHIDAH-Yup betul tu jgn kita dikuasai oleh duit ..Biarlah diri kita menguasai duit supaya perbelanjaan kita itu berfaedah..

    ReplyDelete
  10. huhuhu...saya tak nak kaya tp cukup laa jika senang sikit, cukup mkn pakainya....

    ReplyDelete
  11. SUFIIDANY-Ala kadar dan bersederhana ek?..hehe..molek lee tu...:-)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)