Monday 22 February 2010

GERTAKAN KASIH



TIDAK MAMPU KU BERSUARA
TIDAK MAMPU KU BERKATA
TIDAK MAMPU KU BERBICARA
TIDAK MAMPU KU BERKIRA

HERDIKAN BENCI KU DENGAR
HENTAKAN JIJIK KU RASA
PUKULAN RIAK KU TERIMA
GERTAKAN EGO KU LIHAT

KERANA KASIH KU TIDAK BERDAYA
KERANA SAYANG KU TIDAK PASTI
KERANA PEDULI KU TIDAK KUASA
KERANA CAKNA KU TIDAK BIASA

GERTAKAN KASIH KU KELIRU
GERTAKAN KASIH KU BUNTU
GERTAKAN KASIH KU KALAH
GERTAKAN KASIH KU LEMAH

ULANGAN ITU SAMA
SAMBUNG ITU SERUPA
BILA MUNGKIN AKU MAMPU
BILA MUNGKIN AKU RELA

GERTAKAN ITU MERISAUKAN
GERTAKAN ITU MEMBINGUNGKAN
GERTAKAN ITU MERESAHKAN
GERTAKAN ITU MENAKUTKAN

KERANA KASIHKU TIADA DAYA
KERANA KASIHKU TIADA UPAYA
KERANA KASIH KU RELA SEKSA
KERANA KASIH KU RELA DERITA

Sunday 14 February 2010

HAPPY BURFDAY AD RIFZA



Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni genaplah umur AD yang ke 3xxxxxx ..Fuhh sungguh banyak dah angka itu..Tak sanggup nak baca rasanya..huhu..Tapi hakikatnya harus diterima bahawa umur ko AD dah lebih pertengahan 30an...fuhhh...Tua kah aku?.. Atau masih muda kah aku?.. Whateva, apa lah yg ada pada nomborkan.. hehe.. statement nak sedapkan hati jek..

Dalam usia yang sebegini masih banyak yang harus AD tempuhi..Jalan hidup yang masih panjang InsyaALLAH..Hidup yang berbaki ini sewajibnya digunakan untuk hal2 yang baik2 dan terbaik sahaja. Tempuh usia yang ALLAH kurnia ini harus disyukuri dengan penuh keinsafan..Insaf beb..Fasa hidup harus diteruskan dengan sesuatu yang lebih besar maknanya..InsyALLAH..

Manusia masing-masing ada perancangan hidup yang ingin mereka lakukan tapi kadang-kadang ianya tidak berkesudahan dengan sempurna..Manusia yang nampak didepan mata sahaja apa yang berlaku mereka tidak pernah ingin memahami apa yang tersirat dihati..Itu sifat manusia yang tidak mampu kita takwil.AD tidak salahkan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna dari segi pemahaman masing-masing.Bagi yang memahami ,AD ucapkan terima kasih kerana cuba memahami hati insan yang kerdil dan hina ini.

Jalan hidup ini masih panjang,doakanlah agar jalan hidup AD ni berlalu dengan sesempurna yang mungkin.Agar liku-liku hidup dapat AD tangani dengan sebaik mungkin.AD mohon maaf atas segala salah silap AD dalam sedar ataupun tidak.All this time AD adalah AD yang anda kenal melalui blog atau cabang perkenalan yang lain.AD mohon terimalah diri AD seadanya..Apa yang baik adalah dariNYA dan kekurangan itu adalah atas khilaf diri yang tidak sempurna.

Sambil-sambil tu AD ada juga cipta sebuah puisi..Moga kita ambil iktibar dan panduan..InsyALLAH..

USIA

Setahun ke setahun

Menginjak satu persatu

Putaran masa itu cepat

Tidak menunggu dan berhenti


Selangkah ke selangkah

Meningkat satu persatu

Aliran masa itu deras

Meningglakan kita tanpa peduli


Sejarak ke sejarak

Ukuran itu makin panjang

Kiraan masa itu bertambah

Membiarkan kita semakin berusia


Sedetik demi sedetik

Detikan saat satu persatu

Gerakan minit itu laju

Menjadikan kita semakin berusia


Usia adalah anugerah

Usia juga ukuran diri

Apa yang kita ada selama ini

Apa yang kita capai selama ini


Semakin meningkat usia

Semakin kita kenal diri

Semakin kita insaf diri

Semakin kita faham diri


Moga pada usia ini

Moga pada umur ini

Kita akan lebih berjaya dalam hidup

Kita mampu sempurnakan hajat hidup


Kita hanya mampu berdoa

Kita hanya mampu memohon

Agar ALLAH permudahkan jalan hidup

Agar ALLAH sempurnakan cerita hidup

Friday 5 February 2010

RASA YANG BERBAKI

Pertamanya AD hasilkan puisi ni masa duk "chatting" dengan kawan AD..Secara tak langsung duk chat tu bersoal tentang puisi yang AD hasilkan..Dia bagi tajuk "Rasa yg berbaki" ni.. Then ada satu perkataan yang dia bagi iaitu "sungkur"... Terus chatting tu terhenti seketika kerana on spot AD terus menaip sambil meRASAkan apa yang dia RASA.. So terhasillah puisi melankolik ini..Dah seminggu simpan so hari ni AD postlah puisi nie.. Khas utk dia dan sesiapa sahaja yang meRASAkan apabila membaca puisi ini..


RASA YANG BERBAKI

Telah lama aku tinggalkan

Telah lama aku hapuskan

Telah lama aku hancurkan

Telah lama aku padamkan


Dimana aku merangkak

Dimana aku bertatih

Dimana aku berjalan

Dimana aku berlari


Menerokai perjalanan hidup

Menelusuri perhentian kasih

Menebar jala sayang

Menarik pukat kasih


Pendam aku lemah aku

Tutup aku punah diri

Rintih aku tangis hati

Racau aku guris rasa


Aku cuba padam semua

Aku cuba hapus semua

Aku cuba tinggal semua

Aku cuba lupa semua


Tapi


Seringkali aku gagal

Seringkali aku tewas

Seringkali aku kalah

Seringkali aku sungkur


Kerana


Rasa ini masih berbaki

Rasa ini masih tertinggal