Perjalanan malam itu bermula dengan menaiki keretapi Express Timuran yang bertolak dalam pukul 9.30 malam dari Stesen Keretapi Tanah Merah Kelantan..First time naik keretapi ni risau gak tatau camana caranya..huhu..so bila kita bertanya hilang kerisauan ..Perjalanan malam itu mengambil masa agak lama iaitu selama 5 jam untuk sampai ke Pekan Jerantut..Pukul 3 pagi AD sampai di Stesen Keretapi Jerantut dengan dijemput oleh 2 orang sahabat iaitu Ril dan Ris..Alhamdulillah selamat perjalanan malam itu dan syukur juga sebab dapat jugak pijak kaki dibumi Jerantut seperti yang dirancang-rancang selama ini..Sebelum sampai dirumah kawan kami singgah sebentar di kedai mamak untuk minum.Sampailah rumah kawan tadi lebih kurang pukul 4 pagi..Malam tu takleh tido biasalah AD ni bila berubah tempat susah sikit nak lena..Pusing kiri kanan tak jugak lena sampailah subuh.Lepas subuh borak2 dan tido lagi .Yang kawan Ad 2 org tu lena tido siap bunyi lagi..haha..opsss…Ad jer takleh tido lagi..Lena lite2 jer..hehe…
KERETAPI MALAM
GERABAK ,
MENUNGGU TIBA
BERDERU MEMASUKI
MANUSIA RAMAI
PELBAGAI DESTINASI
PELBAGAI RAGAM
PELBAGAI AKHLAK
PELBAGAI SIFAT
TUJU ARAH SATU
TUNGGU SAMPAI LALU
BOSAN DALAM SABAR
RESAH JIWA GETAR
KERETAPI MALAM
JAUH DESTINASINYA
LAMA MASANYA
LAIN DARI BIASANYA
REDAH KERANA HASRATNYA
BILA HAMPIR
BERUBAH RASANYA
BERUBAH GIRANGNYA
BERUBAH SENYUMNYA
BERUBAH GAYANYA
Ad Rifza 1 pagi , Express Timuran
So agenda seterusnya dengan plan yang pelbagai..Ad tak kesah mana2 pun nak jalan-jalan..So mereka membawa Ad ke Bandar Temerloh..So kalo singgah ke Temerloh tak sah kalo tak pekena Ikan Patin..Kan Temerloh tu Bnadar Ikan Patin..hehe
Singgah lah kami di gerai Benteng Tepi Sungai Pahang..Wahh besau nama Temerloh terpampang diseberang sungai.Ad makan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ulam-ulaman plus budu..hehe..Tak tinggal tu budu..hehe…Sedap sungguh gulai ikan patin tu,pedas lak tu.Sampai sekarang masih terasa kesedapannya..Kalo nak pi kena pi kedai hujung sekali Kedai Pak Usop rasanya..tapi hari tu kedai tu dah habis gulai so Ad makan kedai sebelahnya..hehe..Masing2 dalam kepedasan..tapi sedapp sungguh..Kalo berpeluang kesana lagi sudah pasti kena singgah makan gulai ikan patin kat situ.Tak pernah lagi rasa Gulai Ikan Patin sesedap kat situ..Perghh! Selepas tu kami singgah solat di Masjid Abu Bakar Temerloh..Selepas selesai solat kami pulanglah ke Jerantut semula..Lepas mandi kawan ajak pulak ke Jeti Kuala Tembeling..Jeti pengangkutan air ke Taman Negara.
Kami hanya menikmati pemandangan disitu sambil snap beberapa keping gambar dengan gaya-gaya yang melankolik..haha..banyak betul gambar kat situ..penat Ad duk pose.haha...Photographer plak sibuk duk ambik angle yang chantek..angle yang diorg blaja sendiri kot…haha..Ad baru prasan petang tu Ad jer duk posing banyak..haha..Dekat maghrib kami pulang ke rumah..Jarak Kuala Tembeling.dekat jer dari rumah kawan Ad tu..Lepas Isyak kami keluar lagi makan malam sebelah jer dengan Kuala Tembeling tu..Makan sekadar mengenyangkan perut yang lapor..hehe..Lepas tu balik lah rumah..
Hari kedua kami ke Pekan Jerantut jer..Makan-makan sambil jalan2 soping lite2..Kenal laa jugak pekan Jerantut tu.Hari ni kepala dah ting tong maybe sebab tak lena sangat tido.Ingatkan malam tu nak jumpa kawan bloggers tersohor dalam blog ni yang balik kampong dia di Felda Lepar Jaya Jerantut..dalam 2 jam jugak ke sana kalau berkereta walaupun dalam Jerantut juga..Luas sebenarnya Jerantut ni ..Tapi dia lambat lak sampai Kg sambil membawa anaknya yang masih kecil..Susah nak singgah2 kan bawak anak kecil..So plan itu tidak menjadi..Moga lain kali kesempatan itu ada..InsyALLAH..Lagipun Ad ting tong kepala malam tu..Malam tu malam tahun baru..Ucapan terima kasih pada yang hantar sms wish tahun baru 2010.So tahun ni Ad mulakan tahun baru di Jerantut…hehe..Tahun lepas tahun baru di Changkat Jering Perak..hehe..Tahun depan dimana plak yea ?..eheh..
