Tuesday 11 September 2007

SALAM RAMADHAN








KHUTBAH RASULULLAH S.A.W.PADA HARI TERAKHIR BULAN SYAA’BAN ,BAGINDA BERSABDA BERMAKSUD:

“Wahai manusia ,bulan agung ,bulan penuh barakah telah (datang) menaungi kita bulan yang didalamnya terdapat satu amalan terbaik dari seribu bulan.Pada bulan ini Allah mewajibkan puasa siangnya ,Allah sunatkan qiamullail , sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) dengan melakukan satu kebaikan akan diganjari dengan pahala melakukan 70 ibadah fardhu yang dilakukan di bulan2 ini.Ramadhan adalah bulan sabar dan sabar itu balasannya syurga ,bulan santunan,bulan ditambah rezekinya orang2 mukmin,sesiapa yang memberi makan untuk berbuka kepada orang berpuasa ganjarannya adalah keampunan Allah terhadap segala dosa-dosanya,dirinya dibebaskan dari neraka dan dia mendapat pahala sebesar pahala orang berbuka itu tanpa dikurangi.”

Para sahabat berkata: “ Wahai Rasulullah S.A.W. sesungguhnya setiap kami memiliki suatu makanan untuk dapat memberi orang yang berpuasa berbuka.”

Maka Rasulullah S.A.W. menjawab :” Allah memberikan pahala tersebut sekalipun yang diberi untuk berbuka puasa itu hanya sebiji tamar atau seteguk air atau sesudu susu.Bulan Ramadhan di awalnya rahmah , di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari neraka . Sesiapa yang memberi keringanan kepada hamba sahaya pada bulan ini , Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan dia akan dibebaskannya dari api neraka.

Pada bulan ini perbanyakkanlah 4 perkara.Dua daripadanya membuatkan kamu diredhai Rabb kamu dan dua yang lain sesuatu yang sangat kamu perlukan.

Dua perkara yang menjadikan kamu diredhai tuhanmu ialah:

1. Bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

( Bersyahadah :’asyhadu an la ilaha illa Allah’)

2. Kamu meminta ampun kepada nya.

( Astagfirullah al-‘adzim)

Dua yang lain yang sangat kamu hajati ialah:

1. Kamu meminta syurga kepada nya.

(Allahumma inni as-aluka al-jannah)

2. Kamu meminta dilindungi dari api neraka.

( Allahumma inni a’udzu bika min al-Nar)

Sesiapa yang memberi minum (berbuka kepada orang yang berpuasa ,maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku,dia tidak akan merasa dahaga sesudah itu,sehinggalah dia memasuki syurga.”

(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah)

4 comments:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak n Selamat menjalani Ibadah Puasa :p

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pesanan ini

    ReplyDelete
  3. Ramadhan Kareem, this khutbah nih is gewd..never read before..neway

    Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  4. Maksud Hadis Nabi S.A.W : “ Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi bulan Ramadhan.”

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)