Wednesday, 30 September 2009

TAKDIR DAN USAHAKU

SALAM BLOGGERS..LAMA JUGA BERHENTI MENITIPKAN SESUATU DISINI.. HARI NI BARULAH ADA KESEMPATAN.  SEKARANG MUNGKIN RAMAI DALAM MOOD PUASA 6 SYAWAL KAN?.. MOGA TERUS DIBERIKAN KEKUATAN.. INSYALLAH... RAMAI YANG DUK TANYA BILA NAK BERMELANKOLIK LAGI?.. HUHU... DAH BLOG MELANKOLIK JADI MELANKOLIKLAH ENTRINYA. SEBENARNYA ENTRI NI AD DAH LAMA TITIP DALAM HANDPHONE AD.. DALAM PUASA HARI TU LAGI TAPI SEBAB DALAM BULAN PUASA TEMA MELANKOLIKNYA LAIN SO ENTRI DITANGGUHKAN.. HEHE.. HARI NI BARU BOLEH DIPOSTKAN.. OK LAYANNN.. :-)

TAKDIR DAN USAHAKU

AKU REDHA TENTANG DIRIKU
AKU PASRAH NASIB DIRIKU

SAAT INI AKU MASIH BEGINI
SAAT INI AKU MASIH SENDIRI
YANG DICARI TIDAK KUTEMUI
YANG DICARI TINGGALKU SEPI

AKU TIDAK PERNAH MENYESAL APA TERJADI
AKU TIDAK PERNAH KHUATIR TAKDIR DIRI
SEMUA TERJADI MENGUJI DIRI
SEMUA TERJADI MENDIDIK DIRI

AKU LEBIH TABAH
AKU LEBIH SABAR
AKU LEBIH GAGAH
AKU LEBIH TEGAR

APAPUN YANG DATANG LAGI
APAPUN YANG MENERJAH DIRI
AKAN AKU HADAPI PENUH SABAR
AKAN AKU TEMPUHI PENUH SEDAR

WALAU LIKUNYA SONGSANG
WALAU JALURNYA BERBELANG
JALAN ITU HARUS JUA AKU HADAPI
ARAH ITU HARUS JUA AKU TEMPUHI

WALAU AKU REBAH
WALAU AKU KALAH
AKU TIDAK PUTUS HARAP
AKU TIDAK AKAN UNDUR

AKAN AKU REDAHI JUA
AKAN AKU HARUNGI JUA
AKAN AKU TEROKAI JUA
AKAN AKU TEMBUSI JUA

AKU CUMA BERHARAP 
AGAR AKU DIBERIKAN KEKUATAN
AKU CUMA MEMOHON
AGAR AKU DIBERIKAN PETUNJUK

MOGA ARAH DAN PANDUAKU JELAS
MOGA USAHA DAN TEKADKU BERBALAS

Thursday, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Salam Ramadhan ke 27... Lagi 2 hari INSYALLAH kita akan menyambut hari kemenangan.. Ada yang dah balik kg kot.. Hati2 di jalanraya.. Ingat orang2 tersayang dan menyayang.. hehe.. Nanti raya maaf-maafan lah semoga mencapai ZERO musuh dalam hidup.. Dan hidup dengan lapang dada dan tenang... INSYALLAH...


So untuk mengejar yang masih belum balik kg (nanti kat kg tak online blog kan?.. hehe) AD mohon ampun dan maaf atas segala salah silap... Terkomen atau tertegur di blog nih.. Yalah manusia mana perfect kan.. Tapi nawaitu tu hanya satu iaitu ingin berblog untuk berkongsi sesuatu rasa dan merasai rasa yang lain selain dapat mengenali indahnya manusia yang berbeza.. Itu sahaja.... Mana2 gurauan itu sememangnya gurauan semata2 tiada niat sedikitpun untuk mengecilkan hati sesiapa..


