Friday, 22 October 2010

DALAM GALUR HIDUP

Ad sebenarnya sedang bercuti ni tapi kesempatan "online" dirumah kawan ni ada masa lak nak "update" blog..haha..So puisi ni sebenarnya dah lama dalam hp so baru sekarang dikeluarkan dalam entri blog ni..Ok lah kan untuk penggemar blog melankolik terubat jugak rindu..hehe..Ad dalam percutian selama 9 hari bermula hari ini 22hb Nov 2010 sehingga 30hb Nov 2010..Lama tuu cuti-cuti Malaysia..Hari Selasa 26hb Nov mungkin akan berada di Kuala Lumpur..Tempat jatuh lagi dikenangkan?..hehe..So jap lagi akan ke Kuantan sebelum ke Cameron Highland Ahad nanti..seterusnya ke Kuala Lumpur hari Selasa..Sabtu malam dah kembali ke kampung terchenta..Dalam kita bekerja ni perlu juga masa senggang untuk merehatkan minda..kalau asyik kerja jer otak pun bleh jem..huhu..Selain daripada itu percutian ini juga satu cara untuk menjaga ukhuwwah..Kunjung mengunjung itu perlu dalam satu ukhuwwah..jom hayati puisi Ad di bawah ni k....Hayatilah dalam galur hidup...



DALAM GALUR HIDUP

DALAM HEMBUS NAFAS

KITA DIBERI UJIAN

KITA DIBERI DUGAAN


UJIAN KADANG-KADANG DALAM GEMBIRA

UJIAN KADANG-KADANG DALAM DUKA

KITA PERLU HADAPI SEMUA

KITA PERLU TERIMA SEMUA


KITA DIBERI BAHAGIA

KITA DIBERI HARTA

UNTUK MENGUJI KITA

UNTUK MENDUGA MANUSIA


DALAM BAHAGIA ITU JANGAN KITA BONGKAK

DALAM BANYAK HARTA ITU JANGAN KITA LUPA

HIDUP KITA BANYAK PERINGKAT

HIDUP KITA BANYAK FASA


SEKARANG KITA BAHAGIA

MUNGKIN AKAN DATANG KITA DUKA

KITA HARUS SYUKURI APA YANG ADA

KITA WAJIB REDHA APA YANG KITA TERIMA


HAK ORANG LAIN JANGAN DILUPA

WALAU SEMUA ITU MILIK KITA

KEWAJIPAN KITA JANGAN DILUPA

PENGABDIAN KITA PADA PENCIPTA


MOGA HIDUP KITA DIREDHAI

MOGA HIDUP KITA DIRAHMATI

PUNYA HARTA DAN BAHAGIA

TETAPI TIDAK LUPA ASAL KEJADIANNYA



Wednesday, 6 October 2010

HARAPAN BAHAGIA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bloggers dan pembaca blog..jarang-jarang sekali dapat berblog sekarang..."Streamyx" kat rumah masih tidak boleh digunakan kerana TELEKOM masih tidak menukarkan kabel telefon yang hilang ..sudah masuk sebulan lebih..bila di tanya kata Operator pembaikian sedang dijalankan..Kita masih berikan mereka peluang..Jika dalam terpaksa kita boleh membuat aduan pengguna di Kementerian Perdagangan...hehe..Cuma tunggu masa dan keadaan..Jika tiada tindakan yang dilakukan..Kadang-kadang pengguna hilang kesabaran...eh eh macam puisi lak kata-kata intro ni..hehe..Ni puisi baru malam tadi terjaga tido terus ambik hp dan taip dalam "note"..So masa FREE kat opis ni leh lah update blog yg tak berapa nak aktif dah ni..huhu..but still di"update"kan..hehe..So terubatlah rindu peminat blog melankolik kan?..hehe..





HARAPAN BAHAGIA

WALAU JARAK YANG MEMISAH

WALAU KATA ATAS TALIAN

WALAU BISIK DALAM PASRAH

WALAU RINDU TIADA TEPIAN

AKU MASIH SETIA DI SINI

AKU MASIH TEGAR MENANTI

MENANTI KATA-KATA PASTI

UNTUK MENUJU JALAN ABADI

DALAM LANGKAH YANG KELIRU

DALAM UCAPAN KADANG-KADANG KELU

TAPI AKU GAGAHI JUA

UNTUK MENGEJAR CITA

BISA AKU MEMAKSA

BISA AKU MENIPU

TAPI AKU TIDAK TERPAKSA

KERANA ITU BUKAN SIFATKU

AKU DAMBA SESUATU YANG JUJUR

AKU INGIN SESUATU YANG IKHLAS

AGAR KASIH AKU MENJULUR

DATANGNYA DENGAN SEBAB YANG BERASAS

USAHA DISELI DENGAN DUGA

CITA DISELANG DENGAN KECEWA

TAPI AKU MASIH TERUS MENCUBA

AGAR AKU MENUJU JAYA

SETIAP YANG BERMULA PASTI ADA AKHIRNYA

PENGAKHIRANNYA DIHARAP BAHAGIA

MOGA ALLAH BERI REDHANYA

MOGA ALLAH MEMBERKATINYA.