1 Januari 2010 tu duduk umah jer lah..Kawan jer masak buat breakfast pagi2..Terima Kasih pada kawan tu..Pandai juga dia masak..Biasalahkan kalo dah duk bujang mesti kena blaja2 masak..Ad ni pandai gak tapi pandai makan jer laa..haha..dulu2 pernah gak masak masak masa skolah menengah dulu…skill yang tak terpraktis sebab kat umah ni ada yang masakkan untuk Ad..hehe..Masakan yang tiada tandingan…hehe..Solat Jumaat di Masjid Kg tu jugak..Petang Ad perlu meneruskan perjalanan percutian Ad..Kawan kata stay lagilaa tapi apakan daya perjalanan perlu diteruskan..Memori itu ditinggalkan dan akan tersemat dalam hati sampai bila-bila..Ntah bila lagi ada kesempatan itu..Hanya ALLAH yang tahu..Ad meneruskan perjalanan percutian Ad ke KL..KL aku datang lagi..hehe..Naik bas dari stesen Jerantut pukul 4 ptg dan sampai pukul 6.40 ptg di Stesen bas Pekeliling KL..Sampai jer terus ke Stesen STAR LRT..Naik LRT straight ke Ampang..Sampai jer di Ampang kawan ajak jumpa di Pelita Ampang Point..Lepas tu Ke RASTA Taman Tun Dr Ismail..Wahhh happening jugak kat situ yea..Esp weekend kata kawan Ad my ex schoolmate kat Victorian dulu..Lepas kt situ jumpa gak dengan Ex Victorian beberapa orang..cannot recognize dah muka..Masing2 dah tua..Opss..tua kah ?.. haha..Kawan Ad send me back to Ampang dalam kul 12 malam..Malam tu tido sungguh lena yang amat..hehe..
2 Januari 2010 pada paginya breakfast Nasi Lemak Kg Melayu Ampang..Pergh! sungguh sedap nasi lemak itu…Pukul 12 jumpa kawan kat Tulip Apartment jumpa dia situ then pukul 3 ptg janji ngan kawan pulak di PAVILION Bukit Bintang KL..Plan nak tgok wayang naik jer atas mak aii ramai berderet beratur nak beli tiket…Pastu kami survey movies..banyak yang dah penuh time tu..so hasrat dibatalkan…So kami soping jer..Ad soping lite2 jer tapi kawan Ad tu boleh tahan dia soping..haha..Opsss..sorii..hehe...Lepas tu plan lagi jumpa kawan .Balik Ampang around pukul 11 malam ..Balik then tido lah..
3 Januari 2010 ,pukul 11 pagi Ad naik LRT ke Bandar Tun Razak pulak..Lepas tu lepak ngan kawan dan makan di PAPARICH Bandar Sri Permaisuri..Lepas tu kami terus ke SOGO ..Last day YES..Year End Sales..Shoping lagi ..Last shoping sebelum balik kan..hehe..Kami berpisah di LRT Bandaraya dan kawan kearah Sri Petaling …Ad ke Ampang…Cepatnya masa berlalu…Tak sempat nak jumpa ramai lagi kawan2..Ada yang Ad call jer..Maybe next time kalo berkesempatan lagi.InsyALLAH..Sering harapkan begitu..Kesempatan untuk satu Ukhuwwah Isalamiyyah…Satu jalinan rasa silaturrahim yang diharapkan berpanjangan dan tiada masalah..InsyALLAH..Malamnya. pukul 9.30 malam Ad naik Bas Express Mutiara 2 tingkat balik ke Kampung semula..Eh kenapa Bas ni tak ramai penumpang ?..Kosong ..seat blakang yang 5 seat ,Ad sorang jer..haha..siap leh berlunjur lagi kaki dalam bas..Maybe sebab kemalangan bas 2 tingkat yang berlaku di Ipoh baru-baru ini..Rutin yang ditinggalkan selama 5 hari disambung semula..Ad kembali bekerja dan kembali dengan ternakan Ad tu..hehe..InsyALLAH akan bercuti lagi..Suatu tempat dan masa yang lain pula..Diharapkan 2010 banyak lah tempat yang Ad boleh meRASAkan suasananya..Suasana yang membuatkan kita berfikir dan menafsir keadaan itu untuk satu proses perjalanan hidup yang kita harus lalui fasa itu..dan ada banyak lagi fasa hidup yang harus kita lalui dan terokai..Moga kita mendapat sesuatu dalam perjalanan itu..InsyALLAH..
Puisi dibawah ni Ad buat selepas ke Pavillion KL..Dengan memerhati dan menafsir jadilah puisi ini..hehe
KEMBALILAH
AKHLAK MUSNAH
JATIDIRI HILANG
BERPELESERAN SANA-SINI
MEMBUANG MASA TIADA ARAH
LANGGAR HUKUM
ABAI DOSA
MUDA-MUDI ROSAK
MUDA-MUDI PUNAH
MUDA-MUDI HANCUR
MUDA-MUDI MUSNAH
DALAM ATUR AJARAN BARAT
ATAS NAMA KETERBUKAAN
ATAS NILAI KEBEBASAN
ATAS JALAN KEMODENAN
ATAS PAKSI KEJAHATAN
BANGKITLAH MUDA-MUDI
SEDARLAH NASIB DIRI
INSAFLAH DOSA KEJI
TAUBATLAH KEJALAN SUCI
APA KAMU LAKUKAN AKAN DIPERSOAL
APA KAMU LAKUKAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB
APA KAMU LAKUKAN AKAN DIBALAS
APA KAMU LAKUKAN AKAN DIHISAB
BERSEDIALAH NANTI
BERJAGALAH JASAD DIRI
BALA TIDAK MENGENAL DIRI
HADIR TANPA KITA SEDARI
INSAFILAH
TAUBATLAH
MOHON AMPUNLAH
BERDOALAH
AGAR DIRI TIDAK DIKEJI ALLAH
AGAR DIRI TIDAK DIMURKA ALLAH
AGAR DIRI TIDAK DILAKNAT ALLAH
KEMBALILAH KEJALAN ALLAH.