Wednesday 12 March 2008

Perpisahan keliru...




Setiap yang bermula pasti ada akhirnya...setiap pertemuan pasti ada perpisahan cuma kita tidak tahu perpisahan itu camana...Dalam hidup kita ,kita kerap mengalami perpisahan ..Kadang-kadang semuanya tidak disangka...tapi benda ini berlaku juga tanpa diminta...Walaumacamana kita cuba mengelak ianya berlaku tapi ianya berlaku juga..Malah kita telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan tapi perpisahan juga yang berlaku..Orang kata semua itu ketentuan atau takdir yang kita tidak boleh elak tapi adakah kita hanya mampu berserah sahaja kepada takdir diatas apa yang berlaku?..Tiadakah suatu cara atau jalan yang dapat menghalang semua itu berlaku?..Kita tak pasti..Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa sahaja semoga setiap pertemuan itu kekal sampai bila-bila..
Perpisahan itu mungkin juga berlaku diatas sebab-sebab yang tertentu..Kadang-kadang kita silap didalam perhubungan kerana membenarkan kesilapan itu berlaku..tapi kadang-kadang kita tidak pernah membuat kesilapan tetapi perpisahan tetap juga berlaku...Kita menjadi buntu..Keliru yang mana satu puncanya...Kita tidak mendapat jawapan kerana mungkin jawapan itu ada pada seorang lagi..dan mungkin kita tidak akan dapat jawapan sampai bila-bila.. Adakah ini berpunca dari sifat manusia yang tidak menghargai pertemuan?..Mungkin juga sifat manusia yang merasakan pertemuan itu semata-mata pertemuan tiada yang lebih dari itu..Amat malang jika perkara ini berlaku kepada seseorang yang amat menghargai sebuah pertemuan...Dia akan berasa pertemuan yang cukup berharga baginya hanyalah suatu dogengan yang tiada nilainya...So hargailah setiap pertemuan kerana nilai pertemuan itu adalah suatu yang cukup berharga apabila kita pandang dengan mata hati kita...Ianya bukan sekadar pertemuan..Ianya lebih dari itu...Pertemuan itu akan membawa kepada suatu ukuwwah,persahabatan atau apa sahaja istilah ..Nilainya cukup besar bagi yang tahu menghargainya...

5 comments:

  1. ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
    meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
    namun cebisan kenangan kita
    sentiasa bermain di bayangan mata
    detik waktu yg berlalu
    menjadi memori kau dan aku

    sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
    tanpa mengenal erti penat jemu
    ingatkah kau lagi
    kita bersama memijak onak duri
    ditanah gersang mengutip semangat suci
    kini segalanya tersurat dalam sanubari

    bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
    ada rahmat yg tersembunyi
    bertemu berpisah kerana Allah
    lumrah kehidupan insan beriman
    moga saat nan indah
    ku harap berulang lagi

    ReplyDelete
  2. erm.. perpisahan adalah benda yang kita kena expect dalam hidup..

    ReplyDelete
  3. Antara perkara yang kita perlu lalui...suka atau tidak...ianya sudah ketentuan....harapannya agarhati terus tabah menghadapi perpisahan ini....kuatkan semanagt....masa depan masih lagi menanti...

    ReplyDelete
  4. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.kita tak mahu perpisahan terjadi. tapi itu lah hakikat. walaupun kita kekadang rasa terjerat dengan perpisahan itu mungkin rasa kasih dan sayang sudah berada di antara pertemuan itu...apakan daya...ia sudah tertulis di sana. teruslah tabah hadapinya...
    usah luntur semangat mu... mengorak langkah ke hadapan... toleh ke belakang jangan sekali, sesekali renunglah kenangan lama agar ia menjadi ikhtibar untuk kita keluar dari kepompong yang menjerat kehidupan kita

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)