Wednesday 26 November 2008

KASIH TERHENTI..

Kita akan berasa sedih, pilu, tension, menangis dan macam-macam lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku jika terhentinya kasih dari seseorang yang amat kita sayangi dan kasihi..rite?..Lebih-lebih lagi jika kasih itulah yang kita sering harapkan dan sering jaga supaya ianya berkekalan namun kita tidak dapat melawan takdir jika ianya berlaku juga...Tiap orang tidak mahu ianya berlaku tetapi apa daya kita untuk menghalangnya dari berlaku setelah usaha yang kita lakukan tidak juga membuahkan hasil...so apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa semoga kasih itu tidak terhenti...

Ujian untuk diri kita tidak pernah terhenti selagi hayat dikandung badan..Kita akan sentiasa diuji olehNYA...Dimana sabar kita...dimana tabahnya kita dalam menghadapi situasi kasih terhenti ini..Pasrah dan redha dengan apa yang berlaku adalah suatu yang sukar untuk kita lakukan tetapi kita perlu lakukan untuk kebaikan diri sendiri...Jika kita tidak redha dan masih lagi menangisi kasih terhenti itu sampai bilakah ianya akan berakhir...Kita juga perlu berikan peluang untuk diri agar diri tidak terseksa lagi menangisi kasih terhenti...

Dalam hidup ini kita tidak sunyi dari diuji dan diduga dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu lagi untuk menghadapinya..Tetapi perjalanan kita masih panjang..Kita harus berfikir secara matang dan yakinlah bahawa kedukaan dan kepiluan itu akan berakhir juga suatu masa nanti..Yalah mungkin perlukan masa bagi sesetengah orang dan mungkin juga dalam masa yang singkat bagi sesetengah yang lain..

Tetapi jangan pula akibat kesunyian dan kesedihan itu kita melakukan sesuatu keburukan yang akhirnya membawa kepada kejahatan..Kita harus fikir dan sedar bahawa tiap yang berlaku itu datang dengan hikmahnya yang tersendiri..Yang mungkin kita nampak dan mungkin juga tidak..Berdoalah semoga apa yang kita lakukan dan akan lakukan dipermudahkan olehNYA dan mendapat keberkatan dariNYA..Jalan hidup kita masih panjang yang selok beloknya akan banyak lagi kita hadapi..Kuatkan diri dengan akidah iman yang jitu supaya apa sahaja yang berlaku membuatkan diri kita tenang dan redha..Insyallah...

13 comments:

  1. salam..
    apabila ada dugaan baru kita rasa tau diri kita mcm mna...
    mungkin itu adalah ujian bg diri kita..

    ReplyDelete
  2. FARID-Yup betul tu farid...Bila sudah diuji barulah kita sedar dimana kita..Ujiannya cukup hebat bagi setiap insan ..Sabar adalah sgt perlu..

    ReplyDelete
  3. Sedih. Pedih. Takde mood. Takde selera nak makan. Tak happy. Tak suka buat kerja.

    Semuanya akan berlaku serentak. Untuk ubat kembali duka lara tu kena ambil masa. Sedih...

    ReplyDelete
  4. FAISAL-Yup itulah apa yg dirasa bila terhentinya kasih ..U feel that dulu2 ..rite?..hmm...Itulah kehidupan yang seharusnya kita hadapi dalam perjalanan hidup yg sementara ini...Kita terpaksa laluinya jugak..but pengalaman mengajar kita sesuatu,,,

    ReplyDelete
  5. boleh ke rasa sayang tu terhenti secara tiba2? takkan tak rasa sikit pun?

    kenapa rasa sakit bila putus cinta? orang di sana pun sakit juga ke?

    soalan2 ni selalu bermain dalam fikiran kita bila sesuatu berlaku bukan ke arah yang kita mahukan. dunia, alam ini memang adil, Allah itu adil. dan kita selalu lihat keadilanNya. tapi, bila keadilan akan berlaku pada kita? Kita tunggu je la. Ada harapan ke? Mine, takde harapan. Hancur dah!

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang usaha yang kita rasakan cukup sebenarnya tidak cukup. malah mungkin terlalu banyak kurangnya.

    mungkin juga usaha kita dah terlalu banyak, tapi kita lupa mungkin usaha orang lain lebih dari usaha kita.

    ReplyDelete
  7. CAHAYA-Bukan diinginkan tetapi kita terpaksa melaluinya...Bukan kehendak kita..
    Banyak persoalan yg sering menerjah diri bila kasih tidak lagi ada..Kita rasa tiada harapan..tetapi tidakkah kita masih berharap?..Sudah semestinya kita mahukan keajaiban muncul..tetapi harapan tggl harapan..Kita tidak mampu merubah takdirnya...Pasarah..rite?...hmm

    ReplyDelete
  8. ADDY-Hmm macam compete lak komen addy..hehe...usaha org lain lebih dari kita ek?..Kita seharusnya gandakan usaha kita supayta kita menjadi yg terbaik antara yg terbaik...Barulah pilihan itu adil..rite?..hehe

    ReplyDelete
  9. memang sakit sgt pada mulanya... tapi lama-lama akan sembuh jugak kesakitan tu (InsyaAllah)... masa kan sembuhkan kita... yang penting sekali jgn sampai hilang semangat...

    ReplyDelete
  10. CHIME-Mungkin bagi sesetengah orang akan sembuh dalam masa yang singkat dan mungkin juga ada yg mengambil masa yg agak lama..Betul kata chime yg penting jgn hilang semangat dan kena yakin bahawa hikmah itu tetap ada..Insyallah..

    ReplyDelete
  11. Sabar kunci kejayaan. Ramai lagi kat luar sana yg ujian lebih berat dari kita.

    ReplyDelete
  12. Ad.... setuju tak, tidak susah utk kita menipu org lain tp sukar sebenarnya tuk kita tipu dan nafikan perasaan kita sendirikan ? kasih yang terhenti itu pasti nya mencalar rasa yang bukan sedikit.... saya dh kalah dengan apa yang sy rasa dah.... gud luck..... setuju dgn awk.... kehidupan tetap perlu di teruskan.... semoga ad menang dan berjaya teruskan langkah ini....

    ReplyDelete
  13. SUFI IDANY-Insyallah..sama2 lah kita meneruskan langkah perjalanan hidup ini menuju ke arah yang sama..itu yang pasti persamaannya..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)