AD mohon ampun kepada semua bloggers , kawan2 lama & baru.Tak lupa juga yang membaca blog AD dalam diam.. Maafkan semua salah silap AD selama ini baik yang kecil atau mungkin juga besar... Dan sama-sama juga kita mohon keampunan kita semua dengan ALLAH.. Moga selepas ini kita suci dari segala salah dan dosa.. INSYALLAH... Maafkan salah dan silap AD yea..:-)


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin..


IKHLAS AD RIFZA , MACHANG KELANTAN...

Friday, 11 September 2009

Dalam Takdir Aku Berserah..


Dalam gembira ada sedih

Dalam ketawa ada tangis

Dalam bahak ada sedu

Dalam hilai ada esakan


Aku tidak mampu memilih

Aku tidak tega menahan

Aku tidak daya mengatur

Aku tidak upaya mencorak


Penentunya bukan aku

Penetapnya bukan aku
Pengaturnya bukan aku

Pencaturnya bukan aku


Aku harus terima tanpa pilihan

Aku harus redha tanpa aturan

Aku harus ambil tanpa tahanan

Aku harus telan tanpa sekatan


Jika takdir ini mencengkam

Jika takdir ini mencalar

Jika takdir ini merobek

Jika takdir ini menyiat


Aku hanya mampu berserah

Aku hanya mampu menerima

Aku hanya mampu memohon

Aku hanya mampu berdoa


Pasrah dan redha akan takdir ini..

Wednesday, 9 September 2009

SAKIT INI


SAKIT INI MENGUJI

SAKIT INI PENGHAPUS DOSA

SAKIT INI MENYUBURKAN INSAF

SAKIT INI MEWUJUDKAN SEDAR


AKU SEDAR INI TAKDIR

AKU SEDAR INI KETENTUAN

AKU SEDAR INI UJIAN

AKU SEDAR INI DUGAAN


AKU REDHA WALAU TIADA UPAYA

AKU TERIMA WALAU TIADA DAYA

AKU RELA WALAU TIADA KEINGINAN

AKU PASRAH WALAU TIADA KEDERAT


YA ALLAH

YA RAHMAN YA RAHIM


AKU MOHON SEMBUHKAN SAKIT INI

AKU MOHON PULIHKAN SAKIT INI

AKU MOHON KURANGKAN SAKIT INI

AKU MOHON REDAKAN SAKIT INI


HANYA KAU MAHA PENYAYANG

HANYA KAU MAHA MENGASIHANI

HANYA KAU MAHA BERKUASA

HANYA KAU MAHA PENYEMBUH


SEMBUHKANLAH SAKITKU INI

REDAKANLAH SAKITKU INI


AMINN

Thursday, 3 September 2009

Peluang Tersedia : CARILAH


Langkah demi langkah
Kita telusuri jalan hidup
Dalam pencarian noktah
Untuk menuju destinasi sama


Kadang-kadang kita lalai
Kadang-kadang kita alpa
Kadang-kadang kita langgar
Kadang-kadang kita elak

Semuanya jelas depan mata
Semuanya nyata depan mata
Semuanya wujud depan mata
Semuanya sahih depan mata

Adakah hati kita nampak jelas?
Adakah hati kita nampak nyata?
Adakah hati kita nampak wujud?
Adakah hati kita nampak sahih?


Jika kita nampak
Kenapa kita lalai?
Kenapa kita alpa?
Kenapa kita langgar?
Kenapa kita elak?


Panduan sudah tersurat
Arahan sudah termaktub
Catatan sudah tertulis
Ajaran sudah terdengar


Panduan buat kita tidak lalai
Arahan buat kita tidak alpa
Catatan buat kita tidak lupa
Ajaran buat kita tidak keliru


Ambillah peluang yang ada
Rebutlah peluang yang tersedia
Bacalah catatan yang tertulis
Ikutlah ajaran yang diajar


Moga kita menjadi hambaNYA yang berguna
Moga kita menjadi hambaNYA yang peka
Moga kita menjadi hambaNYA yang taat
Moga kita menjadi hambaNYA yang terpilih